Tuesday, May 28, 2013

Nine Months





















3 more days and Hamza akan genap 9 bulan pada 31 Mei 2013
dalam masa umur dia 7 dan 8 bulan banyak perkembangan dia
especially physical development

Rekod masa check umur 8 bulan 
Berat: 8.45kg 
Tinggi: 70cm

Now tak tau berapa berat sebab belum pegi check lagi
next week akan pegi inject Pneumococcal dose 2 so boleh timbang
but i think berat dia macam berkurang kot pasal dia demam seminggu tu
and kahak buat kurang minum and makan
even kawan2 aku pun cakap eh apsal hamza dah tak bambam
plus dia makin aktif sejak2 dah memanjat and menyusur macam berenang tu
aku pun memang perasan muka dia dah kecik sikit
takpelah asalkan dia sihat

gaya tidur terbaru

















1. Sleeping pattern
masih tidur seawal pukul 8 malam. bangun pukul 12 minum susu 6oz before tidur
tapi sekarang kalau terjaga tu dia dah nak main pulak..
so biasanya aku akan tutup lampu pitch black bagi dia main2 dalam cot sampai tertidur...
kesian dia kan
tapi kalau tak buat macam tu alamatnya sampai 2-3 pagi dia dok main
sejak umur 8 months dia macam manja sangat
bila nak sampai waktu tidur
dia akan baring atas aku atau abah dia melekap je
pusing kepala kiri kanan pastu tertidur
kadang-kadang kalau aku busy kat dapur dia tertidur sendiri
memang budak baik sangat


2. Susu
minum 60z pagi dan malam..in between 4 oz every 2 hours
masih minum s26 promil
cerita sedihnya Hamza dah refuse direct feeding
mula-mula dulu dia minum kejap kejap..pastu bila bagi dia kemam atau gigit je
now bila nak bagi dia terus tolak...huuuuuu sedihhhhh
dia reject direct feeding since 8 months
susu aku dari 4oz pam drop 3oz now jadi 1oz je if i'm lucky
memang kesan besar sangat bila takda demand from baby
aku ni dah macam give up sebenarnya...
kalau hamza masih nak df maybe aku masih semangat
since dia reject, aku pun dah rasa macam it's going to end soon
now kumpul 2 hari pam baru la dapat sebotol 4-5 oz...sedih sangat























3. Solid food
Hamza makan sekilo beras sebulan...heheee
masih 2x sehari...aku tertanya2 perlu ke bagi 3 kali ha?
sebab 2 kali ni pun macam dah kenyang je aku tengok pasal dia makan banyak
so far aku dah bagi based mesti bubur+labu
pastu add on la asparagus/ tofu/ikan bilis/ bayam/apple/ pear/ keledek
8 bulan 2 minggu aku bagi dia telur kuning sekali..macam ok takde alergik
but aku buat sekali tu je..
last week first time bagi makan ayam
aku buat stok ayam dan blend isi ayam
sedap wey bubur+ayam+unsalted butter+bayam+cheese
2 hari berturut2 pass takde alergik dan lawas dengan senang
tapi aku perasan bila bagi ayam dia cepat kenyang berbanding bagi base buah/sayur
yang benci bagi ayam ni bekas makanan dia susahnya nak hilang bau ayam...
sabo jelah

happy tengok babytv





















4. Sit without support
Hamza dah duduk sendiri masa umur 7 bulan 3 minggu
merangkak belum, duduk pulak dulu
bila dah terer , dalam playpen pun dia bantai duduk sebab senang tengok babytv





















5. Standing with support
Hamza dah memanjat playpen dan berdiri pada umur 8 bulan 2 minggu
kejadian yang buat aku berderau darah berlari ke arah dia
so last 2 weeks dah turunkan level playpen
barulah lega aku tak risau nak tinggal dia
cuma cot je aku tak turunkan sebab cot pakai time tidur
so far dia behave dalam tu kalau bangun tidur dia akan berbunyi dulu

6. Crawling
Inilah kepandaian terbaru Hamza
dia officially merangkak pada umur 8 bulan 3 minggu
iaitu semalam May, 27 2013
macam biasa aku biar dia atas tikar
memang tak keruan aku kat dapur sebab dia dah menyusur macam berenang ke depan
so bila aku takda, dia akan menyusur nak main bulu karpet
atau pegi ke decoder astro
(itu pasal merah dahi terhantuk kabinet kat rumah bs pasal dah menyusur)

main karpet

















sekali aku dengar dia merengek boringla tu..bila aku nak datang kat dia
dia pulak datang kat aku dan merangkak!
wahhhhh ummi kau ni excited lebih
terus ambik hp dan rekod...kamon hamza show me what u can do bebeh
dapatlah rekod dia merangkak 4-5 tapak dalam keadaan merengek
i'm so proud of u baby
so lepas ni aku kena lah mop dan vacuum rumah hari-hari kot...
huwaaaa




7. Baby Talk
hamza ni suka sangat menyembur bila tiba mood bosan dia tu
"abuuu abuuuu" dengan air liur penuh muka
pastu dah mula membebel bahasa rugrats dia
word pertama adalah "abababab buahhh"
pastu ada "acakk" "mammmm" "nininini"
tapi tu bahasa random je tidak merujuk kepada sapa2
(mode jeles on dia tak sebut ummi..ngeee"
puas la aku ngajor "ummiii ummiiii"
bababababa gak dia sebut

















8. Holding object
aku perasan dia ni suka sangat examine tangan dia
kalau nak tidur ke minum susu ke,
dia akan tengok tangan dok pusing-pusing tapak tangan tu macam minat sangat
dah boleh pegang most object yang aku bagi pelbagai bentuk
dulu bola dia tak reti pegang sekarang dah boleh
bila aku roll kan bola kat dia, dia roll kan kat aku balik
boleh tau konsep main
aku bagi dia puzzle nak masuk dalam kotak
takdenya dia masukkan de, masuk mulut adalah
also dah pandai campak mainan dia luar playpen

macam nak main rupanya nak makan





































9. Social skills
Sejak dah makin kenal orang ni Hamza dah mula pilih-pilih
kalau orang yang jarang jumpa alamat menangis lah dia
dah tak macam dulu dengan sapa saja senyum lebar
bayangkanlah semalam aku balik rumah mak aku dengan hamza je
dia bantai menangis takmo mak aku atau sesapa dukung dia
tinggalkan atas playmat pun dia menangis je
sampai tahap aku makan kena dukung dia
and berpaut je tangan kat leher aku
adakah itu separation anxiety?
nasib baiklah dengan mummy lidya tu dia nak
kalau tak haru aku nak pegi kerja
tapi bila lama-lama aku acah2 kat mak aku
baru la dia nak mak aku dukung and tak nangis
tapi yang best, bila ambik dia dari babysitter
bila nampak je aku dia akan senyum lebarrrr sometimes siap menyapa
dengan ayat "haiiihhh"
dengan tangan mendepa suruh ambik
ahhhh rasa diperlukan sangat...what a lovely feeling bila anak greet macam tu
gambar kat bawah ni dia dok menangis pasal sebelah dia ada cousin aku
dia tak kenal...hahaaa

drama sangat tau

















10. Toys and entertainment
dia takde favourite toys dah
now dia cuma nak remote control sahaja dan astro punya remote
remote lain tak heran
pastu bila pegang remote, dia akan tengok tv sambil tekan2
nak suruh bukak babytv letewww
favourite program: The Jammers, hipa hipa hey, charlie and the number, draco





















I guess itu je yang aku ingat
sekarang aku gigih ajar dia tepuk tangan, cium tangan salam dan lambai
so far masih tak berhasil
yang lain dia demam masa umur 8months+ dengan selsema dan kahak
really worried everytime dia demam
tapi bila dapat keluarkan kahak tu aku puas hati
semoga immune system dia lebih baik
la ni lagi aku risau sebab breastmilk dah takde sangat
totally rely on FM sebulan 4 tin kau
memang terasa betul
dulu masa ada susu cuma 2 tin half je sebulan
takpalah hamza, yang penting awak membesar dengan sihat dan cerdik
cukuplah untuk ummi

lagi 3 bulan je nak setahun
my baby is growing up really fast
as much as i want him to grow, i will also miss his "baby" moment
so now just tunggu moment dia berdiri dan berjalan
eh hamza, ummi dulu umur 9 bulan dah jalan
tapi u just take your own sweet time ye baby
menyusur merangkak ni pun dah kusss semangat nak mengejor
anywho,
ni video dia baby talk



I want more public holiday!

11 comments:

cha said...

dah nak dekat setahun eh hamza kejap je rasa. feewit pakai baju metallica tu :D

mommy.aisy.hana said...

hai hamzah.. hensem!

LisaLisut said...

comel laaa hamza dh duduk. dh crawl.plg suke kalau anak crawl cr kita smbil nangis. rs mcm aaaa diperlukan hehehe

so far hannah nangis sbb i anta g nursery n dia nmpk i je.kalau dgn stranger jrg dia nangis.plg kuat pn if org tu buat muka tah hape2 dpn dia br dia nangis xpsl haha

hannah pn xtau tepuk amai2 lg.sighhh

tp sbb dia tau tata n salam xcium tgn i dh ok haha

hugs hamza!

Asz Miza said...

I pun bubur hari2 campo pumpkin..hahaha..semalam try rebus ngan ikan bilis..nampak dia suka..tapi takut plak dia gatal2..

Umie Aisya said...

Hamza kalo x buat muka comel x leh?geramm!
Cara tido baru tu sama ngn Safiyya.
I know the feeling masa mkn pn kena dukung anak. Safiyya lg worst bab social.xnk ngn org lain kalo nmpk i.hehe

pet09 said...

cha:
itulaa lagi 3 bulan dah birthday...my baby dah tak baby..haha

hayati:
hi aunty hayati. Thank you!

lisa:
itulah..since dia dah x nak df sama i, i rasa kehilangan sesuatu nasib baik dia skang suka peluk leher rasalah bonding tu balik..haha...okla kalau hannah tak takut orang..i pun tak tau kenapa dia tiba2 tak suka orang ramai2..i bawak pegi kenduri haritu dia ok tapi jangan kerumun dia ramai2 terus nangis..haha...bestnya hannah dah tau salam cium tangan..must. teach. hamza...hahaha...

miza:
itula i memang akan letak labu maybe sebab dia buat bubur jadi pekat and sedap..so far ikan bilis should be ok lah kalau amount sikit and make sure u rendam dalam 2 jam at least bagi hilang masin dia

umie aisya:
hehee baby mesti buat muka apa pun kita rasa awww comel..hahaha...i rasa baby ni meman pe'el lebih kurang je kan..safiyya bonding kuat sama u tuh but i guess anak memang akan manja lebih sama mak..haha

bylindakitchen said...

hai salam kenal..comel hamza..anak kita sebaya ;)

BAIZURA NATASHA said...

Pet. Any specific reason nape ltk labu? Share pls.

Hamza growing up so fast. U must be a proud Ummi :)

Hazz said...

cpt jer kan. soon da ak sethn. tgk Hamza tido i pun rasa nak tido. cam best jer.. hehe. best betul pkul 8pm dah tido yer. Good boy! ;)

Asz Miza said...

Alamak Lela..i rendam bilis tak sampai setengah jam pon..kakaka..tapi i amek bilis yg putih..mak i kata yg putih kurang garam tah camne..lepas ni nak rendam lelama la..risau jugak i..labu campo ngan bubur sedap kan..skang ni baru cuba2 nk letak unsalted butter..ada yg dia suka ada yg dia xsuka..

pet09 said...

ms pinkie:
hi salam kenal. anak u faliq tu bambam semangat betul :)

bai:
i pernah terbaca Nabi Muhammad SAW amat sukakan labu sehinggakan dia mesti letak sedikit labu dalam makanan seharian. contoh i naca:

"Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

Aishah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu krn labu itu menguatkan hati yg duka"

Wallahualam

cik hazz:
itulaa our baby grow up so fast! pasni dah tak baby kena lah ummi buat baby lain..hehehe..so far memang dia tido kol 8 kalau penat sangat..but he can be up sampai pukul 12 :)

miza:
yes miza my mom pun kata bilis putih dan kecil kurang garam but i still rendam at least 30minit lah sebab i tak buat serbuk..i masak sekali bilis dengan bubur..i dah seminggu letak unsalted butter pastu terpikir eh elok ke letak butter hari2 ni..so stop letak evoo balik..hehehehe