Friday, August 22, 2014

MH17





















Today is a National Mourning Day for Malaysia as it welcomes home the remains of 20 citizens killed 
in the ill-fated Malaysia Airlines flight MH17.

AL-FATIHAH












source












source



















source 


























MY INTERMONOLOGUE:
Skylar Grey - I'm Coming Home

Wednesday, August 20, 2014

Swallowed






















Semalam aku mandikan hamza pasal bagi dia makan sendiri
so lepas mandi aku pakaikan bedak kat badan
tengah aku pakaikan seluar dia ambik bedak masuk dalam mulut
aku biar pasal aku confident dah tutup habis
rupanya ada terbukak lagi!!!
tau-tau dah putih dalam mulut hamza dengan bedak
dia pulak terkejut ada benda dalam mulut dia nganga je mulut
bila aku cuba masukkan kain nak lap bedak kat lidah dia
dia pi gigit jari aku sekuat hati pastu dah telan bedak tu
Ya Allah aku punya panikkkk
hamza makan bedak!!!
terus bagi air
terus tepuk-tepuk belakang dia

tapi nampak ok je aktif takda apa
tak puas hati aku google
"what if my toddler swallowed baby powder"
nahhhh kalau kat US dorang boleh call poison centre control
kat sini nak call sapa?
so ada mommy yang kata takda masalah asalkan dia tak choked atau masalah breathing
ada yang kata immediately bawak pi emergency
pasal bedak kat particle dia halus so bila masuk dalam lungs akan jadi gel and block pernafasan
macam nak pengsan aku baca
last-last aku ambik keputusan untuk monitor dia dulu
tengok breathing dia cemana
aku bagi dia susu pun minum ok je takde muntah

sebab aku masih tak puas hati
aku pun pi makan bedak tu
aku nak tau cemana hamza rasa so that aku boleh tau if anything happened
atau dia merengek tak selesa ka
Ya Rabbi bedak ni bila kena lidah dia terus melekat weyyy
macam gel...nak telan pun likat
pastu payauuu and kelat
haduii kesian anak aku

pastu aku bilas dengan air masih ada rasa wangi dalam mulut
aku pun minum susu since hamza minum susu kan
samaaaa masih rasa wangi and kelat lidah
huwaaa kesiannyaaaa hamza
now I want to scold myself for being so careless!!!
Aku dahla jenis yang tak pakaikan bedak kat muka hamza sebab nak jaga
taknak dia inhale pasal bahaya kan
sekali anak kau makan bedak!
bad mom!
Bedak anakku ni walaupun ada cornstarch tapi still bukan pure cornstarch










source




semalam aku terjaga-jaga nak check breathing dia
Alhamdulillah he seems fine
Hopefully takda apalah
so lepas ni aku taknak beli bedak yang kena pusing tutup ni
pasal tak perasan kan dah tutup habis ke belum
aku akan beli bedak yang katup terus
ataupun takyah pakai bedak lah
pakai lotion ataupun liquid talc mothercare favourite aku ni
tak payah risau pasal debu bedak
bau pun wangi
tak pasal promosi kan










source

Tuesday, August 12, 2014

How Do You Talk To An Angel



























Hamza is 23 months old
31 Ogos ni genap 2 tahun.
Adjusted age dia 22 months.
For now, hamza belum bercakap lagi.
If umur anak 2 tahun and belum bercakap 50 words or more, means dia late talker

Masa umur dia 16-18 months aku dah buat hearing test
Alhamdulillah hearing dia normal
Then ada buat speech therapy assessment
Specialist kata, Hamza memang late talker since vocab dia limited
also ada kene mengena dengan focus dia yang cepat distracted
However dia faham apa yang kita cakap
dia jugak buat masa ni takda sign of autism
Specialist cakap lepas umur 2 tahun kalau tak cakap jugak baru dorang buat appoinment untuk Hamza

so sejak tu aku dah tak risau sangat
we both agree,
lepas Hamza capai 2 tahun adjusted age baru kami akan join speech therapy class
To date, dia cuma babble je
macam "bababba" "mamama" "tetetet" "lalalaa"
takda oooo or eeeee or iiiii

Kalau dia nak attention, dia akan datang kat aku and peluk
atau tarik sambil kemam "mmmm"
kalau dia nak aku join dia baca buku, dia bawak buku tu kat aku and tarik
kalau aku tak layan dia marah and gigit
sometimes time aku baring tiba-tiba dia gigit...
so maknanya dia nak aku ajar dia something la tu
kalau tengok aku makan, dia nak jugak..dia akan buat bunyi "tsssssss"
macam bunyi ular tu
hahahaha
kalau dia over excited dia akan jerit atau tepuk tangan and cakap "yeayyyy"
kalau dia rasa boring dia akan membebel "awwwuuuu awwwuuuu"


Mula-mula aku macam eh apa lah awak ni gigit pulak nak attention
but bila aku tengok link speech therapy kat Youtube mentioned
any form of physical interaction means he is trying to communicate
thus it's consider a word

So aku appreciate sangat apa-apa sahaja gesture terbaru yang hamza buat
because it's his way trying to communicate his feelings, his needs
cuma tak terzahir oleh perkataan je
Also shows he understand you and he wants you to understand him


at the same time aku jugak buat research sendiri kat youtube or any article kat internet
apa yang aku as parents boleh buat untuk galak anak bercakap
For the time being apa yang aku buat just basic technique
Contohnya:

1. Repeat 3 times any description/ word/ action
contoh time nak bagi susu aku cakap "susu, susu, susu" sambil tunjuk botol susu
sounds obnoxious and so far belum berhasil but proven boleh menjadi kalau buat selalu


2. Describe anything to your child using simple word
Contoh : time mandikan bila aku isi air aku akan sebut "air...air...air"
pastu time sabun "sabun badann"
time simbah air "mandiiiii"


3. Jangan bertanya tapi bercakap as if dia faham
jangan pressure "ini apa?" "ni warna apa?" "ni gambar apa?"
sebab nanti anak jadi distracted and boleh rasa yang kita ni intimidating
instead just describe sambil tunjuk
Contoh aku suka beli hamza buku yang ada gambar besar and satu je
so senang describe "apple" or "flower" or "train"


4. Bercakap sambil buat bunyi/ action/ overreacted kan perkataan
Contoh: SINGA so buat bunyi "roarrrrrrrr"
pastu kalau nak ajar "duduk" so tunjuk cemana duduk and cemana berdiri
masa nak duduk and berdiri tu buatla macam kelakar sikit supaya dia gelak
at the same time dia akan ingat gesture tu and associate dengan word
Bila ajar ABC atau 123 secara nyanyian
lagu charlie and the numbers  bagus




5. Menyanyi
Nyanyi lah nursery rhyme yang sempoi-sempoi sambil buat gaya
aku suka babytv sebab ada nursery rhyme yang bila aku nyanyi hamza akan sengih
sebab dia boleh relate dengan lagu yang dia dengar kat Babytv tu


6. Phonics
Aku install phonics song kat Ipad bagi dia tengok. Tapi bila dia dah boring aku terus simpan ipad
and bagi dia tengok esok pulak
at the same time aku sendiri nyanyi balik phonic song  tu kat Hamza
so bila aku start buat "A...AA AA AA AAA"
B...BAAA BAAA BAAA BAA BAA BAA"
C...CA CA CAA CA CA CA
Hamza dah sengih and tunggu aku nyanyi sampai Z sampai tak cukup nafas
sila lah beli apps "SONGS STORIES" ni sebab phonic dia best and comel gila




7. Amalkan Surah Taha ayat 25-28 (Doa penerang hati)
Aku baru terjumpa sebenarnya tips ni ada yang share kat blog
tentang Surah TAHA Ayat 25-28



















Maksudnya:

"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku.
Dan mudahkanlah bagiku urusanku.
Dan bukakanlah simpulan dari lidahku.
(Supaya) mereka memahami perkataanku."



Baca dan hembus pada mulut anak
Baca setiap kali lepas solat dan doakan untuk anak
Boleh baca untuk diri sendiri jugak supaya tak liat pegi keja
dapat menerima ilmu dengan senang
Surah ni Nabi Musa R.A. Baca semasa nak berhadapan dengan Firaun untuk permudahkan urusannya


Buat masa ni itulah a few things yang kitorang buat
ada yang dah nampak hasil contohnya dia dah faham apa yang kita cakap
contohnya makan, minum, simpan, duduk, minum susu
Cuma dia tak bercakap je lagi
I know you can my baby
Ummi will always be there for you cepat or lambat
InsyaAllah
Love you son!






















Wednesday, August 06, 2014

Raya 2014

Harini officially masuk kerja lepas long raya holiday
12 hari aku cuti nii
Dia punya malas memikir nak kerja tu
But what to do back to reality
Raya 2014 disambut sederhana
Persiapan pun mana yang perlu je
I didn't bake anything this year
Cuma buat rendang kuah kacang je
Sehari sebelum raya aku dah prepare 2 kilo rendang daging and 1/2 kilo kuah kacang


Aku dah lama tak pergi pasar so terkejut kejap beli bawang putih, merah, kacang tanah and bawang besar dah 43 ringgit...heeeee


Rendang minang aku memang jadi aku rasa cewahh
First masak tahun lepas
Tahun ni kali kedua. Mmg rendang untuk special occasion mcm raya jela
Tak kuasa aku nak merendang selalu penat woi nak kacau sentiasa

Pagi raya lepas surfacing balik sembahyang terus siap pegi umah mil aku yang selang satu lorong ni
Tapi sebelum pergi haruslah "wefie"rasa nak lempang kan guna perkataan ni
Rasa mcm budak baru nak naik je
Bergambar dgn hamza amatlah mencabar
Langsung taknak duduk diam
Habis blur semua gambar
Our theme this year
Still black with a dash of dark grey and dark brown konon
Padahal semua beli last minit 2 hari sebelum raya
Akibatnya baju jubah hamza ni senteng sikit sbb takda size
Takpalah senang awak berlari takdelah terpijak and jatuh


Lepas beraya rumah mil dalam 3 jam kami terus balik rumah mak aku kat langat yang hanya 30min away
This year tak cukup korum since akak aku beraya kt penang
But the best part is kak long aku beraya bersama
She's been away from home for the longest time
Raya tahun ni dia dapat bersama
Aku tengok mak aku menangis sebab happy sangat
Alhamdulillah


Kemudian apa lagi sesi cuba bergambar raya sekali lagi
Sbb samsung excellent outdoor haruslah menahan panas demi family photo
Tapi si kecik ni kurang bagi kerjasama
Kena bribe dengan daun bagi dia leka
Jadinya gambar dia semua pandang daun or else menggeliat nak turun


Asyik nak berlari je kejanyaa
Berlari takde brek pulak tu
Poning kopala mak kau kan dah keluar bahasa minang
No seriously, don't you ever get tired young man?
Sebenarnya tak boleh nak heran sangat
Kalau kt umah aku mmg terkurung dalam rumah jela pusing2 sofa 
Sekali dapat laman macam ni mau tak perghak jadinya
Anyway kasut hamza ni best gila tapak dia mcm kasut joging
Beli thn lepas tapi tahun ni baru pakai pasal mak ko ni lupa ko ada kasut ni
Nasib boleh pakai lagi




Dalam pukul 6pm macam tu kami pun caucincau balik rumah
Esok terus cari mamak tapi tak bukak rupanya
Ini sudah pelik selalu dorang ni elok je ada
2nd day raya lepak umah and beli groceries je untuk makan2 family
Raya tahun ni sama macam tahun lepas beraya hari pertama je
Lepas tu low key lepak rumah layan movie atau pergi mall
Boring je kan
Maybe next year we should go for a holiday ke apa masa raya
Sebab inilah nasib takda kampung so relak relak je kt kl enjoy jalan kosong
Next  i'm gonna update about makan makan raya untuk family

Anywho, this is my favourite photo of all


Anak sapa yang comel niiiii
Mesti mak dia comel juga
Eh