Tuesday, August 12, 2014
How Do You Talk To An Angel
Hamza is 23 months old
31 Ogos ni genap 2 tahun.
Adjusted age dia 22 months.
For now, hamza belum bercakap lagi.
If umur anak 2 tahun and belum bercakap 50 words or more, means dia late talker
Masa umur dia 16-18 months aku dah buat hearing test
Alhamdulillah hearing dia normal
Then ada buat speech therapy assessment
Specialist kata, Hamza memang late talker since vocab dia limited
also ada kene mengena dengan focus dia yang cepat distracted
However dia faham apa yang kita cakap
dia jugak buat masa ni takda sign of autism
Specialist cakap lepas umur 2 tahun kalau tak cakap jugak baru dorang buat appoinment untuk Hamza
so sejak tu aku dah tak risau sangat
we both agree,
lepas Hamza capai 2 tahun adjusted age baru kami akan join speech therapy class
To date, dia cuma babble je
macam "bababba" "mamama" "tetetet" "lalalaa"
takda oooo or eeeee or iiiii
Kalau dia nak attention, dia akan datang kat aku and peluk
atau tarik sambil kemam "mmmm"
kalau dia nak aku join dia baca buku, dia bawak buku tu kat aku and tarik
kalau aku tak layan dia marah and gigit
sometimes time aku baring tiba-tiba dia gigit...
so maknanya dia nak aku ajar dia something la tu
kalau tengok aku makan, dia nak jugak..dia akan buat bunyi "tsssssss"
macam bunyi ular tu
hahahaha
kalau dia over excited dia akan jerit atau tepuk tangan and cakap "yeayyyy"
kalau dia rasa boring dia akan membebel "awwwuuuu awwwuuuu"
Mula-mula aku macam eh apa lah awak ni gigit pulak nak attention
but bila aku tengok link speech therapy kat Youtube mentioned
any form of physical interaction means he is trying to communicate
thus it's consider a word
So aku appreciate sangat apa-apa sahaja gesture terbaru yang hamza buat
because it's his way trying to communicate his feelings, his needs
cuma tak terzahir oleh perkataan je
Also shows he understand you and he wants you to understand him
at the same time aku jugak buat research sendiri kat youtube or any article kat internet
apa yang aku as parents boleh buat untuk galak anak bercakap
For the time being apa yang aku buat just basic technique
Contohnya:
1. Repeat 3 times any description/ word/ action
contoh time nak bagi susu aku cakap "susu, susu, susu" sambil tunjuk botol susu
sounds obnoxious and so far belum berhasil but proven boleh menjadi kalau buat selalu
2. Describe anything to your child using simple word
Contoh : time mandikan bila aku isi air aku akan sebut "air...air...air"
pastu time sabun "sabun badann"
time simbah air "mandiiiii"
3. Jangan bertanya tapi bercakap as if dia faham
jangan pressure "ini apa?" "ni warna apa?" "ni gambar apa?"
sebab nanti anak jadi distracted and boleh rasa yang kita ni intimidating
instead just describe sambil tunjuk
Contoh aku suka beli hamza buku yang ada gambar besar and satu je
so senang describe "apple" or "flower" or "train"
4. Bercakap sambil buat bunyi/ action/ overreacted kan perkataan
Contoh: SINGA so buat bunyi "roarrrrrrrr"
pastu kalau nak ajar "duduk" so tunjuk cemana duduk and cemana berdiri
masa nak duduk and berdiri tu buatla macam kelakar sikit supaya dia gelak
at the same time dia akan ingat gesture tu and associate dengan word
Bila ajar ABC atau 123 secara nyanyian
lagu charlie and the numbers bagus
5. Menyanyi
Nyanyi lah nursery rhyme yang sempoi-sempoi sambil buat gaya
aku suka babytv sebab ada nursery rhyme yang bila aku nyanyi hamza akan sengih
sebab dia boleh relate dengan lagu yang dia dengar kat Babytv tu
6. Phonics
Aku install phonics song kat Ipad bagi dia tengok. Tapi bila dia dah boring aku terus simpan ipad
and bagi dia tengok esok pulak
at the same time aku sendiri nyanyi balik phonic song tu kat Hamza
so bila aku start buat "A...AA AA AA AAA"
B...BAAA BAAA BAAA BAA BAA BAA"
C...CA CA CAA CA CA CA
Hamza dah sengih and tunggu aku nyanyi sampai Z sampai tak cukup nafas
sila lah beli apps "SONGS STORIES" ni sebab phonic dia best and comel gila
7. Amalkan Surah Taha ayat 25-28 (Doa penerang hati)
Aku baru terjumpa sebenarnya tips ni ada yang share kat blog
tentang Surah TAHA Ayat 25-28
Maksudnya:
"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku.
Dan mudahkanlah bagiku urusanku.
Dan bukakanlah simpulan dari lidahku.
(Supaya) mereka memahami perkataanku."
Baca dan hembus pada mulut anak
Baca setiap kali lepas solat dan doakan untuk anak
Boleh baca untuk diri sendiri jugak supaya tak liat pegi keja
dapat menerima ilmu dengan senang
Surah ni Nabi Musa R.A. Baca semasa nak berhadapan dengan Firaun untuk permudahkan urusannya
Buat masa ni itulah a few things yang kitorang buat
ada yang dah nampak hasil contohnya dia dah faham apa yang kita cakap
contohnya makan, minum, simpan, duduk, minum susu
Cuma dia tak bercakap je lagi
I know you can my baby
Ummi will always be there for you cepat or lambat
InsyaAllah
Love you son!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment