Friday, November 23, 2012

We Who Are Not As Others

























This entry is specially dedicated to the love of my life, my dear husband
My husband wrote this on FB a day after I gave birth to Muhammad Hamza
Words can't describe how incredibly happy I am
dahla masa tu masih kat hospital and dia takda kat sebelah
6am in the morning sebelum pergi labor room





















Aku tak dapat nak describe how thankful I am being a wife to Mohd Zulkarnain
After 10 years in relationship that's build on love, trust
and same interest in music, film and much more
Finally we got married, have a son and in less than a month we will celebrate our first anniversary
How time flies

Words can't describe how lucky I am masa mengandung,
my husband fulfilled apa sahaja yang aku teringin nak makan
Layan saja checklist berjela aku apa nak beli untuk baby
Masa nak deliver, he's the busiest man alive
Mana nak teman aku dekat hospital...mana nak beli barang baby lagi
mana nak belikan makanan aku
nak uruskan Hamza dekat NICU
mana nak urus persiapan nak berpantang

abah tunjuk skill sebelum discharge from NICU

Hamza favourite spot













































Lepas deliver aku berpantang di rumah
My husband took 2 weeks leave
Selama itu dia jaga aku dengan Hamza sepenuhnya
He will put me and Hamza first
Dia tak makan, tak tidur pun takpa
We slept at living room for the first month
Aku tidur atas sofa and dia atas tilam nipis kat lantai bawah tangga
Husband yang panaskan air mandi aku setiap pagi
Sebulan jugakla dia pagi petang sebelum and balik kerja panaskan air mandi aku
Sebab aku belum boleh naik tangga nak mandi pakai heater
yang belikan ikan-ikan segar untuk aku supaya aku dapat makan yang terbaik
yang carikan tukang urut aku
yang keluarkan duit untuk beli barang-barang keperluan Hamza
so far aku tak pernah lagi beli pampers atau susu Hamza dengan duit sendiri
yang tolong jaga dan susukan hamza bila aku terlalu penat
yang tolong kemas rumah dan make sure rumah bersih
yang ajar aku macam mana nak burp Hamza lepas minum susu
yang ajar aku macam mana nak mandikan Hamza
yang ajar aku macam mana nak sedut hingus Hamza masa dia selsema
I know nothing about taking care of baby
and he taught me how to do it
The way he took care of Hamza is so effortless
so natural

Photostat muka abah





















For the first few weeks, I will feel confident taking care of Hamza when my husband is around
Even until now, my husband akan susukan hamza bila aku penat sangat
atau nak buat kerja lain
He never complaint when I woke him at 4am in the morning to jaga Hamza
bila dia meragam taknak tidur
Yang hantarkan Hamza every morning ke rumah babysitter and make sure
bawak all the stuff yang aku dah pack sekali dengan breastmilk
How lucky right?


abah potong rambut untuk Hamza






















My Surfacing...
You are my other half
My bestfriend
I am so blessed to have you in my life
as my husband
as a father to my child
I don't mind my son look a lot like you than myself
I actually glad he looks just like you
So kalau saya rindu bila awak outstation saya tengok Hamza je dah cukup :)

My dear,
Hanya Allah SWT yang dapat membalas pengorbanan awak menjaga saya dan Hamza
Saya akan cuba sebaik mungkin menjadi isteri dan ummi yang terbaik
May Allah SWT bless our marriage with happiness and love in this world and Jannah, InsyaAllah.
I love you so much, papa rock
and  I miss our movie date so much :)

























MY INTERMONOLOGUE:
Adele - Love Song ( The Cure Cover)

Thursday, November 22, 2012

Things Have Changed

My Precious



Things have changed bak kata Bob Dylan bila dah jadi mak orang ni.
Dulu aku rasa ohh maybe takde la berubah mana pun
but bila dah ada anak....aku mengaku...yee memang berubah
Teramat berubah
tapi bila tengok keletah anak terus rasa BERBALOI.
Ok let's make some checklist

1. Aku tak tengok SKYFALL lagi.
bayangkan la aku yang moviegoer ni tak tengok skyfall!!!
Gila ke apa???
Malah aku tak tengok Looper dan apa2 filem best sepanjang aku lepas deliver
aku sorang je sebab MySurfacing, husbandku tu dah pergi tengok sorang-sorang...
yeee awak, if you read this, shame on you pergi tengok wayang tanpa saya..huh!
Bila aku nak tengok ni?
Sebab aku bukan jenis tengok wayang sorang...huwaaa tunggu Blueray jelaaa

2. Aku makan nasi 3 kali sehari
Walaupun aku komplen berat tak turun malah bertambah
tapi aku tak mampu tahan makan...sebab aku nak susu aku banyak untuk Hamza
Yela rezeki Hamza ni terpaksa dicampur dengan susu formula
jadi aku kena usaha lebih sikit nak dapat susu badan
dengan cara kena makan nasi banyak

3.Wardrobe kena tukar
Yeee aku gemuk. Malah perut aku macam masih mengandung
kesian kan.
Tapi takpa aku bagi masa 6 bulan lagi sebelum aku akan diet turutkan badan
jeans, seluar kargo, baju kerja , baju kurung semua tak muat
Baju band aku yang kecik2 tu apetah lagi...sedihhhh
yang muat cuma jubah dan baju2 aku masa mengandung je..
hiba kan?

4. Bangun awal pagi
Aku akan bangun pukul 1am, 3am dan 5.00am every morning
pukul 5.00 tu tak tidur dah...terus pam susu kalau sempat
atau DF hamza dan terus siap2 nak gi keja
sebab aku kena keluar pukul 7.00am

5. Nak habiskan satu episod TV series ambik masa seminggu
DEXTER is my husband and I punya favourite show
dah siap download...malam pasang nak layan
lepas 10 minit lakibini ni terus krohh krohhh tertidur
dah banyak kali macam tu sampai mysurfacing tanya
"what happened to us???"
aku jawab "we've become parents, that's all"

6. Apa-apa nak beli 90% barang Hamza je
Tak kirala pegi shopping mall ke atau beli online ke
Semua barang Hamza
Satu lagi kalau barang untuk anak walaupun harga boleh tahan tapi tetap rasa affordable
haaa caner tu?
aku yang baju sendat ni nak beli baju kerja 2 helai, RM100 rasa macam ehh mahal laaa...
Tapi Rocker Fisher Price online RM185 yang tak beli pun takpa tu rasa macam
ehh murahnyaa kalau kat Jusco ni 300 ratus lebih ok

7. Asyik nak upload gambar anak
 Dulu aku tak bother pun nak upload apa2 sangat kat FB
tapi now banyak pulak aku upload gambar dan semestinya gambar Hamza
maklumla aku ni takde iphone nak berinstagram
So sorry la pada sesiapa yang tension but who cares
FB aku sukahati akulah

8. Lebih appreciate pengorbanan mak
Walaupun aku masih new mommy tapi little by little aku baru betul-betul sedar
pengorbanan ummi membesarkan aku...
apa yang aku buat ni...sama macam apa yang dia buat untuk aku selama 29 tahun lepas
tak akan kurang...malah mungkin lebih
sebelum ni aku mengaku...
susah aku nak sebut secara verbal dan face to face pada mak aku yang aku sayangkan dia...
bagi aku memang dia tau aku sangat sayangkan dia
Tapi sejak jadi mak ni...aku buang jauh-jauh ego aku
aku nak mak aku tau yang aku teramat sayangkan dia
bagaimana aku susukan, dodoikan, peluk cium Hamza
protective sampaikan seekor nyamuk yang hinggap di dahi Hamza
aku boleh menangis sebab terlalu takut apa-apa jadi pada dia
macam tu jugakla perasaan ummi semasa membesarkan aku suatu masa dulu
Terlalu besar pengorbanan ummi tak mampu aku balas
bila aku terbayang, aku boleh hiba
apa lah perasaan sebenar ummi bila anak yang mulanya sebesar tapak tangan
kini dah jadi isteri dan ibu
kini tak tinggal bersama dia kerana bersama suami
hiba..


haih rindu ummi aku terus.
Banyak lagi yang berubah tapi nanti lah tulis.
This is what Hamza loves most - Tidur atas ummi atau abah dia
Moment that I love most too tapi lenguh bahu sikitlah ..ngeee

























MY INTERMONOLOGUE:
Deftones - Change


Tuesday, November 20, 2012

The Birth of Muhammad Hamza - NICU

Sambung cerita lepas deliver my dear Hamza...
Kisahnya aku tak jumpa anak aku lagi...


1 September 2012 (Saturday)

Pagi sabtu Surfacing datang awal and bawak aku pegi NICU
sepanjang kena tolak wheelchair tu aku terbayang2 cemana laa rupa anak aku ni...

Then surfacing kata tu la Hamza...
When first I laid my eyes on him, I cried
Not because of the wires attached to him
Not because I'm sad
But bersyukur yang amat sangat
Ini rupanya anak aku yang suka sangat sedu dalam perut tu
Yang baik sangat masa dalam perut

Hamza day 2

























 Aku usap tangan dia...aku pegang jari dia..dia genggam balik
From that moment I am positive he will be alright
Sesuai dengan namanya Muhammad Hamza
Yang berani..yang bijak
Sebenarnya tak boleh ambik gambar dekat NICU
tapi what the hell aku nak tengok gambar anak aku malam2 nak tidur nanti
so dekat NICU boleh stay dari 8am- 10pm
for parents only


2 September 2012  (Sunday) 

Aku dah kena discharge sebab tak cukup katil
Tapi Hamza masih di NICU ni
dari pakai tiub pernafasan besar..pakai tiub kecik
and hari ni dah tak pakai tiub
dah bernafas sendiri
Alhamdulillah
nurse ajar aku breastfeed tapi susu tak keluar lagi
even baby pun susah nak latch sebab flat nipple
aku cuba pam tapi setitik dua je keluar
and Hamza pun minum susu formula hospital bagi
Redha je la aku
takkan aku nak kata "jangannn saya nak bf jugak walau susu tak keluar"
and biar anak aku lapar
Selama tu kerja kami dok peluk dia, dukung dia supaya dia tau kami ada dengan dia

Hamza day2




















Malam tu aku balik sama Surfacing
and My Surfacing treat me like a queen
Sampai rumah semua dah siap bersih
makanan minuman di ambil
bergerak pun dia tak bagi
Masa tu aku rasa
Ya Allah..terima kasih kurniakan aku suami yang sayang sangat dekat aku
Alhamdulillah lagi
It feels good to be home but not great...sebab takde baby



3 september 2012 (Monday) - Room in NICU Selayang

Tak sabar2 aku nak pergi jumpa Hamza
aku siap bawak luggage baju just in case aku dapat room in sama Hamza
Datang macam biasa and dapat good news...aku boleh room in after 10am!
aku pulak try pam and dapatla colostrum pertama aku yang cuma ada dasar botol je
but aku bagi jugak pakai cup
Then Hamza kena jaundice
lagi la semangat aku nak pam supaya dia cepat baik
Ikutkan Hamza dah boleh keluar but sebab dia kena jaundice
So kena warded lagi untuk monitor jaundice pulak

Bilik room in NICU hospital Selayang
























So dapat bilik and rupa dia macam wad yang ada curtain
bapak boleh masuk sekali..
kat NICU ada 2 jenis bilik...satu room in yang boleh bawak baby and bapak sekali
(until 10pm je)
and satu lagi jenis dorm untuk mommies yang anak dia kena stay lama and masih wired
Colostrum for Hamza

























So Hamza checkup heartbeat semua ok dan terus letak bawak lampu biru atau
medical term nya Phototeraphy
and baru aku tau yang rules room in ni: SEMUA KENA BUAT SENDIRI

Semua buat sendiri maksudnya:
a) feed baby and tukar diapers
b on off kan blue light and tukar2 posisi tidur dia bawah lampu biru
   (macam panggang anak pulak)
 c) kena timbang diapers berat and kena catat bila kencing, berak, feeding

Ok ada sedikit panic mode sebab:
a) aku tak pernah jaga baby, pegang pun sangat awkward
b) aku kekok nak bf apatah lagi bagi minum cup
c) aku tak reti hapa pun cemana niii???

Bermula la episod pengalaman pertama bermalam bersama baby Hamza
without my husband.
Kalau ada Surfacing maybe aku akan lega sebab dia expert jaga baby
As what I expected it's not easy...
Hamza refused to put under the blue light
asyik nangis je dia...kejap kejap nangis agaknya tak selesa bogel
kalau dia tak nangis memang comel jugak tengok dia tergapai-gapai

aku pulak cubaan nak pam susu...so bila aku tinggal dalam sejam tu
anak aku ni melalak2 la sorang2...
tapi make sure curtain buka supaya nurse boleh tengok-tengok kan
aku serius tak tidur langsung
Dahla tak boleh angkat sangat sebab nak optimizekan blue light
tu untuk pecahkan kandungan bilirubin dia
boleh angkat untuk bagi minum susu je for 15min maximum
pastu kena letak balik bawah lampu

My dear Hamza Cyclops





















for a first time mom, I'm really stressed out.
Rasa macam loser sangat
I'm not ashamed to admit I actually cried for a good one hour sebab
tak tau nak tenangkan anak sendiri yang tengah nangis pukul 4 pagi
sambil bbm husband suruh datang realllllyy early in the morning
Pukul 6 pagi baru Hamza dapat tidur and aku dapat tidur sejam



4 September 2012 Tuesday)

Pagi tu my Surfacing datang baru la aku dapat mandi, makan dengan tenang
Doctor datang rounds and suruh Hamza check darah
Kalau below photolevel dah boleh balik
Sampai tengahari aku tunggu berharap dapat balik rumah dengan Hamza
Susu Colostrum aku dari dasar botol dah naik 1oz and dah naik 2oz
Alhamdulillah
Kat Hospital Selayang tak bagi pakai botol
Nak feed kena bagi pakai cup
Macam comel dia mulut dia plup plup dok minum dekat cup tu

Colostrum 2oz hasil pam selama sejam



























Hamza dah ready nak explore the world!



























Pukul 10am Doctor bagitau dah boleh discharge
Ya Allah happy sangat-sangat kami!
So aku tanya apa do's and don'ts jaga baby premature.

Doctor said:
a) Hygiene - Use sanitizer and wash hand all the time
b) Be gentle and shower your love
b) Jangan bawak tempat crowded masa kecik-kecik ni

Tapi sebelum discharge kena inject BCG dulu and buat hearing test
and psychical checkup
Alhamdulillah semuanya ok walaupun mula-mula hearing test dia macam ada problem
Tapi bila buat lagi sekali semua normal
By pukul 2pm dah boleh balik

Thank you sangat yang bagi hadiah pada Hamza
 My Surfacing bawak kereta punya la slow sebab bawak baby and luka caesarean aku
Very light my dear Hamza sebab masa keluar berat dia drop jadi 2.1kg
But normal baby memang berat turun seminggu pertama
Aku bersyukur sangat Hamza dapat discharge cepat
Pernafasan dia kuat
dengan jagaan rapi doctor and nurses dekat NICU Hospital Selayang
Memang aku thankful sangat dapat deliver Hamza dekat Hospital Selayang ni

Ummi and Hamza

First family photo






































Balik rumah aku duduk dengan husband sampai khamis sebab rasa best pulak
duduk sendiri privacy dengan baby and husband je
Tapi hari khamis kena balik rumah my mom untuk berpantang
Cadangnya nak duduk 2 weeks at least
Tapi akhirnya duduk tak sampai 3 hari pun
Tapi tu cerita kemudian lah
Nah Ni Hamza...
my precious premature baby pada 2 months 2 weeks dengan berat 5.1KG

Wajah Kesayangan Hamba

 



















MY INTERMONOLOGUE:
The Fighter - Gym Class Heroes ft Ryan Tedder of One Republic



Tuesday, November 06, 2012

Could It Be Any Harder

Muhammad Hamza - 2 months

























2nd day at work
sigh...
yee cuti maternity aku dah habis
tak habis aku nak blog pasal birth story kan
takpa kalini mood aku nak cerita pasal babysitter

Alhamdulillah aku dapat babysitter dekat kawasan rumah tu just 10min from my house
Alhamdulillah dia jaga Hamza sorang je buat masa ni
Alhamdulillah dia jenis ramah, senang diajak berbincang
Ko bayangkan masa aku hantar barang2 hamza
aku bagi dia agreement sekali dengan notes atau garis panduan jaga Hamza sebanyak 3 mukasurat
Alhamdulillah rumah dia bersih aku dah spotcheck dapur dia konon nak tumpang kencing
memang bersih
Alhamdulillah dia pun a mother of three kids and berpengalaman macam2 dengan pengasuh
so dia kata bila dia nak jaga anak orang...
dia akan make sure dia sama cerewet macam mana dia carik pengasuh untuk anak dia dulu

Cuma satu je risau aku ni...
dia ada anak umur 2 years old yang bongsu and memang attached kat dia
aku takut mesti anak dia akan rasa jeles nanti kan
aku risau kalau anak dia tepuk2 hamza ke nanti
Ya Allah lindungi lah anakku
sebab anak pengasuh pun masih baby la kan. dia tak berakal
ibunya la kena make sure, kena jaga and awasi betul-betul

so far semalam Hamza ok...
aku ni je yang tak ok
rasa nak pegi bilik bos cakap
"boss I nak resign, I nak jaga anak..The hell with my career"
tapi sapa nak bayar duit kereta aku?
sapa nak bayar hutang2 aku?credit card? ptptn?
sapa nak bagi duit kat mak aku?
dahla maternity leave yang unpaid ni pun aku dah macam tak bernafas
rasa tak suka bergantung kat duit husband aku
lagipun aku nak jugak beli barang2 best kat online yang murah2 untuk Hamza
murah laa sangat...

yang aku terasa sangat...
bila aku ambil dia pukul 6.30pm
sampai rumah dah busy2 nak kemas barang2 dia
barang2 aku
laundry
aku bagi dia susu , dia dah tidur
takde nak layan2 gelak macam waktu siang
pastu tidur sampai pagi
takkan aku nak kacau waktu tidur anak aku semata2 aku rindu nak tengok dia gelak

aku rasa 11 jam ketiadaan aku tu sangat berharga untuk anak aku
aku kehilangan 11 jam waktu dia membesar
aku yang sepatutnya didik dia, peluk dia bila dia nangis
sayangkan dia, susukan dia, dodoikan dia nak tidur
and just layan karenah dia kalau semua pun dia taknak
aduhai Hamza
rindunya ummi pada awak
tak pernah ummi rasa perasaan macam ni seumur hidup
sampai tahap bila ummi teringatkan awak bila2 masa air mata ummi boleh menitis

My surfacing cakap fikir positif
tawakal dan redha
nak buat cemana kita bekerja
bekerja kan satu ibadah
kena ikhlas bekerja ni
Mak orang lain pun sama jugak kena hantar anak kat nursery/ babysitter
Bersabarlah!

Ya Allah kurniakan aku kesabaran
kurniakan aku kekuatan
lindungi anak aku dari penganaiyaan, kezaliman, kesakitan, kemalangan
Tutupkan hati mereka2 yang ingin menyakiti anak ku
Ameen Ameen Ya Rabbal Alameen

video