Monday, June 30, 2014

Ramadan 2014

Hari ke-2 ramadan
and first day kerja bulan puasa tahun ni
bawak kereta sambil buat senaman pushhh pushhh
sebab terlampau mengantuk
surprisingly elok pulak segar lepas tu
apakah

1st ramadan 2013 - sahur





















Teringat ramadan tahun lepas disambut dekat hospital
Hamza warded masa tu kena viral fever
5 days dekat hospital, 3 hari berbuka kt sana
sedihnya lahai time tu

Alhamdulillah tahun ni kami sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik
kesihatan hamza pun amat- amat baik sekarang
usually sebulan sekali ada je batuklah selsema
tapi ni dah a few months sihat aktif yang amat
semalam berbuka masak sempoi saja
aku berjaya masak kari ayam buat kali kedua dalam seumur hidup aku
bagi aku kalau dapat masak kari tu macam achievement besar la sebab leceh gila kot
orang lain elok je masak hari-hari kan
hahahah
Then buat sambal kentang berlada
time puasa ni sambal kena ada hari-hari
tu je boleh buat selera makan
pastu buat roti jala yang rupa tak semenggah ni

Am I going to cook everyday?
depends
everyday takla kot sebab tahap kepenatan melebihi tahap kerajinan
we'll see how it goes

1st ramadan 2014 - berbuka



















Friday, June 13, 2014

21 months


























Hamza dah 21 months
1 tahun 9 bulan
Hujung bulan ni dah 22 months
Means lagi 2 bulan birthday dia... yang ke 2 TAHUN
takda kira bulan dah
2 TAHUN...
Dah besar anak aku ni
ada a few reason why aku rasa dia dah besar sangat
walaupun belum pandai cakap lagi

1. DAH TINGGI
5 bulan lepas tinggi dia cuma 75cm je
sekarang dah 85CM
Terkejut aku 10cm naik dalam 5 bulan
selalu kan 1cm sebulan kan
masa check up 28 Mei ni ukuran dia:

Tinggi: 85cm
Berat 10.5kg

Berat dia turun pulak padahal makan ok je selera
mungkin sebab dah lasak kot




















2. MAKAN NASIK
Yee anak aku akhirnya pandai makan nasik
tapi dia masih suka makan bubur2 tu
but now senang sikitla especially bila keluar aku dah malas nak bawak bekal
sebab dia boleh makan nasi ayam (his favourite)
tapi nasik jela...lauk dia x suka
kalau bagi ayam kena carik haluih haluih
kalau kasar dia hisap2 pastu luah
tu sebab aku suka blend je lauk senang kerja

3. GIGI BANYAK
Gigi dia belum penuh lagi
tapi naik hampir semua sekali harung
5 months ago gigi ada 8 batang je 4 atas and 4 bawah
tapi now taring, geraham semua naik serentak
aku pulak excited gila tengok
nasib baik tak demam ke apa
tapi bahana nya dia suka menggigit
habis semua benda playpen, mainan, peha aku nak digigitnya
tapi abah dia taknak pulak dia gigit
aku jugak nak ditalanya....sabo jela

4. EMOTIONAL
ye anak aku ni drama king dia fuhhh boleh tahan jugak
tapi yang pelik time ada aku je drama king
surfacing kata kalau dia jaga kat rumah time aku takda elok je main
takde mengada
bila aku ada je mula la merengek sana sini
kalau dia x puas hati tak reti main mainan dia campaknya sambil
muka macam nak nangis pastu kata "heeeeihhhhhh"
nak tergelak betul aku
pastu bila time manja menggesel kat aku, abah dia cuba ambik
dia akan marah-marah bahasa dia dengan menggeliat2


5. MULA ADA KEFAHAMAN CAUSE-EFFECT
Cewah kemain cause effect bagai
bukan apa, dulu hamza tak berapa tunjuk dia faham sesuatu
now bila dia mula tunjuk dia faham aku happy sangat
contoh:

cause: aku pakai tudung
effect: terus tak tentu arah pusing2 pergi pintu sengih-sengih sambil tepuk tangan
kefahaman: yesssss ummi nak bawak jalan

cause: baling barang belakang almari tv
effect: dia pukul tangan dia sendiri sebelum aku bangun and buat-buat marah
kefahaman= ummi tak suka buat macam tu, so let me punish myself so she wont punish me
(aku tak pukul anak jangan buat andaian...but sometimes aku suka pukul tangan dia dengan 2 jari aku untuk menunjukkan benda ni jangan dibuat)

cause: aku bukak baju seluar dia habis
effect: dia terus berdiri kat penghadang tepi tangga
kefahaman: yessss ummi nak bawak pi main air..mandiiiii

cause: aku bagitau simpannn simpannnn
effect: terus simpan toys dia dalam playpen atau atas bekas
kefahaman: dia faham bila aku suruh simpan and kemas toy

tapi kefahaman dia masih basic lah
banyak lagi benda yang aku kena ajar secara berulang kali
contohnya bila aku mintak "nakkk"
dia buat tak tau je
sebab dia masih kurang faham nak tu maksudnya kena bagi barang tu kat aku
it's ok baby
slowly but surely



6. FAHAM BEBERAPA ARAHAN AND IMMITATE

Macam cause and effect jugak, hamza faham a few arahan
dulu sebelum ni langsung dia tak faham
Now kalau kata byebye, salam, minum, susu, sayang,
dia fahamlah
cuma dia tak boleh cakap balik je
contoh ada buku favourite dia "look at baby"
bila cakap hamza mana look at baby?
dia terus bawak buku tu kat aku
dari segi immitation pun tak berapa banyak lagi
dia takda immitate sikat rambut ke apa
dia just immitate facial expression mostly


7. SUKA BACA BUKU
At this phase dia suka gila hardcover book
bukan beriya baca pun
dia suka flip tengok gambar
but recently I bought 3 buku yang best gila
sebab ada gambar and tulisan and boleh tekan ada bunyi
sempoi je dia just tunjuk apple, car, boat
pastu ko boleh tekan button yang akan sebut benda-benda tu
so buku ni favourite dia sekarang
aku hari-hari bacakan untuk dia sambil point kat bunyi yang betul
hopefully dia dapat faham nanti


8. DAH MAKAN MAKANAN DEWASA
Yes, aku masih masak makanan hamza seberkhasiat yang boleh
tapi aku dah letak garam sikit
But i'm not that rigid anymore
sebab aku dah bagi dia makanan luar jugak
aku dah bagi cereal, calciyum, solivite
kalau coklat and ice cream cuma tumpang sikit-sikit kitorang makan je
aku tak bagi dia makan sepenuhnya
tapi makanan mamak aku dah bagi
he loves tosai gula planta
roti canai pun dah bagi tapi dia  tak berapa suka
nasi lemak his favourite


9. MINUM AIR MASAK
Akhirnya anak aku suka jugak minum air masak
Kira dulu kalau bagi nak taknak minum
but now sejak pakai botol straw ni dia akan minum sedut kemain lama
happy ummi tengok
susu masih champion
6oz every 2 hours ok
rabak jugaklah kalau S26 progress gold ni sebulan aku spend RM300-350
mungkin lepas 2 tahun ko minum susu murah sikitlah hamza
kata dah besar kan


10. BANYAK AKAL
Anak aku ni the only time dia diam ialah time tidur and minum susu
kalau tak...macam ULAT MENTIBANG mak aku cakap
ada je akal dia nak buat macam-macam
pegang buku ada 5 minit pastu tengok TV
pastu punggah mainan
pastu kemas balik
pastu main langsir tarik-tarik pulak
pastu panjat playpen siap masuk dalam
pastu panjat sofa
pastu main air purifier coway dia pi letak muka kat lubang keluar angin tu
pastu berdiri bergayut kat penghadang tangga
pastu campak mainan kat dapur and tepuk tangan
pastu tolak foot stool sampai jatuh
pastu berlari keliling sofa
penat berlari merangkak pula
pastu main remote dan boring dia campak and tepuk tangan
pastu campak handphone aku
pastu try dapat apa sahaja yang ada atas meja menjingkit2 nak capai
kalau tak dapat capai pi bawah meja pulak sambil cuba main steriliser
paling aku risau dia tarik atau tolak kerusi meja makan sampai jatuh
kerusi tu ringan so mmg senang je dia tolak
pastu dah boring baring kejap sambil stretch kaki
5 minit pastu bangun and ulang balik aktiviti di atas
aku tengok penat wey
tapi aku tak merungut
aku bersyukur
baguslah aktif
sila lah nak...main lah puas-puas



bulan 8 ni birthday hamza
not sure whether to throw him a party or not
tengok budget
kalau tak buat event pun
kita sambut bertiga pun takpa lah hamza
ummi rasa hadiah umur 2 tahun awak ialah bawak pergi main kat playland atau swimming
sebab ummi tak pernah bawak awak
macam-macam ummi fikir
germs especially
yeah i'm paranoid like that
sorry hamza dapat ummi macam ni
maybe bila dah 2 tahun your antibody is stronger
then i will feel much better.
love u son.





















"I got you 
I got everything 
I’ve got you 
I don’t need nothing 
More than you 
I got everything 
I’ve got you "


MY INTERMONOLOGUE:
Jack Johnson - I Got You