Wednesday, January 29, 2014

Faculties of Mind


















zaman sekarang ni semua ada pendapat masing-masing
semua berhak komen
dia lah terpaling pandai
terpaling hebat
terpaling power bab parenting ni
siap buat diagnosis ni bukan kena pukul ni rashes

siap marah parents apa lah hantar anak pi tuisyen umur 4 tahun
( I honestly think it's playschool/ nursery/ daycare whatever u wanna call it)
siap membangga pulak  kata dia ajar anak dia sendiri kat rumah
tak payah hantar playschool lagi pandai dan tentu tak kena pukul anak
so serve u right makbapak budak ni

marah pulak kat mak budak tu kenapa tak jaga sendiri sibuk cari duit anak terabai
ada pulak dengan mendabik dada kata kalau anak aku memang aku pukul barulah pandai
ini anak kena sikit dah report polis panggil media
nanti budak tu manja lah jadi lembap lembut
itu belum lagi remark racist

wow.
just wow.

tunggu sampai kena kat batang hidung sendiri
time tu baru tau langit tinggi rendah
biarlah siasatan di buat
kalau betul kena pukul sampai teruk sebab tak pandai abc,
si tukang pukul haruslah dihukum seadilnya

kalau jadi kat anak sendiri boleh ke korang yang dok komen tu dok diam-diam je?
sheeshh

Monday, January 20, 2014

Two

nak cerita pasal 2nd anniversary 
so we celebrated our 2nd anniversary on december, 25 
tak pergi mana just makan-makan je kat johnny rocket
pastu kena cirit birit lepas balik
and hamza kena rotavirus
hamza oh hamza...
masa 1st anniversary pun awak kat hospital jugak.
kesian anak ummi


Johnny Rocket - nothing to shout about
burger was okay macam makan carl's junior je 
tapi harga chillis
gitu
wouldn't wanna go there again
overpriced

I was looking at our wedding photos
dah 2 tahun surfacing oiii kita tak print lagi album kawin 
ngeeee
sebelum anak jadi dua baiklah aku mulakan
sebulan 1 album gitu
sebenarnya malas nak pilih gambar
rasa nak print semua je

ni edited photos
suci gitu kan muka pun licin macam baby
hahahah

oh was talking bout browsing my wedding photos
aku jumpe unedited/ raw photos yang aku suka sangat
menggambarkan suasana sebenar masa wedding
make me missed those moment
so here the unedited never been published wedding photos of mine
ceh macam la kau ni kim K nak never been published sangat
ngeeee hehehe

I like this photo sebab memang sincerely nampak happy
padahal penattt panasss eh nak kena jumpa orang tu pulak ke?
takpelah meh kita redah hutan ni

aku suka sangat pasal muka epic hayman nangis sekuat hati
and takde sapa kisah
nak bergambor punya pasal

tengah nak bergambor outdoor makcik ajak borak pulak
hahahha
and what the hell palung buruk gila ada kat celah tu?
haaaa
itu sebab nak panjat pokok kena la ada stand
untuk shot ni

ko ingat senang nak memanjat pakai dress
laki aku pun tak mampu angkat badan gadang ni


one of many shots
family keluarga angkat yang terlalu banyak membantu untuk wedding aku
tak berkira tulang urat tolong umi masak
ahhh i miss ayah and umi

to my dear husband, my surfacing, my soulmate, my bestfriend
2 years kejap je kan
Thank you for putting up with me
yang emotionally up and down kejap gila kejap macam bebudak
kejap kang cold diam je buat tak tau
romantik? ahhh kita romantik dengan cara kita
bukan macam dalam filem
even though cerita before midnight a bit real and scary kan

Thank you for putting up with me
badan gemuk tak kurus sejak beranak
barely wear makeup
pakai baju band takde langsungla nak feminin ke apa dress up hijabista kan
siap ambik baju lama-lama awak
still wear the perfume that you gave me as the wedding gift
nampak sangat bukan jenis pakai perfume
suka pakai seluar makcik pasal selesa walaupun anak dah dekat 2 tahun
dah boleh bolehlah simpan seluar pregnant tu
masih ada jerawat macam budak 15 tahun walaupun umur dah 2x ganda, shut up
ingatkan dah tua ni pakai heels ke atau dress cantik-cantik
nan ado nampaknya

Thank you for putting up with me
membebel..ye aku ni membebel juga
terpaksa dengar saya dok remind
"masuk rumah basuh kaki tau" - baru lepas keluar berjalan
"pakai sanitizer tu" - sebelum buat susu hamza
"alas dengan cawan tu" - nak makan ice cream depan tv
"tolong tukar pampers hamza saya nak pi toilet" - hamza berak sebenarnyaa hehehehe
"tolong mandikan hamza nanti breakfast awak lambat" - sapa suruh aku bangun lambat?
and so many more reminder, instruction 
to the point that you think I suffered OCD
No darling, not even close
kalau saya OCD saya vacuum rumah everyday
and you don't get to eat kat sofa
hahaha

My dear surfacing- my husband
your brought so many to the light
without you...I get lost
the morning smile
the hugs and tickles
tv guilty pleasure on friday and sunday
pancake for breakfast or plain burger with lotsa onions
ke nak nasik lemak?-oklah saya pi beli dasar gemuk
I'll be there in 1 minute-hellooo mana awak dah depan gate ni?
The war- silent treatment vs membebel - I'm sorry- picit lemak karabu sikit

The way we are
and everything feels all right
Everything all right.

Love you so very much, my love.


video

Wednesday, January 15, 2014

16 months


Hamza dah 16 months 2 weeks
sebenarnya nak update masa dia 15 months tapi takde masa nak menulis
lepas tu cuti panjang pulak end of the year
 tapi rasa tak tenang sebab I really want to update about my baby yang no longer a baby
Dah toddler
So finally find the time
 i'm going to update from 12-15months milestones
Last update dia masa before 1 year

Ukuran (latest masa 12months)
Tinggi:77cm
Berat: 9.8kg
(berat dia turun almost 1 kilo masa kena rotavirus last 2 weeks so i'm not sure berapa berat dia sekarang)

1. Sleeping Pattern
masih sama macam dulu
siang nap sekali yang panjang 2-3 hours atau short nap 2 kali (1 hour each)
malam memang tidur lambat
paling awal 10am
nak ajar tidur awal pun tak boleh pasal kami ni tidur lambat
tapi kalau bawak naik pukul 11-12 tu tutup lampu settle
tak payah nak dodoi ke apa , kalau dia tak boleh tidur pun dia layan diri sampai tertidur
i am so blessed dapat anak senang tidur



2. Feeding

Hamza sekarang minum S26 Gold Progress Step 3
murah sikitlah berbanding dulu 
lebih kurang 4-5 tin sebulan
still feeding every 2 hours amount 4-5oz
now dah boleh pegang botol sendiri
no more feeding on my lap
he's a big boy now






3. Makan

Sejak lepas setahun ni aku dah mula melonggarkan sikit solid food rules
bila dah besar aku dah confident
kalau tak makanlah kau makanan bubur yg aku buat tu hamza
no sugar no salt no whatever
tapi sekarang mula bagi dia rasa sikit-sikit
bubur dia pun kalau bland aku letak garam sikit
aritu buat lauk masak kicap gitu
dah selamat makan chocolate, cake, roti gardenia, mushroom soup pizza hut,
nasi lemak, roti canai...tapi sikit-sikit lah
bukan aku taknak bagi
cuma hamza ni walaupun dah ada 6 gigi tapi masih suka makanan blended
haaa macam mana tu



aku dah buat pasta, nasik tapi dia akan kunyah macam beriya makan
tapi ghopenya simpan dalam mulut tak nak telan
pastu buang
tapi kalau blended food laju je makan
anyway masa umur dia 12-15 months selera makan dia teruk sangat
makan hanya 5 suap je
kalau biskut heinz laju je pulak
tapi sejak keluar hospital 2 weeks ago lepas kena rotavirus
selera dia macam magic...makan ngangaaa je
Alhamdulillah seronok tengok
semoga hamza nak makan banyak sampai bila-bila
risau weyy bila anak tanak makan
ko nak makan blended food pun makanlahh hamza
asalkan awak makan

makanan favourite dia sekarang - pumpkin/ potato soup with bread
and milky oat with banana and apple



4. Hobi

Seperti budak lain hamza pantang nampak hp, ipad dan remote astro
kalau ipad tu memang dia sendiri bukak dan minta nak main ABCGogo
takdelah dia cakap dia nak
tapi dia pegang ipad tu sambil babbless "hmmmm hmmm" dan melonjak-lonjak
aku taknaklah dia attached sangat
so selalunya aku akan assist dia masa main abcgogo tu sambil cakap ABC kuat-kuat
dia pandai scroll sendiri apps tu
so aku limitkan jugak penggunaan
sebab takut pulak aku kalau jari dia tak normal kang dok scroll pakai telunjuk hahaha
anyway one of the best apps yang aku suka bagi hamza layan 
Then aku beli phonic songs memang comel animation and lagu dia

Hamza jugak suka tengok TV
tak boleh buat apa sebab kami memang bukak TV setiap masa
so dia akan layan BabyTV..Favourite dia Yoyo and the magician
also very fond with Elmo's world and let's go pocoyo
kalau dapat tengok elmo's world tu memang senyap terus


Hamza jugak tengah fasa mencampak atau jatuhkan barang
so aritu aku terbaca yang budak memang ada fasa macam ni
it's good for their motor skill
so dorang tau konsep ruang and bunyi
I think it's true pasal hamza kalau campak barang mesti atas lantai
dia takkan campak atas karpet sebab dia tau takde bunyi
pastu bila dah jatuhkan barang dia akan buat muka haaa tak tau
tapi tak cakapla..cuma buat gesture mulut "ba ba baba"
gerammm




5. He's finally walking!

Hamza dah start merangkak dari umur 8 bulan
and then berdiri kat sofa and memanjat
tapi berjalannya idak
memang aku dah expect dia akan lambat jalan
and finally genap 15 Months dia dapat jalan dengan steadynya after banyak kali
attempt nak jalan

video
masa awal-awal nak jalan


Tapiii dia tak reti berdiri sendiri lagi...
kalau nak jalan dia akan paut kat mana-mana baru jalan
takpelah nak... nanti awak akan pandai juga ummi tau
sejak berjalan ni kerja dia nak berjalan jee
umah kitorang pusing situ jela..
so dia akan pusing pusing pusing sofa area tu sampai aku rasa
woi ko tak penat ke hamza
ummi tengok pun penat
takpela layan jela dulu beriya nak anak jalan sangat
sekarang dah jalan ko pulak nak bising dah kenapa


video
dah expert jalan



6. Bye and Clap

Ingat tak kisah aku sentap dengan nurse KK yang kata apsal anak aku tak reti
byebye and tepuk tangan waktu nak inject MMR
Well yes, I know the importance of baby know how to clap and byebye
benda tu semua menunjukkan motor skills dorang
and weeks after that incident, hamza dah tau byebye and clap
I'm a happy mommy indeed :)


6. Talking 

Hamza masih belum bercakap
he just babbles like "babababa" "dadada" "mamamam"
selain dari bye and clap, main ipad...
hamza takda immitate sangat
means kalau at his age mungkin dah boleh immitate some word atau action
tapi dia tak
not that I underestimate my own son, but being a mom I always have concern
For example I have this concern pasal hearing dia
since teefa share about afif's mild hearing loss
I feel like I have the need to bring hamza to a specialist to check his hearing
surfacing kata tak payah risau dia confident hamza ok
but since dia lahir borderline premature and masa 1st test ada noise
 tapi second test dia pass
I think why not just do the test
to clear any doubt or else I'll forever worried
at least if i know dia takda masalah hearing, then aku boleh terima yang dia just lambat je
since dia premature



Hamza boleh dengar
kalau surfacing bukak kunci dari luar dia dah pandang pintu
cuma I wonder, hamza boleh dengar conversation ke?
because most of the time bila aku panggil nama dia, dia buat tak tau
I don't know whether he's distracted atau memang tak dengar?
so aku dah set appointment dengan pusat audiologi dan sains pertuturan
this coming february
I am positive he is alright. I just need a confirmation.
That's all

Tapi seminggu lepaih aku buat appoinment ni..
tiba-tiba everytime aku panggil hamza, dia toleh
and tak pernah tak toleh!
like he's telling me "ummi, i'm okay...don't worry about me"
I know baby, I have faith in you
take your time learning but the test must go on
I'm sorry darling



What else to update
hamza takda favourite toy
walaupun aku belikan dia life size elmo since dia suka elmo's world
dia buat tak tauuu jeee
aku yang beriya bebenor dok peluk elmo
maklumla masa kecik tak dapat benda gini

hamza jugak pantang tengok aku pakai tudung
kalau aku pakai tudung dia tau maknanya nak keluar la tu
so dia dok mengekor je aku sambil peluk kaki 
atau buat lemah badan suruh dukung
kalau aku letak dalam playpen dia terus merengek-rengek 
dan depa tangan suruh angkat
that's why kalau nak keluar aku pakai tudung last sekali
kalau tak, tak tentu arah ghopenyaa

oh anyway, hamza duduk taska sebulan je
babysitter dia tak jadi pindah so yeayyy!!!
Neven been happier...
taska tu ok sebenarnya
cuma aku rasa lebih best bila hamza dapat dijaga oleh mummy lidya dia





makin besar makin manja sebenarnya
aku rasa seronok bila nak tidur dia tiba-tiba raba tangan aku slow-slow
atau datang time aku duduk kat sofa and baring dengan manjanya
and tiba-tiba jadi bestfriend dok meleset bila nampak aku tengah makan
cemana ummi nak bagi awak kawan ni hamza?
manja sangat ummi tak sampai hati pulak...
so kita postponed sikitlah planning tahun ni ke tahun depan kot..
ngeee

Wednesday, January 08, 2014

Hello Goodbye


Goodbye 2013
You have been really great to me
All good things happened
Watching my son grow from bambam bane baby to a cheeky active toddler
Love my surfacing even more
spend quality time with my family
spend some time with my BFF
we may be far, but our love for each other will always grow

dapat new friends who I can talk to 24-7
even just saying "morning" or "wey korang dah tidur ke"
mesti ada yang akan reply...
heheheh

dapat bonus 2 kali, Alhamdulillah
dapat buat makan-makan and masak sendiri for my family and friends during raya
dapat buat birthday hamza ikut tema favourite kami
ngeee
spend our 2nd wedding anniversary makan from morning till evening sampai dapat cirit-birit
babysitter hamza tak jadi pindah Penang so hamza tak duduk taska dah...yeayyy

even though we spend the last few days of 2013 and welcoming 2014 at the hospital
I still feel blessed
setiap apa terjadi ada hikmahnya
I will write about it later
Till then...

Hello 2014!











































































































MY INTERMONOLOGUE:
The Way I Am - Ingrid Michaelson