Showing posts with label Issue. Random stuff.. Show all posts
Showing posts with label Issue. Random stuff.. Show all posts

Friday, January 16, 2015

Moment Of Truth

Came across Emily McDowell's honest greeting card
IT'S SO FUNNY!!!

I wish I could write something like this
Biasa kalau pegi wedding ke apa balik balik
"Selamat Pengantin Baru"
"semoga bahagia selalu"

Kalau nak selamba sikit
"cepat-cepat dapat anak"
atau "have fun honeymoon'
takdalah nak kreatif sangat kan

Macam ni ha..kita mesti tulis belated kan baik punya cover
takkan nak tulis lupa birthday orang
tapi ni in your face honesty
hahahaha























Once a mom always a mom
walaupun ko cakap ko  taknak bagi advice kat new mom atau other mom
tapi kalau org tanya laju je ko jawab kan
hahahahaha
because we can't contain our thoughts
kalau bab anak memang laju je nak sharing is caring

ahh jeles dengan emily ni
She was in advertising...
quit her job and found what she loves doing most - writing and typography
eventually jadi besar and making lotsa money

Apparently my superior kata
"kita boleh buat apa kita suka lepas pencen, 
dalam masa bekerja kita kena buat apa orang suka"
He is damn right!
itulah resmi makan gaji bukan boleh ikut kepala sendiri je
setiap duit yang dibayar tu adalah tanggungjawab kita, amanah kepada kita
But tak bermakna kita tak boleh fikir cemana nak develop diri kan

Maybe I have to look deep into myself
kena cari how to make money doing what I Love most?
Tak payah yang juta-juta punya

bak kata superior sorang lagi
"Berniaga lah macam orang Kelantan...
 Jual Budu 10 riyal, untung 1 riyal, 
tapi nak bila 1 riyal tu? sekarang jugak pasal nak makan petang ni"

maksudnya kalau berniaga tu biarlah untung dapat terus walaupun kecik
dari berniaga besar-besar tapi untung tak nampak
itu perumpaan untuk orang modal kecik la
kalau memang modal besar what the heck kan

and how come aku cerita pasal greeting cards tiba-tiba jadi cerita bisnes pulak?
Thank God It's Friday.


Circles

I am working - to work
not to make friends
I'm going to work to make a living.
You don't have to pity me just because I'm having breakfast or lunch at my desk
or I don't wait for another person to join me to go to surau
or I don't participate gossiping about other people

I choose to be alone
I choose to leave my house-work-go back and take care my family
I don't feel the need to participate any outside work activity, bowling etc
I'm not being arrogant or rather rude
I smile at you
I greet you with Assalamualaikum or good morning or simply smile
I just don't want to share with you about my personal life, my hobby, my family or my friends

Yes, I do have friends
In fact I have lots of them
all kinds
The bestest friends
Friends that I contact and meet regularly
Friends that I invite to my house or to my mom's kenduri
So thank you for your concern
I am perfectly happy with my circle of friends 
that you are not in.

Peace.


MY INTERMONOLOGUE:
Joe Cocker - With a Little Help From My Friends

Wednesday, December 17, 2014

This World Can't Tear Us Apart
















Hari ni ramai share kat FB kata-kata dari Ustaz Khairul Azhar Ghazali
Bila baca aku rasa sedih
sedih in a good way lah
because we as human mesti nak komplen
sakit sikit mengeluh
susah sikit terus give up
sedangkan lebih ramai yang diuji lebih dari kita
kehilangan orang tersayang
dipisahkan dengan anak
bersyukur lah dengan apa yang kita ada sekarang

Sometimes bila tengok orang yang kaya, pergi melancong sana sini
boleh beli apa sahaja dia nak mungkin terdetik di hati "bestnyaa"
tapi setakat tu sahaja lah
jangan bersedih
belajar bersyukur
belajar berusaha supaya kita juga mampu mencapai tahap itu suatu hari nanti
Bila tengok sekeliling terlalu banyak nikmat yang Allah berikan
diberikan suami yang baik, yang tak berkira tenaga dalam hal rumah dan anak
diberikan anak yang sihat tubuh badan dan sempurna
mak ayah, adik beradik masih ada 
Keluarga mertua yang sangat sporting dan understanding
ada pekerjaan... disenangi oleh superior
ada kawan-kawan baik yang sentiasa bersedia mendengar dan membantu
ada kereta, ada rumah tempat berteduh
walaupun rumah sewa tapi ada bumbung, ada dinding
bukan homeless
pendek kata kehidupan adalah selesa

Kita mungkin tak kaya tapi kita ada kesihatan yang baik
kita mungkin susah tapi kita ada keluarga, suami, isteri, anak , ibubapa dan sahabat
kita mungkin tak cantik tapi kita bahagia
Terima seadanya dan sentiasa berusaha untuk yang terbaik


USAH BERSEDIH by Khairul Azhar Ghazali

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"..

Friday, October 24, 2014

Book of Days

aku berbalas email dengan Corporate Comm Bank Rakyat
Nama dia Ayu Mastika
Cantik kan nama tu?
Terus aku teringat novel "MARTIKA" yang aku baca masa sekolah rendah
sebenarnya aku cari novel ni dah lama
tak pernah jumpa dah
pada zaman sekolah rendah lagi
aku pinjam kat perpustakaan bergerak
haaa penah tak korang pinjam buku kat bas tu?




macam ni la lebih kurang bas tu
Dewan Bahasa dan Pustaka punya
haa dia datang 2 bulan sekali ke apa kan
sekali datang memang aku pinjam macam2 buku novel
seronok pulak teringat zaman-zaman dulu

so masa first aku baca cerita ni memang buat aku berimaginasi
pasal cerita dia romantic science fiction
Malaysia diserang Alien
haaa hebat kan macam boleh buat filem
bagi aku masa ni best gila sangat cerita dia
macam tengok film hollywood
siap aku membayangkan aku karakter Martika tu
tahap gitu



sinopsis (source)

Tajuk: Martika
Oleh: Lamia Aimal @ Noormaizah Yaacob
Terbitan: DBP
Tahun: 1991

Sinopsis:

Malaysia diserang makhluk Aplus dari sebuah planet asing. Martika dan sekumpulan manusia yang diketuai oleh Zarif berkubu di sebuah pusat membeli-belah.

Mereka merancang dan menjalankan misi serang balas dan serang hendap terhadap Aplus dan konco-konconya. Martika yang melihat segala ini berlaku mengawal dan menolong Zarif walaupun membenci sikap 'machoist' Zarif terhadapnya.

Dalam diam, dia sedar jiwanya juga akan berubah sepertimana kebanyakan insan yang mengelilinginya.


tahap gitu
Gila kau tahun 1991 dah ada penulis yang imaginasi tinggi macam ni
aku google maklumat kata novel ni limited
hopefully ada masa nak pi DBP nak beli 
aku ni jarang membaca 
tapi ni lah novel yang paling aku ingat sekali dengan memori perpustakaan bergerak
yang bau buku-buku dia akan aku ingat sampai sekarang
budak zaman sekarang merasa ke perasaan pinjam buku ni ye?

Monday, October 20, 2014

Who Let The Dog Out?


Niat mungkin baik
tapi pelaksanaan meragukan
yang datang pulak ambil kesempatan untuk "really touch and hug every dog I lay my eyes on"
Apa-apa pun semua orang ada pendapat masing-masing
terpulanglah siapa yang nak judge, taknak judge, yang tak kisah, yang melatah
yang open minded, yang close minded
everybody's entitled to their own opinion
tapi kembalilah kepada basic hukum nya
kalau tu pun susah nak faham
tak payah fikir benda-benda lain dah
nahh cer tengok link MAJLIS FATWA ni

Kalau tak paham gak
nahh






















































Susah nak baca panjang sangat???
nahhh video





Tak faham bahasa Kelantan??
nahhhh Komen Ustaz Kazim


























Sorry, but this is provocation
Yes, event ni orang Islam buat
Yes, event ni dapat permit dari Majlis Agama Islam dan Polis
Yes, event ni berniat baik nak bagi awareness pada orang supaya jangan takut anjing
and mengenali anjing-anjing, menerapkan kasih sayang pada binatang, mengajar cara samak,
merapatkan orang islam dan bukan islam,
UNITY FOR ALL
OUT OF THE BOX
BREAKING THE TABOO

But hey, I'm just not that liberal.
for me event ni mengelirukan
Perception aku, outcome dia adalah orang selfie dengan anjing dengan status------

"ohhh comelnyaa rasa nak bela nak bawak balik
awww siberian husky ni lembutnya bulu
rottweiler ni tak garang pun
chihuahua ni perasan-perasan Paris Hilton lahh I
inilah kali pertama dapat pegang anjing (peluk bukan pegang)
haa ni gamba aku dengan hanjing, come on keyboard warrior what you got?
Tolong jangan close minded yee...pegang anjing tak haram, cuma najis berat je
nanti samak lah balik, ni tengah belajar cara samak haa
#holyshit #anjingtakharam #Islamitumudah"




























Alamak suamiku dah bersuara.
kthanksbye.

#Janganmarah

Wednesday, October 15, 2014

It's All About The Money


























While doing the dishes my mind was so busy thinking and listing
all the things that I have to buy this month
Every month I will make a list of "Things To Buy"
so it will be easier for me to sort and plan how i'm gonna spend the groceries money
lepas bajet 2015 ramai mula post kat fb about high living cost
can we survive with RM2, 500 permonth?

for me, depends
kalau single baru lepas grad, memang lebih dari cukup
tapi kalau dah kawin, ada anak
anak lebih dari satu...
duduk kat bandor ni
memang gila - tu je aku mampu cakap

But, ada family yang boleh survive with that kind of amount
But not me
Keluar je dari MMU dah terbeban RM100k hutang PTPTN nak kena bayar
I was not born with a silver spoon in my mouth
I got my first handphone at the age of 18 - jenama alcatel
Masa tu tengah famous nokia 3210
aku pergi kemana-mana naik bas
from Langat- KL-Cyberjaya
Dah 2 tahun kerja baru mampu beli Proton savvy yang yahudi lagi menjahamkan duit aku
dengan bayaran bulan RM 470
pastu savvy tu jahanam sampai aku terpaksa kerugian and ambik kereta proton lain
tanpa pilihan

tak kaya tapi masuk MMU kenapa???
sebab tergula-gula dengan pinjaman PTPTN yang ingatkan akan mampu bayar leps grad nanti
sekali rupanya gaji lepas grad cuma RM1300 sahaja ye
yeee untuk degree di ulang semula RM1300 sahaja
yeah I was so naive and stupid at that time
diri pun mediocre je masa tu bukan top student
no room for regret
focus on the future

Anywho,
back to today
I will spend at least RM500 untuk groceries, RM 200 untuk diapers + toiletries
and RM 300 untuk formula milk
That's already 1K
Belum lagi nak bayar babysitter, loan kereta x 2, sewa rumah, mobile phone, TNB, Astro,
Unifi, credit card, Insurance x 3 pax, duit untuk FAMA (Father & Mother)
Itu belum lagi kalau ada loan rumah, personal loan and pelbagai loan lagi
Kalau macam ni 10k pun macam tak cukup kan
So, when is enough...enough?
Duduk kat bandar ni memang banyak pakai duit
tapi kalau duduk kampung orang yang kerja macam aku or surfacing ni tak boleh survive pulak
sapa pulak nak hire Filmmaker or PR kat kampung durian sebatang kan?

anywayy
Back to my grocery list
Ini yang common mesti ada monthly :

Kiub ikan bilis x 4
Kiub ayam x 4
Telur
Minyak masak
Olive oil
Minyak jagung

Minced beef x 4
Burger
Hotdog
Pie pastry
Drummet

Cheese bega
Cheese topping
Cheese parmesan
Buttercup x 4
Butter spread
Butter bylanthne
Susu farm fresh
Yakult x 4
Calciyum x 1

Parsley
Allspice
Italian herbs
Gula
Tepung
Serbuk dadih
Mushroom x 3
Tomato puree x3
Susu Ideal x 2
Susu pekat x 2
Sardin Mackerel x 2
Nescafe refill
Old town instant
Cereal milo
Cereal coco crunch

Plastik sampah XL
Plastik sampah large
Tissue kitchen
Tisu kotak
Mamipoko x 1
petpet x1
 drypers pants x 2
Susu s26 x 3 kotak 1.8kg

Sabun mandi hamza
Sabun mandi refill frusier
Sabun tgn frusier x 2
Sanitizer dettol
Shampoo
Conditioner
sabun basuh
Top softener
Comfort putih softener
Dettol lantai
Pewangi drawer
Charcoal drawer

Carrot
Potato
Celery
Tomato on vine
Labu manis
Apple
Udang
Ayam


Ini stok sebulan lah
Tapi ni tak termasuk list pegi pasar atau supermarket weekly pulak
Kalau kat pasar dah confirm seminggu tu at least RM50 kan
dengan barang basahnya, segala bawang, segala sayur bagai
petai pun 5 ringgit weyyy sepeket kecik
santan sekilo pun RM 7.60 tau
Sardin pun RM 7 satu tin mackerel tu
sapa kata makan sardin boleh bajet?

Yeah aku suka sort list macam ni
so aku tau lane mana nak pergi and apa nak grab
Biasanya zul akan ikut 2 lane je, pastu dia pi bawak hamza makan ke apa
so it's just me, my trolley and my list
Pastu I'm going to grab everything as fast as I can
and when I said fast, at least dalam 30-45min
ngeeee

Groceries shopping memang dah jadi terapi untuk aku
I really love it, especially bila check list panjang lepas dah bayar nak tengok
apa yang aku telah dapat save, yang dapat diskaun or member price
Rasa macam satu accomplishment
dengan bangganya akan bagitau surfacing kalau dapat spend elok2 dengan bajet
tapi kalau overbudget diam diam jelah tambah sendiri...hahahaha

and yes, I calculate everything before bayar
and I know exactly how much the item is
sebab ada banyak kali kejadian kat hypermarket ni --- tulis harga diskaun, bila bayar harga asal
apa lagi harusla kena lahar cashier
jangan ingat semua customer main bayar je
kalau orang kaya takpalah kan
aku memang check siap2 harga tu label and price tag scanner

satu lagi habit aku masa weekdays aku jalan-jalan kat giant
atau tesco kat paradigm mall ni
so bila aku nak beli groceries kat Carrefour la contohnya
aku dah tau kat mana murah or mahal
contohnya susu S26 hamza memang paling murah kat tesco siap dapat free gift bagai
tapi stok selalu lambat
kat carrefour harga x masuk akal
tapi kalau kat manjaku harga sedang-sedang je

wahhh dah jadi macam advertorial KPDNKK segmen pricewatch pulak entry ni kan
apa-apa pun tepuk dada tanya selera
kalau banyak duit, mana-mana pun takda hal
tak payah tengok tag, ambik je terus bayar
but for people like me, memang calculative and harus make sure
apa yang bayar tu memang berbaloi-baloi


MY INTERMONOLOGUE:
Pink Floyd - Money



Thursday, April 03, 2014

Water Rationing

Esok kawasan rumah aku start catuan air
DAMN
Aku ingat dah terlepas sekali ada pulak fasa ke empat
haven't make any preparation yet
but surfacing dah habiskan laundry since tak boleh buat on saturday nanti
hopefully tangki rumah aku cukuplah
Kesian memikirkan orang yang ramai anak kecik
aku yang ada sorang pun dah pening memikir nak simpan air
anyway kalau nak tau siapa affected sila ke website syabas

sebenarnya dalam stress ni aku kesian kat "agen air" macam syabas ni
confirm kena maki dengan orang
mungkin aku patut buat pencerahan sikit dengan Q&A ni ye
aku bukan pekerja syabas
tapi aku pernah terlibat buat report tentang sungai untuk Lembaga Urus Air Selangor
so aku tau sikit-sikit tentang proses air
and sejak tu jugak aku mula appreciate air

1. melambak-lambak air kat sungai, kolam apsal kata takda air pulak?
Adakah korang minum air kolam, sungai, hujan? nope
kita minum treated water atau bahasa malaysianya air yang diproses atau bahasa senang faham
- AIR BERSIH
Air diproses oleh water treatment plant contohnya Puncak Niaga, Konsortium ABBAS,
SPLASH...Bila dah treated akan distribute oleh SYABAS kepada pengguna.
Diagram dia:
Sungai-Dam/ reservoir-Water Treatment Plant-SYABAS-Pengguna

Kesian SYABAS kan apa2 dorang kena marah sebab kita baya bil kat depa..


2. Apakah treated water atau air diproses ?
Treated water ni apabila raw water (air sungai) pi kumpul kat dalam dam/ reservoir...
Kita proses letak bahan-bahan macam alum, florida sampailah jadi selamat untuk diminum.
air diproses ini telah diklorinkan, dibasmi kuman dan dibalancekan PH nya
Jadi proses air ni bukan benda yang murah ye...memang juta-juta punya
tapi kita bayar bil tak sampai 50 ringgit kan
kalau duduk selangor free terus, Alhamdulillah

contoh proses water treatment:

Add caption





















credit


3. HAAAAA ADA UBAT GIGI DALAM AIR PAIP?
Yee memang ada letak florida  (tapi bukan ubat gigi) sebab kisahnya masa awal-awal pakai air paip ni
ramailah orang yang mengalami kerosakan gigi (tooth decay)
jadi ada letak small percentage of fluoride to prevent cavities
check wikipedia pasal water fluoridation for more details ok
now don't get started pasal keburukan ubat gigi berflorida pulak ye


4. Tapi sekarang hari-hari hujan takkan masih takda air?
Sometimes kat Gombak hujan lebat tapi batu caves tak hujan pun
begitulah senarionya...kita tak guna air hujan directly untuk proses air
Tatapi hujan boleh meningkatkan air di kawasan tadahan (contoh empangan klang gate),
sungai, kolam
air yang nak diproses di ambil dari lembangan sungai contohnya sungai langat, sungai selangor
Jadi kalau empangan dah menyusut sampai 65%  memanglah ambik masa nak bagi penuh balik
sebab empangan tu bukan besar macam tangki rumah teres 2 tingkat
InsyaAllah kalau hari-hari hujan lebat dalam seminggu, paras air akan pulih semula

5. Kenapa bila ada ammonia terus tutup empangan pastu lama gila sampai berminggu-minggu?
Sungai kat malaysia ni dah tak macam dulu
memang tercemar
sungai ni ada level atau kelas dia tau...kalau kat KL ni memang level 3 atau 4 la
meaning tercemar tapi masih boleh dirawat
Tapi kalau tercemar dengan ammonia atau diesel memang masaklah
sebab air mentah tu langsung tak boleh pakai! tak boleh proses!
tak boleh minum! boleh mati wey
jadi kena ambik air mentah baru tu sebab tutup loji terus
ambil masa nak proses air baru

6. Apa punca pencemaran sungai ni? kata dah proses takkan masih tercemar?
Pencemaran sungai ni dari macam-macam sumber
kumbahan tidak dirawat
(najis-najis kita ni terus buang sungai sebab takda loji rawatan kumbahan kat area tu)
racun dari aktiviti pertanian, najis dari industri penternakan,
pencemaran dari kawasan industri- bengkel kereta, motor ni selamba buang kat longkang
dari longkang turun ke mana? sungai lahh
pastu dari kawasan pembuangan sampah tu kan ada air2 sampah mengalir
meresap dalam tanah...pergi ke mana? sungai lahh
Jadi fikir banyak-banyak sebelum minum air sungai ye adik-adik
Jangan lah nak organic atau au natural sangat sampai minum air sungai
Boleh mati minum e-coli

7. Kalau air paip tu bersih, tak payahlah masak air kan? Boleh minum jelah air paip tu?
Air bersih - air bersih untuk mandi, masak dan aktiviti yang sewaktu dengannya
Janganlah perasan-perasan macam kat US minum tap water je
Still kena masak atau pakai filter untuk diminum
walaupun diproses tetap ada bakteria atau partikel yang tidak diketahui yang boleh
memudaratkan

Aku rasa itu saja soalan-soalan yang selalu bermain-main difikiran orang
sejak aku ada awareness pasal air ni, aku mula lah sedikit sebanyak cuba jimat air
sayang weyyy ...tak mustahil satu hari nanti air akan mahal macam minyak
tengok keadaan dunia sekarang macam-macam benda yang boleh mencemarkan
kualiti air
Manusia boleh hidup tanpa makan tapi tanpa air?
ngeri nak memikirkan

So jom lah kita jimatkan air walaupun nanti takda catuan dah.
Apa yang kita boleh buat untuk jimat air  dan kurangkan pencemaran?

1. Jangan biar air mengalir je time basuh pinggan (aku suka buat macam tu dulu)
2. Jangan biar air mengalir je time sabun badan time mandi atau gosok gigi/ bercukur
3. basuh kereta atau pokok guna air tadahan hujan
4. Buat laundry full load jangan lah kain 2-3 helai pun nak pakai washing machine
5. Repair kerosakan paip atau apa2 yang boleh bazirkan air
    (masih ada paip rumah aku yang kena repair...sigh)
6. Cuci kereta dengan air yang ditakung ----> hantar car wash je
7. Jangan buang sampah atau sisa makanan dalam sinki/ longkang
8. Kalau terlebih rajin, kumpul sisa minyak masak dalam tong bukan buang kat sinki
   (still working on it)
9. Pakai sistem 2 pam kat pam tandas (menjimatkan 68% air)- rumah baru ada lah kot
10. Jangan guna air mengalir sesuka hati bercinta sambil basuh kereta main simbah-simbah kat girlfriend
 (true story aku nampak kat area rumah rasa nak tampaq 2 ekor ni. orang tengah catuan air dia boleh main simbah-simbah air paip konon romantis la tu...blearghh)


Selamat menjalani kehidupan dengan catuan air!





Friday, March 14, 2014

Lights














source



When you try your best but you don't succeed
When you get what you want but not what you need
When you feel so tired but you can't sleep
Stuck in reverse


Lights will guide you home

and ignites your bones
I will try to fix you

(Fix you by coldplay)


Please come back safely MH370.
Our prayers are with you.

Wednesday, January 29, 2014

Faculties of Mind


















zaman sekarang ni semua ada pendapat masing-masing
semua berhak komen
dia lah terpaling pandai
terpaling hebat
terpaling power bab parenting ni
siap buat diagnosis ni bukan kena pukul ni rashes

siap marah parents apa lah hantar anak pi tuisyen umur 4 tahun
( I honestly think it's playschool/ nursery/ daycare whatever u wanna call it)
siap membangga pulak  kata dia ajar anak dia sendiri kat rumah
tak payah hantar playschool lagi pandai dan tentu tak kena pukul anak
so serve u right makbapak budak ni

marah pulak kat mak budak tu kenapa tak jaga sendiri sibuk cari duit anak terabai
ada pulak dengan mendabik dada kata kalau anak aku memang aku pukul barulah pandai
ini anak kena sikit dah report polis panggil media
nanti budak tu manja lah jadi lembap lembut
itu belum lagi remark racist

wow.
just wow.

tunggu sampai kena kat batang hidung sendiri
time tu baru tau langit tinggi rendah
biarlah siasatan di buat
kalau betul kena pukul sampai teruk sebab tak pandai abc,
si tukang pukul haruslah dihukum seadilnya

kalau jadi kat anak sendiri boleh ke korang yang dok komen tu dok diam-diam je?
sheeshh

Friday, November 15, 2013

Random


























so true!!
aku gelak gila tengok ni
ramai pulak dok share kat IG
This week memang busy
ada 5 reports, ganti bos masuk meeting
ada 2 event upcoming
this week I wish I have more time
tapi tetap nak balik pukul 5 tepat takmo keja lebih
haha
tapi dalam busy ni khatam gak stalk blog orang 

aku nak update pasal hamza 12-14 months
tapi nanti lah sebab aku ni suka cerita panjang2 with pictures
so jadinya tak siap2 entry tu

aku tak sabar nak tunggu bulan 12
sebab nak settlekan event besar pastu boleh amik cuti seminggu wahh
cuti aku ada 7 hari lagi ni
cuti kat sini banyak wey...aku setahun dapat 28 cuti ke apa ntah

aku suka tengok blogilates ni
Thanks tina bila u share ni rasa macam ada harapan nak kurus balik
tapi ntah bila aku nak start buat ni
neverending house chores 
but it give me a glimpse of hope yang aku boleh kurus walaupun tak pergi gym
Oh how I miss my Lynyrd Skynyrd and Black Sabbath T-shirt
Bila gemuk ni buat aku tak suka amik gambar
explaining why my IG penuh gambar Hamza je

aku jumpa Honest Trailer  by screen junkies kat youtube
serius lawak gila weyyy
dia review filem2 dengan cara paling honest sekali
please, watch it
it will make your day
kena ceramah 3 jam sama bos sampai jadi tepu
bila tengok honest trailer ni terus riang gembira alam ria cuti sekolah
ni salah satu favourite aku


spot on!

Came across this PSA dekat facebook
I really really like it
Heartbreaking
but successfully send a powerful message to parents out there
including me


Never ever take our children for granted
never ever leave our children out of sight
yang aku observe biasa kalau anak sorang kita masih alert
tapi bila dah ramai, kita akan mudah cuai
opportunist akan ada di mana-mana
bila letak anak dalam stroller masa shopping always make sure stroller kita pegang
never let it go
make sure buckle up anak kat stroller
kalau tak, senang je dia nak angkut anak kita sekelip mata je boleh hilang
kalau keluar berdua je dengan baby kena sentiasa pandang kiri kanan
tapi kalau nak jadi, akan jadi jugak kan
semoga anak kita semua sentiasa dilindungiNya

eh dah nak pukul 5.00
Hello Weekend :)

Friday, October 04, 2013

Sad But True


























Surfacing tunjuk aku status kat facebook dia
bila baca je terus rasa darah naik ke muka
sedih dengan perangai budak2 tu satu
tapi aku lagi sedih dengan perangai orang yang up status tu
cara dia tegur tu
bahasa yang dia guna
aku rasa sangat kesat dan x sesuai
pastu beratus komen kutuk budak bawah umur tu
bukan nak mendoakan depa berubah

aku suka komen azman kahar tu
and a few others
bagi aku very rude la bila kau nak libatkan mak bapak budak tu
really like the statement "iman tidak diwarisi"
















Jadi aku pun terpanggil nak bagi komen jugak
sebelum ni ada je status panas dia up
contohnya pasal ibu bekerja tu
tapi tak pernah rasa nak komen sebab bagi aku
"takpelah...tu life kau...life aku lain"

but bila dia babitkan mak bapak atas kesalahan anak-anak tu aku rasa tak wajarlah
kau tau ke background mak bapak dorang yang kau nak cakap macam tu?
unless parents depa ni kaki pukul ke hisap dadah ke
bolehla aku terima
what if parents dorang orang baik2 yang membesarkan anak dengan baik
yang tak tahu menahu pasal facebook?






tak tau lah orang lain
tapi everytime aku baca status dia
aku rasa macam cara penyampaian  dia tu tak berapa berkesan
rasa macam eh kau ni nak up diri je kerja kan
mungkin dia kena guna ayat lebih elok kot
ada je penceramah lain bila aku baca terus rasa sentap di hati dan rasa nak sangat berubah
tapi kalau dia...hmmm
whatever lah


Tuesday, February 19, 2013

The Time To Kill Is Now












Source: youtube

Aku yakin 2-3 hari ni semua ibu dalam Malaysia tengah stress
Sakit hati, bengang, sedih, hiba bercampur baur
Bila tengok maid indon lambung baby umur 4 bulan
macam roti canai je dia buat

Aku masa tengok dalam berita terus telinga rasa panas
sambil air mata mengalir laju
Killer Instinct aku serta merta datang
Astaghfirullahalazim
Serius, aku yakin bukan aku sorang je
kalau kita berada di tempat ibu bayi malang tu
Kita pun akan rasa nak bunuh, pukul, dera, lambung sepak terajang maid bodoh tu

Pada masa yang sama
Semua ibu-ibu yang bekerja kat Malaysia
yang hantar anak ke babysitter, ke nursery atau yang maid jaga
mesti hati jadi gentar
Terus ada rasa ragu-ragu
takut, cemas rasa macam loser
sebab takda pilihan lain
Walaupun Alhamdulillah tiada kejadian buruk yang menimpa
sebab yang menjaga anak kita ni baik-baik belaka, InsyaAllah
Tapi rasa uneasy tetap ada sebab bukan kita sendiri yang jaga















source: Utusan


Aku tak mampu nak proses kejadian tu sebenarnya
kenapa wujud nya syaitan ni?
amah setan ni dah pun dijatuhkan hukuman kena penjara 20 tahun
Al-kisah aku baca dari komen2 kat FB amah ni meroyan-rindu anak kat kampung
mampos la ko merempat dalam penjara
aku yakin orang2 yang mendera baby atau pedophile ni...
kalau duduk kat penjara memang dia la yang paling teruk kena buli kena pukul
kira low life punya criminal la

Baby Harez stabil ada kecederaan dalaman dan lebam di kaki tangan
Tapi dia tak sebut pasal pendarahan otak atau shaken baby syndrome
Tapi semalam dia admit semula sebab tak bergerak macam biasa
Allah...
Aku berdoa sangat baby harez sihat seperti sediakala
dan membesar dengan normal
Allah maha adil dan baby harez telah dijaga oleh malaikat, aku yakin

Bila aku baca dalam FB dalam banyak2 komen ...
ada komen yang agak menyinggung perasaan
katanya kenapa mak tu bodoh sangat bagi maid jaga, kalau tau beranak taula jaga anak...
aku sentap
Takpe..takpe...

kau mungkin belum ada anak
atau kau ada anak tapi ko kaya gila jadi kau tak payah kerja
atau kau ada anak tapi mak kau yang jaga jadi kau bernasib baik
aku jawab la bagi pihak mak harez ye...
TIADA IBU DALAM DUNIA YANG NAK ORANG LAIN JAGA ANAK DIA.
Tanya la sorang-sorang dalam Malaysia ni
ada ke yang sukarela nak bagi orang jaga.
aku yakin 100% kata tak.
semua terpaksa sebab nak cari rezeki, nak bantu keluarga dan mak bapak
nak naikkan taraf hidup keluarga
nak sama-sama contribute pada suami supaya kehidupan lebih selesa
dapat contribute beli rumah
dapat bayar hutang kereta, hutang belajar dan bagai-bagai
sekarang milo kosong pun RM 1.50
bayangkanlah betapa tingginya kos sara hidup especially yang tinggal di bandar.

so daripada kau kutuk mak dia yang dahla tengah sedih dengan anak kena dera
baik kau doakan kesejahteraan keluarga tu dan kesihatan baby harez.
Kalau taknak doa pun takpe, duduk diam-diam jangan cakap apa2.
haih.

















Baby Harez sayang,
comel sangat awak ni
Semoga sihat dan membesar jadi anak yang bijak dan soleh ye nak.
Kepada ibu Harez- Nina,
bertabah dan bersabarlah.
“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153)

Friday, December 21, 2012

Fall Away























Berita ni a few days ago. Source kat sini
Aku yang membaca ni dah trauma
apatah lagi yang mengalaminya
Tak dapat aku bayangkan perasaan bapak dia yang nampak anak dia terhempas ke lantai
kuasa Allah SWT tiada kecederaan langsung
Aku berdoa baby ni akan kekal sihat ke akhir hayat

Terpaksa banned hospital Serdang macam ni..
ngeee

Thursday, March 01, 2012

Awakening


source


Semalam emosi je aku baca tweet manusia-manusia yang marah
konsert Erykah Badu ni kena banned
lagi emosi bila manusia-manusia ni melayu islam
pastu artis-artis melayu islam pulak
Macam perkara remeh je kan macam takda offended langsung
Siap cakap oh melayu ni cepat sangat insulted la kolot la apa la...
Wow, so shallow.

Lukis gambar Nabi Muhammad SAW pun menyebabkan
seluruh muslim di dunia membantah
apatah lagi memakai tattoo Allah SWT.
Ini religion la bukan culture, get it?
Takde sensitivity langsung ke?

Ada yang persoalkan kata tu just temporary tattoo la...
She's ill-informed la apa lah
yes, yes aku tak peduli masalah dia
masalahnya sekarang kita yang seolah-olah menyokong kesilapan dia.

Yang blame Rais Yatim jangan cakapla
Siap terkeluar pulak isu-isu politik
(blearghhh)
kenapa sehari sebelum konsert and just after keluar paper The Star baru nak banned?
kenapa tak check awal-awal dulu masa sebelum bagi permit
Hellooo
Aku pun honestly tak pernah tau tentang kewujudan gambar dia pakai tattoo camtu
maybe because I'm not a fan pun
so apatah lagi la menteri yang busy tu dan orang-orang gomen yang approve tu

Padan muka Pineapple Concert
tipu la kalau korang tatau pasal gambar tu langsung
Masa hantar proposal tu mesti tak tunjuk punya gambar tu
atau maybe dia photoshop kan tattoo tu
lepas dapat permit happy je kan
sekali Allah SWT nak tunjuk... hamik kau
terpampang besar2 dekat paper The Star
just a few days before the concert
Served you right.
Rugi memang rugi la
But patut korang dah predict benda ni boleh jadi
Kita ni hidup zaman communication atas ke bawah
Kan senang kalau bawak artis-artis yang less risky kan

The thing is,
once we know about the information
We can't unlearn it
or ignore it
So what Rais Yatim did memang wajar
Ini negara Islam yang berjuta rakyatnya beragama Islam
yang walaupun mungkin tak alim mana pun
tapi bila kita dah tau fakta bahawa nama Allah SWT terpampang
dekat badan half-naked Erykah Badu
Are we gonna close one eye and move on?
Sejahil itu ke kita?

I better stop before I get too emotional.
Just read ada satu portal gossip ni yang menyokong tindakan menteri
dan menempelak tindakan artis yang bantah
Good one.

Kita maybe masih belum sempurna
masih merangkak mencari cahaya
Cuba menjadi Muslim yang lebih baik dari hari sebelumnya
Tapi jangan sampai yang NYATA dan BENAR itu dipersoalkan.
Nauzubillah.

Friday, May 27, 2011

Pleasant Return


Corey Taylor of Slipknot says...



Pagi ni aku terbaca la dalam blog aunty nani
tentang pengalaman dia pegi butik man kajang
layanan pelik seorang businessman kepada potential client
first time jumpa tapi dah kena laser tak pasal-pasal

aku memang tak pernah pegi man kajang tu masa survey butik
walaupun aku duduk dekat dengan area kajang
sebab aku tau aku tak mampu
dan terus terang aku tak pergi sebab aku assume
akan dapat layanan macam tu nanti
yang suka pandang orang pakai proton saga macam aku ni sebelah mata
Even kalau duit ko berkepok pun tapi kalau takde title Tan Sri kat nama bapak kau
jangan harapla nak dapat layanan decent

Taklah aku kata semua wedding boutique perangai macam ni
Cuma adala beberapa yang rasa dia lah yang terbaik, terhebat, tergempak
Kadang-kadang aku pelik baru sponsor baju artis sikit dah berlagak tak tentu pasal
Apa lah salahnya kau servis orang tu elok-elok sikit
Mana la tau kan yang datang pakai sempoi tu la rupanya jutawan ke
kan dah rugi

ada jugak yang backing dengan mengatakan
"oh dia memang cara cakap camni, tapi hatinya baik"

Ok fine...
tapi aku personally rasa,
kata-kata yang keluar dari mulut datang dari apa yang tersirat di hati
Kalau hati kau baik, InsyaAllah apa yang disebut semuanya baik-baik belaka

Pepatah melayu pun ada mengatakan
"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"
Aku rasa manusia normal takkan membenarkan diri mereka disembur dengan kata-kata yang menyakitkan hati dan berunsur penghinaan
Lagipun takde kerugian kita berbuat dan berkata baik sesama manusia

aku nak share la pengalaman aku dan Neesa waktu cari baju kat Ampang Park
Sa kalau ko baca ni mesti ko sakit hati...hahahaha
Si kitorang jalan-jalan and nampak satu kedai ni sunyi je takde orang
Yang jaga kedai ni seorang makcik lingkungan 50 ke atas
Muka dia macam ada kecacatan sikit pada bahagian mata
Dia greet kami masuk and ramah la tanya nak beli baju apa
siap boleh try lagi

Aku seriously suka gila dengan material and design baju kurung dia
Cotton and kain saree ada ornament yang very simple tapi unik
Memang lawa gila la
Harga pun taklah murah atau mahal sangat
kira masih affordable

Neesa try la satu baju kurung ni tapi malangnya takde size
makcik ni dokla tanya
"boleh ke ni, nak try lain tak?"
tapi at the end baju Neesa try tu memang takde size dia
aku and neesa memang excited la so kitorang plan maybe nak beli lain kali
kalau ada occasion lain atau untuk raya ke
Aku siap dah aim satu baju kurung cotton warna hitam ornament brown tu

so kitorang keluar and cakap thank you
Ko tau apa makcik tu cakap?

"Buang masa aku je"

aku and neesa memang terkedu.
aduhai.
Pastu neesa bengang gile die cakap kat aku
patutla kedai takde orang, kurang ajar rupenya makcik ni.

Pemikiran neesa masih ok lagi...
pemikiran aku lagi jahat
patutla "kau macam tu"...


sebab mulut ko jahat.



Sorry la makcik
You just lost our respect and empathy towards you
We could have been your regular, loyal and valuable customer
Because your baju are beautiful, no doubt
But your attitude...
Super fuck up.


Sorry,
walaupun ko makcik tak bermaksud ko boleh kurang ajar dengan aku.
Byebye
Jangan harap aku, kawan-kawan aku dan family aku nak datang kedai kau.




MY INTERMONOLOGUE:
Rival Sons - Pressure and Time

Thursday, April 14, 2011

Common People




This photo was taken by en Sabri using his new iPad
I'm not a fan of iPad but i'm in love with this apps.

I had a dream a few days ago that i just bought an iPhone
There's this video apps that can transform you into a moving zombie
stop motion thingy
and surfacing really likes it.

Apparently there is the zombie apps on iphone.
Not moving but still the concept is there.
wow, I'm so outdated even my dream was kinda lame.
ngeee.



MY INTERMONOLOGUE:
Grand Funk Railroad - Heartbreaker

Thursday, March 31, 2011

Ramble On





Aku serius tak paham dengan...


1. Parents yang bawak anak umur 5,6 tahun tengok cerita "...dalam botol".
Wey ko takde otak ke? cerita tu dahla 18pl ada scene2 gay...serius bodoh gila.
lagi aku sakit hati bila minah tu cakap sama kawan dia
"eh bagi aku duduk sebelah anak aku, aku nak borak sama dia"

Kau ni dibesarkan kat gua mana ha?
sejak bila panggung wayang tempat untuk berborak-borak?
Last-last kawan dia tu kena bawak anak dia keluar
sebab aku dah pandang-pandang setiap kali anak dia buat bising.
Bangang.


2. Orang yang berborak dalam panggung wayang atau memberi reaksi verbal time tengok movie.

Contoh : Cerita King's speech
Minah A: Oooo gagap ke dia ni
Minah B: Ish ish kesiannyaa dia tak boleh cakap betul
(sambil main bb)

Helloooo aku tak nak dengar commentary kau ok.
Aku bayar 12 ringgit sebab nak tengok movie...
bukan nak dengar suara kau memekak satu panggung.


3. Motor yang duduk tengah-tengah lane dan bawak slow.
Kalau kau ingat kau tu bawak kereta, sila beli kereta ok.
Aku drive kat lane kanan bukan sebab nak tunggu ko bawak 50km/j
dekat highway yang jalan besar tu


4. Kereta yang drive lane kanan sekali tapi bawak macam unta.
Ni satu lagi spesis aku tak paham.
Kau tau tak lane kanan tu tempat untuk memotong?
Kau ni mesti jenis orang pakai lesen bayar kan.

Tak payah nak kata had laju tempat ni 90km/j ke
kalau kau nak bawak slow duduk lane tengah atau kiri sekali.
Itu gunanya lane paling kanan sebab nak potong kereta kau yg lembap tu.
Faham?


5. Perempuan yang bawak kereta secara menakutkan.
Sabtu lepas aku pergi giant tunggu 10 minit
untuk makcik ni reverse kereta dia dari parking.
Yang paling menakutkan ialah sebelum keluar parking, die betulkan cermin kiri,
kanan reverse sikit, masuk balik, reverse sikit, masuk balik...
selama 10 minit.
kereta dia viva je.
Cara nak keluar tu macam bawak hummer pulak.

aiyoo makcik...
kau reti bawak keta ke tidak?
Sebab aku takut dia ter-reverse banyak,
aku terpaksa reverse jauh sikit untuk mengelakkan sebarang kejadian.
Makcik... kalau takut sangat bawak kereta, jalan kaki je atau suruh anak drive ok!


6. Orang tua berusia lebih 60 tahun bawak kereta slow gila dekat lane kanan.
Atuk, nenek...
ni sekarang zaman 2011...
highway kita ada 3-5 lane- lane kanan untuk kereta paling laju.

Bukan la nak kurang ajar kan,
tapi orang yang berusia lebih 60 tahun sepatutnya amik lesen memandu lagi sekali
untuk test mata boleh drive lagi ke tidak.
Kalau tak, sekejap-kejap nak brake sebab tak boleh agak jarak kereta depan...
adui serius bahaya.


7. Sales Assistant kat kedai yang berlagak macam dia pulak owner kedai.
Tengok aku yang pakai t-shirt band ni tengah tengok kasut ke beg ke
sibuk nak follow je kemana aku pegi...
bila pegang sikit barang dia...cepat2 betulkan dengan muka annoying
serius rimas ok.

Tolongla jangan layan customer macam dia takde duit nak beli...
I'm pretty sure those customer punya salary lagi banyak dari kau ok.
macam la kedai tu moyang kau punye.


8. Boyfriend yang bawakkan handbag girlfriend.
Kalau pegangkan kejap sebab dia nak pergi toilet, takpe lagi...
ni the whole day kau nak bawakkan.
Kalau kau ingat dengan cara macam tu kau sweet dan romantis, memang kau salah.
cuba kau tanya 10 orang perempuan,
nescaya 9 dari 10 tu akan muntah darah kerana annoying dengan kau dan gf kau.
1 yang setuju tu gf kau.
geli ok.


9. bila beli barang, cashier tanya "ada duit kecik tak?"
Kalau takde, buat muka tak puas hati.

weyyy, kau ingat aku ni bank simpanan nasional nak ada duit syiling banyak-banyak?
dah tau bukak kedai runcit, pergi la tukar duit siap-siap kat bank.
bukan semua orang akan beli barang cukup-cukup rm10 atau rm5.


10. Parents yang bawak anak umur 44 hari lepak kedai mamak
pukul 11malam ke atas.
Suka kau dapat keluar lepas pantang ye?
tapi kau tak kesian ke anak kecik malam2 kat kedai mamak
dengan asap rokok, udara sejuk, asap kereta...

ada sekali aku tengok kat uptown,
budak tu siap dah baring atas pangkuan bapak dia
tapi tidur mulut ternganga dan kepala anak dia dah senget
definitely bila bangun tu akan sakit tengkuk...

bapak dia buat tak tau je sebab sibuk sangat nak makan western
sanggup kau makan ye walaupun anak ko dah macam pengsan kat situ?
Hopefully bila aku dah ada anak, aku tak buat la macam tu.
serius kesian.



banyak lagi benda aku tak paham sebenarnya...
tapi next entry lah
gambar memang takde kena-mengena ye
aku suka je sebab nampak happy
ngeee




MY INTERMONOLOGUE:
Trivium - Down From The Sky