Tuesday, February 19, 2013

The Time To Kill Is Now












Source: youtube

Aku yakin 2-3 hari ni semua ibu dalam Malaysia tengah stress
Sakit hati, bengang, sedih, hiba bercampur baur
Bila tengok maid indon lambung baby umur 4 bulan
macam roti canai je dia buat

Aku masa tengok dalam berita terus telinga rasa panas
sambil air mata mengalir laju
Killer Instinct aku serta merta datang
Astaghfirullahalazim
Serius, aku yakin bukan aku sorang je
kalau kita berada di tempat ibu bayi malang tu
Kita pun akan rasa nak bunuh, pukul, dera, lambung sepak terajang maid bodoh tu

Pada masa yang sama
Semua ibu-ibu yang bekerja kat Malaysia
yang hantar anak ke babysitter, ke nursery atau yang maid jaga
mesti hati jadi gentar
Terus ada rasa ragu-ragu
takut, cemas rasa macam loser
sebab takda pilihan lain
Walaupun Alhamdulillah tiada kejadian buruk yang menimpa
sebab yang menjaga anak kita ni baik-baik belaka, InsyaAllah
Tapi rasa uneasy tetap ada sebab bukan kita sendiri yang jaga















source: Utusan


Aku tak mampu nak proses kejadian tu sebenarnya
kenapa wujud nya syaitan ni?
amah setan ni dah pun dijatuhkan hukuman kena penjara 20 tahun
Al-kisah aku baca dari komen2 kat FB amah ni meroyan-rindu anak kat kampung
mampos la ko merempat dalam penjara
aku yakin orang2 yang mendera baby atau pedophile ni...
kalau duduk kat penjara memang dia la yang paling teruk kena buli kena pukul
kira low life punya criminal la

Baby Harez stabil ada kecederaan dalaman dan lebam di kaki tangan
Tapi dia tak sebut pasal pendarahan otak atau shaken baby syndrome
Tapi semalam dia admit semula sebab tak bergerak macam biasa
Allah...
Aku berdoa sangat baby harez sihat seperti sediakala
dan membesar dengan normal
Allah maha adil dan baby harez telah dijaga oleh malaikat, aku yakin

Bila aku baca dalam FB dalam banyak2 komen ...
ada komen yang agak menyinggung perasaan
katanya kenapa mak tu bodoh sangat bagi maid jaga, kalau tau beranak taula jaga anak...
aku sentap
Takpe..takpe...

kau mungkin belum ada anak
atau kau ada anak tapi ko kaya gila jadi kau tak payah kerja
atau kau ada anak tapi mak kau yang jaga jadi kau bernasib baik
aku jawab la bagi pihak mak harez ye...
TIADA IBU DALAM DUNIA YANG NAK ORANG LAIN JAGA ANAK DIA.
Tanya la sorang-sorang dalam Malaysia ni
ada ke yang sukarela nak bagi orang jaga.
aku yakin 100% kata tak.
semua terpaksa sebab nak cari rezeki, nak bantu keluarga dan mak bapak
nak naikkan taraf hidup keluarga
nak sama-sama contribute pada suami supaya kehidupan lebih selesa
dapat contribute beli rumah
dapat bayar hutang kereta, hutang belajar dan bagai-bagai
sekarang milo kosong pun RM 1.50
bayangkanlah betapa tingginya kos sara hidup especially yang tinggal di bandar.

so daripada kau kutuk mak dia yang dahla tengah sedih dengan anak kena dera
baik kau doakan kesejahteraan keluarga tu dan kesihatan baby harez.
Kalau taknak doa pun takpe, duduk diam-diam jangan cakap apa2.
haih.

















Baby Harez sayang,
comel sangat awak ni
Semoga sihat dan membesar jadi anak yang bijak dan soleh ye nak.
Kepada ibu Harez- Nina,
bertabah dan bersabarlah.
“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153)

4 comments:

LisaLisut said...

i agree babe.spe yg duk kata spe suh kerja jaga anak sndri la blablabla tu mmg poyo lebih.bkn semua org dlm malaysia ni mampu dgn hanya pndptn laki sorg sj yg bekerja.

Essentially, every mother wants to give her best to her children.
kita contributing to the household income
May Allah know every working mother’s good intentions and give His blessings...

Fara Atiqah said...

dia tak berada dalam tempat kita, dia tak tau.

berapa serba salahnya rasa tengok anak menangis pagi2 bila hantar rumah babysitter.

kalau diberi pilihan, aku nak jaga anak sendiri, tengok dia membesar depan mata...tapi kita semua ada tanggungjawap..tanggungjawap sebagai parent of course la nk berikan yang terbaik..untuk diorg jugak.

cha said...

kalau kau meroyan rindu anak camni ke cara dia? bukan patut ko treat anak org mcm anak ko sendiri ke. bodoh giler. patut kene sebat je

ingat sume org mampu ke jaga anak sendiri zaman skrg ni. yela kalau suami je yg keje manela cukup. duhhh susahla kan org yg berckp ni tak pkir situasi org lain sbb dia x pnh kene

pet said...

Lisa: itula kan hopefully one day we can quit our job and raise our kids. baru puas hati..dulu i tak pernah terfikir langsung nak berhenti keja..i memang determine i akan kerja cemana sekalipun...but bila ada anak...segalanya berubah...tak tau la kenapa. kadang2 i siap terfikir, dulu masa kecik mak i sentiasa ada kat rumah tak pernah pergi mana pun...but now my son terpaksa terima hakikat yang ibunya bekerja.

Fara:
echa dah besar dia lagi dah tau protes kan hantar kat rumah babysitter...hamza still ok lagi tak tau apa2..hehe..takpa fara, kita set goal to have own business supaya boleh spend more time with our kids

cha:
itula cha...mahkamah dah jatuh hukuman without kena pergi jumpa psychiatrist ke apa...means dia WARAS masa dia dera baby tu. manusia apa la macam ni? geram sangat tau tengok video tu...