Wednesday, February 27, 2013

Just Got Wicked


Bumbo Seat
Weekend sebelum pegi usual fortress of solitude di amcorp mall
pegi Onebabyworld saja nak beli romper untuk Hamza pakai harian
Selain tu nak check bumbo seat
ada 2 brand..satu bumbo yang harga dalam 249
another one Bebe yang harga murah sikit RM160++ (Murah kejadah)
ada tester so letak la Hamza dalam tu


























Tapi nampaknya niat murni aku nak membazirkan duit tidak berjaya
Hamza macam ngam-ngam je dalam tu...
Peha debab dia kalau membesar lagi macam mana
Tak berbaloi


























ngee muka tensen sebab dia baru nak tidur masa aku letak dalam bumbo ni
Tray tu harga lain ye..dalam RM70 tak silap aku
Nampaknya ummi beli awak highchair atau fabric yang boleh letak kat kerusi biasa tu jela
Tak tau apa namanya
dalam diam rasa lega sebab better duit tu simpan untuk beli carseat dia...
hehehe

aku pelik napa bumbo size macam ni 
bukan anak orang putih badan gadang2 ke?
macam mana dorang nak muat dalam menatang ni
ataupun aku ni try kat hamza dah terlambat
patut waktu umur dia 4 months ke apa kan..


Evamatic Mat
Tenggelam si bambam ni dalam color splash




















masa chinese new year aku survey evamatic mat
sebab nak bagi Hamza tummy time dekat flat surface
Last2 nasib baik dapat beli dekat husnalilshop time stok tikar yang aku nak tu ada
aku beli evamatic ABC puzzle
so sabtu tu semangat ummi nya ni vacuum carpet and bentang tikar

Boleh tahan besar gak tikar ni
besar sikit dari katil single
Masa mula-mula bukak aku tak suka bau plastik
Tapi lama-lama hilang

muka excited kena baring




















Hamza memang nampak macam suka atas mat ni
Bila meniarap dia ralit sangat ngan texture mat tu 
dokla menggaru mat bunyi krapp krapp...
Tapi bila ada mat ni mainan dia yang lain dah tak nampak
pasal semua colorful sangat

Ralit dok garu tikar




















Tapi Hamza standard la paling lama dia boleh main atas ni adalah dalam 15 minit
Pastu ek ek minta dilayan

Berbaloi ke beli evamatic mat?
Bagi aku amat berbaloi sebab anak boleh buat aktiviti meniarap ke merangkak ke
Kalau muntah ke kotor boleh lap dengan air..senang
Harga pun taklah mahal..yang aku beli ni RM48 sekali postage
Cuma dia tak tebal sangat so kene letak atas carpet
Kalau atas lantai takut tak cukup tebal untuk support kepala baby
macam hamza dia suka terlentang secara tiba2 so base kena tebal dan lembut
untuk elak gegaran di kepala
evamatic mat ni aku letak kat rumah babysitter time weekdays



























Hamza seems to enjoy it for maximum about 20-30 minutes or so
Pastu merengek suruh orang angkat
Kalau orang tak layan dia, 10 minit dah merengek
so manja la baby boy ummi ni

anywho,
this is a video of my baby showing off to his abah his new skill
abahnya tak dapat tengok lagi anaknya roll
so petang tu dengan tak sabarnya tebarkan comforter and letak hamza
elok pulak dia nak roll tu depan abah
so excuse suara umminya yang over excited bebenor tu ye
biasalah new mommy ni kalau anak buat menda sekecik-kecik pun excited lebih


Hamza rolling 101


4 comments:

LisaLisut said...

if nk yg tebal,g GM Klang. i pye xyah letak ats carpet.dia mmg dh tebal.rm50.size lebih kurg carpet ruang tamu i.kecik skit.tatau nk bg ukuran in cm.haha
sbb ms beli tu i sgt memilih.sbb ada 1 tu nipis.ade 1 lg tebal.if yg mhl mcm disney kt jusco tu lg la mahal nk mamps.200+. kirim slm.huhu

tapi...hannah dh main di luar kwsn skrg.bkn dia heran main ats mat tu.dia main ats lantai bwh meja mkn ceruk2.tskkkkkkkkkk

cha said...

bestla sambil golek sambil kenal huruf kaler eh padahal baby lg hihi tp melentur buluh biar dr rebungnya :p

Asz Miza said...

Alahai tak sabarnya nak tunggu anak i roll jugak walaupun lambat..hihihi..

pet said...

lisa:
Thanks for the heads up. yang evamatic sekarang ni ada texture...selain garu, hamza suka tonyoh muka dia kat tikar tu tak pasal muka dia naik ruam. so now I have to find another one yang takde texture..sigh..so probably will check out GM to buy another one yang tebal and no texture :)

Pasal main luar kawasan tu i dah seriau gak memikir nak kena kemas rumah hari2 vacuum and mop...kene ready physical and mental ni..hahaha

cha:
yep saja je sebab baby kan suka kaler2 so hopefully at the same time dia boleh ingat huruf2 tu..hahaha

asz:
don't worry your time will come :) tapi nanti mesti rasa ala dah besar dah dia pastu sedih sikit..aa cemana tu..hahahah