Wednesday, February 10, 2010

Four Letter Word




SURAT TERBUKA KEPADA PROTON HOLDINGS BERHAD


Assalamualaikum,
Saya ialah pengguna Proton Savvy.
Saya berasal dari keluarga yang sederhana.
Ibubapa tiada kereta.
Selepas grad dari universiti, saya bekerja selama setahun
sebelum bercadang untuk membeli kereta.
Pada September 2006, selepas membuat perkiraan
saya memutuskan untuk membeli sebuah kereta.

Saya berpendapat kereta baru lebih senang di jaga
dan tidak akan memberi masalah seperti kereta lama.
Masa tu perodua Myvi masih mahal dan out-of stock
Proton Savvy pula menawarkan pakej yang sangat menarik
dengan zero-downpayment dan 7x free service.

Akhirnya saya beli Proton Savvy walaupun ada rakan-rakan
yang memberi nasihat supaya memilih kereta lain sahaja.
Bagi saya, kalau kita jaga kereta dengan baik,
takkanlah nak rosak tak tentu pasal pula.

Little did i know that it’s my worst decision in life.
6 bulan pertama penggunaan masih baik.
Walaupun servis kedua dan ketiga di Proton mahal.
Labour charges je dah RM100.
Walaupun kawan-kawan kutuk
apabila bunyi kuat bila tukar gear
atau kereta tersengguk-sengguk
macam teksi 10 tahun ketika jalan sesak.

Saya masih bersabar sebab bagi saya, ia tidak mengganggu poket.
Asalkan saya dapat pergi kerja dari Hulu Langat ke Ampang
dengan selamat pergi dan balik pun sudah cukup baik.
Alhamdulillah.

Masuk tahun ke-2, Savvy dah mula buat hal.
Bermula dengan coil yang rosak dengan kos rm800.
Sudah dua kali tukar coil dalam masa 3 tahun.
Spark Plug tukar dekat 3 kali dalam setahun.
Kemudian power window rosak.
Glove box pon rosak.
Yang paling kelakar aircond knob pun boleh rosak.
Pusat servis proton kata saya kena tukar the whole set
yang berharga lebih rm200.
Itu tak masuk dengan disc brake yang dah tukar
sebanyak 2 kali dalam setahun termasuk absorber
Power steering switch leaking yang kosnya RM300 dan
coolant yang leaking.
Macam saya ni pakai kereta lebih 10 tahun pulak
macam-macam nak rosak.

Harga maintenance pulak macam pakai kereta continental.
Sungguh tak berbaloi.

Kemudian Proton buat announcement semua kereta savvy
dipanggil repair untuk wheel bearing.
Sebulan selepas itu, saya refer kepada Proton branch di Cheras
dan mereka kata akan hubungi untuk baiki.
Sampai sekarang tiada sebarang feedback
Saya call jawapannya tetap sama : tunggu turn.
Setahun berlalu tiada kesudahan.

Suatu hari, kereta saya tak boleh start
Pusat servis Proton kata ada masalah speed sensor
Sedangkan masa tu bateri kereta yang dah kong.
Sejak tu saya sudah tidak percaya pada pusat servis Proton
kerana sikap yang tidak profesional dan tiada skill
dalam membaiki kereta savvy
yang berasaskan teknologi Renault.

Saya mula mencari-cari pusat servis
yang lebih baik dari Proton.

Dari bantuan rakan-rakan di www.savoc.net
saya pergi servis di Renault specialist.
Kereta saya masih terjaga tapi mereka dah bagi amaran awal-awal
yang Savvy memang banyak masalah.

Sehingga lah sekarang ni,
hanya selepas penggunaan selama 3 tahun 5 bulan
dan telah membayar bulan-bulan tanpa missed
lebih kurang RM20, 000
kereta saya dah tersadai selama 5 hari di workshop
kerana masalah gear box AMT pula.
Malah leaking and condition AMT masih tiptop.
Renault specialist kata
maybe masalah robotic atau electronic pulak.


Sesungguhnya nak menyesal pun dah tak guna.
Saya telah membuat pilihan yang salah.
Nak jual Savvy pon tak boleh,
sebab dia golongan kereta sejuk..takda harga.
Kalau jual saya pula yang berhutang dengan bank
dan mengalami kerugian.

Terus terang dari hati, saya amat marah, kecewa dan sedih
dengan produk buatan Malaysia yang bernama Proton ini.
Sepatutnya produk ini menjadi kebanggaan rakyat Malaysia
dan menjadi penyelamat atau problem solution
kepada golongan berpendapatan sederhana seperti saya .
Tetapi malangnya bukan sahaja tidak membantu
malah dibebankan pula
dengan masalah-masalah melampau
seperti yang dinyatakan di atas.

Bila ditanya kepada Proton kenapa berlaku masalah macam ni ,
dengan selamba pusat servis proton
akan memberi jawapan yang sama:

“Savvy memang macam ni “ atau “savvy memang bermasalah”

Oleh yang demikian, saya meminta kepada Proton
supaya menghentikan penipuan ini.
Saya bukan orang kaya yang ada lebih dari satu kereta.
Itu lah satu-satunya sumber pengangkutan saya sekeluarga.
Pengalaman pahit ini mengajar saya
supaya berhati-hati di masa hadapan.
Tidak mungkin lagi akan saya membeli produk keluaran Proton
kerana kepercayaan saya telah musnah sama sekali.
Ingatlah wahai Proton, ini bukan pengalaman saya seorang.
Malah pengalaman ribuan pengguna Savvy yang lain.
Kalau tak percaya sila layari :
http://savoc.net/v2/portal.php

Cukup sampai disini surat terbuka saya buat Proton.
Semoga luahan perasaan saya ini dapat memberi kesedaran
untuk anda berbuat sesuatu yang lebih bijak, efisien dan proaktif.
Walau apa pun saya doakan anda terus sukses
walaupun kejayaan itu diatas kesengsaraan orang lain.


Pengguna Savvy yang tertipu,

NOR LELA ABDUL GHANI
savvy keluaran tahun 2006




MY INTERMONOLOGUE:
Slipknot - Vermillion

Monday, February 01, 2010

Time in a Bottle



Hari ke-7
genap seminggu arwah meninggalkan kami
isnin lalu
tatkala menerima panggilan
suara sebak dari Zul (my surfacing)
perlahan meratapi
luruh rasa hati
separuh jiwa pergi
kehilangan sesorang yang sangat dikasihi
adalah ujian yang amat berat dari Allah SWT

terngiang
terbayang
sapaan mesra arwah setiap kali bertemu
bersalaman
"apa khabar nak...mari sini... duduk sebelah bapak, sayang"

mesra menggamit
tesenyum manis
sentiasa mendoakan penyatuan kami
namun apakan daya...
Allah SWT lebih menyayanginya


"kau irama terindah tak lagi ku dengari"


Bapak,
walaupun ikatan suci ini belum dimeterai
kasih sayangmu harum subur di hati

Ya Allah,
damaikanlah roh bapak di sana
lapangkan kuburnya
berilah ketenangan padanya
Ampunkanlah dosa-dosanya
sesungguhnya...
kami redha.


Al-Fatihah.

Allahyarham Mohd Azhar bin Abdul Razak
(1938-2010)



to Zulkarnain azhar...
Sayang, be strong. for we have to live and hopefully will be
a better son and daughter to our parents
and a better person in every way.
I will always be there for you, and u know it.