Monday, July 29, 2013

Brain Damage

Masalah besar aku sekarang adalah external hard disc buat hal
boleh detect tapi tak boleh buka apa2 file
tak boleh copy untuk back up
tanya kat low yatt dia charge RM1 untuk 1 gig backup
aku ada 420gig semuanya
gila ke apa 420 hengget?
now tengah bagi kawan opis aku tolong backup
today dia akan check
berdoa sangat2 harta dalam external tu boleh diselamatkan
harini jugak aku dah beli new hd 1tb untuk storage
tak mampu nak digest kalau aku kehilangan semua file dalam tu
MY WHOLE LIFE ada dalam tu
gambar2, video, kerja,
Semua lah
Gambar2 dan video hamza dari newborn
ngeri memikirkan kalau semua tu hilang
Sigh
kalau kawan aku tak boleh back up kan
aku akan buat jugak 400 lebih tu
asalkan aku dapat balik semua data dalam tu
adoi tension lah!

Tapi tengok muka anak ku ini rasa sejuk hati


























31 julai ni genap 11 bulan dia
Oh dear dah nak setahun!
belum update lagi progress 9 dan 10 months dia
will update once dapat all my data back
anyway lagi 10 hari Ramadhan bersama kita
make full use of it
Semoga kita semua mendapat keredhaanNya

Tuesday, July 23, 2013

Cookin' Up Part 6 (Lasagna)


























So recently I made Lasagna for Iftar
asalnya aku buat bolognese sauce a day before
konon nak makan spaghetti meatballs la buka pose
tapi pastu tengok eh cukup bahan lah nak buat lasagna
and bila buat bolognese aku pun pakai banyak masa buat layering
so aku masak spaghetti sikit jelah nak abiskan bolognese tu

aku bukan selalu sangat buat lasagna ye
ni baru 2nd time buat
1st time buat masa raya 3 tahun lepas aku belum kawin lagi
hamik kau..
ngeee

aku selalu rasa lasagna ni leceh and mahal kosnya tu yang asyik tak buat je
tapi bila buat semalam senang la pulak and takdela expensive sangat

Lasagna ni aku belajar kat Chef John cewahh
dari Foodwishes lah apa lagi
aku suka sangat chef john ni dia tunjuk step by step
pastu resepi dia semua sedap


lasagna dah siap stack





















Lasagna ni usually guna marinara sauce + meat
so jadila meat marinara
tapi aku rasa nak buat marinara tu sama je lebih kurang macam bolognese
that's why aku pakai je kuah bolognese

Lasagna ni kau ada 3 part:
Lasagna sheets
meat sauce (meat marinana or bolognese)
bechamel atau cheese sauce


LASAGNA SHEETS
Beli sekotak besar Instant Lasagna sheets
meaning tak payah pre cook ye terus lapis and masuk oven
aku pernah beli yang kena boil dulu tu tapi dia lembik sangat jadinya
maybe sebab aku overcooked



MEAT SAUCE

ko boleh ikut resepi bolognese ni untuk buat meatsauce


atau ikut resepi chef john:

Minced beef 400 gm
1 tin button mushroom
1 tsp salt
ground blackpepper
marinara sauce (beli je dalam jar tu)
chilli flakes/ cayenne
1/2 cup water
Italian herbs
bay leaves (kalau ada)

How to:

masuk minced beef masak sampai brown
masukkan mushroom
(biar sampai bebetul brown and kering)
masukkan garam+blackpepper+ red chilli flakes
baru masuk marinara sauce
kacau2 sampai pekat
* meat sauce jangan cair sebab nanti lasagna jadi soggy
* aku pakai bolognese sauce je buat lasagna



CHEESE SAUCE

Cheese sauce ada 2 jenis - Bechamel sauce atau real cheese sauce
real cheese sauce ni mahal lah kosnya pasal pakai macam2 jenis cheese
ricotta la bagai jadi aku buat bechamel sauce je

Bechamel sauce
1/2 buku butter
1/4 cup tepung gandum/ all purpose flour
fresh milk 2 cawan
basil, oregano/ italian herbs
cayenne
ground blackpepper
nutmeg (kalau ada)
lea perrins (kalau ada)

melt butter - letak tepung stir jangan kasi ketul
letak segala herbs
letak fresh milk 1 cawan
kacau 5 minit letak 1/2 atau 1 cawan lagi fresh milk
seasons the blackpepper, cayenne, nutmeg, garam sikit
lea perrins
tutup api dan masukkan cheddar cheese ikut suka
(aku suka letak 6 keping cheddar+ mozarella sikit+ parmesan sikit)

ATAU
kalau nak betul-betul chese filling ikut resepi chef john ni:

2 eggs beaten
letak ricotta cheese
cubed mozarella
freshly grated reggiano-parmigiano cheese
sedikit fresh parsley
salt and ground blackpper and cayenne
gaul je semua

ini memang ultimate cheesela
aku tak pernah buat filling macam ni sebab mahal...heheheh




























ok now cara nak stack:
- Meat sauce layer paling bawah
- lasagna sheets
- meat sauce lagi make sure cover semua lasagna sheet

-cheese sauce
- lasagna sheets
- meat sauce
- cheese sauce
- lasagna sheets
-meat sauce
-cheese sauce

gitula kau repeat2 je no right or wrong
last sekali atas ko tabur mozarella sebanyak-banyaknya dengan parmesan
cover dengan foil loosely
bake at 190c for 30min
pastu buang foil
and bake again for another 30 min
siap!
jangan potong dulu kang abih roboh lasagna
tunggu 15-20 minit at least bagi dia firm
huwaaa sedapnya lambat nak tunggu

Kau tengokla kami berdua ni hantu cheese dan lasagna
tapi surfacing lagi hebatla dia memang boleh makan satu tray ni sampai habis



























See belen tinggal ni je
kami makan je dah banyak ni cemana nak serve tetamu nanti...
hahaha
anyway kalau nak lagi clear step by step
boleh tengok video chef john
selamat make-stack-bake-wait-eat!

Wednesday, July 17, 2013

Frame by Frame

Rasa lama tak update
sebabnya last week Hamza admitted to hospital sebab viral fever
5 hari dalam wad
but will update about it later

Now nak cerita pasal video anak.
aku rasa dalam masa 10 bulan Hamza bersama kami ni
gambar dia ada beribu-ribu dah
I think around 4k++
aku yakin mommies lain pun sama
sehari tak ambik gambar anak memang tak boleh tidur
especially bila ada instagram
now instagram ada instav lagi lah
yang seronoknya ko boleh capture frame by frame
shot selection in 15 sec
it's like your own edited short clip
very impressive

Bila aku tengok video yang depa dok share kat FB ni
aku serius macam wahhhhh nak macam ni jugakkkkk
apparently the father compiled 1-2 sec of everyday lives anak dia
dari lahir sampai umur setahun
bila dia combine it is so beautifully done I feel like crying watching it
dengan music yang compliment the visual
it's like life is so fast so treasure it
Your baby is growing and you gonna missed it
seronok kan?

rasa nak buat untuk hamza jugak
tapi aku takdela setiap hari ambik video dia
aku cuma ambik development video je
so far ada lebih kurang 200 short vids hamza
and more to come lepas inspired tengok video ni.

anyway this is hamza
kalau ummi dia lambat buat susu
tapi usually sebelum dia lapar aku dah bagi
now dia minum 4-5oz every 2 hours


Tuesday, July 02, 2013

Cookin' Up (Pt 5)

surfacing suka sangat dengan Lidah masak merah
the only place yang sedap adalah dekat kedai tomyam dekat desa melawati
aku yang tak pernah makan lidah ni pun boleh makan
sebab takde bau dan rasa pelik
tapi kalau nak masak sendiri memang aku tak reti nak siang de

aku kalau masak merah mesti buat style minang
style bersambal and mesti ayam
disebabkan husbandku suka masak merah style kedai thailand
aku pun tiba2 terbuka hati nak try
google recipe
and walllah!

daging masak merah & telur dadar





















Dah 2 kali aku buat
memang boleh pakai betul resepi online ni
rasa macam kat kedai
dahla senang gila buat campak2 je
aku dengan beraninya kata kalau buat ikut resepi gerenti jadi dan sedap
so here's the recipe
credit to this blog


DAGING MASAK MERAH THAI
Daging hiris nipis
goreng dengan minyak panas dalam 3-4minit angkat
(resepi suruh rebus tapi aku tak suka)

tumbuk bawang putih 5 ulas
hiris bawang besar holland
hiris halia besar ibu jari
blender cili merah (kalau nak pedas letak cili api sikit)
kacang hijau frozen (rebus) - aku letak sebab surfacing suka

sos:
3 sudu sos cili (aku letak sos cili heinz banyak)
1 sudu sos tomato (agak-agak sikit je)
sos tiram (sikit je kalau banyak jadi masin)
kiub ikan bilis/ sos ikan (aku pakai kiub ikan bilis)
air rebusan daging (aku pakai air biasa)

panas minyak
masuk bawang tumbuk dah wangi masuk bahan hiris dan cili
masuk sos
masuk daging
masuk kiub ikan bilis dan air panas
letak tepung jagung sesudu yg dah bancuh kalau nak kuah pekat
Siapp!

senang kan.
This definitely jadi lauk berbuka nanti sebab senang la hai!
Team up dengan udang goreng tepung dan telur dadar yang simple gila tu
dah dapat 3 lauk nampak meriah.

Home

tak lama lagi nak puasa
lepas puasa raya pulak kan
last year first time sambut raya as husband and wife
this year ada penambahan ahli keluarga
last year sakan jugak aku siap buat makan-makan 2 kali
sekali untuk family
and second time untuk kawan-kawan
aku masak untuk both makan-makan kecuali ada kes nasi tomato aku tak jadi 
and surfacing terpaksa cari nasi beriani mamak on 2nd day of raya..
hahaha..nasib ada
seminggu lepas tu aku terberanak
tak tau la sebab penat sangat ke terlampau banyak berdiri 
menyebabkan hamza terus rasa nak keluar
langsung aku takde update kat blog gambar raya 2012
maybe I should...
just untuk kenangan

aku ingat tahun ni nak boria anak beranak
tapi aku tak beli kain and tailor taknak terima dah tempahan baju melayu hamza
sedih aku mengenangkan kalau hamza takde baju melayu
nak beli mesti besar kan
tapi Tina kata ada jual dekat Bak, Gombak
kita try tengok nanti kalau ada
baju aku and surfacing tak susah beli jubah je
badan gedempol ni bukan boleh beli baju siap selain jubah sahaja

aku ingat nak bake cookies raya lah this year
last year tak buat sebab aku sarat so cepat penat and mengantuk
kesian surfacing terbayang2 chocolate chip cookies aku
2 tahun lepas aku jual "kOOkies munchster"
Kalau aku buat this year untuk makan sendiri jelah
tengok cemana kalau rajin aku pegi beli oven

bila nak raya ni selain kuih raya, baju raya, 
deko rumah juga menjadi satu benda yang headache jugak
Last year aku pindah rumah sewa kedua ni betul-betul before puasa
rumah ni kecik sikit dari rumah pertama and very old
so we really need to plan out the arrangement supaya teratur sikitlah

living room - TV area

TV area ni betul2 sebelah sliding door



































Thank God masa tu memang murah rezeki
banyak barang aku beli kat Ikea dengan harga promotion
Theme kami untuk rumah Black, Grey and White, brown 
Perabot mestilah simple
Sofa aku ada 1 je klippan yang pakai jadi dais untuk nikah
kerusi rotan tu hadiah kawin kawan surfacing
almari TV aku dapat RM99 je dari RM300 kat Ikea
Foot stool RM8.90 je sekarang aku tengok dah jadi RM75
gilaaaaaa
nasib baik aku dah beli sampai 4 
karpet shaggy ikea pun time promo ikea family
Sebenarnya memang ikeawhore lah kami ni tapi dengan syarat harga kena reasonable
atau erti kata lain MURAH

dining area








































Kufi tu surfacing buat sendiri print dan framekan pakai ikea frame yang murah
Table lamp tu masa aku beli 2- RM7.90
sekarang 1- RM16.90
mak aihh gilaaa
Menyesal aku tak beli banyak aritu...huwaa
ikea ni kadang2 sale bukan lagi murah tau
aku selalu preview dulu everytime dia sale
sometimes harga mahal atau sama je
Tahun ni tema akan kekal yang sama jugaklah
cuma tahun ni aku ada masalah nak simpan barang-barang hamza yang banyak
and mostly barang dia mesti ada melukut kat area ruang tamu ni
kiranya the invasion of hamza lah
dengan playpen nya dekat depan tv
meja sebelah sofa letak warmer dan barang-barang harian dia

Playpen tengah medan





















sebelah almari cermin pulak letak baju hamza belum lipat dan kotak barang dia lagi
dekat meja makan ada steriliser pulak
time raya semua ni kena letak tempat lain
especially kalau aku buat makan-makanlah
pening makcik memikirkannya





















Nampak tu semua aku longgok situ je...
aku sebenarnya boleh je nak simpan tapi ni semua barang pakai
aku nak cepat capai so kenalah letak kat tengah-tengah medan ni
nampak tu seronok si kecik dapat merangkak dengan bebas
kalau lepas mop dengan vacuum memang aku bagi
kalau tak duduk dalam barricade je...kesian dia

anywho, apa2 pun yang penting checklist aku tahun ni adalah
tukar sarung bantal kecil kat sofa dan langsir
wah macam mak mak sangat kan nak tukar langsir
bukan banyak pun langsir sliding door je...
now I know why mak suka bebenor nak tukar langsir time raya
sebab dengan langsir lah rumah akan bertukar wajah
nampak macam eh ada benda baru
padahal lain semua sama je

Makan-makan raya aku tak pasti buat ke tidak
sebab we are keen to celebrate hamza's 1st birthday on August, 31
We'll see how kalau dapat bonus jadiii
kalau takde bonus diam-diam celebrate kat rumah je

Monday, July 01, 2013

I've Seen Good People


























Alkisah pada hari yang sama celebrate birthday surfacing
aku telah buat plan sendiri nak jumpa asz miza
baru je plan2 nak jumpa lisa, bai, cha, umie dan hazz masa raya
sekali dah jumpa miza dulu...haha

aku baca ig miza dia kata nak pegi ikea nak jumpa puan etty
jadi aku pun kata ahah aku kat cineleisure, why not kan?
masa makan aku bagitau husband dia pun ok je takde hal
lepas makan aku sms miza dan janji nak jumpa kat ikano
sebelum tu sempat pegi toys 'r' us beli something for ammar
just a small gift

pastu aku pegi popular miza kat toys r us
masa kat cashier ada someone mencuit aku
wah mizaaa
cover sikit excited kau tu makcik kang orang freak out
hahaha
mama ammar ni sangatlah kecik kurus orang nya
ko ni betul ke czer miza oi apsal aku gemuk gedempol ko elok je slim?
ngeeee

and dapat jumpa babykpop ammar sayang
tinggi betul dia ni tau nampak panjang aje macam budak besar
as usual he always give the sweetest smile
memang tak takut orang langsung tau ammar ni
aunty nak dukung awak tapi hamza macam insecure sikit..hahah

hamza mula2 rilek rilek
tapi muka dah berubah warna
aku tau dia nak nangis tu pasal dia tak kenal kan
seperti yang dijangka dia tiba2 melalak satu popular tu dengar
hahahaha
tapi bila angkat dia ok je
apelah hamza ni pakai je baju superman jatuh macho tau
tapi takpa lepas tu dia buat peace kat aunty miza sampailah ke rumah
dia dok buat peace kat umminya pulak

macam ni la muka sebelum air mata berderaian



















tengokla muka mak jemah habis berborak.
hamza dok scan muka miza lagi

































borak2 ada gakla dalam 10-15 minit kot ye miza
ambik2 gambar standardlah kan
before kami say goodbye
all I can say is I am so happy I have met you
ni second time aku jumpa orang yang kenal dari dunia online
first time jumpa orang dunia online ni akhirnya menjadi sebuah perkahwinan...
hahahaha

So, aku macam segan-segan sikit
tapi rasa macam dah kenal lama pulak kan..ha macam mana tu
anyway hope there will be more meet up after this
Ntahla bila dah stalk mommy2 ni tengok anak membesar seperti anak sendiri
terus rasa seronok dan rasa macam boleh relate
so time raya nanti eh korang?

hamza berkenan betul sama aunty miza

My Surfacing...You are 31!

28 June 2013
Birthday my surfacing jatuh hari Jumaat
asalnya nak ambik cuti ganti tapi aku dah ambik monday sebab jerebu
so tak dapatla nak masak apa2 untuk dia friday tu
so on saturday off we go to Cineleisure untuk belanja birthday boy lunch
biasa kalau special occasion macam ni dan ada budget
harusla makan tony roma's baru puas hati
Tapi sebelum makan harusla bagi hamza makan dulu
baru la lepas tu kami boleh bersenang lenang makan dengan amannya
see betapa laparnya  hamza tak sabo dah
pasal sangkut jem almost 2 hours from sri gombak yang biasanya hanya 20minit je
sabar jelah






















memang habis semangkuk tu
aku perasan kalau buat bubur masak lemak labu ni memang dia selera
siap topup susu 4oz lagi
surfacing order bountiful beef rib yang ada lamb rib
aku macam biasalah roma rack di hatiku
kalau datang sini memang takkan order benda lain kecuali beef rib dia

oh my roma rack







































Kami beriya nak order dessert pastu aku yang excited cakap kat waiter
"it's his birthday"
pastu waiter cakap kalau birthday dia bagi dessert on the house
wah yeke sungguh ketinggalan makcik tak tau pun nasib aku mulut lepas
kan dah dapat dessert free
not bad at all brownie with ice cream

as for the present kami ni jenis memang bagitau awal2 nak hadiah apa
kalau ada allocation budget
last year takde budget, hadiah birthday dia adalah hamza dalam perut
hahahaha
selama 12 tahun sambut birthday together aku akan beli semua barang boleh pakai
jam, kasut, wallet, baju

this year tiba2 hati aku lembut nak beli action figure untuk dia
pasal dia memang nakkk sangat and quite limited
plus dah dok bersama ni so hartamu hartaku juaaaa
and we both love dexter so much kira tribute untuk season ending dia ni























Dexter Bust beli kat amazon ni last okeh
aku ingat kecik
sekali besar dan berat
ada certificate gitu
he's been eyeing this for years

So my dear surfacing
hope you like dexter
saya doa semoga awak panjang umur, murah rezeki
sentiasa ada bersama kami sehingga Allah menentukannya
I want to grow old with you, love :)


MY INTERMONOLOGUE:
The Smashing Pumpkins - Tonight, Tonight (Live at Glastonbury 2013)