Monday, April 13, 2020

The birth of Muhammad Haiqal

I need to write this down untuk kenang-kenangan nanti
Hamza dulu dah tulis
so now turn Haiqal pulak
Ceritanya bermula seminggu sebelum kelahiran dia
So here we go!

7 November 2016 (Ahad)
aku dah seminggu batuk selsema
Aku tiba-tiba diserang demam urat tapi suhu tak panas pun
pastu asyikla terkencing
aku rasa aku kena UTI (Uriniral track infection)
memang sepanjang hari aku tidur je tak larat punya pasal

9 November 2016 (Selasa)
Assessment dengan Anaest (Doc Bius)
sebenarnya doc ni dah letak tarikh c-section siap-siap pada 22/11
just in case aku tak beranak lagi nanti
explaning why kena assessment doc bius
nothing fancy just dia check kesihatan badan
Alhamdulillah sepanjang pregnancy ni memang aku OK dan cergas
walaupun minum air gula 2X tapi aku takda diabetes
berat aku pun cuma naik 5kg je
berat asal sebelum mengandung 74kg...pastu turun jadi 72kg
and minggu ni berat aku baru 77kg
doc bagi aku ubat suruh insert kat bawah untuk bunuh jangkitan UTI tu
disebabkan aku ni batuk selsema and possible UTI,
doc kata mungkin kena makan antibiotik
Kalau c-section tak boleh ada batuk ke selsema

10 November 2016 (Rabu)
check up kat klinik kesihatan pulak
Doc bagi antibiotic sebab dia kata aku dah lama sangat batuk selsema

11 November 2016 (khamis)
aku masih MC sebab memang tak larat badan aku ni.
aku ambik maternity leave starting 15 November 2016 (isnin)
aku rasa tak mampu pulak nak kerja sampai 19/11 tu
takut terberanak pulak time hadap jem sejam pegi sejam balik tu kan

12 November 2016 (Jumaat)
last day keja
aku dah settle semua hal office tapi aku masih tak sedap badan
kat bawah tu gatal haih
pastu aku pyscho rasa macam air ketuban leaking
aku terus ajak zul pegi check kat hospital selayang pukul 9 malam
lepas 3 jam check CTG/ amik darah/ air kencing
doctor discharged
dia kata takda apa ni
baby semua ok and masih kat atas lagi kedudukan dia
kalau ada jangkitan pun aku dah makan antibiotic so should be ok
ye-ye je aku pi packing siap ni kotla kena tahan kan



13 November 2016 (sabtu)
hari ni takda apa yang unusual macam biasa je
siap malam tu lepak tengok TV hamza tidur kat pangku aku
pastu aku naik atas tidur

12.30 malam:
Tengah tidur tiba-tiba aku rasa ada benda "pop" and terus air keluar
aku terjaga  bawak hp terus pegi bilik air
confirmed.
air ketuban pecah.
oh no...not again.
(first pregnancy pun air ketuban aku pecah and takda contraction)

terus call zul and bergegas pergi hospital selayang
bayangkanla tengah-tengah malam angkut hamza sekali pergi sana
kesian dia

sampai je daftar terus siap-siap tukar sarung pasal nak buat ctg
air aku memang keluar banyak consistently
hamza punya la meraung-raung kat luar bila aku masuk dalam tu

Masa aku tengah tunggu doctor seluk hamza dah menjerit-jerit pulak main kat lobi tu
aku kat dalam pun boleh dengar
masa tu ramai-ramai nurse kat keliling aku
sekali ada sorang nurse ni tiba-tiba datang and cakap kat kawan-kawan dia
"anak sapa la dok bising menjerit-jerit kat luar tu, tensen aku"
aku pun selamba jawab 
"anak saya"
muka maintain senyum hati dah panas ni

Terus terdiam dia kawan -kawan lain dia pun diam
serius silence masa tu macam awkward
itulah orang tua-tua kata cakap siang pandang-pandang
cakap malam bisik-bisik
tak baik tauuu kutuk anak patient
ngeee
takpalah saya maafkan...anak saya hyper nak buat macam mana

anyway, first time ada doctor lelaki check buat VE
sebelum ni memang semua perempuan
bila check hanya 1cm
*nangis dalam hati''
doctor tanya ada contraction? aku kata takda rasa apa
bila tengok ctg ada contraction sikit je
baby station masih -3, cervix closed
doctor pun suruh terus puasa just in case c-section...
huwaaaa

bayangkan kepala baby aku masih -3


















serious aku dah goyah bila dengar keadaan tu
doctor tanya nak induce tak atau wait and see?
aku cakap kita wait and see sampai esok dulu

lepas check tu aku suruh zul balik sebab dah settle masuk wad
so dapatla aku wad 4 bilik kelas 2
malam tu aku cuba la nak jalan konon nak bagi baby turun cepat
tapi bila jalan menjejeh2 air aku keluar
dokla tukar pad and alhamdulillah takda stain
aku takut betul kalau ada color sebab tu tanda baby dah berak
bila buat CTG langsung takda progress takda contraction
aku call zul tanya
"awak rasa saya patut ke induce?"
zul kata terpulang pada awak dia serahkan keputusan kat aku

malam tu aku cuma tidur 1 jam je sebab dok google pengalaman orang
dok fikir dok berdoa apakah patut aku buat
patut ke aku induce atau czer je terus?



14 November 2016 (Ahad)

Lepas sembahyang subuh aku dah tunggu doctor pakar datang
tak sabar nak suruh dia check nak tau apa opinion dia
aku dah buat keputusan
I just need a little "push"

10.00am:
doctor buat round and datanglah doctor pakar perempuan
serius muka dia macam Pengetua sekolah hamza kat Permata Kurnia
one thing about doctor pakar ni dorang memang relax and tak banyak cakap
again dapat Doctor perempuan
dia kata dia nak seluk aku pun dah siap nak angkat kaki
sekali dia cakap it's ok tak perlu u buka kaki sikit je
siap tutup kaki aku tak payah nak kangkang besar pun
bagusnya laaa

pastu dia cakap
"no progress nor lela. cervix closed, station minus 3 no contraction...so you nak buat apa?"
aku tanya
"should i go for induce?"
Dia kata
"it's up to you sebab you dah ada prev scar
i tak nak impose apa-apa pada you it's your decision
kalau induce u tau kan risk macam mana and kalau takda progress kita czer so up to you"

aku memang dah fikir masak-masak sebenarnya
aku cuma nak tau apa kata dia je
aku pun kata
"takpalah i go for c-section"

dia terus ok note kat kertas
"not keen for iol"
oh damn
ni kalau geng-geng alami dengar memang confirm la aku kena kutuk
kata takda ilmu birthing etc

so aku scheduled for c-section after zohor.
Alhamdulillah.

The reason why I chose c-section:
1. air ketuban dah pecah aku tak sanggup ambik risk anak kena infection atau tiba-tiba anak dah berak kat dalam tu

2. Takda progress, takda contraction ...kalau induce mungkin ada sikit . mungkin berjaya?
atau mungkin end up macam hamza dulu 2 hari induce tak jadi apa. bila dah ada 1 prev scar dose induce pun tak boleh kuat

3. station baby masih -3 takda turun pun


so yes, aku memang hati dan naluri kuat nak c-section je. you can call me chicken but I know i've made the right choice.


2.00pm
Zul tengah on the way nurse dah datang nak pasang catheter
benda paling aku benci sebenarnya sebab ngilu weyyy
lepas je pasang rupanya dorang nak bawak aku pi labor room terus
aku tiba-tiba rasa nak berak boleh tak?
aku cakap kejap nurse saya nak berak pulak ke contraction ni???
so aku pun pergi la toilet
memang hampa sebab takda berak pun and takda contraction pun
harapan pelesu je

pastu terus aku dibawa pegi OT
Sampai kat OT minta maaf dengan zul haih syahdu rasanya
but hey this is my 2nd time so takdala nervous mana
cewah

aku pun diletakkan di luar OT sementara tunggu surgeon datang
Tiba-tiba datang seorang lelaki memakai scrub
"Assalamualaikum Puan, Saya Dr Hilmi , doktor bius pada hari ini. 
Puan sihat ye tiada selsema batuk?"
opocot terkejut mak tiba-tiba seorang doktor lelaki yang handsome menegur sebegitu
serious anes @ doctor bius aku ni muka dia macam shaheizy sam
Terus aku tengok nama kat baju dia
"HILMI ALADIN"
aik nama betul ke tu?
aku siap terpikir wah ada jugak orang yang pleasant looking
untuk aku tengok sementara nak operate ni
pastu aku aku macam astaga ada ke pemikiran macam ni
ampun wahai suamiku hahahaha
ni life and death situation ko baru je minta maaf dengan laki kot
hadui

pastu aku ditolak masuk dalam OT
dorang pun prep aku macam nak siang ikan
letak plastik itu ini
serius OT kalini riuh rendah sebab semua staff kat situ perempuan dan speaking kelantan
hok tak pahe apa dorang dok borak tapi memang riuh macam pasar
yang lelaki sorang ni je doctor bius hensem yang memakai surgical cap captain america
*drools
haippp

dekat 20 minit berlalu aku dah terbaring tunggu disiang tiba-tiba dorang dok bising
mana surgeon ni?
sorang doctor ni kata
"Minta maaf ye puan kena menunggu macam ni"
doctor bius aku pun dah bising
"ni apa cerita ni mana surgeon patient dah tunggu lama macam ni"
rupanya surgeon aku tak dapat dihubungi via call mahupun whatsapp
aku macam alamak saya nak beranak niii

another 10 minit tunggu akhirnya dapat dihubungi
surgeon aku pun perempuan juga Alhamdulillah
Doctor bius pun memulakan kerjanya suruh aku duduk peluk bantal
dia kata
"ok puan ni akan sakit sikit ye"
honestly aku takda la rasa sakit sangat pun
pastu macam biasa la dia test ada rasa ke tidak
and yes takda rasa
so aku tanya dia
"doctor kalau tiba-tiba karang saya rasa sakit macam mana? because it happened to my friend"
dia kata "
takpa nanti puan terus inform saya don't worry"

Akhirnya surgeon aku tiba juga
The time is now ...
tiba-tiba aku macam susah nak bernafas
aku terus cakap doctor saya tak boleh bernafas
doctor bius aku cakap "kenapa puan? puan ok ke ke?"
aku macam panic sebab tak boleh bernafas
doctor bius pun cakap
"oh puan nervous ni, panic attack. breathe in breathe out"
perghh dalam tadi aku punya calm
sekali tiba-tiba aku diserang panic attack
lama-lama aku bernafas ok balik

Semua terus ready and surgeon buat incision
mula-mula aku nampak juga dari reflection atas tu
sekali doctor tu perasan terus dia alihkan angle kain tu and tak nampak apa
suasana kat OT masih riuh rendah dorang dok kecek kelate gelak kuat-kuat
mengurangkan rasa nervous aku
serius aku rasa lama gila kot
sampaila tiba-tiba dorang goncang-goncang perut aku

goncang sekuat-kuatnya dekat 3 kali tapi baby tak keluar
aik susah betul ni
sekali doctor bius aku berdiri belakang dia kata
"minta maaf ye puan, kita nak keluarkan baby ni saya kena tekan sedikit"
dia terus tekan bahu aku supaya tak bergoyang
pastu surgeon dok goncang-goncang kuat lagi and keluar satu suara indah
Alhamdulillah baby dah keluar
automatik air mata aku mengalir keluar
ntahla sentimental pulak

Pastu nurse datang tunjuk muka baby kat aku
tangan and kaki jari cukup dia kata
dapatlah aku tengok sekilas and confirmkan muka anak aku
pastu dorang jahit nak tutup balik
pun aku rasa lama gila

ada satu part tu tiba-tiba aku rasa macam dorang tengah alihkan organ-organ badan aku
macam dia sumbat organ badan aku ke atas
punyala panik aku terus aku cakap
"eh kenapa ye doktor? ada apa tu doktor?"
surgeon tu kata takda apa pun kita tengah tutup ni
serius aku rasa dia macam tengah susun usus aku ke apa
hahahahahaha
jimbet betul

------

ok i wrote that experience like 2 months after i gave birth to Muhammad Haiqal Mohd Zulkarnain
honestly i don't remember anything much sebab sekarang dah tahun 2020
Haiqal pun dah masuk 4 tahun
damn I completely ignore my blog
I will publish this anyway!
oh hey right now we are living in the moment because of the RESTRICTED MOVEMENT CONTROL
Almost a month at home and we will be at home until 28 April 2020 thanks to virus Covid-19
Malaysia Health Ministry frontliners are doing their very best and i am very proud of my country.

Ok let see if boredom stuck me again and make me wanna write.
chow


MY INTERMONOLOGUE:
Billy Crudup - Sing Along
https://youtu.be/KFw_YzRrYTw








No comments: