Thursday, March 31, 2011

Ramble On





Aku serius tak paham dengan...


1. Parents yang bawak anak umur 5,6 tahun tengok cerita "...dalam botol".
Wey ko takde otak ke? cerita tu dahla 18pl ada scene2 gay...serius bodoh gila.
lagi aku sakit hati bila minah tu cakap sama kawan dia
"eh bagi aku duduk sebelah anak aku, aku nak borak sama dia"

Kau ni dibesarkan kat gua mana ha?
sejak bila panggung wayang tempat untuk berborak-borak?
Last-last kawan dia tu kena bawak anak dia keluar
sebab aku dah pandang-pandang setiap kali anak dia buat bising.
Bangang.


2. Orang yang berborak dalam panggung wayang atau memberi reaksi verbal time tengok movie.

Contoh : Cerita King's speech
Minah A: Oooo gagap ke dia ni
Minah B: Ish ish kesiannyaa dia tak boleh cakap betul
(sambil main bb)

Helloooo aku tak nak dengar commentary kau ok.
Aku bayar 12 ringgit sebab nak tengok movie...
bukan nak dengar suara kau memekak satu panggung.


3. Motor yang duduk tengah-tengah lane dan bawak slow.
Kalau kau ingat kau tu bawak kereta, sila beli kereta ok.
Aku drive kat lane kanan bukan sebab nak tunggu ko bawak 50km/j
dekat highway yang jalan besar tu


4. Kereta yang drive lane kanan sekali tapi bawak macam unta.
Ni satu lagi spesis aku tak paham.
Kau tau tak lane kanan tu tempat untuk memotong?
Kau ni mesti jenis orang pakai lesen bayar kan.

Tak payah nak kata had laju tempat ni 90km/j ke
kalau kau nak bawak slow duduk lane tengah atau kiri sekali.
Itu gunanya lane paling kanan sebab nak potong kereta kau yg lembap tu.
Faham?


5. Perempuan yang bawak kereta secara menakutkan.
Sabtu lepas aku pergi giant tunggu 10 minit
untuk makcik ni reverse kereta dia dari parking.
Yang paling menakutkan ialah sebelum keluar parking, die betulkan cermin kiri,
kanan reverse sikit, masuk balik, reverse sikit, masuk balik...
selama 10 minit.
kereta dia viva je.
Cara nak keluar tu macam bawak hummer pulak.

aiyoo makcik...
kau reti bawak keta ke tidak?
Sebab aku takut dia ter-reverse banyak,
aku terpaksa reverse jauh sikit untuk mengelakkan sebarang kejadian.
Makcik... kalau takut sangat bawak kereta, jalan kaki je atau suruh anak drive ok!


6. Orang tua berusia lebih 60 tahun bawak kereta slow gila dekat lane kanan.
Atuk, nenek...
ni sekarang zaman 2011...
highway kita ada 3-5 lane- lane kanan untuk kereta paling laju.

Bukan la nak kurang ajar kan,
tapi orang yang berusia lebih 60 tahun sepatutnya amik lesen memandu lagi sekali
untuk test mata boleh drive lagi ke tidak.
Kalau tak, sekejap-kejap nak brake sebab tak boleh agak jarak kereta depan...
adui serius bahaya.


7. Sales Assistant kat kedai yang berlagak macam dia pulak owner kedai.
Tengok aku yang pakai t-shirt band ni tengah tengok kasut ke beg ke
sibuk nak follow je kemana aku pegi...
bila pegang sikit barang dia...cepat2 betulkan dengan muka annoying
serius rimas ok.

Tolongla jangan layan customer macam dia takde duit nak beli...
I'm pretty sure those customer punya salary lagi banyak dari kau ok.
macam la kedai tu moyang kau punye.


8. Boyfriend yang bawakkan handbag girlfriend.
Kalau pegangkan kejap sebab dia nak pergi toilet, takpe lagi...
ni the whole day kau nak bawakkan.
Kalau kau ingat dengan cara macam tu kau sweet dan romantis, memang kau salah.
cuba kau tanya 10 orang perempuan,
nescaya 9 dari 10 tu akan muntah darah kerana annoying dengan kau dan gf kau.
1 yang setuju tu gf kau.
geli ok.


9. bila beli barang, cashier tanya "ada duit kecik tak?"
Kalau takde, buat muka tak puas hati.

weyyy, kau ingat aku ni bank simpanan nasional nak ada duit syiling banyak-banyak?
dah tau bukak kedai runcit, pergi la tukar duit siap-siap kat bank.
bukan semua orang akan beli barang cukup-cukup rm10 atau rm5.


10. Parents yang bawak anak umur 44 hari lepak kedai mamak
pukul 11malam ke atas.
Suka kau dapat keluar lepas pantang ye?
tapi kau tak kesian ke anak kecik malam2 kat kedai mamak
dengan asap rokok, udara sejuk, asap kereta...

ada sekali aku tengok kat uptown,
budak tu siap dah baring atas pangkuan bapak dia
tapi tidur mulut ternganga dan kepala anak dia dah senget
definitely bila bangun tu akan sakit tengkuk...

bapak dia buat tak tau je sebab sibuk sangat nak makan western
sanggup kau makan ye walaupun anak ko dah macam pengsan kat situ?
Hopefully bila aku dah ada anak, aku tak buat la macam tu.
serius kesian.



banyak lagi benda aku tak paham sebenarnya...
tapi next entry lah
gambar memang takde kena-mengena ye
aku suka je sebab nampak happy
ngeee




MY INTERMONOLOGUE:
Trivium - Down From The Sky

1 comment:

MiShi_Ka said...

omg! sebiji ape yg aku rasa gak...nape la ada gak org2 camtu kan...moga kite amek pengajaran...