Thursday, March 17, 2011

Addictive

Dah lama tak post pasal makan kan
Bukan sebab aku dah berenti makan untuk kuruskan badan
tidak sama sekali
cuma aku malas nak resize gambar
But i think it's time now, my first post of 2011 about food!
Nyummm

Neesa la yang suruh try German Deli ni sedap katanya
so 2 bulan lepas aku try la dengan Surfacing makan lunch
2 set burger 100gm lagi murah dari McDonald kat sebelah pintu je

Sejak tu, terus addicted.
aku rasa dalam bulan ni dah 2 kali pegi makan sana
Setiap kali makan mesti try menda lain
so ni gambar- gambar food dia yang aku berjaya capture walaupun kelaparan



The 500gm Megaton burger.
Ni memang specialty kat sini la untuk sapa yang berhati waja
macam Surfacing je mampu makan menda ni...
Sereyes besar wey






Dalam gambar ni memang la tak nampak besar sangat kan...
tapi percayala aku yang kuat makan ni pun x mampu nak abiskan kut
tapi Surfacing abiskan dengan jayanya...
licin
Harga pun takdala mahal bebenor...
tak silap dalam rm17.90
ok sangatla kan kalau makan 2 orang



Ni mozarella cheese 180gm hot dog...
Sebenarnya ni dah tinggal separuh baru aku teringat nak amik gamba...
ngeee
so bayangkan size asal dia...
amatla panjang berbanding hotdog a&w yang sedih tu

daging hotdog pulak memang meaty and harga lebih kurang rm13.90 kot
dia ada gak hotdog besar gile stail megaton tu...

namanya JAWBREAKER
dengar pun seram kan...
aku tak try lagi maybe next week ke...hehehe




Ni bbq rib tak silap dalam 25 ringgit kot
tapi not recommended la pasal kuah dia ni manis pulak
aku pun tak paham asal jadi manis
sepatutnya rib mesti la ala2 smoky bbq
so tak worth it la try kalau tak suka makan manis-manis




Ni sizzling grilled steak kot...
not bad at all ...
harga tak ingat...



Ni pulak mushroom cheese 180gm burger lebih kurang macam
mushroom swiss kat burger king la...
tapi daging burger dia sedap tak macam burger biasala...
Harga dalam 10.90
size puas hati dan perut



Sandwish bernama "Reuben" with beef brisket telah menjadi
all time favorite aku...
Mula-mula plate sampai aku macam "ehh sikit je"
sekali hamik kau memang kenyangla makan...
kan 2 tower tu
I like everything bout this Rueben - roti dia, beef brisket n salad
yang konon oh-so-healthy
tak dapat jack...
ini macam fastfood ye
Harga dalam 13-14 something kot




Tak lengkap meal kalau x order mashed potato dia...
of coursela kalau nak banding sama chillis memang beza la...
tapi for RM2 sahaja memang amat best makan panas-panas
yang penting tak rasa macam mashed potato maggi tu





Air pulak kitorang suka kongsi 1liter rootbeer ni letak ice-cream scoop
ye betul...
1 liter air bikarbonat untuk menambahkan obesiti
tapi sebab cuma rm5 je seliter ni maka berbaloi
but ada gak air lain macam cappucino ke or tea...

Dessert dia menarik jugak ada blueberry+ ice cream+whipped cream
(heaven gile)
and granny's apple pie.

tapi yang macam pelik kat sini juga ada menu sup daging.
Ye, agaknya orang german memang makan sup daging blackpepper jugak.
ngeee.

so kalau nak try ada satu German Deli outlet dekat
Petronas Ampang Jaya yang ada supermarket Max Value
and nasi kandar original kayu.
Kat Ara Damansara pun ada tapi tatau belah mana.


oh, lapar.



MY INTERMONOLOGUE:
Joshua Radin - I'd Rather Be With You

No comments: