Nama dia Ayu Mastika
Cantik kan nama tu?
Terus aku teringat novel "MARTIKA" yang aku baca masa sekolah rendah
sebenarnya aku cari novel ni dah lama
tak pernah jumpa dah
pada zaman sekolah rendah lagi
aku pinjam kat perpustakaan bergerak
haaa penah tak korang pinjam buku kat bas tu?
macam ni la lebih kurang bas tu
Dewan Bahasa dan Pustaka punya
haa dia datang 2 bulan sekali ke apa kan
sekali datang memang aku pinjam macam2 buku novel
seronok pulak teringat zaman-zaman dulu
so masa first aku baca cerita ni memang buat aku berimaginasi
pasal cerita dia romantic science fiction
Malaysia diserang Alien
haaa hebat kan macam boleh buat filem
bagi aku masa ni best gila sangat cerita dia
macam tengok film hollywood
siap aku membayangkan aku karakter Martika tu
tahap gitu
sinopsis (source)
Tajuk: Martika
Oleh: Lamia Aimal @ Noormaizah Yaacob
Terbitan: DBP
Tahun: 1991
Sinopsis:
Oleh: Lamia Aimal @ Noormaizah Yaacob
Terbitan: DBP
Tahun: 1991
Sinopsis:
Malaysia diserang makhluk Aplus dari sebuah planet asing. Martika dan sekumpulan manusia yang diketuai oleh Zarif berkubu di sebuah pusat membeli-belah.
Mereka merancang dan menjalankan misi serang balas dan serang hendap terhadap Aplus dan konco-konconya. Martika yang melihat segala ini berlaku mengawal dan menolong Zarif walaupun membenci sikap 'machoist' Zarif terhadapnya.
Dalam diam, dia sedar jiwanya juga akan berubah sepertimana kebanyakan insan yang mengelilinginya.
tahap gitu
Gila kau tahun 1991 dah ada penulis yang imaginasi tinggi macam ni
aku google maklumat kata novel ni limited
hopefully ada masa nak pi DBP nak beli
aku ni jarang membaca
tapi ni lah novel yang paling aku ingat sekali dengan memori perpustakaan bergerak
yang bau buku-buku dia akan aku ingat sampai sekarang
budak zaman sekarang merasa ke perasaan pinjam buku ni ye?
2 comments:
jujurrrr aku sll pinjam buku kt perpustakaan bergerak niiiii. serius best. tp xbest bile ade certain buku kdg2 limited.huhuhu..rs nk pinjam semuaaaaaaa buku dlm bas tu haha.bdk skrg? ermmmm sume di hujung jari.tatau la if ade yg nk pinjam2 buku lg.huahua
saya pon baca novel ni...perghhh...best novel tu.... rasa terbawak2 bila baca...siap berangan2..hihihihiihih...
Post a Comment