Thursday, April 03, 2014

Water Rationing

Esok kawasan rumah aku start catuan air
DAMN
Aku ingat dah terlepas sekali ada pulak fasa ke empat
haven't make any preparation yet
but surfacing dah habiskan laundry since tak boleh buat on saturday nanti
hopefully tangki rumah aku cukuplah
Kesian memikirkan orang yang ramai anak kecik
aku yang ada sorang pun dah pening memikir nak simpan air
anyway kalau nak tau siapa affected sila ke website syabas

sebenarnya dalam stress ni aku kesian kat "agen air" macam syabas ni
confirm kena maki dengan orang
mungkin aku patut buat pencerahan sikit dengan Q&A ni ye
aku bukan pekerja syabas
tapi aku pernah terlibat buat report tentang sungai untuk Lembaga Urus Air Selangor
so aku tau sikit-sikit tentang proses air
and sejak tu jugak aku mula appreciate air

1. melambak-lambak air kat sungai, kolam apsal kata takda air pulak?
Adakah korang minum air kolam, sungai, hujan? nope
kita minum treated water atau bahasa malaysianya air yang diproses atau bahasa senang faham
- AIR BERSIH
Air diproses oleh water treatment plant contohnya Puncak Niaga, Konsortium ABBAS,
SPLASH...Bila dah treated akan distribute oleh SYABAS kepada pengguna.
Diagram dia:
Sungai-Dam/ reservoir-Water Treatment Plant-SYABAS-Pengguna

Kesian SYABAS kan apa2 dorang kena marah sebab kita baya bil kat depa..


2. Apakah treated water atau air diproses ?
Treated water ni apabila raw water (air sungai) pi kumpul kat dalam dam/ reservoir...
Kita proses letak bahan-bahan macam alum, florida sampailah jadi selamat untuk diminum.
air diproses ini telah diklorinkan, dibasmi kuman dan dibalancekan PH nya
Jadi proses air ni bukan benda yang murah ye...memang juta-juta punya
tapi kita bayar bil tak sampai 50 ringgit kan
kalau duduk selangor free terus, Alhamdulillah

contoh proses water treatment:

Add caption





















credit


3. HAAAAA ADA UBAT GIGI DALAM AIR PAIP?
Yee memang ada letak florida  (tapi bukan ubat gigi) sebab kisahnya masa awal-awal pakai air paip ni
ramailah orang yang mengalami kerosakan gigi (tooth decay)
jadi ada letak small percentage of fluoride to prevent cavities
check wikipedia pasal water fluoridation for more details ok
now don't get started pasal keburukan ubat gigi berflorida pulak ye


4. Tapi sekarang hari-hari hujan takkan masih takda air?
Sometimes kat Gombak hujan lebat tapi batu caves tak hujan pun
begitulah senarionya...kita tak guna air hujan directly untuk proses air
Tatapi hujan boleh meningkatkan air di kawasan tadahan (contoh empangan klang gate),
sungai, kolam
air yang nak diproses di ambil dari lembangan sungai contohnya sungai langat, sungai selangor
Jadi kalau empangan dah menyusut sampai 65%  memanglah ambik masa nak bagi penuh balik
sebab empangan tu bukan besar macam tangki rumah teres 2 tingkat
InsyaAllah kalau hari-hari hujan lebat dalam seminggu, paras air akan pulih semula

5. Kenapa bila ada ammonia terus tutup empangan pastu lama gila sampai berminggu-minggu?
Sungai kat malaysia ni dah tak macam dulu
memang tercemar
sungai ni ada level atau kelas dia tau...kalau kat KL ni memang level 3 atau 4 la
meaning tercemar tapi masih boleh dirawat
Tapi kalau tercemar dengan ammonia atau diesel memang masaklah
sebab air mentah tu langsung tak boleh pakai! tak boleh proses!
tak boleh minum! boleh mati wey
jadi kena ambik air mentah baru tu sebab tutup loji terus
ambil masa nak proses air baru

6. Apa punca pencemaran sungai ni? kata dah proses takkan masih tercemar?
Pencemaran sungai ni dari macam-macam sumber
kumbahan tidak dirawat
(najis-najis kita ni terus buang sungai sebab takda loji rawatan kumbahan kat area tu)
racun dari aktiviti pertanian, najis dari industri penternakan,
pencemaran dari kawasan industri- bengkel kereta, motor ni selamba buang kat longkang
dari longkang turun ke mana? sungai lahh
pastu dari kawasan pembuangan sampah tu kan ada air2 sampah mengalir
meresap dalam tanah...pergi ke mana? sungai lahh
Jadi fikir banyak-banyak sebelum minum air sungai ye adik-adik
Jangan lah nak organic atau au natural sangat sampai minum air sungai
Boleh mati minum e-coli

7. Kalau air paip tu bersih, tak payahlah masak air kan? Boleh minum jelah air paip tu?
Air bersih - air bersih untuk mandi, masak dan aktiviti yang sewaktu dengannya
Janganlah perasan-perasan macam kat US minum tap water je
Still kena masak atau pakai filter untuk diminum
walaupun diproses tetap ada bakteria atau partikel yang tidak diketahui yang boleh
memudaratkan

Aku rasa itu saja soalan-soalan yang selalu bermain-main difikiran orang
sejak aku ada awareness pasal air ni, aku mula lah sedikit sebanyak cuba jimat air
sayang weyyy ...tak mustahil satu hari nanti air akan mahal macam minyak
tengok keadaan dunia sekarang macam-macam benda yang boleh mencemarkan
kualiti air
Manusia boleh hidup tanpa makan tapi tanpa air?
ngeri nak memikirkan

So jom lah kita jimatkan air walaupun nanti takda catuan dah.
Apa yang kita boleh buat untuk jimat air  dan kurangkan pencemaran?

1. Jangan biar air mengalir je time basuh pinggan (aku suka buat macam tu dulu)
2. Jangan biar air mengalir je time sabun badan time mandi atau gosok gigi/ bercukur
3. basuh kereta atau pokok guna air tadahan hujan
4. Buat laundry full load jangan lah kain 2-3 helai pun nak pakai washing machine
5. Repair kerosakan paip atau apa2 yang boleh bazirkan air
    (masih ada paip rumah aku yang kena repair...sigh)
6. Cuci kereta dengan air yang ditakung ----> hantar car wash je
7. Jangan buang sampah atau sisa makanan dalam sinki/ longkang
8. Kalau terlebih rajin, kumpul sisa minyak masak dalam tong bukan buang kat sinki
   (still working on it)
9. Pakai sistem 2 pam kat pam tandas (menjimatkan 68% air)- rumah baru ada lah kot
10. Jangan guna air mengalir sesuka hati bercinta sambil basuh kereta main simbah-simbah kat girlfriend
 (true story aku nampak kat area rumah rasa nak tampaq 2 ekor ni. orang tengah catuan air dia boleh main simbah-simbah air paip konon romantis la tu...blearghh)


Selamat menjalani kehidupan dengan catuan air!





5 comments:

Hana Soffelia said...

Kesian u pet. I kt pahang xpernah ada masalah air. Thanks god. Sebab tak pernah kena catu air tu yg i rasa banyak hal tang air yg tak bersyukur like bazirkan air mcm u listkan kat atas tu. Hope air cepat ada ye.

LisaLisut said...

good one pet. sjk kau elaborate psl issue ni aritu br aku tau. hehe.kesian syabas.

Asz Miza said...

Thanks for the info Pet. Sejak ada ko dalam hidup aku, macam2 info aku tau..hahahaha

BAIZURA NATASHA said...

Yang aku tak puas hati, kenapakah xda sistem penggiliran yang adil. Aku dah kena catu since march, april dah turn orang lain. Bagi la ktorang ni x kena catu dah. Ni lanjut sampai april. Sekian.

Teefa Rosly said...

Very informative babe. *applause* kat rumah i dah sebulan bercatu. Mmg leceh lagi lah sebab tangki umah xleh pakai. So rely on air tadahan. Time ni la sedar sebenarnya boleh je mandi pakai 3 suku baldi air.. Huhu