Tuesday, April 29, 2014

Little Wonders


Sabtu lepas kitorang shopping groceries kat tempat favourite - Tesco Selayang
Kenapa favourite? sebab parking tak payah bergaduh and nak bayar pun tak beratur panjang
tak crowded macam Giant lega fikiran nak jalan satu lorong ke satu lorong
Rupanya ada contest pulak




sapa belanja lebih RM50 boleh masuk 1 entry free
Pertandingan Baby Comel Tesco Selayang
haaa megah tak bunyinya ...hahaha
Disebabkan tak ramai orang time tu and hamza mood baik
kami pun saja je la try buat photoshoot
benda free kan
dia ada props mainan2 untuk buat anak ko gembira and good mood
siap ada props baju2 costume
tapi kena sewa RM10
tak kuasa aku nak menyewa bagai
lagipun anak aku memang comel
statementttttt hahahaha
anak aku mestilaa aku rasa comel kann


























Jadi ini lah gambar yang dipertaruhkan
Nasib baiklah baby ini bekerjasama dengan baik
Sebabnya bukan kerana kuda itu
dia gelak sebab ada flash camera  yang meriah gitu
aku pilih gambar ni sebab aku rasa comel laaa..ahai
tapi bila aku balik tengok gambar-gambar lain
aku rasa macam salah pilih gamba lak
pasal gamba ni kurang ceria pastu rule or third lari sikit


























Patutnya aku submit gambar ni kan sebab dia gelak ceria
pastu position pun elok rule of third dengan background
aiyahh
tapi takpalah hamza
ummi saja masukkan awak supaya ada la kenangan
awak masuk contest macam ni
saja suka-suka
kalau nak menang tu memang susah rasanya
sebab range umur 3 bulan - 8 tahun
haa macam mana ko nak pilih tu?
lagipun baju kau pun dah ganas pulak...
dah hilang markah comel
hahahahha

More photos of hamza
at 19 months
apesal aku rasa muka dia bulat bebenor ni
mesti effect lighting

























ha cemana pulak aku dapat softcopy gambar-gambar ni?
yang ni tak free lah
dia ada pakej2 pulak
masuk contest je free
kalau ko nak softcopy+ 2 printed photo (1 4r and 1 7r) = RM50
Tapi sebab aku cheapskate
aku ambik softcopy je baru RM38.00
Takpe aku boleh print sendiri hahaha
sampai ko darjah 1 la ummi tak print hamza oi






aku bayangkan sehari berapala studio ni dapat buat duit
kalau ko dah masuk mesti ko nak softcopy jugak kan
minimum sorang budak RM38 or RM50
Fuh ribu riban tu

anyway contest ni sampai End of may kot
result bulan jun
simpan la copy ni
kot murah rezeki ko hamza lepas duit susu sebulan
ngeee

ahh patutnya gambar yang ni kot kan?
hahahaha dah dah
tak nak menang kononnnn

























MY INTERMONOLOGUE:
U2- Beautiful Day

3 comments:

BAIZURA NATASHA said...

Hahahaha. Lawak ko pet. Tapi i suka gmbr yg u pertaruhkan tu. Comel

Hana Soffelia said...

eceh tak menang konon. hahaha gmbr last tu cheekynya hamza, suka tgk.

good luck boy.

Hazz said...

I suka gambar no 2 dengan yang last. Ceria sangat Hamza gelak. :)