Monday, April 28, 2014

Away we go

lama gila tak menulis
wey so many things to update tapi kita random jelah kalini

1. First time outstation lepas ada anak
yeeee sabtu-isnin lepas aku ke Kelantan ada event
setelah sekian lama bersilat-silat sama bos taknak pegi outstation akhirnya kena juga
bos aku baik bab gini memang selama ni dia tak push pergi keluar
Tapi kalini macam kena pergi jugaklah
fikirkan Hamza dah besar dah 19 months so it should be ok lah kan
yang tak ok adalah mak dia ni
but I survived 3 days without Hamza
aku cuma skype sama dia sekali je
kesian nengok muka dia macam pelik apsal ummi dalam telefon je ni
mula-mula dia blur, tak senyum langsung
lama-lama bila aku main cak cak baru laa dia gelak


masa balik malam tu surfacing jemput aku dekat subang bawak hamza sekali
dari jauh dia nampak aku jalan dia sengih punya lebar dari baby chair siap tepuk-tepuk meja
dengan sebut "eyyyyyyy"
macam menyapa gitu
hahaha
masa tu baru aku sedar betapa aku rindu anak aku sebenarnya
kat sana busy pi sana sini tak perasan sangat hahahah
bad mom


2. Hamza dah makan nasik
yess at 19 months hamza dah mula suka makan nasik
sebelum ni dia suka blended food or bubur je
but lately dia suka makan tumpang so aku main suap je segala apa aku makan
nasi lemak ke, nasi biasa ke
even BS pun kata kat umah sana mmg dia tumpang-tumpang makan nasik orang
semalam aku kongsi nasi goreng sama surfacing
dia pulak kongsi sama aku..last-last dia yang makan habiskan
maybe sebab suap pakai tangan tu lagi sedap kot
ngeee
I'm so happy! lepas ni boleh try bagi lauk2 keras pulak
kalau ayam ke apa dia hisap2 kunyah lepas tu buang
dia taknak telan
takpa baby, one step at a time

3.Separation Anxiety
Hamza sekarang ni teramat-amat manja sama aku
tahap mengada-ngada pun ada
kalau nampak aku buat susu dia terus hempas badan dia kat lantai
dia nak aku datang kat dia pujuk sambil bagi susu
aku biasanya akan terus jalan sampai sofa and cakap
"kalau hamza nak susu datang sini...susu...susu..."
dok ulang-ulang la susu supaya dia boleh cakap nanti
heheheh
pastu dia berlari la kat aku dengan air mata merembes-rembes nak amik susu
drama kan?

tu belum lagi kalau tengah makan
mesti menempel kat sebelah aku
aku suap je apa yang boleh bagi..
kadang kalau dah xnak makan pun dia menempel cubit lengan aku
suruh aku dukung dia sambil makan
hai lah anak


Abaikan seluar tidur aku yg tak berjenih tu
tidur pun beriba sekarang ni
dah banyak kali dia mengamuk-ngamuk
lepas aku dodoi baru tidur
tapi tuhla dengan aku je dia buat macam tu
dengan abah dia takde buat perangai pun

I kinda like it hahahaha
rasa diperlukan sangat


Ni masa kt ikea
Elok happy makan aku pi toilet
Dia perasan aku takde terus berjujuran air mata sambil jerit ' nyehhhhhh'
Surfacing plak terus ambik gamba baru pujuk
Memang dasar
Hahaha


Habis hiba dah niii


2 comments:

LisaLisut said...

Hahahahha kelaka la hamza ni. Pet pet sesungguhnya hannah dlu pn gini jgk. Hahaha. Cuma bab separation anxiety tu hannah kureng skit haha dia bebas. I ms msk ward pn nangis jejeh2 hahaha pk hannah

Teefa Rosly said...

baaahahahaha..
suka betol i tengok gamba dia cebik kat ikea tu.
baaahahahaha
too cute!