Tuesday, August 27, 2013

Almost 12 months

9 Months

In less than a week hamza akan genap setahun
My boy is almost 12 months! 
Gasppp
How time flies kan
Rasa macam baru je raya tahun lepas aku masuk hospital
Birthday hamza pada 31 ogos ni 
Merdeka baby

Dah lama aku tak update pasal development hamza
Last masa dia 7-8 months
Jadi kalini aku sekali harung update masa dia 9 months hinggalah sekarang

Ukuran (latest masa 11months)
Tinggi:74cm
Berat: 8.8kg


1. Sleeping pattern
Masih sama macam dulu senang tidur
Still sleep thru the night
Sekarang dia akan tidur pukul 8malam
Bangun pukul 10 feed and tidur balik around pukul 12 or 1
Tapi sebelum tidur tu aku akan cosleep kejap pasal aku takut tertido
Kalau letak dalam cot dia memanjat pulak
Somdiamdok golek kiri golek kanan sampai la dia tertidur
Aku akan alih dia dalam cot
Tidur siang wajib 2x nap pagi dan petang and lamaaa around 1-2 hours nap


Gerammm sangat tengok gaya tidur dia yang macam2 gaya ni
Aku memang tak boleh tahan rasa nak pelukk je kalau tidur comel2 macam ni


2. Feeding

Sadly hamza dah tak BF
Hamza df sampai 8 bulan  pastu dia reject kira nursing strike lah
Aku totally depends pada pumping sampailah dia 9 months
Aku cuma mampu dapat dasar botol je
Sampai tahap tulah rezeki dia i've tried my best
Maybe aku lebih kental kalau dia masih nak breastfeed
Tapi bila dia reject memang payah aku mak maintain
To date dia dah minum up to 7oz
Feeding kerap every 2 hours
Kadang2 x sampai 2 hours nak susu dah
Air masak tak suka walaupun aku bagi dia buat main je
Susu masih s26 step 2 promil gold 4 tin sebulan 
Takpelah nak asalkan awak nak minum susu ummi happy
Pegang botol tak suka
Kalau dengan abah pandai berdikari pegang sendiri
Tapi kalau dengan ummi dan dan nak main rambut la garu peha la
Banyak akal


Ni minum dengan abah
Yang ni dengan ummi tengok tangan tu main rambut





















3. Solid food
Hamza practically eats anything takde alergik apa
Sehinggalah dia admitted sebab viral fever pada 8-12 julai
Lepas je dia keluar selera makan memang berubah
Kalau sebelum ni semangkuk selamba habis tak sampai 20min
Tapi tiba2 dia nak makan 10 sudu pun payah!
Sedih sangat aku



Ada sekali dia makan telur dia muntah banyak
Kali kedua aku bagi telur aku buat bubur custard pisang
Dia makan punya banyak habis semangkuk
Msa tu kami buka pose luar elok je macam gambar kt atas ni
Malam tu time dia tidur dia muntah macam air paip
Naib baik kami tak tidur lagi
Then muntah macam paip smpai 5x
Pukul 11malam aku bawak pegi klinik
Dia muntah2 smpi subuh baru ok
Hamza tiba2 alergik telur
Lagi sebulan nak mmr ni...padahal ok je sebiji telur dah lulus
Minggu lepas aku start try ujian telur bagi satu sudu eggyolk dia ok
Ahamdulillah...i have to start again the egg test
Kalau tak memang kena tunda la mmr

Now selera dia makin ok
Tapi dengan syarat bagi makan 3x sehari small portion
And masa makan kena bagi sudip ke apa buat main baru laaa selera
Siang bs bg bagi makan and malam aku bagi around 8pm
Anyway aku dh bagi ikan tenggiri and salmon
Tapi ikan  bukan favourite dia lah walaupun aku dah masak okla takde bau 




4. New skills
Last aku update dia merangkak pada 8 bulan lebih kan
Start 9months dh merangkak laju
9months 2 weeks dah meniti kat sofa and dalam cot
Tapi bila aku tatihkan dia memang dia taknak
So aku just biar dia meniti sendiri lah

Sebelum ni aku tak bagi dia explore rumah
Dia main atas playmat pastu ada kepungan
Macam kat bawah ni tapi makin banyak akal kan
Cepat boring dia mula punggah sana sini

Aku siap letak tent ni memang haramm takde dia nak main de
Sibuk meniti kat footstool tu pastu merengek tensen kena kepung


Akhirnya aku bagi lah dia meluaskan pemandangan
Bukan apa aku ni memang tk sempat kalau hari2 nk kena mop
Tapi demi anak ku gagahkan jua tapi still bukan hari hari la
Kesian dia ada limitation pulak

Ni rumah nenek seronoknya dia luas pemandangan


Ni rumah sendiri balik2 pusing situ je boring gak kan
So mari main bawah meja
Caught in the act
Dia paling berkenan la hai dengan selipar rainbow aku tu
Kena letak atas kang dia sibuk belek kaler rainbow


Skill terbaru selepas meniti ni bukan berjalan ye
Tapi kuss semangat makcik
Memanjat


Amacam ngeri kan dia panjat playpen macam ni
Kalau takde bantal pun diusahanya jugak memanjat 
Motif: nak ambik harta karun yang aku letak dalam penyangkut kat tepi tu
Sikat, bedak, baby oil

Buat masa ni memang tak nampak macam dia nak berjalan
Tapi dah mula try lepas tangan 
Its ok baby take your time
Ummi tak kisah awak lambat ke cepat yang penting u can do it when ur ready


5. First teeth

So masa hamza viral fever sampai admitted tu aku dah rasa dia ada tunggul gigi
Cuma tak nampak lah
Elok keluar hospital terus tumbuh satu atas satu bawah


Punyala  susah aku nak ambik gambar gigi dia
Sorry hamza ummi tricked you to take this picture
So hamza officially tumbuh gigi pada umur 10 bulan 1minggu
Pastu naik cepat and tiba-tiba naik lagi 2
So now ada 2 atas and 2 bawah lah
I'm so excited!



Gambar raya kedua
Sengih je terus nampak 4 gigi
So aku try la bagi bubur kasar sikit tapi dia taknak
So aku slowly buat half blend half kasar
Alhamdulillah dia terima
Aku rasa slowly lah aku ajar dia makan nasi pulak nanti
He has his whole life to learn how to chew
Aku ni jenis paranoid and penakut sikit
Takut dia tercekik
So better safe than sorry
Aku just ikut je hamza
Kalau tiba2 esok dia nak nasik, aku bagilah nasik
Anywho,
Aku bagi biskut heinz pun dah pandai makan sendiri
Siap menangis berjejeran air mata kalau biskut tu habis
Biskut tak lepas dari mulut takut jatuh kau



What else yaa
Toys aku takdela beli banyak sangat
Dia suka main benda yang bukan mainan dia macam remote, handphone, sudip
Teramat suka babytv
Siap ada rancangan favourite
Kalau dah nak habis mula buat bunyik dia tau cerita pasni tak best


Aku rasa dah panjang lebar sangat ni
Apa pun aku bersyukur Hamza anak yang senang dijaga
Walaupun kadang2 bila ramai orang dia terus nangis sebab tak biasa
I secretly like it
So takdelah orang nak pegang anak aku sangat
Hahahah apakah pemikiran aku ni sangatlah pelik
Obses mom activated
Oh dia suka buat muka ikan


And dia cepat terhibur
Aku teleng2 kepala pun terkekeh2 gelak
Suka main sergah2 pastu gelak
Suka main drum angin ummi dan abah dia punya kerjalah
Tapi depan ummi and abah dia je
Depan orang ramai terus senyap sunyi jadi reserved
Haha



Oh dear hamza
Never knew i could love someone this much
Surfacing jangan marah i love u too darling
Tapi sayang anak ni ya Allah lainnnnnn sangat
Sayang yang sangat jujur sangat ikhlas sangat sangat lah
3 more days baby to celebrate your birthday
Ummi tak sabar semoga semuanya dipermudahkan
Semoga ada rezeki dan dipanjangkan umur
Ummi and abah love u dear hamza



6 comments:

Asz Miza said...

Happy upcoming birthday Hamza..Insyaallah auntie datang dgn AK ye. :) Semoga membesar jadi anak yang baik.

cha said...

Alah seronoknya baca pasal hamza. Buat muka ikan tu paling kelakar. Alaa hamza aunty nk dukung lama sikit please walaupun u x suka pet i nak jugak try.

Jumpa sabtu ni ok hamza syg :)

Fara Atiqah said...

panjang karangan kali ni.
happy 1st birthday hamza dearie, moga besar nnt jd anak yang soleh, n tak lupa jasa ummi n abah dia.

BAIZURA NATASHA said...

I pn x dukung lagik Hamza ne, x peduli ooi ummi awak x ske ke ape. Haha.

Masa kat umah Hazz hr tu bru dgr suara hamza. Nampaknya ummi awak yang excited lebih nk celebrate birthday awak hamza.

LisaLisut said...

hamza kdg2 gaya tdo mst i igt mcm baby girl. comel gebu.

cant wait to see u hamza! see u on sat. nk mkn main puas2.kata Hannah.hehe

Rai said...

Hamza kenapa comel n hensem sangat ni! i kena mentally prepared hehe but best kan tgok development anak. Happy 1 yo Hamza. Be a good son to ur mom kie~