Tuesday, November 06, 2012

Could It Be Any Harder

Muhammad Hamza - 2 months

























2nd day at work
sigh...
yee cuti maternity aku dah habis
tak habis aku nak blog pasal birth story kan
takpa kalini mood aku nak cerita pasal babysitter

Alhamdulillah aku dapat babysitter dekat kawasan rumah tu just 10min from my house
Alhamdulillah dia jaga Hamza sorang je buat masa ni
Alhamdulillah dia jenis ramah, senang diajak berbincang
Ko bayangkan masa aku hantar barang2 hamza
aku bagi dia agreement sekali dengan notes atau garis panduan jaga Hamza sebanyak 3 mukasurat
Alhamdulillah rumah dia bersih aku dah spotcheck dapur dia konon nak tumpang kencing
memang bersih
Alhamdulillah dia pun a mother of three kids and berpengalaman macam2 dengan pengasuh
so dia kata bila dia nak jaga anak orang...
dia akan make sure dia sama cerewet macam mana dia carik pengasuh untuk anak dia dulu

Cuma satu je risau aku ni...
dia ada anak umur 2 years old yang bongsu and memang attached kat dia
aku takut mesti anak dia akan rasa jeles nanti kan
aku risau kalau anak dia tepuk2 hamza ke nanti
Ya Allah lindungi lah anakku
sebab anak pengasuh pun masih baby la kan. dia tak berakal
ibunya la kena make sure, kena jaga and awasi betul-betul

so far semalam Hamza ok...
aku ni je yang tak ok
rasa nak pegi bilik bos cakap
"boss I nak resign, I nak jaga anak..The hell with my career"
tapi sapa nak bayar duit kereta aku?
sapa nak bayar hutang2 aku?credit card? ptptn?
sapa nak bagi duit kat mak aku?
dahla maternity leave yang unpaid ni pun aku dah macam tak bernafas
rasa tak suka bergantung kat duit husband aku
lagipun aku nak jugak beli barang2 best kat online yang murah2 untuk Hamza
murah laa sangat...

yang aku terasa sangat...
bila aku ambil dia pukul 6.30pm
sampai rumah dah busy2 nak kemas barang2 dia
barang2 aku
laundry
aku bagi dia susu , dia dah tidur
takde nak layan2 gelak macam waktu siang
pastu tidur sampai pagi
takkan aku nak kacau waktu tidur anak aku semata2 aku rindu nak tengok dia gelak

aku rasa 11 jam ketiadaan aku tu sangat berharga untuk anak aku
aku kehilangan 11 jam waktu dia membesar
aku yang sepatutnya didik dia, peluk dia bila dia nangis
sayangkan dia, susukan dia, dodoikan dia nak tidur
and just layan karenah dia kalau semua pun dia taknak
aduhai Hamza
rindunya ummi pada awak
tak pernah ummi rasa perasaan macam ni seumur hidup
sampai tahap bila ummi teringatkan awak bila2 masa air mata ummi boleh menitis

My surfacing cakap fikir positif
tawakal dan redha
nak buat cemana kita bekerja
bekerja kan satu ibadah
kena ikhlas bekerja ni
Mak orang lain pun sama jugak kena hantar anak kat nursery/ babysitter
Bersabarlah!

Ya Allah kurniakan aku kesabaran
kurniakan aku kekuatan
lindungi anak aku dari penganaiyaan, kezaliman, kesakitan, kemalangan
Tutupkan hati mereka2 yang ingin menyakiti anak ku
Ameen Ameen Ya Rabbal Alameen

video

No comments: