Thursday, November 22, 2012

Things Have Changed

My Precious



Things have changed bak kata Bob Dylan bila dah jadi mak orang ni.
Dulu aku rasa ohh maybe takde la berubah mana pun
but bila dah ada anak....aku mengaku...yee memang berubah
Teramat berubah
tapi bila tengok keletah anak terus rasa BERBALOI.
Ok let's make some checklist

1. Aku tak tengok SKYFALL lagi.
bayangkan la aku yang moviegoer ni tak tengok skyfall!!!
Gila ke apa???
Malah aku tak tengok Looper dan apa2 filem best sepanjang aku lepas deliver
aku sorang je sebab MySurfacing, husbandku tu dah pergi tengok sorang-sorang...
yeee awak, if you read this, shame on you pergi tengok wayang tanpa saya..huh!
Bila aku nak tengok ni?
Sebab aku bukan jenis tengok wayang sorang...huwaaa tunggu Blueray jelaaa

2. Aku makan nasi 3 kali sehari
Walaupun aku komplen berat tak turun malah bertambah
tapi aku tak mampu tahan makan...sebab aku nak susu aku banyak untuk Hamza
Yela rezeki Hamza ni terpaksa dicampur dengan susu formula
jadi aku kena usaha lebih sikit nak dapat susu badan
dengan cara kena makan nasi banyak

3.Wardrobe kena tukar
Yeee aku gemuk. Malah perut aku macam masih mengandung
kesian kan.
Tapi takpa aku bagi masa 6 bulan lagi sebelum aku akan diet turutkan badan
jeans, seluar kargo, baju kerja , baju kurung semua tak muat
Baju band aku yang kecik2 tu apetah lagi...sedihhhh
yang muat cuma jubah dan baju2 aku masa mengandung je..
hiba kan?

4. Bangun awal pagi
Aku akan bangun pukul 1am, 3am dan 5.00am every morning
pukul 5.00 tu tak tidur dah...terus pam susu kalau sempat
atau DF hamza dan terus siap2 nak gi keja
sebab aku kena keluar pukul 7.00am

5. Nak habiskan satu episod TV series ambik masa seminggu
DEXTER is my husband and I punya favourite show
dah siap download...malam pasang nak layan
lepas 10 minit lakibini ni terus krohh krohhh tertidur
dah banyak kali macam tu sampai mysurfacing tanya
"what happened to us???"
aku jawab "we've become parents, that's all"

6. Apa-apa nak beli 90% barang Hamza je
Tak kirala pegi shopping mall ke atau beli online ke
Semua barang Hamza
Satu lagi kalau barang untuk anak walaupun harga boleh tahan tapi tetap rasa affordable
haaa caner tu?
aku yang baju sendat ni nak beli baju kerja 2 helai, RM100 rasa macam ehh mahal laaa...
Tapi Rocker Fisher Price online RM185 yang tak beli pun takpa tu rasa macam
ehh murahnyaa kalau kat Jusco ni 300 ratus lebih ok

7. Asyik nak upload gambar anak
 Dulu aku tak bother pun nak upload apa2 sangat kat FB
tapi now banyak pulak aku upload gambar dan semestinya gambar Hamza
maklumla aku ni takde iphone nak berinstagram
So sorry la pada sesiapa yang tension but who cares
FB aku sukahati akulah

8. Lebih appreciate pengorbanan mak
Walaupun aku masih new mommy tapi little by little aku baru betul-betul sedar
pengorbanan ummi membesarkan aku...
apa yang aku buat ni...sama macam apa yang dia buat untuk aku selama 29 tahun lepas
tak akan kurang...malah mungkin lebih
sebelum ni aku mengaku...
susah aku nak sebut secara verbal dan face to face pada mak aku yang aku sayangkan dia...
bagi aku memang dia tau aku sangat sayangkan dia
Tapi sejak jadi mak ni...aku buang jauh-jauh ego aku
aku nak mak aku tau yang aku teramat sayangkan dia
bagaimana aku susukan, dodoikan, peluk cium Hamza
protective sampaikan seekor nyamuk yang hinggap di dahi Hamza
aku boleh menangis sebab terlalu takut apa-apa jadi pada dia
macam tu jugakla perasaan ummi semasa membesarkan aku suatu masa dulu
Terlalu besar pengorbanan ummi tak mampu aku balas
bila aku terbayang, aku boleh hiba
apa lah perasaan sebenar ummi bila anak yang mulanya sebesar tapak tangan
kini dah jadi isteri dan ibu
kini tak tinggal bersama dia kerana bersama suami
hiba..


haih rindu ummi aku terus.
Banyak lagi yang berubah tapi nanti lah tulis.
This is what Hamza loves most - Tidur atas ummi atau abah dia
Moment that I love most too tapi lenguh bahu sikitlah ..ngeee

























MY INTERMONOLOGUE:
Deftones - Change


No comments: