Ingat lagi bilik ini?
tak sampai sebulan letak almari tu surfacing dah tak sabar
maka pada suatu hari dia telah beli lagi 3 almari yang sama
dengan harapan untuk menjadikan "stor" ini kepada
our fortress of solitude
hasilnya?
boleh la dikatakan bilik
tapi masih ongoing progress
dah jadi ini
kami tak sabar, jadi tak cat
banyak lagi nak buat
nak cat bekas aircond yang buruk tu atau kalau ada rezeki pasang aircond
letak langsir dan standing lamp
buang almari kat tengah tu...temporary je tu siap ada kotak lagi ha
nak beli bean bag
kalau takde aircond beli kipas
sikit-sikit lah buat
yang penting dah takde kotak2 buat sakit mata
ni pun surfacing main susun je atas almari
tak organize langsung
side kanan - books and action figure
side kiri - blu ray/ dvd/ action figure/ cd/ magazine
semua ni 90% barang surfacing
aku ada jugak action figure, buku
tapi apa action figure aku ada, dia pun ada
so now dah ada 2 set..hahaha
surfacing ni dengar metal sejak umur 12 tahun
bayangkan umur 12 tahun dah minat Pantera
aku masa tu dengar KRU kot..hahahaha
masuk form 1 baru la dapat pencerahan sikit dengar The Beatles
so dia dah start kumpul kaset zaman tu now music CD lah
ingat lagi masa first date aku sama surfacing
tau dia bawak aku pegi mana?
bukan taman KLCC ye
Dia bawak pegi Music Exchange dekat belakang Lot 10
aku macam rasa bukan di malaysia masa pegi tempat tu
rasa macam cerita "Empire Records"
sayangnya tempat tu dah takde
cuma owner dia masih tegar jual Cd dan DVD di amcorp mall
selain dari nak beli apa yang tak lengkap
impian aku nak susun balik bluray/ dvd tu alphabetical
kalau nak suruh cari contohnya cerita "Before sunrise"
memang mencanak la nak check balik satu-satu
nanti lah one fine day I will do it setahun lagi
sebenarnya macam action figure ni kami taknak letak kat rumah
nak letak kat office once ada business sendiri nanti
tapi tak tau bila lah kan
so nak mengemas punya pasal kena la jugak display kat rumah ni
pastu surfacing ni sangat suka tengok filem
His knowledge dalam filem memang aku rasa macam dia ni IMDB
tanya sahaja apa
explaining why dari belajar graphic, dia sanggup long distance belajar filem kat UNIMAS Sarawak for 3 years
and pursuing his dream in this line
belum kira komik pulak
nasib baiklah aku pun suka jugak apa yang dia suka
kalau tanya aku adakah aku dah tengok semua filem dia ada
jawapannya memang takla
sejak ada Hamza lagi takde masa aku
malam dah penat mengantuk
bila ada Big Bad Wolf lagila mengumpul buku pulak
segala mala graphic novel and autobiography
aku pulak mengumpul buku masak..hehehe
tapi terperuk dalam kotak selama setahun..ngeeee
now dah ada kat shelve kena la belajar selak-selak ye buku masak tu
aku jugak suka kumpul autobiography band/ artis yang aku suka macam led zeppelin, the beatles, john lennon, eric clapton
kalau buku ni memang aku dah categorize siap2
comic/ autobiography/ film/ advertising/zombie/ metal/ cooking/ random
hopefully bilik ni dapat siap seperti yang dirancang
kemudian di kunci elok-elok supaya hamza tak boleh masuk
tak mau dedahkan dia benda-benda macam ni
benda lagha kami sedia maklum
tapi dah terjebak
surfacing kata umur dia 21 tahun baru dibenarkan masuk bilik ni
wahhh bilik misteri gitu
semoga kami, ketam ini berjaya mengajar anaknya berjalan dengan baik
ngeeee
monday aku cuti balik rumah mak aku kat langat sama hamza
surfacing kerja
sekali surfacing call kata "abang punya flexibenefit ni boleh pakai lagi ada 3400 points ni... jom kita beli hp baru and ipad awak"
bila dengar "ipad awak" apa lagi menggelisai la aku drive dari langat-gombak
anyway flexibenefit ni one of benefit pekerja astro yang dapat kumpul point and convert cash
means ada RM3400 boleh pakai tapi tak boleh ambik cash
kena beli something macam laptop ke apa pakai duit kita dulu pastu claim lah kat astro
since hubs is resigning itu yang terus dan dan nak pegi beli
pukul 4.00 tu pegi one utama tapi takde digi centre, outlet sahaja
surfacing gigih drive dari OU ke Gardens nasib baik belum jem
terus pegi kedai digi and survey..dia sebenarnya terpengaruh sony xperia
tapi takde warna hitam
last2 dia tersuka pada S4
beli lah suamiku sebab memang kesian sangat tengok blackberry
dia keypad dah tercabut tu
dengan trackball tak boleh pakai, hp asyik hang..
bila dah abis call tak boleh cancel terus hang
you deserved this
then he said, so awak nak ipad mana?
disebabkan balance ada lebih kurang 1400+ so I ambik ipad mini sahaja
ngeeee
rasa berbunga-bunga hati ai mengenangkan akhirnya ada juga akaun instagram aku..hahaha
bestfren aku semuanya dah meninggalkan blog pasal dah ada IG
pasni bolehla aku tengok update life masing-masing
yelah nak berjumpa kadang-kadang tak berkesempatan
especially bila dah ada anak ni kan...weekend mesti occupied
like my bestfriend, shananeh..last jumpa muqeet masih dukung lagi
sekarang dah berlari dah si kecik tu
anyway,
both item cost about RM3200 ngam2 lah bajet kita ni
disebabkan takde cash kena lah swipe dulu takpa lagi sebulan dapat claim balik :)
ehemm
Thank you my surfacing sebab dapat menumpang sekaki
tak sangka awak nak bagi saya jugak ...I am really happy
company saya memang takde benda2 macam ni
bila fikir dia resign macam wah rugi nya benefit kerja astro ni memang macam2
astro free semua channel, flexibenefit, medical coverage with outpatient satu family,
bonus and increment
but I fully support your decision to find a better prospect
Semoga impian awak untuk menjadi "Someone" itu menjadi kenyataan
InsyaAllah rezeki tempat baru siapa lah tahu kan
kita kerja kuat-kuat semoga dapat beli our dream house soon
Lepas install Instagram terus add friend malam tu jugak
memang perghakk abis kan..haha *Perghak - Jakun
tapi I boleh surf waktu malam je pasal tak bawak pegi office
and only surf after my precious Hamza dah tidur
so I guess I see you guys there too :)
3 more days and Hamza akan genap 9 bulan pada 31 Mei 2013
dalam masa umur dia 7 dan 8 bulan banyak perkembangan dia
especially physical development
Rekod masa check umur 8 bulan Berat: 8.45kg Tinggi: 70cm
Now tak tau berapa berat sebab belum pegi check lagi
next week akan pegi inject Pneumococcal dose 2 so boleh timbang
but i think berat dia macam berkurang kot pasal dia demam seminggu tu
and kahak buat kurang minum and makan
even kawan2 aku pun cakap eh apsal hamza dah tak bambam
plus dia makin aktif sejak2 dah memanjat and menyusur macam berenang tu
aku pun memang perasan muka dia dah kecik sikit
takpelah asalkan dia sihat
gaya tidur terbaru
1. Sleeping pattern
masih tidur seawal pukul 8 malam. bangun pukul 12 minum susu 6oz before tidur
tapi sekarang kalau terjaga tu dia dah nak main pulak..
so biasanya aku akan tutup lampu pitch black bagi dia main2 dalam cot sampai tertidur...
kesian dia kan
tapi kalau tak buat macam tu alamatnya sampai 2-3 pagi dia dok main
sejak umur 8 months dia macam manja sangat
bila nak sampai waktu tidur
dia akan baring atas aku atau abah dia melekap je
pusing kepala kiri kanan pastu tertidur
kadang-kadang kalau aku busy kat dapur dia tertidur sendiri
memang budak baik sangat
2. Susu
minum 60z pagi dan malam..in between 4 oz every 2 hours
masih minum s26 promil
cerita sedihnya Hamza dah refuse direct feeding
mula-mula dulu dia minum kejap kejap..pastu bila bagi dia kemam atau gigit je
now bila nak bagi dia terus tolak...huuuuuu sedihhhhh
dia reject direct feeding since 8 months
susu aku dari 4oz pam drop 3oz now jadi 1oz je if i'm lucky
memang kesan besar sangat bila takda demand from baby
aku ni dah macam give up sebenarnya...
kalau hamza masih nak df maybe aku masih semangat
since dia reject, aku pun dah rasa macam it's going to end soon
now kumpul 2 hari pam baru la dapat sebotol 4-5 oz...sedih sangat
3. Solid food
Hamza makan sekilo beras sebulan...heheee
masih 2x sehari...aku tertanya2 perlu ke bagi 3 kali ha?
sebab 2 kali ni pun macam dah kenyang je aku tengok pasal dia makan banyak
so far aku dah bagi based mesti bubur+labu
pastu add on la asparagus/ tofu/ikan bilis/ bayam/apple/ pear/ keledek
8 bulan 2 minggu aku bagi dia telur kuning sekali..macam ok takde alergik
but aku buat sekali tu je..
last week first time bagi makan ayam
aku buat stok ayam dan blend isi ayam
sedap wey bubur+ayam+unsalted butter+bayam+cheese
2 hari berturut2 pass takde alergik dan lawas dengan senang
tapi aku perasan bila bagi ayam dia cepat kenyang berbanding bagi base buah/sayur
yang benci bagi ayam ni bekas makanan dia susahnya nak hilang bau ayam...
sabo jelah
happy tengok babytv
4. Sit without support
Hamza dah duduk sendiri masa umur 7 bulan 3 minggu
merangkak belum, duduk pulak dulu
bila dah terer , dalam playpen pun dia bantai duduk sebab senang tengok babytv
5. Standing with support
Hamza dah memanjat playpen dan berdiri pada umur 8 bulan 2 minggu
kejadian yang buat aku berderau darah berlari ke arah dia
so last 2 weeks dah turunkan level playpen
barulah lega aku tak risau nak tinggal dia
cuma cot je aku tak turunkan sebab cot pakai time tidur
so far dia behave dalam tu kalau bangun tidur dia akan berbunyi dulu
6. Crawling
Inilah kepandaian terbaru Hamza
dia officially merangkak pada umur 8 bulan 3 minggu
iaitu semalam May, 27 2013
macam biasa aku biar dia atas tikar
memang tak keruan aku kat dapur sebab dia dah menyusur macam berenang ke depan
so bila aku takda, dia akan menyusur nak main bulu karpet
atau pegi ke decoder astro
(itu pasal merah dahi terhantuk kabinet kat rumah bs pasal dah menyusur)
main karpet
sekali aku dengar dia merengek boringla tu..bila aku nak datang kat dia
dia pulak datang kat aku dan merangkak!
wahhhhh ummi kau ni excited lebih
terus ambik hp dan rekod...kamon hamza show me what u can do bebeh
dapatlah rekod dia merangkak 4-5 tapak dalam keadaan merengek
i'm so proud of u baby
so lepas ni aku kena lah mop dan vacuum rumah hari-hari kot...
huwaaaa
7. Baby Talk
hamza ni suka sangat menyembur bila tiba mood bosan dia tu
"abuuu abuuuu" dengan air liur penuh muka
pastu dah mula membebel bahasa rugrats dia
word pertama adalah "abababab buahhh"
pastu ada "acakk" "mammmm" "nininini"
tapi tu bahasa random je tidak merujuk kepada sapa2
(mode jeles on dia tak sebut ummi..ngeee"
puas la aku ngajor "ummiii ummiiii"
bababababa gak dia sebut
8. Holding object
aku perasan dia ni suka sangat examine tangan dia
kalau nak tidur ke minum susu ke,
dia akan tengok tangan dok pusing-pusing tapak tangan tu macam minat sangat
dah boleh pegang most object yang aku bagi pelbagai bentuk
dulu bola dia tak reti pegang sekarang dah boleh
bila aku roll kan bola kat dia, dia roll kan kat aku balik
boleh tau konsep main
aku bagi dia puzzle nak masuk dalam kotak
takdenya dia masukkan de, masuk mulut adalah
also dah pandai campak mainan dia luar playpen
macam nak main rupanya nak makan
9. Social skills
Sejak dah makin kenal orang ni Hamza dah mula pilih-pilih
kalau orang yang jarang jumpa alamat menangis lah dia
dah tak macam dulu dengan sapa saja senyum lebar
bayangkanlah semalam aku balik rumah mak aku dengan hamza je
dia bantai menangis takmo mak aku atau sesapa dukung dia
tinggalkan atas playmat pun dia menangis je
sampai tahap aku makan kena dukung dia
and berpaut je tangan kat leher aku
adakah itu separation anxiety?
nasib baiklah dengan mummy lidya tu dia nak
kalau tak haru aku nak pegi kerja
tapi bila lama-lama aku acah2 kat mak aku
baru la dia nak mak aku dukung and tak nangis
tapi yang best, bila ambik dia dari babysitter
bila nampak je aku dia akan senyum lebarrrr sometimes siap menyapa
dengan ayat "haiiihhh"
dengan tangan mendepa suruh ambik
ahhhh rasa diperlukan sangat...what a lovely feeling bila anak greet macam tu
gambar kat bawah ni dia dok menangis pasal sebelah dia ada cousin aku
dia tak kenal...hahaaa
drama sangat tau
10. Toys and entertainment
dia takde favourite toys dah
now dia cuma nak remote control sahaja dan astro punya remote
remote lain tak heran
pastu bila pegang remote, dia akan tengok tv sambil tekan2
nak suruh bukak babytv letewww
favourite program: The Jammers, hipa hipa hey, charlie and the number, draco
I guess itu je yang aku ingat
sekarang aku gigih ajar dia tepuk tangan, cium tangan salam dan lambai
so far masih tak berhasil
yang lain dia demam masa umur 8months+ dengan selsema dan kahak
really worried everytime dia demam
tapi bila dapat keluarkan kahak tu aku puas hati
semoga immune system dia lebih baik
la ni lagi aku risau sebab breastmilk dah takde sangat
totally rely on FM sebulan 4 tin kau
memang terasa betul
dulu masa ada susu cuma 2 tin half je sebulan
takpalah hamza, yang penting awak membesar dengan sihat dan cerdik
cukuplah untuk ummi
lagi 3 bulan je nak setahun
my baby is growing up really fast
as much as i want him to grow, i will also miss his "baby" moment
so now just tunggu moment dia berdiri dan berjalan
eh hamza, ummi dulu umur 9 bulan dah jalan
tapi u just take your own sweet time ye baby
menyusur merangkak ni pun dah kusss semangat nak mengejor
anywho,
ni video dia baby talk
2nd visit Dr. Nadir Khan
ahad 19 mei 2013
pagi pukul 8.15am aku dah terpacak depan klinik dr. nadir khan
untuk 2nd time sedut kahak
kata dr ada 8.30-1.00pm je maka haruslah awal
pukul 8.30pagi staff2 dia baru terhegeh2 nak bukak pintu and kemas bagai
aku dah duduk betul2 depan pintu sebab dah ramai parents datang
ada dalam 10 parents dah
pintu bukak je aku terus meluru masuk and dapat giliran no 1...heh
macam biasa neb dulu...hamza dok jilat2 asap neb tu
pastu dia hembus2 nya..sabarjelah
pastu apa lagi tidur!
kena kejut untuk sedut
masih banyak lagi kahak dia pekat betul siap ada kuning2
means kahak lama
doc cakap teruskan buat steam kat rumah ..kena buat selalu la ..
kalau seminggu sekali takde effect sangat
surfacing ambik gamba masa sedut...
kesiannya anak ummi
masa aku tengok live takde aku sedih sangat sbb puas hati tengok kahak keluar
tapi bila tengok gambar ni..sedih aiii...terseksanya anakku ini menangis mintak tolong
masuk kereta muka masam je..buat ba ba chak sama dia pun taknak senyum
sulking
tertidur pun muka marghoh
bulu mata pun basah lagi dengan air mata..ngeeee
takmo kawan
Turunkan Level playpen
ni gaya dia nak tengok tv punya pasal
disebabkan hamza dah galak sangat memanjat
sampai aku nak pergi kencing pun takut nak letak dia dalam playpen
maka aku pun buat operasi petang tu turunkan level playpen
vacuum habuk2 kat bawah tu and net dia...
lap sama air sabun suam...
vacuum balik
and spray dengan disinfected spray dettol
mula2 masuk dalam playpen dia macam pelik sebab boleh nampak luar
tapi lepas tu seronok boleh nampak tv
last-last tertidur dengan aman terus
nyenyak
First Benjol
semalam monday 20 mei 2013
ambik hamza macam biasa dalam keadaan migrain teruk
borak sama lidya, babysitter pastu lidya cakap "nampak tak"
aku kata apa dia?
rupanya merahh daaa benjol sikit dahi dia
cemana aku tak perasan daa
lidya said sorry a few times
dia kata baru jadi kejap ni before aku sampai
dia tinggal kejap atas playmat and pergi dapur
tiba2 dengar bunyi "hekk"
tengok hamza dah terhantuk kat kabinet tv dia
si hamza ni dah menyusur dengan cepatnya
tapi tak nangis si gagah perkasa ni
aku terdiam kejap jugaklah tapi takde lah marah
first aku tanya "dia muntah tak?"
sebab aku tak tau kuat macam mana dia terhantuk kan
aku faham memang anak aku dah mula aktif bergerak
nak tinggal dalam playpen takut dia panjat sebab tak turunkan level lagi
plus takde apa sangat takde cut or biru
balik abah dia tuam lagi terus hilang bengkak and tinggal line merah je
solution untuk kes macam ni
aku akan bersihkan and turunkan level playpen umah bs this week
so kalau nak gi mana2 dia letak je hamza dalam tu
one more maybe aku beli 4-5 bantal kecik design sesuai dengan warna rumah dia
letak kat depan kabinet tv as precautions time hamza ada
bantal tu aku bagi terus dia lah
muka mintak simpati
anyway this week cuti wesak yahoooo
pastu aku ambik cuti lagi monday wee haaaaa
but yang boringnya sabtu aku kena pegi pelancaran festival belia putrajaya pulakk
demitlaaa dahla aku tak suka pegi tempat crowded macam ni..
launching petang jadi malam pulak
pukul berapa lah aku balik rumah nanti
hadoi stress!
15 Mei 2012 - 6.20pm
Macam biasa masuk rumah letak hamza dalam cot
sebab nak ambik barang-barang dalam kereta pulak
dari dalam kereta aku nampak dia gigih memanjat dan akhirnya berdiri!
macam tak cukup tanah aku berlari habis botol air aku jatuh kat porch
takut anak jatuh punya pasal
dia pulak tersengih-sengih tengok aku kelam kabut
steady pulak dia berdiri tu...
so aku step back and snap this picture..haha
So Hamza officially boleh memanjat pada umur 8 bulan 2 minggu
oh dear God...semua mesti ada 2 minggu dekat hujungnya dari meniarap sampailah memanjat..
and ummi officially kena turunkan level cot dan playpen this weekend
semalam aku nak mandi pun tak senang hati
dok terintai intai anak bujangku takut dia buat aksi panjat lagi
sekali senyap je dia
rupanya dah berlayar
sian anak ummi boring ye
Isnin - 13 Mei
aku ambil EL
sebabnya Hamza bangun pukul 12 malam terus tak tidur sampai 3 pagi
dia tak merengek tapi dok bergolek dalam cot dengan bunyi nafas sangkut
aku pun tak boleh tidurlah takut anak sesak nafas pulak
so we decided to take him to the famous Dr. Nadir nak try method sedut kahak dia
sampai pukul 10.30 ada dalam lebih kurang 6 parents menunggu
Lucky us, klinik ni under panel ASTRO
Waited about 45 minit sebelum turn kami
sambil tu horror baca tweet lisa dia tunggu 4 jam...ngeee
aku tunggu 45min ni pun dah trauma bunyi budak menangis macam kena dera
tapi bila keluar muka masing2 ceria happy je dengan sisa2 air mata..hahah
Dr. Nadir is a very nice person..dia sendiri panggil patient kat pintu
first dia tanya history hamza -
baby premature 35 weeks, c-section sbb PPROM, 6days in NICU
pernah warded 3 days acute bronchiolitis
family history ada athma ke tak
vaccination apa dah bagi selain kat KK
So he said, baby premature some more c-section memang problemnya selalu ini lah
sebab paru2 tak matang masa lahir pastu kena ubat bius kuat pulak
risiko infection and low immune system tu memang ada
dia kata anak dia sorang pun premature memang hari2 dia dok sedut kahak
kalau baby selsema takda bunyi lagi bahaya pasal kahak dah tepu
Muka tak puas hati
so first dia neb..hamza mula2 ok- mengamuk jap...
aku terpaksa nyanyi 1-2-3 A-B-C
Tiba-tiba tidur..laaa
pastu dah habis neb, Dr. Nadir ajar tepuk percussion and wap muka kat rice cooker
dia tanya mana u tau pasal tepuk percussion?
aku cakap aku google, klinik dia ni pun pasal google pastu ramai orang blog..haha
mungkin dia tak sedar kan klinik dia macam famous sebenarnya di kalangan mommy
Then, tiba saat dinantikan - sedut kahak
dibaringkan hamza and effortlessly dia masukkan tiub biru kecik dalam hidung hamza
sambil mulut bebel2 kat aku
"haaa see nampak tak kahak dia tu..banyak dan PEKKAT" you ingat dada dia takda bunyi takde kahak kan? tu nampak tu pekat"
aku pun ha haa hangguk2 sambil tengok anak aku menjerit2
dengan menangis air mata merembes-rembes
kejap2 dia tukar tiub dalam tekak pastu masuk hidung balik
pastu aku macam "eyy tu macam darah ye doktor"
dia kata "ha memanglah sometimes terkena kat dinding its ok normal"
ngeri tapi aku puas hati banyak gila weh kahak hamza
nasib baik bukan warna hijau
tapi still kahak pekat separuh tiub tu panjangnya
Hamza bangun je terus ok tapi air mata bergenang lagi..ngee
so dia kata kalau ada lagi, datanglah untuk second suction
dia bagi ubat kahak (aku rasa ventolin kot), ubat batuk and antibiotik..
ubat batuk tu untuk menggalakkan batuk ye supaya baby muntah kahak
aku bagi 3 hari je
until today 16 mei hamza masih selsema and ada batuk pulak dah
(rasanya pasal ubat galak batuk tu)
tapi minum susu and makan ok je
demam dah ok semalam Alhamdulillah
tiap2 malam before tidur surfacing akan sedut hidung dia
and this time it's not easy anymore
tangan menggapai dengan menggeliat nak lepaskan diri
kepala pusing kiri kanan dengan bunyi macam nak nangis
aku rasa dia trauma kot masa kat tempat dr nadir tu
sikit jelah sayang ummi ni
ini semua untuk kebaikan awak jugak
susah hati kan bila anak tak sihat ni
pergi kerja pun rasa demotivated je
tapi aku perasan hamza memang kena demam every 2 months
masa aku ambik dia kat babysitter friday tu
bila aku nampak anak bs selsema aku macam dah ada instinct hamza akan selsema jugak
tapi aku rasa salah satu sebab adalah aku bagi dia mandi rendam for the first time
saja je nak bagi hamza merasa main air dengan toys dia
seronok tengok dia dok tepuk air excited
tapi bukan lama pun dalam 5-10 minit je and air suam
but mungkin sebab badan dia tak biasa
plus dia pegi terminum pulak air paip
aduilaa ngeri ummi memikirkan e-coli salmonella..nauzubillah
nampaknya lepas ni ummi taknak bagi awak mandi rendam dah
biarlah awak tak merasa mandi ala2 pool dah
daripada tengok awak sakit macam ni
Anyway nak contact klinik ni:
03-41421614
location:
Belakang LHDN Wangsa Maju (Belakang Jusco Alpha Angle)
shoplot yang sebaris dengan Bank Simpanan Nasional
+ parking adalah hazab
+ call dulu untuk make sure Dr. Nadir ada time tu
+ List panel dia banyak sangat, check kot2 ada panel tak payahla bayar
Mother's day
First time sambut diri sendiri as a mother walaupun anak belum pandai wish lagi
husband tak wish sebab dia memang bukan yang concern sangat
pasal mothers fathers day ni
tapi bila tau, dia kata "takpa hari-hari adalah hari ibu"...
hahah ayat cliche kan
called my mom on sunday and dia kata dia ada lump
aku risau suruh dia check klinik esoknya
sebab aku dulu pernah ada lump masa umur 24 camtu
siap kena pegi HKL sedut air kat lump tu a few times
aku sepatutnya kena operate buang lump sebab memang besar dalam 4cm tak silap
ayah aku ni traditional practioner
hari-hari suruh aku sapu putik kelapa yang diparut pada bontot pasu dan juga biji tahi kelawar (biji tahi kelawar ni sebenarnya biji buah yang kelawar makan biasanya dijumpai bawah pokok manggis)
masa aku pergi check nak operate doc semua surprised lump aku hilang
dia kata apa yang aku buat sampai hilang?
takdela aku sebut pasal perubatan tradisional ni kan but lucky me tak payah operate dah :)
and until now aku akan check frequently to make sure takde lump
terbabas cerita
alkisahnya mak aku pergi check, doc kata takde apa just normal kalenjar macam bengkak sikit
pheww legaaa
kita sebagai perempuan ni kena selalu alert sebab breast cancer ni mengancam nyawa
talking about cancer,aku belum buat pap smear
need to do it soon.
Pneumococcal Vaccine
Rabu 8 Mei ada checkup hamza dekat KK
pagi tu aku bawak dia pergi Klinik Pakar Kanak-kanak Shanaliza Wangsa Maju
untuk his first jab of Pneumococcal vaccine
sebenarnya kesedaran dah ada sejak dia 3 months lagi
tapi kesedaran lebih kuat bila dia masuk hospital
tapi terlambat sikit lah buat
masa nak inject hamza ada selsema sikit
PAED ada buat penerangan then inject
hamza nangis kejap je pastu dia horey2 melompat
paed kata tak demam, tapi hari ahad hamza telah demam suhu dalam 37.8c
seronok betul dia main menda ni
until now hamza masih demam tapi malam je and usually nak dekat2 time makan ubat
demam on off la
ummi sangat risau
sebab demam sekarang ni tak boleh ambik mudah dah
lepas inject jugak hamza kena cirit2 start hari jumaat - 5x sehari
sampai lah semalam selasa baru dia kurang beri2
nak kata alergic apa2 makanan takde jugak sebab aku bagi semua makanan yang biasa je
but aku stop bagi prune and EVOO supaya perut dia tak terlalu lawas
don't know adakah ini reaction from injection ke apa
anyway cost vaccine RM260 and 2nd dose next month bila umur dia 9 months
baby bawah setahun kena ambik 3 kali injection
for me, vaccine ni amat penting
sebab bacteria coccuss ni banyak jenis banyak group
especially untuk anak-anak yang dihantar ke nursery/ babysitter
yang bergaul dengan selain ahli keluarga
untuk yang anti-vaccine,
takmau komen pasal ni hak masing-masing- anak masing-masing
but baca lah artikel ini
and just ponder, apakah apa yang kita buat akan memberi kesan kepada orang lain
direct or indirectly
anyway hamza berkenan betul sama kuda biru tu
umminya dah gatal tangan nak google mana boleh beli murah-murah
kalau ada info sharing-sharing la ye :)
Recently, kita semua dikejutkan dengan pemergian anak kesayangan mommy erina,
arwah Aqil Hamzah
sangat cepat semua berlaku
bila aku baca latest entry erina tentang arwah,
aku menangis tersedu-sedu sampai bengkak mata
nasib baik aku kat rumah masa tu
sampai surfacing risau dia kata kenapa terlalu sedih ni
walaupun kita tak saling mengenali
tak pernah bertegur sapa atau berbual secara 'komen'
tapi pemergian arwah Aqil memberi impak yang besar kepada aku
dan aku pasti kepada mommy lain jugak
sebabnya arwah aqil turut 'membesar' dihadapan mata kita
ceritera dan keletahnya dirakamkan oleh erina
secara tak langsung,
anak2 blogger yang kita baca dan stalk everyday ni dah rasa macam anak sendiri
walaupun tak kenal
aku kagum dengan ketabahan erina sekeluarga
aku tak tau aku akan mampu setabah itu
Al-Fatihah kepada Aqil Hamzah
bahagia menanti ibubapanya disamping Allah SWT di syurga
dulu masa aku belum kawin
kalau tengok drama kat tv part kalau perempuan nak deliver ada problem
pastu doctor tanya nak pilih emak atau anak
pastu emak tu mesti secara cliche akan jawab "selamatkanlah anak saya doktor, biarlah nyawa saya diambil"
selalu aku akan rasa ..laa selamatkan isteri dia lah..nanti dia boleh beranak anak lain
Bila dah ada anak ni baru aku tau sebenar2nya perasaan sebagai ibu
dan aku tau aku juga akan jawab "selamatkan anak saya doctor, biarlah nyawa saya sebagai ganti"
sebabnya seorang ibu takkan mampu melihat anaknya pergi dahulu
kalau anak sakit, biarlah sakit itu dipindahkan kepadaku
kerana seorang anak itu unik, hanya satu, tiada yang lain, tiada ganti
setiap anak itu berbeza
hanya insan terpilih sahaja yang mampu menghadapi dugaan sebegini hebat
Semoga erina sekeluarga terus tabah.
aku nak share, one of my favourite song "Fix you" by Coldplay
Lagu ni written by coldplay frontman, chris martin
supaya wife dia, Gwyneth Paltrow boleh deal dengan kehilangan bapak dia, bruce paltrow
even sound organ tracks dalam lagu ni menggunakan old keyboard kepunyaan bapak gwyneth
what i love most about this song is not just the beautiful melodi
but also lyrics dia yang sangat honest, sangat tepat..every words means a lot
When you try your best but you don't succeed When you get what you want but not what you need When you feel so tired but you can't sleep Stuck in reverse
And the tears come streaming down your face When you lose something you can't replace When you love someone but it goes to waste Could it be worse?
Lights will guide you home And ignite your bones And I will try to fix you
And high up above or down below When you're too in love to let it go But if you never try you'll never know Just what you're worth
Lights will guide you home And ignite your bones And I will try to fix you
Tears stream down your face When you lose something you cannot replace Tears stream down your face And I
Tears stream down your face I promise you I will learn from my mistakes Tears stream down your face
And I Lights will guide you home And ignite your bones And I will try to fix you