Thursday, May 16, 2013

Klinik Wangsa Dr. Nadir Khan dan Rakan-Rakan

 Ummi and Hamza






















Isnin - 13 Mei 
aku ambil EL
sebabnya Hamza bangun pukul 12 malam terus tak tidur sampai 3 pagi
dia tak merengek tapi dok bergolek dalam cot dengan bunyi nafas sangkut
aku pun tak boleh tidurlah takut anak sesak nafas pulak
so we decided to take him to the famous Dr. Nadir nak try method sedut kahak dia
sampai pukul 10.30 ada dalam lebih kurang 6 parents menunggu
Lucky us, klinik ni under panel ASTRO
Waited about 45 minit sebelum turn kami
sambil tu horror baca tweet lisa dia tunggu 4 jam...ngeee
aku tunggu 45min ni pun dah trauma bunyi budak menangis macam kena dera
tapi bila keluar muka masing2 ceria happy je dengan sisa2 air mata..hahah

Dr. Nadir is a very nice person..dia sendiri panggil patient kat pintu
first dia tanya history hamza -
baby premature 35 weeks, c-section sbb PPROM, 6days in NICU
pernah warded 3 days acute bronchiolitis
family history ada athma ke tak
vaccination apa dah bagi selain kat KK
So he said, baby premature some more c-section memang problemnya selalu ini lah
sebab paru2 tak matang masa lahir pastu kena ubat bius kuat pulak
risiko infection and low immune system tu memang ada
dia kata anak dia sorang pun premature memang hari2 dia dok sedut kahak
kalau baby selsema takda bunyi lagi bahaya pasal kahak dah tepu
Muka tak puas hati






so first dia neb..hamza mula2 ok- mengamuk jap...
aku terpaksa nyanyi 1-2-3 A-B-C
Tiba-tiba tidur..laaa
pastu dah habis neb, Dr. Nadir ajar tepuk percussion and wap muka kat rice cooker
dia tanya mana u tau pasal tepuk percussion?
aku cakap aku google, klinik dia ni pun pasal google pastu ramai orang blog..haha
mungkin dia tak sedar kan klinik dia macam famous sebenarnya di kalangan mommy

Then, tiba saat dinantikan - sedut kahak
dibaringkan hamza and effortlessly dia masukkan tiub biru kecik dalam hidung hamza
sambil mulut bebel2 kat aku

"haaa see nampak tak kahak dia tu..banyak dan PEKKAT"
you ingat dada dia takda bunyi takde kahak kan? tu nampak tu pekat"
aku pun  ha haa hangguk2 sambil tengok anak aku menjerit2
dengan menangis air mata merembes-rembes
kejap2 dia tukar tiub dalam tekak pastu masuk hidung balik
pastu aku macam "eyy tu macam darah ye doktor"
dia kata "ha memanglah sometimes terkena kat dinding its ok normal"
ngeri tapi aku puas hati banyak gila weh kahak hamza
nasib baik bukan warna hijau
tapi still kahak pekat separuh tiub tu panjangnya
Hamza bangun je terus ok tapi air mata bergenang lagi..ngee
so dia kata kalau ada lagi, datanglah untuk second suction
dia bagi ubat kahak (aku rasa ventolin kot), ubat batuk and antibiotik..
ubat batuk tu untuk menggalakkan batuk ye supaya baby muntah kahak
aku bagi 3 hari je

until today 16 mei hamza masih selsema and ada batuk pulak dah
(rasanya pasal ubat galak batuk tu)
tapi minum susu and makan ok je
demam dah ok semalam Alhamdulillah
tiap2 malam before tidur surfacing akan sedut hidung dia
and this time it's not easy anymore
tangan menggapai dengan menggeliat nak lepaskan diri
kepala pusing kiri kanan dengan bunyi macam nak nangis
aku rasa dia trauma kot masa kat tempat dr nadir tu
sikit jelah sayang ummi ni
ini semua untuk kebaikan awak jugak

susah hati kan bila anak tak sihat ni
pergi kerja pun rasa demotivated je
tapi aku perasan hamza memang kena demam every 2 months
masa aku ambik dia kat babysitter friday tu
bila aku nampak anak bs selsema aku macam dah ada instinct hamza akan selsema jugak
tapi aku rasa salah satu sebab adalah aku bagi dia mandi rendam for the first time
saja je nak bagi hamza merasa main air dengan toys dia
seronok tengok dia dok tepuk air excited
tapi bukan lama pun dalam 5-10 minit je and air suam
but mungkin sebab badan dia tak biasa
plus dia pegi terminum pulak air paip
aduilaa ngeri ummi memikirkan e-coli salmonella..nauzubillah
nampaknya lepas ni ummi taknak bagi awak mandi rendam dah
biarlah awak tak merasa mandi ala2 pool dah
daripada tengok awak sakit macam ni

Anyway nak contact klinik ni:
03-41421614
location:
Belakang LHDN Wangsa Maju (Belakang Jusco Alpha Angle)
shoplot yang sebaris dengan Bank Simpanan Nasional
+ parking adalah hazab
+ call dulu untuk make sure Dr. Nadir ada time tu
+ List panel dia banyak sangat, check kot2 ada panel tak payahla bayar



6 comments:

LisaLisut said...

pet,
i dpt ubat galak batuk, tp lps sedut balik rumah,i dgn kr xbg pun ubt tu.haha.sbb kitorg pk knp nk galak batuk lg?dh hilang xpela kot.sbb ktorg xnk g sne lg.trauma.hahah

diam je hamza kene neb. hannah kene neb dh meraung. lps tu belum smpt sedut dh muntah kahak dlm corong neb huhuh

yg i buat lps sedut kahak tu,masa mandi xyah basuh kepala,rambut. just usap dgn air je.xkotor pn kepala dia. kalau bole elak dr dia terminum air mandi tu.hannah pn sll je huhu.tu pnca kdg2 bdk runny nose but it come and go kalau sbb air mandi tu huhu

get well soon dear hamza!:)

Hazz said...

baiknya laa Hamza ambik neb. tak nangis pun. now bila baca ur entry ni baru i terigt, Hana pernah selsema sekali sbb berjgkit dgn anak kwn kitorg & kitorg bwk gi hospital & buat neb jugak. menangis sakan Hana waktu tu tp doctor ckp tak apa, nangis elok bg lung buka. huhu.. since dia mmg batuk jugak, kitorg bg Hana ubat batuk tu ikut mcm paed advice. 5 hari kot. dia continue batuk & muntah2. teruk jugak tengok but bila muntah, lendir kahak pun keluar, i rasa lega sikit. tak terpikir pulak part mandi. i mandikan dia macam biasa jer. huhu.. 2 minggu jgklah baru Hana betul2 sihat.

Asz Miza said...

Lawak k Hamza siap bole tido sambil neb..gila kewl..haha..i g aritu tunggu almost an hour pastu blah..dtg balik after lunch tunggu kejap je n da masuk..doc tu ckp ayat sume sebijik je ka..mcm da hafal da dia punya line ayat..kakaka..

I balik bg mam sehari dua je then da xbagi da..i bg antibiotik je. Pastu da ok..

Ammar pun i pasan akan demam 2 bulan sekali..first demam Jan, pastu March and now May. Ish budak2 c-sect ni mcm da janji je..:D

pet09 said...

lisa,
i pun sebenarnya blur2 pasal ubat galak batuk tu..bila hamza dah batuk baru nak berenti bagi..haha..katanya kalau batuk baru baby muntah and bagi kuman keluar kan.kita ni lah tak sampai hati dengar dia batuk sampai serak suara

gamba ni diam , tapi sebenarnya dia dok menggeliat ke kiri ke kanan..kena pulak umminya menyanyi baru diam..hahaha..anyway thanks for the tips..usually i mandikan hamza memang siram2 je, ni saja nak bagi dia berendam main air..hahaha...x boleh buat selalu lah

cik hazz:
nangis jugak dia neb cik hazz tapi memang doc cakap nangis elok supaya lung dia bukak kan..the thing about selsema batuk ni memang amik masa nak elok kan..kita la tak senang hati tengok dia macam tu

miza:
itulahh punya menggeliat2 sana sini bila umi nyanyi sedap sangat agaknya sampai tertidur..hahahahah...
i baca blog2 pasal dr nadir ni mmg itula sebijik2 ayat dia..i rasa dia patut tape kan je suara dia..lenguh tu setiap satu patient nak cakap benda sama...hahahaha...

ohh sama kita rupenya...i dah macam risau napalah hamza ni selalu gak demam but then bila doc cakap budak czer ni memang kena jaga sikit..plus cuaca sekarang ni dah tak macam zaman kita dulu..my mom kata i and adik2 budak czer jugak tapi takdelah asyik demam je...30 tahun lepas tu mana nak sama macam sekarnag..hehehe

BAIZURA NATASHA said...

Klinik ne femes btl. Masuk dlm list nnt kot2 maryam selsema n kahak.

I dgr u cte pn ngilu part masuk tiub darah sume. Kalau i mst xbole tgk. Hamza kuat la.

Unknown said...

My son pun mcm Hamza..prem and c section..selsema memang sangat kerap. Now dah 4years..alhamdulillah tak pernah dapat athsma. Paed pernah berpesan dalam rumah jgn pakai carpet, jangan ada bunga hiasan..sebabnya semua2 tu boleh memerangkap habuk...

http://syifahealthcare.blogspot.com/