Tuesday, April 09, 2013

JOIE STAGES


























Pada hari ahad 7 Mac secara rasmi kami test ke Amcorp Mall
JOIE Stages Convertible Car Seat
Aku pagi2 dah gigih baca manual

Tentang JOIE

1. Senang nak pasang dan senang paham manual. Kalau tak paham boleh tengok
video ni. dekat car seat pun ada sticker and color coded instruction takdela confuse
mana nak masuk seat belt

2. Infant padding dia sangat best tapi sayangnya Hamza tak boleh pakai dah.
Nanti dia tersempit kat dalam tu..Infant insert tu from 0-6 months

3. Berat dia 8.4 kilo saja. kedudukan ngam2 ambik satu seat belakang

4.Car seat ni from 0-7 years with 4 recline positions
Full recline position





















5. headrest boleh adjust cuma slide atas bawah je pakai sebelah tangan - very easy to use

6. 3 stages carseat - infant untuk rearfacing/ toddler forward facing/ toddler pakai seatbelt je...
 tak payah beli booster seat

7. ada 5 position harness tapi takda chest clip (padded harness and lower buckle clip)
    harness very easy to adjust. Pastu ada lock kiri kanan untuk lock seatbelt for forward facing
warna merah tu lock, headrest boleh turun naik, airation lubang2 tu





















8. Ada pulak ventilation kiri kanan so sesuai untuk anak cepat berpeluh takda la panas

9. ada mesh storage pocket kiri kanan bolehla letak botol susu ke atau kain lap

10. Color yang sesuai dengan kegemaran ummi dan abah dia - grey black/ mercury...ngeee

Honestly I love love love this car seat...
cinta pandang pertama la katakan.
Tapiiiiii ada 1 masalah ni
JOIE TAK BOLEH REARWARD FACING KAT SEAT BELAKANG PROTON SAGA!
Sebabnya bila aku cuba rearward, tali seat belt tak cukup panjang nak lilit belakang
apakah?
Haaaa masalah besar tu kan...
sebab infant 0-24 month wajib duduk seat belakang Rearward facing
Kalau kat US ke UK ke dah kena saman aku ni
Bila aku baca tentang ketidakselamatan forward facing untuk baby aku jadi tertekan
Pastu aku baca lagi tips beli carseat kat US try dulu kat kereta
sebab bukan semua kereta compatible with that particular car seat...
memang taklaa kan nak test2 kat sini...aku pun memang ingat semua boleh je

nak taknak aku terpaksa letak Hamza duduk belakang forward facing
sebenarnya kalau ikut manual baby boleh forward facing dengan syarat berat dah 9KG
Aku rasa Hamza ni baru 8 lebih je kot
Tapi kalau baca memang sepatutnya baby kena rearward facing sampai at least 2 years
sebab lebih selamat dalam high impact crash
oh well
kat seat depan aku tak try lagi
sebab letak seat depan walaupun rearward facing tetap kurang selamat
berbanding letak seat belakang
ntahla tawakal je lah makcik ni

Solution aku?
Semalam dah pergi proton tanya boleh tak panjangkan seatbelt belakang
dia kata kena check dulu
So servis kereta sabtu ni baru aku check

Anywho,
this little man of mine seems to enjoy his new ride

Mulanya buat muka pelik dengan tangan tergawang-gawang pandang
kat luar je..langsung tak pandang muka ummi kat sebelah















Pastu happy pulak gelak-gelak...Seronoklah tu rasa
dah besar sangat agaknya















Pastu mula buat muka marghoh dah sedar yang dia
tak boleh bergerak















Cuba sembunyi rasa tension dengan fokus kepada buku dia















Akhirnya tertidur. Muka maintain marghoh




















Excuse my annoying voice, again.
Sebenarnya sebutan dia bukan JOEEYY tapi JOY.
Memang fail betul aku ni


Lepas-lepas tu masuk je car seat tak sampai 5 minit terus tidur lena
semalam pun dah test amik dari babysitter biar dia dok belakang sorang-sorang
ok je takde nangis ke apa
so pasni ummi boleh berduaan dengan abah kat depan la ye Hamza?

So anyone ada experience macam aku tak boleh rearward facing dalam kereta nasional, wah gitu

16 comments:

Fara Atiqah said...

baiknye hamza duk dalam carseat. boleh ummi n abah fefeling romantik balik duk berdua kat depan..hihi..

LisaLisut said...

hmmmmm memula i buat rear facing dlm myvi. tp xbest sbb i xnmpk hannah n hannah xnmpk i. ltk depan rear facing a big no no. esp if ade airbag.
so i fwd facing je hannat kt blkg.so dia nmpk i n i bole tgk dia.hehe.i penah skali k xbuckle up dia.apa lagi dia meniarap panjat ats tu nsb baik kete jem so i cpt2 buckle.sbb dia sll buat muka bengang if kene buckle hahah.

so pkaikan je safety belt tu ye jgn tiru saya haha

LisaLisut said...

oh btw, i pye car seat pn wpn dh adjust ketat still goyang skit sbb seat myvi pendek.xmcm kereta kr. elok je terletak. sbb seat dorg ade apa tah lupa i term dia. kereta saga dgn myvi mmg gitu -__-

carseat kan byk buatan luar.mcm xcompatible dgn kete malaysia pn ye gak kot.huhu

Hazz said...

I pun baru ja beli car seat, Sparco. Baca manual boleh rear facing tp alih2 nak pasang kat seat belakang, tali tak cukup panjang. :(

BAIZURA NATASHA said...

Babe..COOL ;)
Im looking for carseat too. The existing one is SCR7 (given by relatives). I nmpk mcm Maryam not really comfortable in the car seat. That's y been surveying the new car seat. I noob gila bab carseat ne. Full recline tu bole pusing kiri kanan eh so baby bole pusing ngadap kita yang duduk kt seat sebelah? Kalau baby bila rearward facing, bole adjust eh nak sandar tinggi/baring?

pet09 said...

fara:
so far so good tak melasak lagi...tataula nanti2 dia dah boring..haha

Lisa:
Itula lisa i rasa kereta malaysia tak compatible...bila buat research pun dia kata beli carseat yang bentuk contoured (round) pastu kena amik kira jarak seat belakang and seat depan and sloping of back seat..wahhh banyak kriteria pening kepala den...last2 forward facing je tapi rasa ralat la pulak bila baca kata tak cukup safety kan...
tak try lagi kat myvi husband sure sama jugak ni outcome dia

cik hazz:
Boleh tak i rasa lega bila u kata sparco pun tak boleh rear facing sbb tali tak panjang..hahaha...u kereta nasional ke kereta import ni? hihihi so i guess memang kena test la sepatutnya kan..what to do dah beli..

bai:
I pakai scr7 tuhla until hamza macam dah tak muat je tu yg beli convertible car seat pulak..scr7 tu i letak carseat padded sebab fabrik dia memang keras sikit.. full recline tu ialah berapa darjah dia boleh baring...usually car seat dia tak baring flat mesti bengkok sikit..most car seat ada 3-5 reclination...

carseat tak boleh setup menghadap kiri atau kanan..dia samada rearfacing atau forward facing saja. But the safest is to rearfacing dekat seat tengah di belakang for 0-2 years old at least.
Tapi masa pakai scr7 tu i rearfacing kat seat depan je..bahaya sebenarnya walaupun saga takde airbag. yang this one i start letak kat seat belakang tapi tak boleh rearward pulak..saba jela

bila rearward Joie boleh adjust nak baring ke duduk..

Hazz said...

kereta import pun tak cukup pnjg seatbelt nyer. camno? huhuhuuu.. berserah jelah fwd facing sbb carrier yg ada sekrg ni dah tak muat tuk Hana. kaki dah terjulur sangat, sian dia. ;)

BAIZURA NATASHA said...

Ha..now i know nape scr7 x fit enough kt seat blkg myvi i. Tp kt dlm saga fit elok je x goyang. Scr7 x bole recline kn? Cuma bole rearward n.forward ja kan? Ne kes x bc manual ne.hehehe.

Ha..pttla maryam x selesa.i kena beli padding extra. Haishhhh.. I tgu maryam xmuat scr7 la beli carseat bru

pet09 said...

cik hazz:
itula kan tawakal jela kita ni..tak sangka kereta import pun sama kes..hehe

bai:
yes infant carrier ni memang tak boleh shift ke nak recline...i masa mula2 letak hamza pun macam was-was selesa ke dia dalam ni...tu pasal beli padded tu...tapi jangan beli yang tebal sangat...cause i read, car seat/ infant car seat sepatutnya takde layer lain dekat baby (padded/ baju tebal) sebab boleh decrease safety performance dia..

Asz Miza said...

i ni selamba je letak car seat kat front seat n rearward facing...da tu selalu xpakai kan seat belt...wahahaha..maybe sebab ammar jenis xmelasak lagi..bahaya gak ni...nk kena bagitau husband..kalau rearward kat back seat i sian dia kena panas...haaha..

pet09 said...

asz:
i pun sepanjang pakai infant carrier letak kat depan rearward miza..pasal tak confident letak kat belakang...ni dah ada car seat baru ada kesedaran awam sikit..haha..tapi u pakaikan seat belt la sebab bahaya kot2 emergency brake nanti

LisaLisut said...

Oh sll if kereta yg ade label Isofix kt seat dia sure muat cantik tletak any car seat huhu i xsure my husband yg ckp huhu

May Hwong said...

Hi. Came across your blog recently. Glad you like Stages Mercury.Please contact me if you need help with rear-facing installation. That's the reason we have a customer service centre as the distributor for Joie in Malaysia. Would be glad to assist as it is important to be able to ride rear-facing for as long as possible,as you have so correctly pointed out!
Child Passenger Safety Hotline - cps@safensound.com.my

Anonymous said...

hi hamza mummy..u bli joie stages kt mane eh?bole share x?;)kt malaysia ni xbyk lg jual brand tu..

pet09 said...

Thank you May Hwong. will contact you for the installation.

hi there mommy,
i beli kat expo mid valley.
but you can buy from here too:
http://safensound.com.my/

lucas said...

Hi there!

Have you found the solution to solve the rear facing installation problem ?

Kindly share with us ya~!

Just purchase the Every Stage.