Friday, April 12, 2013

Traveller in Time - Awana Genting Resort

awana genting 1-3 february 2013

















Ini adalah kisah lama yang aku tak update
tapi aku rasa sayang pulak kalau tak letak as entry
memory ni first travel as a family - me, surfacing and Hamza

kisahnya pada January aku dapat arahan bos 
untuk pegi kursus KPI dekat awana genting resort - 3 hari 2 malam
Rasa nak pengsan kat situ jugak mengenang kena berpisah dengan Hamza
Bos kata "Bawaklah Hamsa!" (bos suka sebut as hamsa..ntah apesal"
Tapi bila aku check sama organizer dia kata bilik kena KONGSI
Ketua unit mahupun pengurus pun kena kongsi apatah lagi pegawai
punah harapanku
dah sedih gila dah ni almaklumlah tak pernah berpisah sejak dilahirkan

Tiba-tiba esoknya aku dapat call dari koordinator yang jaga penginapan
katanya 
"kak lela saya dah arrange akak duduk 1 bilik boleh bawak hamza...
tapi dengan syarat kena sorok2 sebab takut CEO nampak..nanti dia bising
so kena ada sorang jaga hamza tau"

aku rasa nak melompat kegumbiraan
Ya Allah ada orang yang berhati mulia macam ni
padahal aku ngan dia hai hai gitu je kat office ni
wahai Puan K yang baik hati, terima kasih sangat
saya terhutang budi
Nama terpaksa dirahsiakan..haha

pindah rumah

















so pada 1-3 Februari 2013,
kami anak beranak pun drive ke awana genting resort
excited sangat pasal first time la ni macam vacation la walaupun kerja kan
barang yang aku pack...Ya rabbi malu nak cerita
serius banyak gila weh pasal aku taknak ada satu pun tertinggal
segala mala warmer, sterilizer, playgym hamza pun aku bawak!
pastu beli makanan macam maggi sebab kesian husband nanti 
aku ni makan buffet sedap, dia kang terpaksa makan kat deli je

sampai di sana memang funny sikit sebab aku macam kena smuggle hamza and husband
Puan K ni uruskan check in bilik bagai supaya family aku tak dilihat oleh CEO
atau pengurusan atasan...hahaha

Kejutan pertama: 
Husband dapat kupon makan free buffet breakfast, lunch, dinner!
Ya Allah tak sangka betul...speechless aku masa tau tu..rasa macam terhutang budi sangat
tapi dengan syarat kami tak boleh makan sekali...
husband kena turun makan after kumpulan kami masuk kursus
tak kisahla kan asalkan surfacing dapat makan sedap

living room apartment





















Kejutan kedua:
Aku ingat dapat bilik deluxe biasa je
sekali masuk rupanya dapat apartment
besar dan selesa sangat!
oh dear God...
Rasa macam cium puan K tapi kang ada pulak terngiang2 lagu katy perry

kitchen 

































alasan puan K bagi aku apartment pasal kat blok lain..
yang peserta lain semua kat tower block...
so kisahnya memang nak hide family aku ni gila-gila lah
bilik pun dia bagi sehujung-hujungnya
punyala seram aku pukul 12 malam balik dari kursus kena jalan sorang-sorang...
ngeriii

bedroom















toilet besar


















happy hamza with ummi





















kursus aku ni pagi pukul 8.00 sampai 5.00pm
pastu pukul 8.00pm-11.00pm
so memang aku takde masa sangat nak berjimba sama surfacing dan hamza
ada jugakla terserempak dengan a few colleague tapi nasib depa ni jenis ok
aku terpaksa cakap husband book bilik kat sini 
pasal puan K dah warning biar pecah di perut...ha amik kau
hahaha

behave tengok abah makan





















so masa aku berkursus, husband pun vacation dengan hamza
makan bersama melayan buffet, berjalan di park dan lepak tengok tv dalam bilik
kemain gembira mereka berdua dapat release tension...
nasib Hamza pun behave je sama abah dia
Tapi aku ingat kalau orang luar tengok mesti cakap
eh eh suami sapa lani merajuk bawak anak lari ke awana genting
sebab berduaaaa je dorang ni..hahah

at the park with abah





















It's a nice short vacation for us
walaupun aku kerja, tapi still nice sebab ada family sekali
Husband pun rasa hilang stress dia kejap dapat getaway free gini
awana genting ni tempat untuk golfing sebenarnya
cuaca malam and pagi je sejuk
so tak payah berangan nak pakaikan anak baju sejuk bagai pasal panas terik sini























so after this kalau vacation betul2 aku dah boleh agak berapa banyak
barang hamza yang kena pack
takdelah macam time ni dah ghope nak pindah rumah
penuh barang dalam saga cabuk tu
and helloo tak payahla bawak sterilizer makcik...
beli je sterilising tablet lainkali
tengokla apa lagi aku bawak
playpen ok playpen!
abahnya risau kang katil queen kecik 
terhimpap pulak si Hamza dik keganasan kami tidur

playpen hamza kemana jua dia berada

















la ni hamza dah makan mau aku bawak slow cooker 
sama blender skali pulak kang...
ngeeee

oh surfacing bila kita nak vacation betul-betul ni
tunggu lepas mengundi la nampaknya ni

hamza dah boring layan ummi amik gamba






6 comments:

cha said...

baiknya Puan K tu u. susah nak jumpa org baik cmtu siap sorok lg then dapat voucher makan bagai. untung u. i pun dh lama sgt tak bercuti. short vacay pn jadilah i need that sgt :(

LisaLisut said...

Hahahaha nk gelak i u bwk playpen!!! Haha tp bgus jgk bguna beli playpen. I tot i bought playpen hannah yg sng bungkus konon bwk balik kg ke apa mmg xla ahah.
Bestnye i dgn kr xpenah lg travel cuti bertiga ktorg sje huhu. Asik pospon manjang 😑
I igt lg i ade training ms few month b4 kawin kt awana n lps tu ms hannah dlm perut hehe
I miss genting highland so much ade nostalgia GH tu dgn i hehe
Kelakarrr la post u ni. Baik btul puan k tu syukur

Umie Aisya said...

Weiii brutal bwk playpen skali!hahaha.i dlu first vacay ngn safiyya pn bwk 1 rumah.tilam kekabu ngn rocker skali ok!!haha lawak bile ingt balik

BAIZURA NATASHA said...

Hahahaha. Lawak gila. Memang gaya nak pindah rumah. Siap playpen bagai.
Cuba share psl steriliser tablet sket. I pun slalu dok pk nnt travel cmne nk sterilise bagai :)

Hana Soffelia said...

Ya2.. faham perasan u tu. Last year i kena attend kursus tapi masing2 tak boleh bawak family. Dahlah Naurah full bf masa tu, so pakat2 bincanglah dengan new mommies kat opis, pujuk2 orginizer, last2 boleh bawak dengan syarat bilik sendirian kena keluarkan duit sendiri, makan sendiri etc. Tak kisahlah kan janji bawak baby and hubs.

Anyway, beruntung u jumpa orang macam Puan K tu, sangat baik.

Sicness Surfacing said...

cha:
itula kan sometimes bila kerja ni stress kita mmg perlu pergi short vacay..contoh dulu i ada pegi short vacay ke penang pasal husband main gig kat sana..walaupun sehari je kat batu feringghi tapi kebestannya teringat2 sampai la ni..hahaha...memang susah nak jumpa orang hati mulia cam puan k ni...


lisa:
haha ni husband la nak gak aku bawak playpen..malu wey sebenarnya pikir balik..brg kitorang kt troli hotel macam nak duduk sebulan..ngee..wah memory baik punya kat GH...to tell u the truth i never been to GH with husband walaupun asyik plan je dari zaman bercinta..haha..i pegi genting pun sekali je

umie:
belajar dari kesilapan..boleh tahan jugakla bawak tilam kekabu cemana u gulung tu..hahaha..siap rocker bagai kan..i kalau balik umah mak pun camtu bawak rocker la apa..last2 mak beli tikar evamatic kat pasar utk hamza..terharu betul i ok pasal mak i sungguh current tau pasal evematic mat..haha

bai:
sterilising tablet ada jual kat mothercare..1 tablet u masuk dalam bekas besar bertutup ada air boleh tahan selama 24 jam...so gunakanla banyak kali mana u nak..just rendam botol dalam tu..hospital guna mcm ni..tapi i tak suka sebab ada bau ubat tu..tapi takkan nak bawak steriliser gabak tu kan..haha

hana:
itula hana, mula2 pun dah fikir nak book bilik sendiri tapi 1 malam rm250...tak masuk makan so tak budget bulan tu kan..bertuah I Allah gerakkan hati puan K untuk tolong...