Tuesday, April 02, 2013

180 days

Hamza 6months 2 weeks


























Alhamdulillah Hamza genap 7 bulan masa 31 Mac 2013
Sepanjang umur 5 dan 6 bulan ni development Hamza normal
makin besar makin banyak akal

5 months = 7.5kg
6 months = 7.7kg
Last timbang masa kat hospital (6 months 2 weeks) = 7.9kg

















1. Hamza dah meniarap masa 5 bulan 3 minggu...lepas tu dia bergolek dan menyusur gostan
sekarang dok angkat2 badan macam nak meniarap tapi tak bergerak la..
paling suka guna kepala ke depan untuk bergerak yang menyebabkan umminya risau
tengok muka dia merah tertenyeh kat tikar
walhal anak ok je enjoy bermain

















2. Dah makan solid food so far so good takde alergik apa-apa..
aku pun tak cukup experimental lagi balik2 aku bagi dia bubur carrot/ labu/ sweet potato/ pir/ bayam...
start today (2 april) aku mula bagi makan twice a day...
maybe i should try other fruits and veggies...hamza loves pumpkin and sweet potato
tapi kena makan dengan bubur la..kalau gitu je dia tak selera...
aku masih masak for hamza sometimes buat frozen for a few days,
sometimes masak day by day tengok mood dan tahap kepenatan
Second time makan





















3. Masih minum susu 4oz but recently instinct aku kata Hamza dah ready
untuk susu S26 Promil stage 2 (6months above)...
aku tak bagi masa baru masuk 6 months pasal baca review baby kena sembelit...
so far he loves promil so much sampai nak minum every 2 hours and 5 or 6oz persession..
wah wah maybe rasanya sedap sebab ada fibre...
Hamza still breastfeed and DF at night tapi susu dah turun sikit sebab
dia tidur straight from 11pm-6am.

4. Sleeping pattern amat la menyenangkan hati sebab dia dah tidur straight malam-pagi ...
no more bangun pukul 2 and 4am to feed...Tapi downside dia adalah susu aku merundum la
pasal takde DF time tengah2 pagi tu..kadang2 ada gak bangun tapi sekadar nak touch BR je
pastu tertidur balik dengan sendirinya..now dah banyak kali jugak dia tertidur sendiri tanpa perlu BF...
Tapi tidur atas badan ummi atau abah masih menjadi kesukaan dia


His  precious bunny

















5. Dah ada favourite toys..punyala banyak toys warna warni tapi
bunny warna brown beige ni jugak menjadi pilihan hati Hamza...
pandai pilih kaler ikut favourite ummi dan abah...
punyala suka bunny ni sampai tengah tidur - terbangun - tangan ambil bunny kat sebelah -
pusing2 telinga bunny sambil mata terpejam - tidur balik dengan bunny..hahahah...

Mengigau nak bunny

















6.Bila duduk dalam cot dah taknak baring..
mesti nak meniarap and paling advance mula nak memanjat...
kena monitor, once dah pandai panjat kena turunkan level playpen

















7. Boleh duduk dengan tegap tapi still supported lah but takde dah tumbang ke kiri ke kanan...
paling rasa dia dah besar bila boleh duduk dekat high chair...
owh my son cepatnya membesar..siap pegang menu macam dia nak makan

nak nasi ayam penyet satu kak sambal kurang






















8. Tak suka air masak langsung...tapi aku bagi je jugak walaupun lepas tu diluahkan balik...
tapi gaya pegang sippy cup macam beriya benor la minum

















9. Tangan dia dah buat macam-macam - pegang, angkat toys baling...
pegang tangan ummi and perut abah, pegang muka siap picit hidung...
suka  park lengan atas perut ummi (taula perut ummi kau sedap je ada cushion)...
kalau dia baring aku bagi tangan- dia genggam kuat sampai dari baring boleh berdiri terus...
now ada kawan kuning dia yang tinggi tu dia boleh angkat and pusing2 kan
hanging toys kat playpen sampai berbunyi...nak tergelak tengok usaha gigih dia tu

















10. dah tau ada kaki..suka angkat and now dah pandai makan kaki sendiri...
suka kayuh kaki kalau terlalu excited tengok cerita best kat babytv

















11. Cerita favourite kat babytv - Billybambam, Big bugs band, charlie and the magic numbers,
draco, concertino (sangat musical anak aku ni), Hippa hippa hey, cuddlies
Tapi cerita paling disukai adalah upin ipin dan boboyboi...
aku pun taktau kenapa baby suka sangat upin ipin..siap mengeluh tensen kalau dah habis
and aku perasan dia suka sangat warna MERAH..
setiap kali nampak warna merah kat TV dia gelak dengan happynya...

12. Makin banyak bercakap gelak besar..dah jarang menangis..
kalau nangis tu sebab tak cukup tidur atau boring sorang2
paling gelak kalau tengok muka sendiri kat cermin...
kalau sebut nama dia pun dia dah gelak tak tentu arah...
sungguh pemurah senyuman anakku ini...
Kalau boring hamza akan mengeluh siap sebut "haihhh"...
contoh masa dalam kereta kami dok berborak secara high pitch and tak layan dia langsung..
sekali dia sebut dengan panjangnya " haihhhh"...ahahahaha

suka tengok cermin 



13.now suka sangat ketap bibir bawah kalau aku dok pegang tanya
"hamza ada gigi ke ni meh ummi nengok" dia ketap mulut langsung tak boleh bukak...
kuat betul baby ni kan...kadang2 dia kemam2 bibir bawah ntah apa yang sedap

mengetap bibir

















14. Masuk hospital 3 hari from 15 mac to 18 mac sebab acute bronchiolitis
- eh adakah ini development?
takpela just for the sake of memory..hehehe.

Kat hospital nak discharge dah





















15. Hamza adalah baby yang boleh masuk dengan sesiapa saja ...boleh tahan ramah...
asalkan ada orang layan la katakan...
ntah ikut sapa padahal ummi dan abahnya introvert..hahah...
sampai doctor kat pantai kata
"hamza ni memang macam ni kaa dengan semua pun dia suka punya?"..

yang terbaru masa abah dia potong rambut, ada chinese lady kat salon ni nak pegang Hamza...
aku ni dah la kurang suka stranger pegang anak aku...
aku bagitau dia hamza baru muntah (memang betul pun) and dia nak jugak pegang...
sudahnya si hamza tergelak2 besar sama this lady sebab dilayan and lama pulak dia pegang..
berapa kali aku macam politely buat hint nak ambil hamza balik tapi dia dokla peluk anak aku..
last2 aku cakap aku nak change baju kena muntah dia..
terus tak teman dah husband potong rambut...hahaha...
call me whatever tapi stranger or random people pegang anak aku kurang suka la
pasal taktau dia pegang apa before tu kan...

My 7 months old Hamza

















16. Hamza consider baby tinggi biasa je..last check 65cm masa 6 bulan naik 1cm every month
tu sebab dia nampak bambam kot tapi Alhamdulillah membesar dengan baik..
berat sekarang tak tau sebab check kk bulan Mei ni...
I guess tak naik banyak pasal dia dah aktif sangat
Tapi baju romper ke apa kalau beli semua 9-12 months je yang muat

17. Practically eat anything yang boleh dia grab termasuk muka ummi and abah
aritu aku ada ambik video dia tengah syok tengok TV sekali dia jilat perut abah yang berlenggeng tu
adui nak pecah perut aku gelak..
















Rasanya itu je so far...
Makin aktif dan banyak akal rasa macam bermimpi je bila dulu masih dalam perut
sekarang dah lepas setengah tahun bersama
everyday is a new day for us
Syukur sangat ya Allah kerana kurniakan anak yang baik macam Hamza pada kami
Semoga dipanjangkan umur dan dipinjamkan lama kepadaku




Husband selalu cakap Hamza amused tengok aku
pasal dia ingat aku ni Billy bam bam
wah wah ini perli ke apa suruh aku kuruskan badan? hahaha
Tapi tak jadi marahla bila dia kata yang pink tu aku anak warna biru dia tu Hamza
Redha jela kata kami ni bambam macam dia tak bambam juga..haha

Billy Bam Bam






source


12 comments:

LisaLisut said...

pet,whats ur twitter and IG acct? meh i folo meh haha.

cantik aa deco dalam playpen hamza hehe

eh hannah pn ske mengeluh sebut haihhhhh

hannah mkn pagi,tghari petang. tp ni rutin ms dgn opah. dkt nursery i bg utk pagi n tghari je huhu

Umie Aisya said...

Aah nk folo gak ig n twitter.hamza sgt comel ok.cpt dh dia nk merangkak.safiyya x buat lg sbb i ltk dia dlm walker.huhu.n safiyya mkn sweet potato anginnnn!gahhh

Sicness Surfacing said...

lisa:
My twitter: pet9
IG takdela...ngeheehehehe
aku pakai blackberry je lisa ketinggalan ketapi ni..haha
agaknya baby sebut haih memang dia
tengah nak express emotion dia time tu kan?
so now dia makan twice a day yeh? i pun baru start bagi twice a day ni hopefully ok lah..

umie aisya:
mai mai follow twitter cabuk ku ini
tapi IG takde ye..hihi
dia gaya je macam nak merangkak tapi belum ke depan lagi.hahah..
takpe safiyya tak dpt sweet potato boleh makan yang lain pulak..ummi hamza ni balik2 itu jugak macam takde idea nak buat lain2..hahaha

Fara Atiqah said...

hamza..anda sangat adorable. aunty cop buat menantu bole? hihi..

aku sampai sekarang belum ada kesempatan nk peluk ngn dokong hamza ni.

btw babe, u are so lucky dia x bangun utk feed in between time tdo. anak aku da besar ni still bangun lagi..

waaa...

BAIZURA NATASHA said...

Pet...buat la insta.pls pls.bru bole follow hamza hr2...

Haa.soalan x brapa cerdik dr i.Babytv tu tgk ktne?slalu dgr org bg ank tgk babytv..tp i xto ktne.utube eh?

Sicness Surfacing said...

fara:
hihi boleh boleh ni untuk echa ke untuk adik echa?hihi..
InsyaAllah ahad ni kita jumpa ye babe..aku pun dah lama tak jumpa echa ni..I guess i'm lucky sebab dia boleh tidur lena dah cuma dia kuat ngigau sikit..tiba2 kang bunyi macam nak nangis..pastu kang "haihh"...rupanya ngigau..hahaha..tapi pukul 6 pagi semerbak bau bilik sebab dia mesti berak..hahaha


bai:
haha i nak sangat buat IG tapi takde priority nak beli hp baru...so pasrah je la pakai bb..ngeee

Babytv tu kat astro channel 618..
kalau u takde boleh suscribe tak silap dulu harga dia rm8 kot..I tak sure pasal i dapat free husband kerja astro..hehehehe..
tapi baby memang suka la pasal katun dia comel2 and very colorful..u nak tengok kat youtube pun ada jugak

Asz Miza said...

Ya allah comel sgt hamza ni..pandai da pegang barang sume..i try bg ammar pegang barang tapi dia genggam tangan kuat2 sampai nk bukak kan pun tak boleh..adoi la anak i tu..bila la ammar boleh tegap cam hamza ni..mesti best je..one more ammar pun suka mengeluh..hahaha..

cha said...

haha gelak i tengok video ni. kemain suka eh u hamza anak angkat mommy ni dengar mama u panggil nama alolo meh nak cium sikit

Sicness Surfacing said...

asz:
thank u kembang kempis hidung hamza kata dia comel..hahaha. rasanya baby ni memang peel lebih kurang je kan suka mengeluh ni ..haha..its ok miza ammar tanak main toys tapi gigi dah tumbuh ok..cepat gila..haha

cha:
wah bestnya hamza dapat mak angkat baru yang cun gitu

LisaLisut said...

billy bam2 tu mcm i penah tgk dlm tv alhijrah on saturday rasanya. tp tajuk dia ape tah.hehe. i x subscribe babytv. kedekuts. yg peliknye hannah xtgk kartun sgt -_- dia hanya tgk iklan dan upin ipin n recently i discover dia tgk boboiboy lol

ohh nvmind la xde ig pn.hehe. twitter pn boleyy:D

Cik Hazz said...

geram hokay tgk hamza gebu sgt! ;)

Sicness Surfacing said...

heheh gebu biasa2 je cik hazz