Tuesday, April 16, 2013

Sing You To Sleep

Gaya pemikir

















I love watching my baby sleep
There's something so peaceful about it
muka baby time tidur memang innocent, calm
dahla dengan  tidur yang macam-macam style
boleh buat aku tergelak sorang tengok

gaya berdoa

















masa 1-3 months
hamza just like baby lain
susah tidur siang..tapi malam dia ok je
cuma dia bangun setiap 2 jam lah
sebab baby masa ni perut dia kecik so cepat lapar
tu pasal asyik bangun je nak mengempeng
kalau siang ni nak tidurkan punya susah mendodoi bagai
tapi tidur dia adala 5 minit je
kalau pegang tidur mesti lama boleh jadi sampai 2 jam
jangan kata nak makan, nak kencing pun tak boleh
pasal kalau letak mesti menangis sekuat hati

gaya berpidato

















masa 3-6 months
tidur siang masih peel sama
tapi makin kejap tidurnya and makin kurang
kalau tidurkan kena peluk dalam 30 minit at least sampai dia deep sleep
baru boleh letak dalam cot
kalau tak dia buka mata sengih segar bugar
tapi malam hamza tidur seawal pukul 8pm atau selewat pukul 12am
and bangun around 2 and 4am to feed

kalau terbangun tidur siang mesti menangis macam kena dera
menangis dengan kuat dengan pakej air mata berjuraian
kalau nak tidurkan kena breastfeed- wajib.
kalau tak bagi nenen tak boleh tidur berperang sambil mengamuk2
taktaula macam mana babysitter tidurkan waktu siang

sambil tidur nak pegang cot pulak

















7 months
makin lama makin senang tidur
tidur malam seawal pukul 8pm atau selewat pukul 11pm
bangun pukul 12 minum susu 6oz
terus lena sampai pagi
akan bangun pukul 5 atau 6am
boleh tertidur dengan sendiri tanpa perlu dodoi atau breastfeed
tapi ummi saja nak bg DF jugak tapi memang tak sampai 5 minit dia dah tertidur
recently dia tidur siang lama
especially lepas makan...

last sunday and yesterday hamza tidur 2 hours siang
aku pulak risau dia macam terlebih tidur
mungkin dia penat bermain pastu perut kenyang gila
maka tidur pun sedap je
malam sekarang aku tutup lampu sepenuhnya
before this pakai table lamp sebab senang nak tengok kan hamza
last 2 nights aku terkejut pasal bukak lampu tengok kepala dia dah kat belah kaki
pastu tidur meniarap!
nasib dia bijak letak tangan bawah muka
hamza tak pernah tidur meniarap selama 7 bulan ni
itu yg aku terperanjat sangat rasa nak gugur jantung

tertidur tunggu ummi mandi

tertidur tunggu ummi tukar cadar
































last night hamza terjaga masa aku nak letak dia dalam cot around pukul 11.30pm
aku pun angkat and nak bf dia supaya dia senang tidur balik
dia minum main-main pastu dia angkat badan sendiri macam nak duduk
aku try lagi DF sama jugak dia main2 je sambil renung muka aku
aku cakap
"oklah, ummi letak hamza dalam cot ye..hamza tidur sendiri ye"
aku pun baring atas katil menghadap dia..dia pun pusing menghadap aku
terkebil-kebil sambil tersengih-sengih
pusing kiri kanan
pusing pandang aku lagi sambil main jari jemari macam mengira
gosok-gosok mata
main-main jari..
mata tertutup and tidur.

aku yang terkebil-kebil tengok dia tertidur sendiri
teary-eyed
anak ummi dah besar
dah tidur sendiri

















aku pun taktau kenapa aku sentimental pulak
I should be grateful and lucky cause I have the whole night for myself to rest
and I don't have to struggle to bf him to sleep anymore
haih
anak baru membesar sikit dah hiba cenggini
cemana pula mak aku yang anak dia semua dah besar dah kawin dah ada keluarga sendiri
I guess in every mother's eyes, their children will always be their baby
no matter what age

nanti 8 bulan and seterusnya tak tau macam mana pattern tidur dia pulak kan
whatever it is,
his favourite sleeping position time siang still tidur di atas ummi atau abah dia
just like masa newborn dulu :)



7 comments:

LisaLisut said...

gerammmmmm tgk hamzaaaaaa tidooo :)

LisaLisut said...

pattern tdo siang hannah i tau. tp malam serah kt husben i. tp papa dia kejam. by 8 or 9 dh suruh msk tdo.haha.kdg2 i rs hannah xready nk tdo pn(wpn dia ngntuk n gosok mata tp cm nk main lg). tp husben i gigih nk dodoi kasi dia tdo so let it be. mcm mlm td i letih gilaaaaaaaaaa n husben i tdo kan dia cpt2 so we can relax cpt. tp lps tu i yg bisik tye "u paksa hannah tdo eh? kesian dia kene paksa tdo" hahahahha
tp hannah elok je tdo so ia la kot dia ngntuk hahaha
haih jd mak ni, anak main lama xtdo risau, anak tdo lama xbgn risau kakakaka

Salma Tayo said...

i kalau anak tidur diam sangat mesti i poke sikit bagi dia bergerak.heheh.muka anak waktu tidur memang sangat innocent.

Asz Miza said...

hamza tido comel sangat..ammar pn kna tdo sambil nenen..ada few days back dia tido tak bangun langsung to df,,i plak yg bangun terkebil2 tgk dia sedap tdo..risau anak dahaga..haha..hamza good boy sangat..

Sicness Surfacing said...

lisa:
bagus husband u tu lisa dia dah set timing tidur anak so nanti jadi rutin tak payah susah nak tidurkan. baby biasa la dah mengantuk gila tapi nak main je keja dia..ahahah...tapi tula jadi mak ni sentiasa ada sindrom kerisauan..hamza tidur lama 2 jam pun aku dah tak keruan siap pikir sebelum dia tidur tu ada ke kejadian dia terhantuk kepala ke apa ke time meniarap tu (fikir negatif je dulu kan).hhahah

salma:
sama la i pun poke pipi dia ..bila dia gerak legaaaa...ataupun letak tangan atas dada dia nak rasa nafas laju ke apa..hahahaha..ada sampai tahap i bukak romper nak tengok dia nernafas tu berlubang tak kat tengah dada paranoid sangat..

asz:
baby tidur memang best kan kita tengok..i sejak hamza dah tdur straight xnak minum ni kadang2 terbangun pukul 3pagi, tersengguk2 kat cot dia tengok dia lena ke atau dia gelisah nak minum..hahah...budak tu cool je tidur tak sedar diri, emak dia pulak over risau.hahaha

cha said...

macam-macam gaya tido haha comel je. tapi kan i ada satu perangai. bila budak tido i suka kacau sebab nak main rendu sume tapi bila dh jaga i malas plak nak jaga haha teruk tak perangai :p

i dah update kuah santan pulut mangga tau

Cik Hazz said...

haissh, dah taip punya pnjg hilang pulak. huhu.. mcm2 gaya kan diorg ni tidur. comel jer. tak tahu nak habaq perasaan bila tenung anak time dia tido & bila bgn pagi tengok anak kat sebelah. huhu.. i pun masih bf Hana to sleep. masih melatih dia utk tido sendiri. kdg ok, kdg meraung2 meleleh airmata. kesian tgk dia cuba lelap mata. hati maknya kena cekal. sobs..