Friday, April 19, 2013

Cookin' Up (Pt 4)


Spaghetti Meatballs




















Ahh another recipe to share
saja je kerana ilmu yang dipanjangkan itu jika diamalkan ke arah kebaikan
kita dapat pahala juga
InsyaAllah

Actually I used to despise spaghetti
pasal aku tak suka rasa masam tomato tu
contoh jenis kuah spaghetti aku tak suka macam kat secret recipe
sehinggalah a few years ago aku makan spaghetti meatballs kat Murni ss2
itu pun surfacing yang order
sekali aku pulak makan lebih-lebih
serius sedap bagi aku sebab takde rasa masam
rasa masin, masam, manis suma balance

then aku jumpa yang lagi sedap, iaitu kat Kunyah, Wangsa Walk (level TGV)
dahla meatballs dia sedap gila and besar
so aku pun mula cari recipe
then kawan aku raiha and jay buat spaghetti bawak masa lepak
and dorang buat pun sedap setanding dengan Murni
maka aku mintak recipe dan combine both recipe
wallaaa
dapat recipe ni

wah panjang mukadimah kan
aku rasa semua orang tau masak spaghetti
cuma aku ni suka makanan yang betul2 raso
aku tak suka yang tawar atau tak balance


so the recipe as below:

aku obses dgn herbs. tak sabar nak kumpul
jamie oliver punya collection nanti















BAHAN:

butter 1/2
minced beef 400gm (1 pack)
2 biji bawang holland diced
5 ulas bawang putih sliced
cendawan butang sliced
1 tin tomato puree
tomato (1-2 biji sliced) - takde pun takpa
*aku biasa suka letak whole slice tomato plum dalam tin
herbs - italian herbs or combination of basil, oregano, bay leaves, parsley
blackpepper (sikit je)
chilli flakes





















HOW TO:

1. Melt butter sampai bunyi

2. Masuk bawang sampai wangi
3. masuk daging sampai brown
4. Masuk cendawan

















5. Masuk tomato puree + 1 tin air pakai tin tomato puree
6. Masakkan 10min dan masukkan tomato kalau ada
7. Garam dan gula 
(aku letak 4tablespoon gula and 4Teaspoon garam) - 
*masuk la sikit2 sebab tastebud masing2 lain2...
kalau nak manis asli, masukkan lebih bawang holland

8. Masukkan herbs sesuka hati 
* herbs ni aku bantai semua yang aku ada termasuk thyme, rosemary
9. chilli flakes (aku letak 3 tsp sebab tak suka rasa flat) 
kalau ada paprika pun masuk je

















9. Renehkan sampai color jadi cantik and minyak butter naik berlinangan
(* aku suka sangat biar masak dalam sejam dengan api kecik)
kalau italian dorang masak kuah bolognese atau marinara ni sampai 4-5 jam!

10. Masukkan meatballs yang dah goreng (jangan garing) dalam kuah spaghetti
11. Bon appetite!

















MEATBALLS:
Aku tak kuasa nak buat meatballs sendiri
aku beli je jenis saudi atau ramly tapi yang ni kalau goreng dia kecik macam cekodok
tapi rasa sedap jugak
kalau nak yang rasa sedap sikit beli jenis Azmy atau premium meatballs yang mahal sikit dalam kotak

Tapi kalau extra rajin nak buat sendiri ni recipe
(reference- Jamie Oliver):

Minced beef 400gm
1/2 tsp serbuk jintan manis
1/2 tsp ketumbar
1/2 tsp cayenne
2 genggam breadcrumbs
sebiji telur
1tbsp oregano
1tbsp rosemary
garam
1tsp blackpepper

* Gaul semua bentukkan meatballs and goreng. buat bulat besar baru puas makan
kalau kecik sangat nanti bila goreng dia jadi cekodok kecut


SPAGHETTI:
Rebus spaghetti +olive oil+ basil+ garam sampai al-dente
Tos dan gaul dengan butter
*aku suka banyak butter sebab sedap dan wangi


















TIPS: (INDIVIDUAL PORTION)
Gaul kuah dan spaghetti atas api dalam periuk
letak parmesan/ mozarella cheese
* sedap sebab rasa dah bergaul sama


anyway just sharing how to chopped onion fast
senang gilaaa kenapa la aku tak tau awal-awal
kalau tak takde aku teresak-esak menangis kat dapur
sambil dengar lagu Children of Bodom
oh aku suka weelicious ni
macam2 tips masak and baby food dia bagi

8 comments:

cha said...

sodapnya you haha. macam husband i dia suka rasa spaghetti yg tak terlalu diolah. dia suka tradisional tp i tambah ikut selera dia la. stgh org kn suka letak cili api walau i ni hantu cili api tp dlm spaghetti i memang taknak letak huhu

meatball i suka beli yang ramli. sedappp

alah video nanti free i tgk :D

Hazz said...

oh, tip potong onion tu sgt berguna hokay! baru tahu. heheheh. thanks sharing. i pun tak suka spaghetti dolu2 sebab tak suka kuah tomato yg masam tuh. ;p

LisaLisut said...

Bagusla u ni pet. Ske masak ske google video. I bab video nk tgk ni i mls skit haha sbb xsabar nk tgu vid loading wpn tenet laju ke apa. Byk gle stok herbs u sebot tu pn i ra sa dh 8-7ringgit wpn kecik. Huhu. U rajin msk ok laa drpd i buat hiasan je black pper xabis2 hahaha

cha said...

haaa dh tgk video potong bawang haha senang je. ni kita tak habis kecik plak potong kan. ni dh siap dadu camtu je haha

Asz Miza said...

hahaha..nape i xpasan u buat entry ni...tq lela bg recipe...nak try ni nnt...last weekend ada buat spaghetti goreng tapi guna apa yg ado kat umah je..

pet09 said...

cha:
i mmg tak boleh terima spaghetti ada cili api..i pun orang minang mak masak stok pedas gila..tapi xdela smpi western pun nak pedas..hahaha..meatball ramli tu bestkan..sedap dan banyak dan murah..i pun selalu beli tu je..
itula now we know how to cut onion easily...kalau x dengan air mata lagi dengan srott srott lagi..hahaha

cik hazz:
so kuah tomato masam ni memang style zaman dulu eh? ahh thank God ada orang buat kuah yang lebih better dan sedap..kalau x sampai bila2 la i x suka spaghetti..hahaha

lisa:
i suka masak lisa tapi tak rajin and lembap..hahaha...masalah jugak tu kan..herbs ni i kumpul 1-1...sebulan beli 1..takdela terasa..tau2 dah banyak je..sbb bukan pakai selalu kan so xdela abis cepat... tp blackpepper mmg cepat abis sbb i masak burger pun suka letak banyak..hehehehe

miza:
nanti try la miza..mungkin sama je mcm u masak jugak.hahah..kalau goreng2 ni husband x suka spaghetti..dia suka macaroni atau laksa goreng..

Hazz said...

alamak sorry. i ni kalau menaip laju2 haaaa gitulah gamaknya. buat org kompius membaca jer. huhu. maksud i, dulu2 time i muda remaja, i tak berapa suka sgt makan spaghetti sbb rasa kuah yg masam tuh. now ok dah bolehlah telan. tp kalau masam sgt muak jugak. huhu..
btw, nama you Pet ke Lela? ke either one pun ok jer nak panggil? hehehe.. ;)

pet09 said...

haha takpe cik hazz...i rasa dulu i x suka pun sebab tak suka makan tomato..anyway u can call me pet or lela..mana2 yang berkenan di hati :)