Wednesday, December 04, 2013

Cookin' Up Pt 9 (Pan Seared Lamb Shoulder)

aku dah lama dilanda penyakit malas masak
hari-hari makan beli
rasanya sekali seminggu je aku masak sekarang
rasa macam penat wey nak masak after a long day at work
weekend pulak banyak keluar
selalunya kepala aku ligat nak masak benda senang je
so tiba-tiba teringin nak makan steak
easy peasy recipe copy dari internet je
Sides pulak pakai instant memang jimat masa
dalam 30 minute dah siap minus marinated time
so here goes the recipe:



PAN SEARED LAMB SHOULDER
Lamb shoulder (kat giant dalam RM13-18 sepeket ada 4 keping)

bahan to marinate:
5 Garlic crushed
2 tbsp olive oil
lemon juice (half)
thyme
rosemary
salt
blackpepper ground
2 tbsp mint sauce (aku beli bottle fountain mint sauce ada jual kat giant)

how to:
mix semua bahan ni dalam ziplock bag/ bekas
masukkan lamb shoulder goncang2 sampai semua diselaputi bahan di atas
simpan dalam chiller for at least 1 hour
selepas dah chill tu nak masak pulak
kalau ada griller ko grill lah
aku masak atas pan je letak olive oil sikit
siap!

Sides: (paling senang)
Instant betty crocker mashed potato (my fav flavor: butter and herbs)
(cairkan butter- boil with 1 and half cup water and  1 cup milk- letak italian seasoning
letak mashed potato pouch, gaul- tutup api-whip sampai lembut gila)

salad:
aku beli ready to eat salad je siap dah ada dressing
even tak payah basuh sebab dah triple wash katanya


seeee senang kan?
buat pulak air laici ke longan ke
perghhhh


Thursday, November 21, 2013

Mama Don't You Cry

Came across this post dekat timeline FB
Rules for fathers of sons
quickly share it with my surfacing
I can safely say surfacing already achieved number 26
haha
No lah hunney,
You are doing perfectly fine
I could not ask for more
Tiap-tiap malam dulu kerja saya tukar diaper, pyjama and feed hamza before tidur
tapi sekarang awak yang buat
haaa nampak tak permainan itu
ngeeee

Then aku saja blogwalk dekat penulis article ni
Diapers & Daisies
The moment I read the current entry, I'm hooked.
scrolling for more and more entry
She's a mother of 3  with another one on the way
She shares tips, experience, insecurity and paranoia of being a mother
Best sangat
until I read this post
"The mommy ward mindset of different"
Simply made me cry
The never ending dilemma between SAHM and working mom


She may not choose this life. It may be necessary for her family.
Or maybe it is a choice, but that doesn't mean that it makes it any easier"
-Diapers & daisies


Oh how I wish I don't have to go to work everyday
Oh how I wish I can spend more quality time with Hamza
Oh how I wish I can cook variety food for my son and my husband
Oh how I wish I don't have to leave my son with a complete stranger at the daycare

Everytime aku fikir pasal hamza masuk taska ni rasa nak mengalir air mata aku
dahla 2-3 hari ni manja kemain
BS dia kata asyikla nangis tak boleh tinggal langsung
macam tau-tau je
Next week monday first day dia akan test duduk kat taska
selasa-rabu masih dengan babysitter
Khamis onwards start dengan taska
Aku siap ambik cuti monday to check on him every 3 hours to make sure everything okay
Semoga semuanya dipermudahkan olehNya
Semoga Hamza happy di tempat baru dengan kawan-kawan
Semoga babysitter di taska melayan Hamza dengan baik





















Don't worry Ummi,
Hamza belajar MMA ni
Tiap-tiap malam layan UFC sama abah
Kalau dorang katok Hamza, Hamza mengadu kat Allah suruh katok dorang balik tau ummi

Friday, November 15, 2013

Random


























so true!!
aku gelak gila tengok ni
ramai pulak dok share kat IG
This week memang busy
ada 5 reports, ganti bos masuk meeting
ada 2 event upcoming
this week I wish I have more time
tapi tetap nak balik pukul 5 tepat takmo keja lebih
haha
tapi dalam busy ni khatam gak stalk blog orang 

aku nak update pasal hamza 12-14 months
tapi nanti lah sebab aku ni suka cerita panjang2 with pictures
so jadinya tak siap2 entry tu

aku tak sabar nak tunggu bulan 12
sebab nak settlekan event besar pastu boleh amik cuti seminggu wahh
cuti aku ada 7 hari lagi ni
cuti kat sini banyak wey...aku setahun dapat 28 cuti ke apa ntah

aku suka tengok blogilates ni
Thanks tina bila u share ni rasa macam ada harapan nak kurus balik
tapi ntah bila aku nak start buat ni
neverending house chores 
but it give me a glimpse of hope yang aku boleh kurus walaupun tak pergi gym
Oh how I miss my Lynyrd Skynyrd and Black Sabbath T-shirt
Bila gemuk ni buat aku tak suka amik gambar
explaining why my IG penuh gambar Hamza je

aku jumpa Honest Trailer  by screen junkies kat youtube
serius lawak gila weyyy
dia review filem2 dengan cara paling honest sekali
please, watch it
it will make your day
kena ceramah 3 jam sama bos sampai jadi tepu
bila tengok honest trailer ni terus riang gembira alam ria cuti sekolah
ni salah satu favourite aku


spot on!

Came across this PSA dekat facebook
I really really like it
Heartbreaking
but successfully send a powerful message to parents out there
including me


Never ever take our children for granted
never ever leave our children out of sight
yang aku observe biasa kalau anak sorang kita masih alert
tapi bila dah ramai, kita akan mudah cuai
opportunist akan ada di mana-mana
bila letak anak dalam stroller masa shopping always make sure stroller kita pegang
never let it go
make sure buckle up anak kat stroller
kalau tak, senang je dia nak angkut anak kita sekelip mata je boleh hilang
kalau keluar berdua je dengan baby kena sentiasa pandang kiri kanan
tapi kalau nak jadi, akan jadi jugak kan
semoga anak kita semua sentiasa dilindungiNya

eh dah nak pukul 5.00
Hello Weekend :)

Monday, November 11, 2013

Thursday, November 07, 2013

It's a Mom Thing


























aku terbaca kawan aku share kat FB yang aku rasa macam
ehhhh betul sangat ni.

so just for fun mommies and you will find this article make sense


24 CLEAR SIGNS YOU'RE A MOM

Co-authored by Mark Simmons, co-founder WeMothers llc
We asked the moms of www.wemothers.com what it means to be a mom. Here is what they told us. You know you are a mom when:
1. Instead of running from projectile vomit, you run towards it.
    (running with wet cloth dan febreeze okayyy)
2. You do more in seven minutes than most people do all day.
(talking about sterile bottle while masak while buat susu while basuh pinggan)

3. Happy hour has become the 60 minutes between your kids going to bed and you going to bed. 
(bila hamza tidur aku pun yeay layan internet tp kena pulak pegi lipat kain)

4. A night of drinking requires more recovery time than minor surgery.
5. A glass of wine counts as a serving of fruit.
(for me, lebihan buah yang potong untuk hamza counts as serving of fruit)

6. You have mini-therapy sessions all day long with anyone who will listen.
(helloo whatsapp girlfriends yeay theraphy all day available 24-7 hehe)

7. Going to the grocery store by yourself is a vacation.
(sometimes aku rasa driving time jam pun boleh jadi "me time")

8. You can experience heaven and hell at the same time.
(tidur peluk hamza tiba2 dia pusing and hantuk kepala kat muka aku and aku menjerit sakit gilaaa..or for u breastfeeding mothers sambil seronok bf sambil ketakutan kena gigit haha)

9. You think of physical pain on three levels: pain, excruciating pain and stepping on a Lego.
(that stupid blocks...and mini cars and botol vicks cemana kau ada kat bawah ni?)













10. You have the ability to hear a sneeze through closed doors in the middle of the night, two bedrooms away, while your SO snores next to you(especially bila dia selsema hidung block..we, mothers have sixth sense)

11. You'd rather have a 103 degree fever than watch one of your kids suffer with it.
(freaking true!)
12. You'd rather go to sleep than have sex.
13. A 15-minute shower with the door locked feels like a day at the spa.
(my usual shower 8 min je...lebih 8 minit means aku tengah basuh bilik air)
14. Peeing with an audience is part of the daily routine.(done that)
15. You use baby wipes to clean up random spills and the dash of your car.
(one in handbag, one in the car with hand sanitizer)
16. You lock yourself in the bathroom and pretend to have diarrhea just to get a break.
17. You love Moms' Night Out and Date Night with the Hubs.
18. You have a secret chocolate stash because frankly, you're sick of sharing.
19. You've been washing the same load of laundry for three days because you forgot to dry it.
(sejak jadi mak ni memang pelupa je keja. happened to me all the time)

20. You realize you've been watching Nick Jr. alone, even though your kids have been in bed for over 30 minutes.
(in my case - babytv. I even subconsciously humming babytv song out loud sampai surfacing tegur - yang ko nyanyi lagu hamza ni napa?)

21. You can cook dinner, breastfeed, talk on the phone and yell at the kids, all without breaking stride or missing any of the TV show you are watching.
(record je pakai decoder)
selingan lunch bila mood rajin














22. You get more excited about the Mini Boden Catalogue than J Crew's.(I get excited at H&M kids section, kedai buah MBG , toys r us and any outlet with kids section)
23. You decide to stick with your car for the next decade because a) you can't afford to switch and b) you haven't found a car wash that knows how to get all the milk stains and glitter removed.
24. By the end of the day, brushing your teeth feels like a huge accomplishment.













For me, one more sign you're a mom is you will try to talk about your child in any conversation and even though it's totally unrelated you will find a way to make it somehow connected to mention their name at least once.
The very obvious sign I AM A MOM when I dedicate all my love song for my husband to my Hamza. contohnya lagu "I dont want to miss a thing by aerosmith" "sempurna by adra and the backbone" and "can't take my eyes off of you by frankie valli"
sorry honey, semua tu dah jadi lagu untuk Hamza.
tapi lagu "wonderful tonight" still yours.
haha.

MY INTERMONOLOGUE:Aerosmith - I don't Want To Miss A Thing

Friday, November 01, 2013

Guardian


Ahad lepas beli groceries kat Jusco
super crowded parking penuh rupanya baru teringat ada AEON Sale
so masa tengah beratur bayar tu dapat sms dari babysitter Hamza

"Salam Lela. Nak bagitau sesuatu ..sebelum tu nak minta maaf banyak..
sebenarnya tak sampai hati tapi kena cakap jugak...kami dah sepakat nak pindah
balik kampung disember ni ..jadi tak dapatlah nak jaga hamza nanti"

aku baca je terus tunjuk zul
dua-dua diam..speechless
lagipun tengah kat kaunter bayar kan
dalam kereta aku dah macam 
"alamak..sapa nak jaga hamza nanti niii"
sambil berbalas2 mesej sama bs hamza
but sms aku takdelah mcm menunjukkan kekecewaan
aku cakap its ok, terima kasih jaga hamza selama ni
susah nak dapat pengasuh macam dia dah..
it's time for her to move on, berhijrah
good for her

but honestly...aku rasa aku susah nak dapat pengasuh macam lidya dah
dia dahla jaga anak aku sorang je
tak berkira masa, tak banyak kisah dengan cerewet dan perangai skema aku ni
bayangkanlah aku bagi 3 muka do's and dont's masa first hantar hamza
tak pernah memandai2 nak bagi anak aku makan apa2
hamza pun seronok je dengan dia pasal ada anak2 dia rajin melayan

Then it hit me...
I have to send hamza to nursery!
memang aku ada plan nak hantar hamza pi taska umur 2 tahun nanti
but this is too early
at least dia dah boleh jalan baru aku confident sikit
dia dahla kalau ramai2 orang dia akan nangis pasal tak biasa
cemana kalau dia nangis setiap kali hantar?
ada budak lain tak buli dia nanti?
makan minum on time tak nanti?
pampers tukar selalu tak? 
adoi nak kena beli sticker untuk baju and barang2 dia pulak
which is aku dah survey nak beli kat sini
thanks bai for sharing tak sabar pulak nak iron on kat baju dia semua

maka malam tu mengadulah aku pada mommy2 whatsapp
thank you ladies for listening and bagi cadangan
esok tu aku terus google call sana sini

so aku ada a few options:
1. Taska cahayamata kat office aku
- 30 kids 10 teachers / RM 260.00
- 5 orang budak baya hamza
so far kuota dah penuh tapi aku hantar je borang permohonan kot dapat
pro: 
senang jenguk anak
cons: 
aku ni bukan kerja dok opis je so kalau meeting or event kat luar cemana?
Hamza kena bangun awal gila pastu aku ni dahla bawak kereta laju cilok sana sini
macam menakutkan pulak pikir nak bawak hamza 1 jam pergi and 1 jam balik

2. Taska Mama Anis Taman sri gombak
- 9 kids 2 babysitter and 1 more nak tambah end of this month
- dekat area bs hamza sekarang
Pro:
aku dah buat lawatan tapak so far aku puas hati sebab owner taska
adalah owner tadika i-kids
Taska berdaftar JKM, Bomba, persatuan taska selangor, KKM
 6.30am - 7.00pm / RM 350.00
kebersihan ok rumah endlot semua ada gate dan berkunci
aku boleh park playpen hamza kat bilik atas so tak kongsi dengan baby lain
bilik tu ada aircond and khas untuk baby je
My 1st choice so far
Cons:
Kena make sure dia ada tambah sorang pekerja tu kalau tak 2 orang
nak jaga 9 budak mana boleh

3. Taska Ibu Ana
- Taska paling besar di Taman Sri Gombak siap ada cawangan
- ada website
- Kalau baca macam impressive la berdaftar semua siap ada CCTV
- aku dah call pengetua nak jumpa and lawat taska sabtu ni
Pro:
Nampak gaya memang pro taska ni siap buat kursus untuk pengusaha taska
Cons:
Pengetua dia kata dah penuh setakat ni tapi boleh bincang this saturday

What about babysitter?
aku jumpa sorang je tapi dia ni jaga 5 orang...
rumah dia pulak kat kawasan paling sibuk kat taman sri gombak ni
rumah tepi jalan opposite shoplot jadi aku rasa macam tak sesuai

aku ada call a few places macam montessori tapi tu macam kelas 3 jam je
ada Little Caliph pulak untuk umur 4-6 tahun 
aku serius jeles dengan ada satu taska cina ni
dahla rumah banglo sebesar-besarnya
ada playground, ada kelas dari baby lagi siap ada van khas 
patutla taska cina ni mahal kan sampai mencecah seribu sebulan

Apa-apa pun aku harap dapat taska yang elok untuk Hamza
aku risau sangat tapi aku cuba fikir baik-baik je
berfikiran positif and berdoa semoga Allah lindung anak aku
time macam ni la rasa nak berhenti kerja je
But not just yet, I am so sorry hamza
ummi gotta work for us,  for nenek
zaman sekarang tak macam dulu
kuih pun 60 sen
kita kena beli rumah dulu
rumah pulak dah jadi juta-juta
takpalah kita bersusah-susah dahulu ye hamza
InsyaAllah bila tiba masa, awak akan ada ummi 24 jam kat rumah nanti
kita tengok disney kids sama-sama 
sambil layan croissant atau nasi lemak sotong special yang ummi buat sendiri 
pasal dok rumah kena la masak ye tak
ngeeee

Friday, October 25, 2013

Dear Zachary

Tiba-tiba aku teringat dokumentari
Dear Zachary: A Letter to a son about his father
cerita ni aku tengok way back before kahwin
Tentang this guy, Andrew Bagby kena bunuh dengan girlfriend dia yang saiko
and then makbapak andrew dapat tau girlfriend dia tu pregnant
so they have to be nice to the lunatic to make sure the baby is fine
docu ni kawan andrew buat supaya dapat bagi anak dia tengok nanti as a memory la
Masa aku tengok tu time lunch panjang kat office macam arini
macam-macam perasaan aku
marah-sedih-kesian
nangis
nangis lagi

Bila dah ada anak ni aku cuba tengok lagi sekali
aku nangis lagi
tak mampu aku tengok
emotionally exhausting
kalau hati tak kuat jangan tengok

kalau rasa nak tau boleh tengok
But trust me, you will cry.

























DEAR ZACHARY

Friday, October 18, 2013

Cookin' Up Pt 7 (Fried Chicken)

It's sunday noooooooo
so nak masak apa lunch, dinner?
aku biasanya weekdays memang tak masak
kalau masak tu maknanya aku balik awal atau aku taktau nak beli apa dah
Weekend tengok keadaan kadang beli gak
My bad

so nak share fried chicken recipe yang easy peasy
sebenarnya kalau nak senang dan cepat kau salut jelah dengan tepung kfc adabi
atau yang sewaktu dengannya
tapi aku jarang pakai sebab aku rasa tepung tu salty in a bad way
wahhh gitu
no offense ye
aku pakai jugak kalau nak cepat tapi memang rasa msg terlebihlah

so here's my version
of course recipe from Foodwishes.com
mana lagi reference aku kan

omputih ni aku tengok kalau buat fried chicken mesti rendam dalam BUTTERMILK
aku pernah buat dulu and memang ada beza
fried chicken guna buttermilk ni crunchy tapi veryyy juicy ayam dia

tapi takpa aku kongsi simple KFC FRIED CHICKEN dulu

Bahan:
Flour
Basil
Oregano
Cayenne
Sage
Marjoram
White pepper
Onion salt
Paprika
Garlic Ground
Salt

Flour+ add all spices and mix elok
make sure jumlah spices tu semua lebih kurang sama

in a different bowl pecah telur+ milk sikit= mix nicely

panaskan minyak banyak supaya ayam masak rata
jangan kedekut minyak kalau nak buat fried chicken ye
kalau ada magic pan mesti lagi best (sobbsss bila nak beli ni)

dunk ayam dalam eggmix - coat dalam flourmix
masuk balik dalam eggmix
and once more dalam flourmix
terus fry
siap!


haa senang kan?
sebenarnya kalau takde spices tu jangan risau
time tuhla tepung kfc come in handy pastu just season here and there jelah
macam aku takde sage and marjoram tu so aku ganti dengan cajun spices

kalau nak ala-ala kfc sila lah buat mashed potato dan coleslaw
tapi aku biasa buat sides - Instant mashed potato, salad and bun
oh jangan lupa sos cili thai..perghhh
ayam tu ada betul ke rasa KFC?
memang jauh panggang dari api la
tapi masih sedap ala-ala ayam popeye gitu
Yang penting memang crunchy ok skin dia
kalau rasa KFC aku dah bukak restoran
sekian terima kasih.

Thursday, October 10, 2013

Throwback - Hamza admitted Ampang Puteri


Nak cerita pasal kes hamza admitted hospital for the second time
masa umur dia baru masuk 10 months
masa tu dia baru lepas ambik vaksin pneumococcal dose 2
masa tu hamza sihat macam biasa takde langsung tanda-tanda nak demam

sabtu - 6 Julai 2013 
balik tu badan hamza dedar macam demam sikit
tapi suhu cuma 38.0c je
nothing serious

Ahad- 7 julai 2013
aku kerja pagi tu kat rumah titian kaseh
balik tu hamza masih demam on off tapi suhu terkawal 37.5- 38.0c
isnin sepatutnya aku kena pergi kuala pilah outstation
tapi hati aku tak sedap je rasa sebab dia macam tak sihat

isnin  - 8 julai 2013 (pukul 5.00 pagi)
aku bangun sebab nak bersiap nak pegi kuala pilah
tapi tak jadi bila rasa badan hamza panas gila!
check suhu..Allah..
39.8c
terus jerlom dia and bawa pegi hospital selayang
kat situ doc bagi ubat bontot and ambik darah
suhu masa tu 40c
doc cakap darah ada infection sikit
dia bagi ubat demam je and suruh monitor suhu kat rumah

balik je rumah hamza mula taknak minum susu
muka dia lemah je
ubat tu patutnya boleh tahan 6 jam
tapi pukul 12 badan dia dah panas balik
again - 39.8c
terus call surfacing suruh dia balik
kitorang bawak terus pergi ampang puteri
confident hamza akan warded sebab suhu tinggi
and confident sebab insurans company surfacing masih boleh pakai


sampai je ER check suhu dah 40.1c
attendant terus bagi ubat bontot and pasang IV
honestly
I never been so scared my whole life
hamza tak pernah demam sampai suhu macam ni
muka dia pucat, takde senyum
akhirnya warded



Muka hamza lebam kan?
aku ingatkan cuma maksimum pun 3 hari jelah sebab demam
rupanya 5 hari kami kat situ
dahla kalini hamza pakai IV drip
memang kesian sangat nak bergerak susah
dia tak nak minum susu sangat
apatah lagi makan
aku terus sms bos dengan ayat

"anak saya masuk hospital demam panas di ampang puteri.
saya mohon  cuti ihsan untuk jaga anak sehingga dia keluar hospital. maaf dan terima kasih"

some people memang takkan faham bila kita sebagai mak ni kena ambik cuti everytime anak sakit
aku memang kalau bab anak sakit terus ambik cuti
don't really care what u think
family first

The first 3 days suhu hamza memang tinggi
sentiasa between 38.6 to 39.9
doctor bagi antibiotic
sampailah hari ketiga doctor wong cakap dia akan bagi different antibiotic
lagi kuat dia kata
aku seriously tak kisah
 just go with it
asalkan anak aku sembuh





Rabu - 10 Julai 2013

Hari Ketiga di hospital juga kita menyambut Ramadan untuk tahun 2013
sedih gak wey berbuka first kat hospital
My surfacing memang sangat tabah ulang alik hospital
beli makanan untuk berbuka
aku lepak kat wad je

time ni jugak first time jumpa Baizura Natasha
cewah
Time tu kenal kat blog, whatsapp je
thank u bai datang lawat and bagi kurma buat bekal sahur
walaupun nak masak rendang ayam untuk berbuka
tapi sempat datang haha

Khamis -  11 Julai 2013

Suhu hamza turun mendadak
no more demam
tapi ada masalah baru pulak- CIRIT
setiap kali aku tukar pampers dia mesti ada cirit
sudahnya setiap sejam aku tukar pampers
mungkin kesan antibitiotic
IV dah tak pakai
mula aktif yang amat dok memanjat sana sini




Time tu jugak timbul masalah lain
tiba-tiba naik ruam satu badan dia
panik dah aku ingat campak
tapi nurse kata ni mungkin "ROSEOLA" atau dorang pakai 3 days fever
Bila aku google memang sama sangat simptom dia
First 3 days demam suhu tinggi-
pastu suhu turun badan naik ruam
tapi ruam tu kejap je 
macam hamza lepas 6 hours ruam tu surut

Jumaat - 12 Julai 2013
Doctor Wong kata dah boleh balik tapi petanglah
sebab nak habiskan last dose antibiotic dia
aku dah planning nak masak macam2 untuk berbuka
rindu weyyy makan masak sendiri tapi
sebab pakai insurans..
makanya 2 jam pun tak siap lagi tunggu clearance
akhirnya buka hospital jugak
dekat pukul 9 malam baru dapat discharge
Redha jelah sebab bukan bayar sendiri kan
bila tengok bil memang tak mampu nak bayar sendiri pun 
lucky us sebab surfacing hujung bulan tu resign dah..haha


bilik single ampang puteri

So cemana Ampang Puteri?
Sebab aku pernah duduk pantai before this aku rasa servis Pantai lagi better
nurses dia more friendly
makanan pun tak boleh pilih macam Pantai
nak steril botol kena kasi nurse pulak
macam pantai dulu dia bagi bekas steril letak dalam bilik aku sorang je pakai

tapi dapat duduk bilik single
masa first masuk tu dapat bilik double sebab tak cukup bilik
trauma aku dengar budak2 menangis dengan bapak budak tu batuk macam kena tibi je
pukul 2 pagi aku mintak tukar bilik and nasib baik ada
pheww

Pasal bil duduk 5 hari untuk bilik single biasa + ambik darah+ test denggi and H1N1+ antibiotic
lebih kurang 4k++
marilah kita sama-sama ambil insurans untuk orang yang tersayang ye
iklan pulak tak pasal

anyway masa hamza demam ni dia ada 2 development
1) tumbuh gigi atas bawah
2) dia jadi BEAR macam gambar kat bawah ni dan hempas badan atas katil

ngeeee





Selepas keluar hospital Alhamdulillah Hamza ok dah
takde demam or selsema until recently lepas inject MMR je dia selsema sikit
 like I said, lepas demam dia tiba2 tak boleh makan telur
sampai delay inject MMR 2 minggu
now dah boleh makan
tapi selera makan dia dah tak macam dulu
kejap ada selera kejap food strike
macam sebelum demam ni dia boleh makan semangkuk penuh dengan lajunya
I guess it's part and parcel of growing up

Ummi berdoa sangat semoga hamza sihat tak masuk wad dah
ada jugak yang macam buat ayat kat aku
macam aku ni tak pandai jaga hamza lah masuk hospital sampai 2 kali dalam setahun
ada jugak buat ayat macam riak anak dia tak pernah pun masuk hospital
takpelah rezeki masing-masing kan
cuma jangan cakap takbur sangat ok
aku terima ni sebagai ujian dari Allah SWT
Ini bahagian kami
bahagian kamu tak tahu lagi
semoga semuanya baik-baik saja.

Friday, October 04, 2013

Sad But True


























Surfacing tunjuk aku status kat facebook dia
bila baca je terus rasa darah naik ke muka
sedih dengan perangai budak2 tu satu
tapi aku lagi sedih dengan perangai orang yang up status tu
cara dia tegur tu
bahasa yang dia guna
aku rasa sangat kesat dan x sesuai
pastu beratus komen kutuk budak bawah umur tu
bukan nak mendoakan depa berubah

aku suka komen azman kahar tu
and a few others
bagi aku very rude la bila kau nak libatkan mak bapak budak tu
really like the statement "iman tidak diwarisi"
















Jadi aku pun terpanggil nak bagi komen jugak
sebelum ni ada je status panas dia up
contohnya pasal ibu bekerja tu
tapi tak pernah rasa nak komen sebab bagi aku
"takpelah...tu life kau...life aku lain"

but bila dia babitkan mak bapak atas kesalahan anak-anak tu aku rasa tak wajarlah
kau tau ke background mak bapak dorang yang kau nak cakap macam tu?
unless parents depa ni kaki pukul ke hisap dadah ke
bolehla aku terima
what if parents dorang orang baik2 yang membesarkan anak dengan baik
yang tak tahu menahu pasal facebook?






tak tau lah orang lain
tapi everytime aku baca status dia
aku rasa macam cara penyampaian  dia tu tak berapa berkesan
rasa macam eh kau ni nak up diri je kerja kan
mungkin dia kena guna ayat lebih elok kot
ada je penceramah lain bila aku baca terus rasa sentap di hati dan rasa nak sangat berubah
tapi kalau dia...hmmm
whatever lah


Friday, September 20, 2013

Photograph

Pagi Hari Malaysia 16 September 2013
kami dah gerak ke cyberjaya semangat nak buat family photoshoot
This photoshoot is a gift from a dear friend, cik hazz untuk Hamza
Thanks Hazz :)

Boleh buat indoor or outdoor and since buat indoor pakai studio dia free
so we opted for indoor
outdoor ni susah nak kawal sikit kot terpanas lebih ke apa
kami ni badan gadang kuat berpeluh hahaha
appointment at 11.30am 
Photographer - IpStudio
dari owner ke photog semua arab

kami blur tak tau nak pakai apa
mula2 nak pakai all black tshirt tapi susah cari tshirt all black untuk hamza
last2 malas fikir kami pakai Metallica je
half an hour before we left aku cakap kita bawak je jubah hitam and baju melayu
Thank god we did that
gambar pakai all black lagi naikla

We requested black and white photoshoot
The photographer was Milad Khodkameh
very nice, professional and he knows what to do
hamza biasalah kan kalau tengok strangers mula buat pelik
tapi milad pandai panggil dia pandang kamera
sekejap je 30 minit siap dah (50 shots)
and when I look at the photos from the viewfinder ...I fell in love
serius cantiklah
berbaloi sangat
He emailed me all the photos
now we have to choose 4 photos for 4r print and 1 for 5r
serius tak tau mana wey
semua lawa bagi aku

so here some of my favourite shots
err banyak sebenarnya
gambar ni belum edit lagi







Yang baju Metallica kami mintak color
but my favourite is all these black and white shots
tak sabar nak print buat frame kat rumah!












Kami ada bawakla a few props for the photoshoot
Thank God jugak hamza dah puas tidur and minum
so dia takdela muka monyok je
walaupun some of the shots muka dia serius
but hamza memang macam tu muka serius
muka gizmo kami panggil
hahahah





I definitely will choose one of this shots untuk 5R
My darling Hamza
apsal ummi rasa awak ni handsome???
eh up anak sendiri pulak kan...
takpa up anak dekat blog sendiri je pun 
ngeee



Ok Milad,
tonight we will choose the photos
weehooo akhirnya dapat jugak buat photoshoot
kalau nak harap aku beli memang tak la kan
so Hazz, Thank u again :)


*anyway gambar black and white kat blog tak sama pulak macam original photo don't know why