Ahad lepas beli groceries kat Jusco
super crowded parking penuh rupanya baru teringat ada AEON Sale
so masa tengah beratur bayar tu dapat sms dari babysitter Hamza
"Salam Lela. Nak bagitau sesuatu ..sebelum tu nak minta maaf banyak..
sebenarnya tak sampai hati tapi kena cakap jugak...kami dah sepakat nak pindah
balik kampung disember ni ..jadi tak dapatlah nak jaga hamza nanti"
aku baca je terus tunjuk zul
dua-dua diam..speechless
lagipun tengah kat kaunter bayar kan
dalam kereta aku dah macam
"alamak..sapa nak jaga hamza nanti niii"
sambil berbalas2 mesej sama bs hamza
but sms aku takdelah mcm menunjukkan kekecewaan
aku cakap its ok, terima kasih jaga hamza selama ni
susah nak dapat pengasuh macam dia dah..
it's time for her to move on, berhijrah
good for her
but honestly...aku rasa aku susah nak dapat pengasuh macam lidya dah
dia dahla jaga anak aku sorang je
tak berkira masa, tak banyak kisah dengan cerewet dan perangai skema aku ni
bayangkanlah aku bagi 3 muka do's and dont's masa first hantar hamza
tak pernah memandai2 nak bagi anak aku makan apa2
hamza pun seronok je dengan dia pasal ada anak2 dia rajin melayan
Then it hit me...
I have to send hamza to nursery!
memang aku ada plan nak hantar hamza pi taska umur 2 tahun nanti
but this is too early
at least dia dah boleh jalan baru aku confident sikit
dia dahla kalau ramai2 orang dia akan nangis pasal tak biasa
cemana kalau dia nangis setiap kali hantar?
ada budak lain tak buli dia nanti?
makan minum on time tak nanti?
pampers tukar selalu tak?
adoi nak kena beli sticker untuk baju and barang2 dia pulak
which is aku dah survey nak beli kat sini
thanks bai for sharing tak sabar pulak nak iron on kat baju dia semua
maka malam tu mengadulah aku pada mommy2 whatsapp
thank you ladies for listening and bagi cadangan
esok tu aku terus google call sana sini
so aku ada a few options:
1. Taska cahayamata kat office aku
- 30 kids 10 teachers / RM 260.00
- 5 orang budak baya hamza
so far kuota dah penuh tapi aku hantar je borang permohonan kot dapat
pro:
senang jenguk anak
cons:
aku ni bukan kerja dok opis je so kalau meeting or event kat luar cemana?
Hamza kena bangun awal gila pastu aku ni dahla bawak kereta laju cilok sana sini
macam menakutkan pulak pikir nak bawak hamza 1 jam pergi and 1 jam balik
2. Taska Mama Anis Taman sri gombak
- 9 kids 2 babysitter and 1 more nak tambah end of this month
- dekat area bs hamza sekarang
- dekat area bs hamza sekarang
Pro:
aku dah buat lawatan tapak so far aku puas hati sebab owner taska
adalah owner tadika i-kids
Taska berdaftar JKM, Bomba, persatuan taska selangor, KKM
6.30am - 7.00pm / RM 350.00
kebersihan ok rumah endlot semua ada gate dan berkunci
aku boleh park playpen hamza kat bilik atas so tak kongsi dengan baby lain
bilik tu ada aircond and khas untuk baby je
My 1st choice so far
Cons:
Kena make sure dia ada tambah sorang pekerja tu kalau tak 2 orang
nak jaga 9 budak mana boleh
3. Taska Ibu Ana
- Taska paling besar di Taman Sri Gombak siap ada cawangan
- ada website
- Kalau baca macam impressive la berdaftar semua siap ada CCTV
- aku dah call pengetua nak jumpa and lawat taska sabtu ni
Pro:
Nampak gaya memang pro taska ni siap buat kursus untuk pengusaha taska
Cons:
Pengetua dia kata dah penuh setakat ni tapi boleh bincang this saturday
What about babysitter?
aku jumpa sorang je tapi dia ni jaga 5 orang...
rumah dia pulak kat kawasan paling sibuk kat taman sri gombak ni
rumah tepi jalan opposite shoplot jadi aku rasa macam tak sesuai
aku ada call a few places macam montessori tapi tu macam kelas 3 jam je
ada Little Caliph pulak untuk umur 4-6 tahun
aku serius jeles dengan ada satu taska cina ni
dahla rumah banglo sebesar-besarnya
ada playground, ada kelas dari baby lagi siap ada van khas
patutla taska cina ni mahal kan sampai mencecah seribu sebulan
Apa-apa pun aku harap dapat taska yang elok untuk Hamza
aku risau sangat tapi aku cuba fikir baik-baik je
berfikiran positif and berdoa semoga Allah lindung anak aku
time macam ni la rasa nak berhenti kerja je
But not just yet, I am so sorry hamza
ummi gotta work for us, for nenek
zaman sekarang tak macam dulu
kuih pun 60 sen
kita kena beli rumah dulu
rumah pulak dah jadi juta-juta
takpalah kita bersusah-susah dahulu ye hamza
InsyaAllah bila tiba masa, awak akan ada ummi 24 jam kat rumah nanti
kita tengok disney kids sama-sama
sambil layan croissant atau nasi lemak sotong special yang ummi buat sendiri
pasal dok rumah kena la masak ye tak
ngeeee
4 comments:
alahai.. sedihnya. masalah mak-mak skang kan?
i paham prasaan u, nak lagi skang byk dengar cter tak best pasal taska n bs.may Allah ease your journey to find the best option for hamza. amin :)
Amboi kau pet, menjanjikan croissant. Haha.
InshaAllah taska pun okay. Sementara nak biasa tu susah sikit la. Ya allah serabut pala pk psl high living cost ni
i suka gmbr hamza tuuuuuuuu.ttbe dia melepek kepala pndang bawah mcm battery dh habis.hahahahaha
pray for the best.hope u jmpe taska yg elok utk hamza. mama anis tu mcm best je macam best je. aircond tu yg best tu hahaha tp 2 org je jaga cm errr..
kalo i jd u i nangis kut pet.. rase mcm nk bnti kje jage anak sndiri pon ye.. tp xbole la kan. dh bs tu nk pindah nk buat cane.. its time to move on. semoga berjaya mendapatkan yg terbaik ye pet..
Post a Comment