Friday, April 26, 2013

Big Day Out - Paradigm Mall


Spaghetti grill

















Sabtu lepas kami ke kelana mall
pasal surfacing nak checkout comic shop kat situ dah nak tutup
ada clearance sale
keluar lewat petang jugak around 4pm so we settled at paradigm mall untuk late lunch

sampai sana surfacing excited gile pasal ada MAA malaysia punya
sebelum tengok makan dulu
try Spaghetti Grill, italian restaurant la lebih kurang
kami order Lamb Pizza and honey bbq wings






















Lamb pizza sampai terus ngap and walawehhhhh sedappp gila
serius sapa yang suka lamb and tak pernah makan lamb pizza sila lah order ni
tak payah letak apa2 dah...crust dia not so thin or thick
and very cheesy
honey bbq wing quite sweet since aku lebih prefer buffalo wing
tapi banyak dia bagi untuk price 16.90 tu
lepas dah licin makan baru terpikir laaa napa x letak tabasco nak bg spicy kan..bengong
pastu order heavenly brownie
tapi brownie dia tak heavenly lah...rasa macam kek coklat kering je..
anyway sini ada logo San Remo besar2 kat dinding dia
tak tau la kalau restaurant ni owned by San Remo ke apa

my baby

















aku bagi hamza try makan organic teething biscuits (heinz)
mula2 sedap dia kemam-kemam
tetiba patah biskut dia dah dia macam tersedak2
ngeriii aku
aku ingat nak tryla bagi dia makan texture berlainan kan
maybe lepas ni aku try dengan buah jela macam betik or buah naga

Rolling stones baby

















pegi H&M dan Cotton on kids adalah wajib nak check baju Hamza
takde baju tapi ada cap rolling stones..terbaik!

dingdong berjalan leka sampai ke malam pukul 8 lebih baru balik
before this aku pergi paradigm sorang je pasal dekat dengan office kan
tapi aku kurang rajin nak pegi sbb senang beli groceries kat giant lagi
but it's a nice and cosy family place
cuma parking dia pening sikit la banyak one way
masa kami pergi terpaksa parking kt roof top pasal dah full

wehoo jumpa beanie batman

















Minggu ni ummi ingat nak letak hamza dalam stroller lah
I love wearing you and you love hugging me
but ummi kesian awak panas kadang-kadang
kena pulak letak kipas kat padding tangan pelik habis orang dok stare kat kita
plus boleh awak main2 dengan tangan yang bebas ye sayang
we'll see how it goes

Tuesday, April 23, 2013

Playpen vs Cot

















Hamza ada 2 playpen dan 1 cot
Melampau betul kan jadi anak sulung ni...
ngeeee
Tapi ada kisah di sebalik kenapa dia ada sampai 3 ni
husband pun kata takpelah rezeki dia...
lagipun benda ni semua boleh inherit kat adik-adik dia jugak nanti
long term use :)

Sepanjang pregnant kepala asyik fikir nak playpen ke baby cot?
Kalau pilih playpen best jugak
Graco design dia vintage, banyak features best - ada changing table, tempat letak barang, music box kat tepi and dia bagi hanging toys
Tapi baby cot pun cantik juga kalau dpt yang offwhite vintage style
pastu beli bedding set yang off white perghhhh mesti nampak heavenly and classic

Playpen Graco





















1 week before raya lepas banyak kali bincang, akhirnya kami sepakat beli playpen
I'm so happy dapat design vintage yang aku idam-idamkan
kalau boleh stroller pun nak graco yang design vintage
tapi bulky and a bit pricey
Playpen ni harga RM699 1 set bagi aku sangat berbaloi pasal dapat banyak benda
nasib beli awal..pasal seminggu lepas raya aku telah deliver..ngeee

playpen at living room














hamza dan si kuning



Masa dalam pantang aku tidur kt living room..so playpen letak kt living room
lepas abis pantang nak naik tidur atas balik
aku and surfacing memang taknak co-sleep pasal kami tak confident ada baby kat tengah 
katil queen je..badan masing2 dahla gadang
nak bawak naik playpen macam x bestlak 
pasal siang mmg kat bawah depan tv je..sangat senang ada playpen kt living room
nak tukar pampers nak tidurkan dia rasa selamat la dia dalam tu
plus surfacing taknak aku bangun duduk tukar lampin sebab aku c-section
so dengan murah hati suamiku pergi ikea sorang diri beli babycot ikea+set
beli yang paling murah je dalam RM169 tak silap
pastu beli tilam murah RM25 je masa tu kat ikea...
quilt aku alas atas tilam bagi empuk sebab hamza tidur pakai sleeping bag
so babycot permanent dalam master bedroom

Hamza 1st night dalam cot























bila nak masuk kerja nak hantar babysitter
aku dah tak keruan memikirkan takkan anak aku nak letak atas tilam je
dia dahla kecik sangat masa tu and bs ada anak umur 1year plus
time tengah aktif tu..aku takut sangat kalau hamza kena pijak ke apa
biasala pemikiran negatif dan precaution kan
Surfacing pun fikir yang sama jadi dia belikan another playpen untuk letak rumah bs
this one brand sweet cherry beli kat jusco dalam RM248 kalau tak silap
so baru la kami lakibini lega nak hantar hamza 
at least dia selamat dalam playpen kalau bs nak pegi toilet ke makan ke apa kan
until now playpen masih dipakai bs untuk letak hamza bila dia tidur
but sekarang hamza banyak main atas playmat je

Playpen untuk BS

















kalau tanya aku babycot ke playpen?
honestly aku prefer playpen sebab dia multifunction..design pun cantik2
surfacing dah hampir terpedaya nak beli design camouflage
aku cakap belila unisex mana tau dapat anak perempuan nanti..heeee
and I really really love Graco
kalau nak banding dengan sweet cherry material memang terbaiklah
Tapi untuk playpen hamza ni aku beli tilam latex kat mom's care
sebab alas playpen ni ala2 je kan takdela empuk sangat berbanding tilam cot
tapi babycot punya bedding sangatla cantik2 belaka 
kalau pegi ikea tu terus rasa pening kepala tengok fabric dia yang comel sangat tu

recently aku minta surfacing beli another bumper pad for cot
sebab kesian hamza terhantuk pasal asyik nak meniarap dalam cot
bumper pad ikea tu nipis je
disebabkan aku dah berzikir banyak kali kat dia
dia pun terus cargas beli
and hamik kau ada elemen pink gitu
oh apakah abah metal telah menjadi gwiyomi?
rupanya itu je design yang paling cun kat manjaku walaupun ada la terpink sana sini
haha takpe takpe colours is good for baby kannn

Metrosexual bumper cot

Monday, April 22, 2013

Sitting, Waiting, Wishing

















Sabtu (20 april 2013)
Siang tu aku biar je hamza main atas playmat dia
now dia dah pandai angkat bontot dan badan macam nak merangkak
tapi masih tak confident nak move forward
kalau nak kedepan dia akan pusing and susur
walaupun belum merangkak tapi lepas jugak nak ke bawah sofa

















malam tu aku bawak masuk tidur around 12am
sekali dia boleh bangun practice merangkak
baru dapatla time tidur tadi agaknya tu
aku dahla mengantuk gila tapi aku risau nak tidur dulu
especially bila dia mula ke dinding cot and try nak panjat
last2 around 1.30pm baru hamza tertidur sendiri lepas penat cuba memanjat

berlatih merangkak













attack dinding cot pulak




















Ahad (21 april 2013)
spring cleaning pagi, mandikan hamza then naik mandi
bila turun surfacing kata "hamza dah duduk sendiri"
aku cam excited gila
dia kata dia silang kaki ke depan angkat badan and duduk
bertahan dalam 15 saat before tumbang ke belakang
husband tak sempat capture gambar or video sebab excited bebenor


then time kami breakfast bila jenguk dia
tengok dia dah silang kaki and try nak angkat badan nak duduk
aku terus rekod video
tapi kalini cubaan dia tak berjaya
aku rekod lama gak dalam 2 minit
yang kelakarnya muka dia tu tengah macam figure out
"okk kaki aku dah kedepan, kaki ni kat belakang lagi..
cemana aku nak buat bagi duduk ni...
eh ummi ni sibuk je record aku bagi pressure apehal..
takpe buat tatau macam tiada apa yang berlaku"



lepas tu dia merengek mintak tolong sebab tak boleh solved problem nak duduk
hahahahha
dah lenguh lettewww

anyway, i',m so happy walaupun tak dapat witness first time dia duduk
but did it in front of his abah
kira hamza officially duduk la pada umur 7 bulan 3 minggu
dulu meniarap 5 bulan 3 minggu...hehehe
merangkak je belum ni
I guess it's gonna be soon
and masa tu aku and surfacing kena cari jalan
nak letak bluray player and astro decoder tu macam mana
samada beli almari baru atau ubahsuai yang ada ni
and kena mount tv la nampak gayanya

Sumpah penat ummi!

Friday, April 19, 2013

Cookin' Up (Pt 4)


Spaghetti Meatballs




















Ahh another recipe to share
saja je kerana ilmu yang dipanjangkan itu jika diamalkan ke arah kebaikan
kita dapat pahala juga
InsyaAllah

Actually I used to despise spaghetti
pasal aku tak suka rasa masam tomato tu
contoh jenis kuah spaghetti aku tak suka macam kat secret recipe
sehinggalah a few years ago aku makan spaghetti meatballs kat Murni ss2
itu pun surfacing yang order
sekali aku pulak makan lebih-lebih
serius sedap bagi aku sebab takde rasa masam
rasa masin, masam, manis suma balance

then aku jumpa yang lagi sedap, iaitu kat Kunyah, Wangsa Walk (level TGV)
dahla meatballs dia sedap gila and besar
so aku pun mula cari recipe
then kawan aku raiha and jay buat spaghetti bawak masa lepak
and dorang buat pun sedap setanding dengan Murni
maka aku mintak recipe dan combine both recipe
wallaaa
dapat recipe ni

wah panjang mukadimah kan
aku rasa semua orang tau masak spaghetti
cuma aku ni suka makanan yang betul2 raso
aku tak suka yang tawar atau tak balance


so the recipe as below:

aku obses dgn herbs. tak sabar nak kumpul
jamie oliver punya collection nanti















BAHAN:

butter 1/2
minced beef 400gm (1 pack)
2 biji bawang holland diced
5 ulas bawang putih sliced
cendawan butang sliced
1 tin tomato puree
tomato (1-2 biji sliced) - takde pun takpa
*aku biasa suka letak whole slice tomato plum dalam tin
herbs - italian herbs or combination of basil, oregano, bay leaves, parsley
blackpepper (sikit je)
chilli flakes





















HOW TO:

1. Melt butter sampai bunyi

2. Masuk bawang sampai wangi
3. masuk daging sampai brown
4. Masuk cendawan

















5. Masuk tomato puree + 1 tin air pakai tin tomato puree
6. Masakkan 10min dan masukkan tomato kalau ada
7. Garam dan gula 
(aku letak 4tablespoon gula and 4Teaspoon garam) - 
*masuk la sikit2 sebab tastebud masing2 lain2...
kalau nak manis asli, masukkan lebih bawang holland

8. Masukkan herbs sesuka hati 
* herbs ni aku bantai semua yang aku ada termasuk thyme, rosemary
9. chilli flakes (aku letak 3 tsp sebab tak suka rasa flat) 
kalau ada paprika pun masuk je

















9. Renehkan sampai color jadi cantik and minyak butter naik berlinangan
(* aku suka sangat biar masak dalam sejam dengan api kecik)
kalau italian dorang masak kuah bolognese atau marinara ni sampai 4-5 jam!

10. Masukkan meatballs yang dah goreng (jangan garing) dalam kuah spaghetti
11. Bon appetite!

















MEATBALLS:
Aku tak kuasa nak buat meatballs sendiri
aku beli je jenis saudi atau ramly tapi yang ni kalau goreng dia kecik macam cekodok
tapi rasa sedap jugak
kalau nak yang rasa sedap sikit beli jenis Azmy atau premium meatballs yang mahal sikit dalam kotak

Tapi kalau extra rajin nak buat sendiri ni recipe
(reference- Jamie Oliver):

Minced beef 400gm
1/2 tsp serbuk jintan manis
1/2 tsp ketumbar
1/2 tsp cayenne
2 genggam breadcrumbs
sebiji telur
1tbsp oregano
1tbsp rosemary
garam
1tsp blackpepper

* Gaul semua bentukkan meatballs and goreng. buat bulat besar baru puas makan
kalau kecik sangat nanti bila goreng dia jadi cekodok kecut


SPAGHETTI:
Rebus spaghetti +olive oil+ basil+ garam sampai al-dente
Tos dan gaul dengan butter
*aku suka banyak butter sebab sedap dan wangi


















TIPS: (INDIVIDUAL PORTION)
Gaul kuah dan spaghetti atas api dalam periuk
letak parmesan/ mozarella cheese
* sedap sebab rasa dah bergaul sama


anyway just sharing how to chopped onion fast
senang gilaaa kenapa la aku tak tau awal-awal
kalau tak takde aku teresak-esak menangis kat dapur
sambil dengar lagu Children of Bodom
oh aku suka weelicious ni
macam2 tips masak and baby food dia bagi

What Is Life






















1. Aku dah officially duduk depan bercinta dengan surfacing pasal hamza boleh duduk
kat carseat sorang2..dia suka sebenarnya siap pandang luar layan view..
pastu tiba2 senyap dah tidur..memang impian dia tu dapat keluar jalan, naik kereta and tidur
Tapiii ummi kau ni tersepit kat depan pasal terpaksa kedepan kerusi bagi ruang kt carseat
orang gemuk memang cepat marah kalau tempat sempit ni
inilah namanya berkorban untuk anak






















2.First time bagi hamza makan pisang guna food feeder
dahla aku terbeli size L so lubang dia besar-besar
suka gila pakcik ni makan sampai refill 3x and hentak2 benda tu bila dah abis
pasni nak try bagi betik pulak
already introduce papaya dalam bubur dia
aku rasa tak sesuai pulak masak dalam bubur sebab bau tak sedap

















3. Now hamza kalau didudukkan dia boleh stay without support
but only for a while sebelum dia bongkok ke depan atau tumbang ke tepi
oleh yang demikian aku tak berani nak buat selalu takut masalah tulang belakang pulak kang
Now aku tengah encourage dia untuk merangkak


Tak cukup 1 almari buku ni





















4. Setelah hampir setahun di rumah sewa
baru la seru mari nak kemas bilik yang penuh kotak ni
bukan taknak kemas tapi barang terlampau banyak and almari kena beli banyak
ni pun pasal aku dah bebel2 sama surfacing cakap we should clean this room and make it cosy
tapi kena pelan-pelan lah...
punyala tak sabar aku sampai tak cat dinding pun..
takpela that can wait
pasal nak letak semua barang surfacing ni perlukan 5 lagi almari macam ni
almari ni murah je RM200 kat kedai perabot cina
kalau kat ikea ni dah 6-7 ratus agaknya
buku dah susun..ada 1 almari kat bawah lagi kena transfer semua buku

almari sementara





















DVD/ Blu ray ni baru 1 kotak tau yang tersusun ni
ada lagi 5 kotak DVD tak termasuk CD Music band-band dia tu
belum lagi kira komik
kotak action figure dia je dah ada 4
our mission beli banyak2 almari ni susun semua barang
pastu letak karpet, letak bean bag and lampu dinding
pasang kipas/ aircond
and wallah our own fortress of solitude
- Books, magazines, comics, DVD, CD and action figure

banyak kerja lagi niii





















Ko tengokla serabut aku dengan kotak-kotak
tilam lah apa macam rumah kongsi
tak sabar nak kemas betul

















5. Taman sri gombak adalah kawasan jajahan PAS ok..ahaha
sapa-sapa pun menang tolonglah turunkan harga rumah
atau bina rumah mampu milik
nak terjojol mata aku semalam dok recce rumah semua harga 400k++ double storey
bukan rumah baru ye


6. Gwiyomi what the F. Tak kisah la muka ko cute macam kartun anime ke
It is still freaking annoying.

















7. Aku dah start jogging..finalllyyy
last time aku jogging adalah sebulan sebelum kahwin...
hahah gila macam nak tercabut kaki aku
walaupun separuh jogging, separuh lagi jalan je
I only spare 30min to jog itu pun kalau sampai awal sri gombak...
kalau sampai by 6pm aku pegi kejap
kalau lepas 6pm aku ambik hamza terus
hopefully dapatla turun a few kilos
takpa kita buat pelan-pelan sampai dapat berat 56 kg tu ye


8. Thank God it's Friday another short weekend to spend trust me tiba-tiba je dah ahad nanti..
lemah lutut
Hamza semalam main air liur aja kejanya especially kalau tengah fokus main something


















Anyway ni talent Hamza yang terbaru
screaming his lungs out
sampai terbatuk hilang suara dia menjerit

Tuesday, April 16, 2013

Sing You To Sleep

Gaya pemikir

















I love watching my baby sleep
There's something so peaceful about it
muka baby time tidur memang innocent, calm
dahla dengan  tidur yang macam-macam style
boleh buat aku tergelak sorang tengok

gaya berdoa

















masa 1-3 months
hamza just like baby lain
susah tidur siang..tapi malam dia ok je
cuma dia bangun setiap 2 jam lah
sebab baby masa ni perut dia kecik so cepat lapar
tu pasal asyik bangun je nak mengempeng
kalau siang ni nak tidurkan punya susah mendodoi bagai
tapi tidur dia adala 5 minit je
kalau pegang tidur mesti lama boleh jadi sampai 2 jam
jangan kata nak makan, nak kencing pun tak boleh
pasal kalau letak mesti menangis sekuat hati

gaya berpidato

















masa 3-6 months
tidur siang masih peel sama
tapi makin kejap tidurnya and makin kurang
kalau tidurkan kena peluk dalam 30 minit at least sampai dia deep sleep
baru boleh letak dalam cot
kalau tak dia buka mata sengih segar bugar
tapi malam hamza tidur seawal pukul 8pm atau selewat pukul 12am
and bangun around 2 and 4am to feed

kalau terbangun tidur siang mesti menangis macam kena dera
menangis dengan kuat dengan pakej air mata berjuraian
kalau nak tidurkan kena breastfeed- wajib.
kalau tak bagi nenen tak boleh tidur berperang sambil mengamuk2
taktaula macam mana babysitter tidurkan waktu siang

sambil tidur nak pegang cot pulak

















7 months
makin lama makin senang tidur
tidur malam seawal pukul 8pm atau selewat pukul 11pm
bangun pukul 12 minum susu 6oz
terus lena sampai pagi
akan bangun pukul 5 atau 6am
boleh tertidur dengan sendiri tanpa perlu dodoi atau breastfeed
tapi ummi saja nak bg DF jugak tapi memang tak sampai 5 minit dia dah tertidur
recently dia tidur siang lama
especially lepas makan...

last sunday and yesterday hamza tidur 2 hours siang
aku pulak risau dia macam terlebih tidur
mungkin dia penat bermain pastu perut kenyang gila
maka tidur pun sedap je
malam sekarang aku tutup lampu sepenuhnya
before this pakai table lamp sebab senang nak tengok kan hamza
last 2 nights aku terkejut pasal bukak lampu tengok kepala dia dah kat belah kaki
pastu tidur meniarap!
nasib dia bijak letak tangan bawah muka
hamza tak pernah tidur meniarap selama 7 bulan ni
itu yg aku terperanjat sangat rasa nak gugur jantung

tertidur tunggu ummi mandi

tertidur tunggu ummi tukar cadar
































last night hamza terjaga masa aku nak letak dia dalam cot around pukul 11.30pm
aku pun angkat and nak bf dia supaya dia senang tidur balik
dia minum main-main pastu dia angkat badan sendiri macam nak duduk
aku try lagi DF sama jugak dia main2 je sambil renung muka aku
aku cakap
"oklah, ummi letak hamza dalam cot ye..hamza tidur sendiri ye"
aku pun baring atas katil menghadap dia..dia pun pusing menghadap aku
terkebil-kebil sambil tersengih-sengih
pusing kiri kanan
pusing pandang aku lagi sambil main jari jemari macam mengira
gosok-gosok mata
main-main jari..
mata tertutup and tidur.

aku yang terkebil-kebil tengok dia tertidur sendiri
teary-eyed
anak ummi dah besar
dah tidur sendiri

















aku pun taktau kenapa aku sentimental pulak
I should be grateful and lucky cause I have the whole night for myself to rest
and I don't have to struggle to bf him to sleep anymore
haih
anak baru membesar sikit dah hiba cenggini
cemana pula mak aku yang anak dia semua dah besar dah kawin dah ada keluarga sendiri
I guess in every mother's eyes, their children will always be their baby
no matter what age

nanti 8 bulan and seterusnya tak tau macam mana pattern tidur dia pulak kan
whatever it is,
his favourite sleeping position time siang still tidur di atas ummi atau abah dia
just like masa newborn dulu :)



Friday, April 12, 2013

Traveller in Time - Awana Genting Resort

awana genting 1-3 february 2013

















Ini adalah kisah lama yang aku tak update
tapi aku rasa sayang pulak kalau tak letak as entry
memory ni first travel as a family - me, surfacing and Hamza

kisahnya pada January aku dapat arahan bos 
untuk pegi kursus KPI dekat awana genting resort - 3 hari 2 malam
Rasa nak pengsan kat situ jugak mengenang kena berpisah dengan Hamza
Bos kata "Bawaklah Hamsa!" (bos suka sebut as hamsa..ntah apesal"
Tapi bila aku check sama organizer dia kata bilik kena KONGSI
Ketua unit mahupun pengurus pun kena kongsi apatah lagi pegawai
punah harapanku
dah sedih gila dah ni almaklumlah tak pernah berpisah sejak dilahirkan

Tiba-tiba esoknya aku dapat call dari koordinator yang jaga penginapan
katanya 
"kak lela saya dah arrange akak duduk 1 bilik boleh bawak hamza...
tapi dengan syarat kena sorok2 sebab takut CEO nampak..nanti dia bising
so kena ada sorang jaga hamza tau"

aku rasa nak melompat kegumbiraan
Ya Allah ada orang yang berhati mulia macam ni
padahal aku ngan dia hai hai gitu je kat office ni
wahai Puan K yang baik hati, terima kasih sangat
saya terhutang budi
Nama terpaksa dirahsiakan..haha

pindah rumah

















so pada 1-3 Februari 2013,
kami anak beranak pun drive ke awana genting resort
excited sangat pasal first time la ni macam vacation la walaupun kerja kan
barang yang aku pack...Ya rabbi malu nak cerita
serius banyak gila weh pasal aku taknak ada satu pun tertinggal
segala mala warmer, sterilizer, playgym hamza pun aku bawak!
pastu beli makanan macam maggi sebab kesian husband nanti 
aku ni makan buffet sedap, dia kang terpaksa makan kat deli je

sampai di sana memang funny sikit sebab aku macam kena smuggle hamza and husband
Puan K ni uruskan check in bilik bagai supaya family aku tak dilihat oleh CEO
atau pengurusan atasan...hahaha

Kejutan pertama: 
Husband dapat kupon makan free buffet breakfast, lunch, dinner!
Ya Allah tak sangka betul...speechless aku masa tau tu..rasa macam terhutang budi sangat
tapi dengan syarat kami tak boleh makan sekali...
husband kena turun makan after kumpulan kami masuk kursus
tak kisahla kan asalkan surfacing dapat makan sedap

living room apartment





















Kejutan kedua:
Aku ingat dapat bilik deluxe biasa je
sekali masuk rupanya dapat apartment
besar dan selesa sangat!
oh dear God...
Rasa macam cium puan K tapi kang ada pulak terngiang2 lagu katy perry

kitchen 

































alasan puan K bagi aku apartment pasal kat blok lain..
yang peserta lain semua kat tower block...
so kisahnya memang nak hide family aku ni gila-gila lah
bilik pun dia bagi sehujung-hujungnya
punyala seram aku pukul 12 malam balik dari kursus kena jalan sorang-sorang...
ngeriii

bedroom















toilet besar


















happy hamza with ummi





















kursus aku ni pagi pukul 8.00 sampai 5.00pm
pastu pukul 8.00pm-11.00pm
so memang aku takde masa sangat nak berjimba sama surfacing dan hamza
ada jugakla terserempak dengan a few colleague tapi nasib depa ni jenis ok
aku terpaksa cakap husband book bilik kat sini 
pasal puan K dah warning biar pecah di perut...ha amik kau
hahaha

behave tengok abah makan





















so masa aku berkursus, husband pun vacation dengan hamza
makan bersama melayan buffet, berjalan di park dan lepak tengok tv dalam bilik
kemain gembira mereka berdua dapat release tension...
nasib Hamza pun behave je sama abah dia
Tapi aku ingat kalau orang luar tengok mesti cakap
eh eh suami sapa lani merajuk bawak anak lari ke awana genting
sebab berduaaaa je dorang ni..hahah

at the park with abah





















It's a nice short vacation for us
walaupun aku kerja, tapi still nice sebab ada family sekali
Husband pun rasa hilang stress dia kejap dapat getaway free gini
awana genting ni tempat untuk golfing sebenarnya
cuaca malam and pagi je sejuk
so tak payah berangan nak pakaikan anak baju sejuk bagai pasal panas terik sini























so after this kalau vacation betul2 aku dah boleh agak berapa banyak
barang hamza yang kena pack
takdelah macam time ni dah ghope nak pindah rumah
penuh barang dalam saga cabuk tu
and helloo tak payahla bawak sterilizer makcik...
beli je sterilising tablet lainkali
tengokla apa lagi aku bawak
playpen ok playpen!
abahnya risau kang katil queen kecik 
terhimpap pulak si Hamza dik keganasan kami tidur

playpen hamza kemana jua dia berada

















la ni hamza dah makan mau aku bawak slow cooker 
sama blender skali pulak kang...
ngeeee

oh surfacing bila kita nak vacation betul-betul ni
tunggu lepas mengundi la nampaknya ni

hamza dah boring layan ummi amik gamba