Monday, March 25, 2013

Cookin' Up (Pt 3)

setelah ada anak ni boleh dikira la berapa kali dalam seminggu je aku masak
weekdays memang selalu beli je
weekend baru masak
itu pun kalau duduk rumah
kalau keluar memang makan luar la

aku serius tak sempat
nasib surfacing jenis tak breakfast selalunya dia brunch kat office
aku pun pukul 7am dah keluar..
bangun pukul 6 pagi pun mesti lambat gak biasanya 7.10 baru keluar 
bila balik paling awal pukul 6.15 pm sampai terus ambik hamza 
sampai rumah mandi pastu bf  sterile segala botol dia tiba-tiba dah dekat pukul 8 malam
so bila masanya nak masak
aku akan hanya boleh masak kalau husband balik awal untuk tengokkan hamza
usually dia sampai around 8pm
kalau aku ngan hamza je memang setakat panaskan minyak jela mampu
sebab kalau aku takde depan dia memang menangis penuh kehibaan berjurai2 air mata
last week penah sambil goreng terung sambil dukung okayy
tapi precaution: 
aku cuma dukung time nak balikkan terung je bukan time masukkan terung dalam minyak
but still too dangerous!

kadang2 kesian kat surfacing asyik makan bungkus je
Tapi dia selalu tak kisah sebab kalau tunggu aku masak mau pukul 10 baru dinner
rasa bersalah sangat tapi tetap beli nasi paprik ibrahim maju
dia paling boring kalau aku macam tak tau nak makan apa
yela kadang2 rasa dah bosan sangat sampai aku sanggup makan cerelac dengan milo je

Baked Meatballs

kalau aku masak pun yang simple2 je
kuey tiow goreng/ laksa goreng/ nasi goreng/ macaroni goreng/
spaghetti meatballs/ baked meatballs/ baked macaroni and cheese/ roasted chicken/ 
ayam masak merah/ ayam masak negro/ ayam berlada/ sotong sambal
itu jelaaa dok ulang-ulang
paling hebat aku pernah masak adalah kurma ayam
gulai, kari semua tak pernah buat lagi
Tapi usually surfacing tak pernah komplen pasal semua tu dia suka
lagi2 kalau western
korang memang masak hari-hari ke kat rumah?
Respect la siapa2 working mother yang masih boleh masak everyday without fail

kalau surfacing masak, aku akan suruh dia buat homemade burger
memang sedap sangat aku pun taktau apa dia letak
dalam pantang pun aku makan ni tu sebab gedempol sekarang

surfacing's home made juicy cheese burger

Tapii dalam banyak2 masakan aku
Blackpepper roasted Chicken ni yang paling surfacing suka so far
aku pun suka sebab nak buat dia senangggg sangat
bahan sikit, grill je dalam over
sambil grill sejam tu bolehla buat kerja lain
pastu buatla side mashed potato atau mac and cheese
and wallah wonderful dinner for my lovely husband
aku ambik resepi kat foodwishes.com
almost semua resepi western aku ambik kat sini sebab confirm sedap

kalau tengok pada rupa macam tak seberapa
tapi tryla memang sedap/ fresh/ light/ healthy/ hearty
Pastu nak lagi best ko makan dengan sos peri-peri extra hot
serius sebijik rasa nandos

Recipe Blackpepper Roast Chicken
(untuk seekor ayam yang dah potong)

garlic 5 - smashed
thyme+ rosemary (aku pakai yg McCormick je bukan fresh)
blackpepper ground (aku tumbuk dalam segenggam kecil)
lemon juice (sebiji) 
- perah dulu then potong2 lemon tu masuk sekali
salt (lebih kurang 1 or 2 teaspoon)
mix semua ni 

masuk ayam dan rub satu2 bahan dengan penuh kasih sayang
make sure semua kena mixture ni
dah siap simpan dalam fridge at least 1 hour
(biasa aku buat malam untuk makan esok)

dah keluar dari fridge
potong bawang holland sebiji
drizzle olive oil
letak garam lagi agak2
Bakar/ Grill for 1 hour
(kalau nak rasa nandos - letak sos peri2 brush kat ayam)

Ting!
dah masak jom makan

* aku memang tak buat gravy sebab aku suka makan dengan sos peri-peri
even juice from roasting pun dah sedap macam tu je
tapi kalau nak buat gravy:
1 cup water + juice from roasting+2 table spoon flour and simmer
add salt

Sides biasanya aku akan buat mac and cheese/ mashed potato je
veggies takde

Recipe Creamy Cheesy Mashed Potato:
2 kentang holland rebus dengan kulit
dah lembut mashed + add butter 
(aku suka letak half butter supaya rasa creamy)
add cheddar cheese/ mozarella cheese
add salt + blackpepper ground
add fresh milk

* ke'creamy'an mashed potato depends pada amount butter and fresh milk
aku tak buat gravy sebab dah sedap macam ni

Recipe Mac and Cheese:
half butter
bila butter dah bunyi
masukkan tepung gandum/ allpurpose flour 1/4 cup
whisk supaya tak berketul

masukkan basil, oregano, cayenne,
italian herbs (thyme, rosemary, parsley)
masukkan 1 cup fresh milk and stir
masukkan another 1 cup fresh milk
add nutmeg (kalau takde pun takpe - bg sweetness sikit)
masukkan 1tbsp lea perrins (worcestershire sauce)
masuk garam
masuk djourn mustard (kalau ada)
stir frequently guna whisk
tutup api dan masukkan cheddar cheese/ mozarella
selalu aku masuk dalam 6-8 keping cheddar cheese

gaul dengan macaroni yang dah rebus
(rebus macaroni dengan garam+basil..dah tos gaul dengan butter)

Kalau nak bake:
dah gaul letak dalam baking pan
tabur mozarella/ shredded cheddar cheese
tabur breadcrumbs (roti tu ko blender je)
bake 400 degree (200 celcius) for  20-30 minutes

wah tiba-tiba mood nak share resepi laa pulak
ni semua cha punya pasal la baca blog dia mesti telan air liur
tengok food yang dia makan and masak...haha
anyway thanks babe good info sila share lagi tempat2 best nak makan
rindu pulak nak makan That Little Gerai tapi buka malam je
tunggu Hamza besar sikit la baru boleh pergi

More recipe I've posted before:
cookin' up (pt 2)
Cookin' up (pt 1)

9 comments:

cha said...

Wahh serius i terliur tengok gambar u post ni tetiba rasa nak buat ayam nandos plak. Senang kan buat ayam nandos tu jimat pun jimat haha. Thanks utk resepi yg lain tu nanti nak try la. Eh wait ayam masak negro tu apa? Hahaha gelak i baca

I pun pening dah nak masak apa u. Masalahnya nak mkn kat luar pun i pening camne. Kdg sampai x tau nak mkn apa. Susah btul. Nak buat camne kita ni bukanla terer masak sangat kan so takdela nk pelbagaikan resepi huwaaa T_T

That little gerai i pernah tengok klua kat tv tapi i tak pernah try lagi. Nanti i nak try.

Eh pastu kan husband i buat burger pun sedap. Kadang2 dia masak omelette pun i rasa sedap giler huhu

Umie Aisya said...

Lazatnye wei!mac n cheese ada ala2 kenny rogers x?haha.salute la u terer masakkk

BAIZURA NATASHA said...

Okay.nny nk try mac&cheese tu ;)

LisaLisut said...

i dhla puasa ni .perut kruk krak kruk krak.lapar oi. terliur aku tgk

i jrg msk on weekdays. huhu. letihhhh.
i try on weekend. sllnye ahad. sbb sabtu kdg2keluar.kehkehkeh
at least ur husband tau masakkkk. KR awl2 surrender.plus dia bkn kaki makan. ade mknn ke x dia ok je.lol.kdg2 xbest sbb xde org nk kritik i msk esp from my husband haha

Asz Miza said...

hahaha. i pun sangat jarang masak..kadang2 my mum masak sbb i stay dengan my mum..kakaka..tapi recipe roasted chicken tu wallahhh...simple and looks delicious! I nak try nnt sbb hubs suka sangat roasted/grill foods. Mac n cheese gila sedappp..i bar wt baked macs aritu tapi sudahnya makan sikit je.

Hana Soffelia said...

Amagad! Ni u kata xsempat masak. Western ok. Western food. For me, yg simple bermaksud, tumis sambal, masak lemak, masak kari. Just campak2 je, then siap.

Almost everyday hana masak tapi sangat simple lah. Event ayah naurah balik lewat around 8pm, hana perlu mandikan naurah dulu bagi dia tido. If tak nak tido, letak dia main dalam pool. masak dgn super faster.. hehe

pet09 said...

cha:
u should try sebab recipe dia simple and sedap..haa ayam masak negro tu recipe terbaik abang ipar i dia orang penang...kalau nak tau yang ayam masak hitam selalu kedai nasi kandar ada jual tu..tapi resepi abg ipar i ni mmg terbaik sebab dia mmg pandai masak..nanti later i share..haha
i rasa our husband tere masak camni sbb depa mmg suka gila makan kot plus husband i kaki tengok food network siap layan barefoot contessa la iron chef la..pastu kang bagi idea kat i ha apa nak masuk bahan bagi sedap..saba jela..hahah

umie:
i tak tere masak pun babe...ini je yang i tau..yg lain2 tak reti..haha..anyway mac n cheese ni memang sedap and the secret is the CHEESE itself...lagi banyak jenis u letak cheese lagi sedap..takdela rasa flat cheddar je..1 more tips: untuk individual portion i akan gaul macaroni with sauce dalam periuk dengan api kecik lepastu masuk lagi cheddar/ mozarella cheese...gerenti sedap cheesy gila..haha

bai:
u should try mac and cheese! it's supertasty and easy to make :)

lisa:
kesian u takpe dugaan puasa..haha..tapi ok juga husband bukan kaki makan takde la dia kritik bukan2..hahah..macam husband i dia makan je semua tapi kalau tak sedap dia cakap straight je...penah sekali i experimental goreng spaghetti leftover dengan olive oil, mushroom and herbs...dia rasa sikit terus x nak makan pasal x kena dengan tekak dia...tapi i tak amik hati sbb memang x sedap pun..haha

asz miza:
waaa rindu masak mak. mom is the best cook! u should try kalau nak variety u brush la ayam dengan honey ...sedap jugak i penah try
mac n cheese tu mmg selalu sangat buat tapi sbb both of us suka so x kisahla..haha

hana:
western food ni bahan simple je hana tak payah nak tumbuk ke apa..kalau masak orang kita ni especially my mom orang minang so bahan masak dia banyak sangat...bawang nak tumis lain, bawang nak blender dengan cili lain..tu x kira lengkuas la serai la daun limau purut la..hahaha pening kepala..i masak kari pun tak pernah coba ni..rasa mcm susah..maybe i should try

hebatnya hana dapat masak everyday mesti naurah baby yang cool je kan tak kisah lepak main2 dalam pool dia..macam hamza dia tengah dalam phase nak orang layan dia all the time..baru tinggal 5 minit dah berendam air mata sambil makan tag kat toys..saba jela..hahah..kalau dah tidurkan kena peluk dulu sampai dia betul2 deep sleep..kalau letak awal2 alamat sengih2 balik tak sempatla umminya nak buat apa pun..hahah

Hazz said...

sebab baca post Asz Miza siang tadi, so i mai sini copy resepi yer. Nak try buat mac & cheese tuh weekend nih. ;)