Friday, March 15, 2013

Night Fever




















Demam
Akhirnya setelah melihat kawan-kawan sekeliling anak demam,
my baby demam jua
It all happened lepas balik dari rumah nenek Langat ahad petang selepas hujan reda
suhu terus naik 38c followed by batuk yang macam batuk kering tu

Until today (friday) Hamza masih demam malam, batuk teruk dan selsema
This is not the first time
selama 6 bulan ni Hamza pernah selsema sekali and demam sekali
I had experience handling Hamza masa sakit
But this time lagi terus dari yang dulu sebab ada combo batuk bunyi teruk tu
sampai pernafasan dada dia boleh dengar tak payah guna stetoskop

Aku ambik cuti Isnin-Rabu
nasib baik masa isnin selasa tu bos memang takde
Kalau tak mesti dapat jugak ayat "orang lain pun ada anak jugak"
well well...memang la orang lain pun anak pernah sakit jugak
cuma maybe orang lain tu anak dah besar bukan baby
atau orang lain tu lucky ada mak atau mil tolong jaga
reason why aku tak boleh tinggal hamza pada babysitter sebab anak BS aku pun tengah demam
so cemana dia nak handle 2 baby yang tengah cranky and clingy time sakit kan
lagipun aku rasa tak sesuai dua-dua demam duduk sekali
Plus hamza hidung tersumbat memang kena sedut sejam sekali
aku tak nak susahkan babysitter
Lagipun husband rela hati ambik cuti khamis & Jumaat
Thank you so much my surfacing
You're such a great dad boleh take care anak kita sorang2 je

Me and hamza at klinik shanaliza


























PAED
Isnin tu aku just bagi ubat demam+ tepuk percussion+sterimar
Tapi selasa batuk teruk sangat aku bawak pergi klinik shanaliza, wangsa maju paed Hamza
kena la Neb sekali lagi (first time neb masa umur 2 bulan)
sebab hamza dah 6 months so boleh makan ubat sikit - ubat macam nebiulizer tu untuk
cairkan kahak dengan dose kecik je - 0.5ml
Bab makan ubat so far Hamza tak reti lagi menda tu ubat..dia belasah je

Rabu kena datang buat neb lagi
aku ingat nak bawak pegi klinik wangsa, Dr. Nadir yang famous amos tu
tapi dia ni ada timing tertentu je kat klinik
Maybe kalau hamza tak baik sabtu ni aku bawak pegi juga
Paed kata, teruskan apa yang aku buat
cuma try this one untuk hilang batuk- Letak madu sikit dalam solid food dia
aku terus tanya boleh ke sebab bila google kata madu kan tak sesuai baby bawah 12months
(alergic reaction)
Paed tu tersenyum sambil kata 
"don't worry bukan suruh bagi satu sudu...1-2 drop je...even dalam Al-Quran pun
ada tulis tentang kebaikan madu tu...lagipun bila campur dalam susu atau solid food memang minimum la risiko nak ada alergic reaction..
buat dengan niat supaya anak sembuh, InsyaAllah Allah akan bantu"

Terkasima aku sambil terpikir..ye tak ye kan...
Allah banyak cakap pasal kebaikan madu dalam Al-Quran...
yet, aku sebagai umat islam lebih percaya Google...ngeee
No harm trying right...
lagipun so far Hamza makan semisolid takde alergic apa-apa
Cuma sekarang nak cari madu yang betul original
bukan capilano makan dengan roti tu


Perangai sakit
Budak ni walaupun demam dengan dada brr brr bergetar
tapi aktifnya la hai
tu yang aku bersyukur sebab dia tak lesu
cuma bila nak tidur atau baru makan ubat dia akan cranky sikit
sebab mengantuk sangat kot
satu je cam biasa la kalau sakit mesti kurang minum susu
selalu minum 4oz kalini 2oz pun susah nak abis
aku cuma maximizekan DF je supaya dia tak dehydrated


TIPS HANDLE ANAK SAKIT

Most important factor:
HYGIENE
Always wash your hands properly and sanitize before buat susu
atau pegang anak. Sebab germs datang dari sentuhan
kalau tengok ads H1N1 mesti suruh kita basuh tangan properly

AVOID CROWD
Lupakan saja IKEA Sales atau baby expo.
tak payah bawak baby ke crowded place for the time being sebab kat situla
mak bapak segala germs ada untuk dipindah ke badan anak kita.

ALWAYS GET CONSULTATION FROM  PAEDIATRICIAN
Only take prescribed medicine from Paediatrician not general practitioner.
Masa Hamza 2 bulan kena selsema aku yang panik pergi general clinic je
Doctor tu bagi 3 jenis ubat - demam, selsema dan batuk
aku sempat bagi 2x sebelum aku google tentang medicine for babies
and to my horror baby tak boleh makan ubat!
Kecuali syrup paracetamol untuk demam yang KK or hospital bagi

Petang tu jugak aku bawak klinik pakar kanak-kanak shanaliza
and dia kata nasib baik you tak bagi banyak kalau tak tak taula apa jadi
Ingat ya baby bawah 12 months tak makan ubat drugs
Kecuali 6 months above yang ada batuk berkahak yang teruk
dia akan bagi ventolin (ubat cair kahak) yang sama fungsi macam neb
dan ubat selsema warna putih yang hanya boleh makan sekali sehari
dengan minimal dose (0.5ml)
Sejak tu hamza sakit memang aku bawak jumpa PAED
beza harga dengan klinik biasa pun takdela banyak mana
yang paling penting keselamatan anak kita


Walaupun tak sihat tapi aktif yang  amat


























Demam:

1. Pakaikan baju nipis yang bagi airation supaya dia tak simpan panas tu. 
Baju lobang-lobang tu elok sangat. 
2. tekap-tekapkan towel basah/ ada ais pada kepala dan badan anak
(PAED kata jangan letak je macam cool fever tu tak elok sebab panas tak keluar)
3. Baby boleh makan paracetamol syrup dengan dose yang dibenarkan
4. Mandikan baby 3x sehari or at least 2x sehari supaya suhu dia tak naik
(jangan percaya mitos kalau mandi nanti panas masuk dalam)
5.always always check temperature baby make sure jangan naik sampai 40c tu bahaya
6. Kalau demam lebih 3 hari sila bawa pergi hospital untuk further checkup
7. Jika panas mencecah 40c sila bawa emergency jangan tunggu2 dah bahaya pada otak dia
8. Duduk dalam aircond/ bawah kipas atau tempat yang ada airation
(again jangan percaya mitos panas masuk dalam)


Selsema & Batuk Berkahak:

1. Buat tepuk percussion kiri kanan atas bawah belakang badan. Avoid tulang belakang baby.










source





2. Sembur nasal cleansing seawater (Brand Sterimar atau Pureen  - prefer strerimar)
 3-6 times daily untuk bersihkan blocking nose














3. Lepas sembur sterimar tu terus sedut pakai nasal aspirator Pigeon (yang ada tiub) 
Memang puas hati la tengok hingus dia keluar banyak. Jangan sedut pakai mulut ye
sebab mulut kita ada bacteria












source




4. Kalau selsema dia teruk sangat blocking - titikkan ILIADIN...
tapi boleh guna selama 7 hari sahaja sebab dia drugs..tapi selalunya kalau titik ni mesti cepat baik
5. Letak vicks for baby pada dada dan belakang badan (3 months above only)
6. Letak kunyit pada batang hidung baby (tradisional) Aku buat dulu tapi tatau it really
works or not sebab semua benda aku buat
7.Mesti pakai stokin untuk baby yang selsema sebab tapak kaki adalah pusat reflexology kan
tak kisahla pakai baju lobang seluar pendek sekalipun tapi stokin mesti pakai
8. Buat steaming muka baby dengan air suam
(aku tak buat sebab tak confident yang wap tu akan consistent kepanasannya)
9. Buka shower sampai ada wap suam dan bawak baby duduk dalam bilik wap tu
(tak buat sebab water heater tak cukup power nak jadi bilik wap)


So yesterday aku ada baca kat twitter the rising of influenza
and aku panik kejap
Today kami  nak bawak Hamza pergi hospital sebab bila malam dia still demam
dengan bunyi nafas tersangkut dan bernafas laju dari biasa
Hopefully my baby cepat sihat sebab tak tahan dengar dia batuk bergegar dada
sampai bergenang air mata dia
Paling hiba, bila dah 2 malam pukul 4 pagi dia terjaga
lepas bf dia akan pandang mata aku dalam-dalam
dengan tangan tercari2 tangan aku dan pegang je tangan aku dengan mata sayu dia tu
ternangis jugak umminya sebab hiba

oh dear hamza,
kalau ummi kena ambil unpaid leave sekalipun untuk jaga awak
I will do it for you.


























Nengokla mukanya ni - muka mintak simpati kata mak aku
ngeee



8 comments:

LisaLisut said...

kesian hamza. mcm gegirl la pulak dia pkai cap tu haha

my god, i dh la kdg2 buat susu hannah xbsh tgn. aiyakkk.take note.

ade tips2 u bg ni buat i take note.sbb aritu hannah suhu bdn turun naik lebih 3hari i xg klinik.bila batuk dh teruk br g. btul2.g paed instead of GP. n better amik cuti laki bini. nsb baik both hubs and i flexi working time.hannah pn xmsk nursery lg.april br stat balik huhu

madu tu btul ckp paed tu.org skrg je yg ske besar2kan perkara.bkn bg 1sudu.setitik je kot.tp nk cr yg PURE susah.kt mall tu mcm xleh caya je.claim pure tp dh mix mcm2 huhu

take care and get well soon Hamza.

Umie Aisya said...

alahai siannya hamza.get well soon ye syg.dh mcm gegirl pakai serkup ha.

cha said...

get well soon hamza. i biasa sgt akak ofis el sebab anak demam tp kita fahamla kn.

BAIZURA NATASHA said...

Poor baby Hamza. Muka mmg mintak simpati. Alahai kesiannya Hamza. Get well soon sayang :)

pet9 said...

lisa:
wah macam gigirl ke anakku ini..haha..eh tapi serius i pergi 2-3paed dah and dorang suma kata everything start dengan hygiene..so kene pakai sanitizer senang sikit..i baru beli madu asli siap ada cop mardi..tapi semalam kemain semut hurung..cehh terkono den..

umie aisya:
thank you doakan hamza and u org kedua kata hamza macam gigirl..hahah

cha:
thanks for the doa..sometimes x semua bos paham walaupun dia dah jadi makbapak jugak

baizura:
thank you for the prayer bai

Asz Miza said...

Pet i baru baca ni..i nak follow blog u xde plak icon follow tu..da tu i letak as favourite tapi kat office nye PC.. i slalu bawak g paed kat bangi tu..kat puchong ni ada klinik dr chan tapi ramai benar orangnya..and mostly chinese..and i tak suka doc tu sbb dia mcm sambil lewa je check. tau la specialist.

i apply sume yg u tulis tu..insyaallah ok ke nnt kan..thanks so much. :)

Sicness Surfacing said...

asz:
i tak letak icon tu..ni baru letak..ahaha..u try jela sebab ni based on pengalaman and kalau pegi paed dia akan bitau benda yang sama..tapi kalau ada benda lain paed u bitau, u share la ye..heheh

Anonymous said...

Thank u! Nice write-up!