Monday, December 31, 2012

Majlis Aqiqah Muhammad Hamza

























Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Muhammad Hamza
Date: 29.12.12 (Saturday)
Venue: My Mom's house
Time: 11.00am - 3.00pm

Alhamdulillah
Majlis Aqiqah Muhammad Hamza dah selamat
Ummi and abah happy dan rasa lega sangat dapat laksanakan tanggungjawab ni
Atok and nenek awak lagi happy sampai nenek nangis je masa marhaban tu
cucu pertama buat aqiqah la katakan
Hamza sangat behave tidur saja sepanjang marhaban


From my view




















It's a wonderful day
Thank you kawan-kawan yang dapat datang setelah lama tak dapat jumpa
I am really really happy

I will blog about it once dapat official photos.
Thanks fara captured this lovely photo...
curi letak kat blog...heheh

Thank you aunty and uncle!




















Ummi, Abah and Hamza nak say thank you to semua yang bagi hadiah dan maskawin..
ngehngeh
maskawin dah selamat dikorbankan beli Boba 3g...
bad mommy tapi takpa barang awak juga
sapa suruh awak nakal-nakal nak mintak dukung je bila duduk dalam stroller.
Now my baby Hamza dah jadi Lex Luthor
or is it baby Bane?

























Kan dah seketul.

The Book of Love

Sicnessurfacing


















Exactly a year ago my surfacing and I tengah sibuk bersiap-siap
untuk reception dekat Pusat Komuniti Bukit Damansara
Gila lah dah setahun kahwin aku takda buat entry pun pasal reception ni
I think it deserve one...ngeee

So my reception was on 01.01.12
Theme..white wedding lagi sampai mak aku pening
kau ni takde kaler lain ke selain white
nak buat cemana kami memang terlampau suka classic white wedding


Favors

Pelamin & Meja Beradap by Sri Angsana Catering

Getting ready



















































Handbouquet DIY

























Details reception:
Photographer: G.I. Photoshoot
Catering: Sri Angsana Caterer
Tempat: Pusat Komuniti Bukit Damansara
Makeup: Anna Ismail
Henna: Hennaratusehari by Amrina








































Perkara-perkara DIY adalah backdrop tempat registration
Doorgift bagi gula-gula and muffin..muffin sponsor by my sister in law
My uncle dari A&F catering sponsor kari kambing,
kerusi, meja and sarung kerusi bagai with dome
Handbouquet aku buat sendiri beli bunga kat kedai bunga bangsar
Lagu during event memang selection aku and surfacing...
Videographer half sponsor by supplier equipment aku - Jeffery Jelas Juta
 (dan video tu tak edit-edit sampai sekarang..ngeee)




























Sebenarnya ada kisah terkilan dan sedikit ngeri aku nak cerita di sebalik event ni...

1. DBKL suruh masuk barang pukul 8 malam...
tapi datang siang tu sebenarnya dah boleh masuk awal sebab event tu cancel...
and DBKL takda courtesy nak inform pun padahal aku dah call a day before tu

2. The reason why pilih dewan ni sebab bentuk oval and carpet color cream..
Masa sampai je carpet color merah...whoaaa rasa nak mengamuk aku...
rupanya carpet cream dah lama so dorang nak pasang carpet baru ni...
adui terkilan rasa tak dapat fully white

3. Malam baru pakcik aku pasang kerusi meja bagai sebab janji malam la katakan...
so sampai pukul 12 kami pengantin ni masih gigih kat dewan...Pastu kitorang sendiri pegi pasang signage kat jalan masuk ke dewan tu...

4. Disini aku nak nasihat..kalau nak pasang signage tengah2 malam...make sure bukan berdua laki bini je...sebab masa aku and surfacing pasang kat jalan masuk utama...aku park kereta tepi jalan dalam 100m dari tempat signage...aku tinggalkan beg dekat seat passenger dengan wallet terpampang cantik dan ada duit dekat 2 ribu cash masa tu sebab nak bayar caterer esok...tengah gigih pasang aku dengar bunyi motor..and to our horror, ada 2 motor mat rempit (ada 4 orang) and sorang tu dah mengintai cermin kereta aku...aku and zul terus menjerit and dorang lari...
aku and zul terus tinggalkan signage berlari kat kereta sebab ingatkan dah kena pecah...
nasib baik dorang tak sempat pecahkan..pastu kami terus drive balik (kereta asing) dengan keadaan ngeri sangat...kira bernasib baikla mat-mat rempit tu tak decide nak stay and rompak kami...
sebab kalau dia nak rompak memang boleh sebab ada 4 orang...
dada aku macam nak pecah bernafas macam tu selain bersyukur sangat kami berdua selamat
duit pun selamat...memang pengajaran betul...





















anyway kisah positif pulak:

1. caterer sri angsana memang terbaik..makanan sedap and pelamin yang dia pasang mengikut apa yang telah dibincang malah ada pulak additional element dia pasang kat pelamin tu..syukur

2. Hari tak hujan so dapat buat outdoor dekat central market graffiti. Thank you G.I. Photoshoot melayan karenah kami nak outdoor jauh sikit

3. Event berjalan lancar and smooth walaupun adalah sikit-sikit drag. I really enjoy during reception and I love my dress. Wedding dress tu aku sewa je..husband punya suit tuh special tailor made from bangkok. sempat dia buat masa outstation kat sana.




























Walaupun aku enjoy sangat wedding...tapi lepas habis je reception tu
legaaaa sangat
rasa macam satu perkara besar dah lifted dari bahu..lapang sangat fikiran
kalau tak hari-hari ada je nak fikir nak buat itu ini untuk wedding
dok stalk blog orang la macam-macam
bila dah habis event..aku redha dan bersyukur semuanya selamat
maybe bukan 100% macam aku plan
tapi almost menepati apa yang aku impikan selama ni



























Do I want to plan a wedding again?

Hell No.


MY INTERMONOLOGUE:
The National - About Today

Wednesday, December 26, 2012

One















25.12.12
Our 1st wedding anniversary
and it was celebrated at hospital selayang!
Hamza caught a viral fever from friday night
sabtu pagi pegi emergency sebab suhu dia 38.9c
dapat ubat syrup
ahad dah elok
aku pulak demam selsema
isnin hamza demam balik
petang isnin pegi emergency again sbb badan dia merah
tapi lepas 2 jam kitorang balik...too crowded!
pagi selasa, 25.12.12
suhu hamza 38.4c aku terus bagi ubat demam and pergi emergency again
kalini buat blood test
thank God just normal fever je
but he has to take antibiotic
poor baby
kecik2 dah kena makan drugs
i've tasted the meds and it's really sweet!
patutla hamza nomnom sedap minum
today aku amik unpaid leave nak monitor hamza
Alhamdulillah dia dah tak demam
tapi antibiotic kena kasi habis
and dia mengempeng je kat aku
aku dah seriau ni srbab sabtu ni kenduri akikah dia
kalo demam gak memang tunda la jawabnya
















back to our anniversary story
surfacing and i memang takde plan celebrate apa
just nak pegi survey baby carrier je
lapipun kenduri ni nanti kira celebrate sekali lah
anywho...

to my dear surfacing
11 years knowing you, one year as husband and wife
I can safely say i'll never get tired of us
everyday is a new day
different story fill with laughter, sometimes anger
then in 5 minutes it become laughter again
You know, the first time I met you, I already knew you are the ONE
We've been through a lot and if i have to go through it again just to be with you
I WILL.
Love you my husband, my soulmate, my bestfriend, father to my child.




Come into these arms again 
and lay your body down 
The rhythm of this trembling heart 
is beating like a drum 
It beats for you it bleeds for you 
it knows not how it sounds 
For it is the drum of drums 
it is the song of songs



MY INTERMONOLOGUE:
Annie Lennox - Love Song for a Vampire



Friday, December 21, 2012

Frozen

Masa umur Hamza 19 hari, Surfacing and I did a mini photoshoot session
Photoshoot was done using 5d office punya plus lampu ikea kami seketul
Pukul 10 malam kami bogelkan kan Hamza
and gilir-gilir ambik gambar
Hamza pun relax je pulak tu maybe lighting tu bagi dia warm gitu
Yang best Hamza siap kencing masa Surfacing pegang and I captured the moment
tapi tak boleh letak gambar sini censored...ngeee









































Looking at these photos I'm really glad we did it
Kalau tak mesti tak ingat how small Hamza was
Masa dia lahir bila orang cakap ehh keciknya baby awak
aku tak rasa apa-apa pun
sebab aku rasa takdela kecik sangat dia ni
tapi bila compare photo dia dulu and dia sekarang
baru la aku nampak
yes, he was so tiny
and I miss my little tiny baby

















































Masa 1-2 months muka Hamza memang photostat muka Surfacing
Tapi dah masuk 3 bulan muka dah mengembang maka nampakla ikut muka bulat aku plak
Thank God aku capture gambar dia everyday
and ambik video walaupun gambar blackberry tak best
I know one day I'm gonna miss him as a baby
Oh Hamza you grow up so fast!


Hold my head inside your hands,
I need someone who understands.
I need someone, someone who hears,
For you, I've waited all these years.



MY INTERMONOLOGUE:
Coldplay - Til Kingdom Come

Fall Away























Berita ni a few days ago. Source kat sini
Aku yang membaca ni dah trauma
apatah lagi yang mengalaminya
Tak dapat aku bayangkan perasaan bapak dia yang nampak anak dia terhempas ke lantai
kuasa Allah SWT tiada kecederaan langsung
Aku berdoa baby ni akan kekal sihat ke akhir hayat

Terpaksa banned hospital Serdang macam ni..
ngeee

Thursday, December 20, 2012

Sleep Through The Static

Hamza dalam cot at 12.30am





















Sleeping pattern Hamza sejak lahir tak banyak beza
Biasa akan start tidur dari pukul 8-11pm
Minum susu
pastu tidur balik dengan senang
akan bangun balik untuk susu around 1.30 or 2.00am
and 4.30 or 5.00am
Tapi ada jugak pukul 10 malam still taknak tidur
tapi dah bad mood la sebab melawan mata
susu pun salah, dodoi pun salah, letak pun nangis
last resort nak bagi dia tidur peluk kuat-kuat sambil dodoi hayun-hayun tepuk sikit
sambil nyanyi lagu are you sleeping dengan nada yang tone deaf

dah melasak at 2.30am





















Sekarang gaya tidur dia pun freestyle
One minute dia tidur elok je sopan
tiba-tiba kepala dah kemana
ada sekali tu siap kepala dah pegi ke kaki..kaki ke bantal
aku pun pelik macam mana dia boleh pusing dalam tidur ni
kalau siang-siang memang tak penah pun nak pusing
Sekali Surfacing tengok dia memang dok kayuh kaki dia time tidur
siap guna kayu cot tu nak pusing badan
kuat betul kaki anak umi ni


Then  2-3 hari ni mood dia lain macam sikit
Bila bangun pukul 2 pagi gelak-gelak ajak main
kemudian beri-beri
pastu dah pukul 5 tu bila dah menyusu taknak tidur kat cot dah
nak tidur berpeluk dengan aku

yeee aku salahkan diri aku
sebab aku sendiri yang ajar dia tidur berpeluk tu time weekend
best woo tidur peluk anak ni...rasa nak buat selalu tapi tak bolehhh..hehehe
sekarang Hamza dah mintak nak tidur atas katil sekali
padan muka aku
Masalah bila dia tidur sekali ni buat aku rasa taknak bangun pegi keje...tu je...
ngeee
Sedapp sangat peluk badan bambam dia tu pastu cium bau dia wangi jee
Hamza pun kalau tidur ngan aku alahai tak bergerak langsung
kalau dalam cot tu kejap ek , bernafas kuat lah, batuklah,  berpusing lah
Macam-macam la akal dia nak suruh angkat
Tapi bila sebelah ummi ni baik je dia siap senyum-senyum lagi
gomol cemana pun dia buat tak tau je
Aduhai anakku

Hamza tidur Ummi tak tidur dok amik gamba



















Alamak rindu Hamza terus
Nasib baik dah pukul 4.00 petang nak balik dah
weeeeehooooo


MY INTERMONOLOGUE:
Jack Johnson - Hope



Wednesday, December 19, 2012

I'm Looking Through You

oh no Hamza, biar abah sorang je layan comic ok





















Hamza bila balik dari rumah babysitter amatlah ceria
siap bersembang dengan aku macam bercerita apa yang dia buat sepanjang siang tu
Bs aku kata hamza suka bersembang dengan anak-anak dia..patutlaa
so bila malam pukul 10 tu dia dah pengsan kepenatan

Anyway sambung tentang notes atau garis panduan yang aku bagi pada babysitter
aku bukanla nak tunjuk pandai sama BS tu sebab aku ni baru sorang anak
dia dah ada 3 orang anak yang nampak sihat dan cerdik belaka
Tapi anak orang dengan anak kita manakan sama
Apatah lagi anak aku ni late premmie
Penjagaan dia maybe lain sikit

aku tak tau adakah dia mommy yg macam zaman sekarang ni yang apa2 terus google
atau masih dengan ajaran turun temurun dari mak, nenek, nyang
yang pasti dia awal-awal bagitau dia tak tahu handle EBM
sebab dia tak pernah susukan anak lebih dari sebulan sebab takda susu badan

masa aku bagi notes ni aku go through satu-satu
bukan setakat bagi je
sebab aku nak terangkan and rasionalkan kenapa dan mengapa aku buat macam tu.
Notes to my BS as below...
kenala disertakan dengana ayat-ayat up sikit untuk menjaga hati sesama insan
ewahh



Tahniah, puan telah dipilih sebagai pengasuh baby Hamza.
Nota dibawah adalah sebagai panduan buat puan sepanjang mengasuh anak saya. 
Saya hormati pengalaman puan membesarkan anak-anak dan 
saya harap dengan pengalaman puan ini, baby Hamza akan dapat dijaga dengan baik.

Berikut saya sertakan notes cara saya menjaga baby hamza sepanjang 2 bulan ini 
sebab baby Hamza dilahirkan premature. 
Oleh itu penjagaan yang sebaiknya diperlukan terutamanya dari segi kebersihan.


FEEDING/ SUSUAN

1. Feeding setiap 2 jam. Timing feeding ikut last minum susu.
     Contoh: last minum susu pukul 7.00am
     Feeding time: 9.00am – 11.00am – 1.00pm – 3.00pm – 5.00pm

2. Hamza minum 3oz  setengah/ 100ml susu formula atau 3oz susu ibu.
    Sukatan 3oz setengah = 1 scoop + 3/4 scoop.

3. Sebanyak 6 botol yang telah disteril akan dibekalkan setiap hari. Tidak perlu guna botol 2x. melainkan feeding time berubah dan banyak botol digunakan, botol tersebut perlu direbus dengan air mendidih sekurang-kurangnya 5 minit.

4. Botol susu akan dibasuh oleh parents.

5. Susu formula tidak boleh diberikan terlalu kerap/ tidak mengikut waktu feeding yang betul sebab baby akan berak hijau.

6. Susu formula cuma bertahan 1 jam sahaja setelah dibancuh. Susu selepas 1 jam dan tidak habis diminum tidak boleh diberikan pada baby.

7. Susu yang hendak diberi pada baby perlu sentiasa ditutup dengan cap. Jangan biar puting susu terbiar tidak bertutup sebelum/ selepas digunakan.

8. Sekiranya susu ibu dibekalkan. Cara handle susu ibu:
  • Susu yang dibekalkan perlu disimpan dalam peti ais bahagian dalam sekali. Bukan pada pintu peti ais.
  • Ketika keluarkan dari peti ais pusing2kan botol supaya lemak kat dinding botol bersatu dengan susu. Jangan goncang sampai berbuih sebab nutrient akan hilang.
  • Panaskan jumlah susu yang nak di feed sahaja. Contohnya 3oz setengah setiap kali penyusuan.
  • Susu ibu tidak boleh dipanaskan pada suhu terlalu panas/ air mendidih sebab nutrient akan hilang. Rendam dalam air suam.
  • Susu yang dipanaskan tidak boleh disejukkan semula. Kena habiskan dalam masa 2 jam. (susu tahan suhu bilik selama 2 jam)
  • Susu yang telah diminum tapi tidak habis boleh tahan 1 jam sahaja. Lebih dari 1 jam jangan diberi pada baby.
9. Jangan buat:
  • Jangan bagi susu lain selain susu formula dibekalkan atau susu ibu
  • Jangan bagi minum air masak
  • Jangan campurkan nestum dalam susu
  • Jangan beri apa2 selain susu pada baby
  • Jangan paksa baby habiskan susu 
10. Perlu buat:

Pastikan baby burp setiap kali lepas feeding


MANDI/ PENJAGAAN

1. Hamza mandi 2x sehari. Selalunya antara pukul 8.30 – 11.00 dan 5.30- 6.00pm.

2. Sabun Johnson top to toe wash dibekalkan. Shampoo rambut baby sekali sehari sahaja.

3. Selepas mandi sapukan minyak telon pada perut, dada, betis, tapak kaki 
dan belakang badan.

4. Bedak hanya disapukan pada ketiak dan bawah leher. 
    Jangan sapu bedak pada muka sebab kulit cepat naik ruam.

5. Pakaikan Diaper Ointment setiap kali lepas mandi/ tukar pampers untuk elak ruam.

6. Pakaikan minyak baby oil pada rambut.

7. Pakaikan mitten dan booties/ socks. Sekali sekala boleh tanggalkan mitten supaya tangan dia stretch dibawah pengawasan. (Takut dia garu muka)

8. Tukar baju jika terkena muntah/ berak

9. Tukar diapers setiap kali dah berat. Jangan biar diapers dipakai terlalu lama.

10. Baju/ bip/ kain akan dibekalkan setiap hari dan dibasuh oleh parents.

11. Baby tidak perlu dibedung kecuali hujan lebat just bedung sampai dada dengan tangan dikeluarkan.


WAKTU TIDUR

1. Biasanya baby akan banyak tidur waktu pagi dan kurang tidur selepas pukul 1pm

2. Jangan buaikan baby.

3. Playpen akan diletakkan untuk baby tidur/ bermain.

4. Baby tidak pernah tidur meniarap.Jangan tidurkan cara meniarap takut SIDS 
(Sudden Infant Death Syndrome)

5. Pacifier/ puting dibekalkan sekiranya baby susah tidur. Pacifier yang telah digunakan perlu direndam dalam air panas sebelum digunakan semula. Pacifier tidak boleh diberikan ketika baby tengah lapar.


DO’S AND DON’TS/ KESELAMATAN

1. Sanitizer akan dibekalkan. Sila sanitize tangan setiap kali nak pegang baby/ feeding baby/ handle susu baby/ selepas tukar diapers

2. Jangan letakkan selimut pada baby/ bantal besar diatas baby.

3. Jangan tinggalkan baby bersendirian dengan anak kecil. Pastikan baby dalam pengawasan sekiranya anak kecil berhampiran.

4. Saya tidak benarkan anak pengasuh feeding baby/ dukung baby untuk elakkan kemalangan yang tidak dijangka seperti terjatuh atau tersedak.

5. Jangan biarkan kucing berhampiran baby Hamza.

6. Jangan handle baby ketika tengah marah, Redakan dan tenangkan diri dahulu.

7. sekiranya pengasuh tidak sihat, sila inform parents supaya parents boleh ambil cuti untuk jaga baby. 


Terima kasih atas jasabaik puan menjaga baby Hamza.
Selama 11 jam, baby hamza akan ditinggalkan dibawah pengawasan puan.
Saya amat berharap puan dapat menjaga Hamza
sebagaimana puan menjaga anak sendiri. 
Sayangilah Hamza sebagaimana puan sayangi anak puan.

Hanya ALLAH SWT yang dapat membalas jasa puan menjaga dan mendidik anak saya. 
Semoga segalanya dipermudahkan dan kita dilindungi Allah SWT.

TERIMA KASIH.


So far macam aku cakap takda masalah lagi, Alhamdulillah
Tapi tahap obses aku pada hygiene kadang-kadang melampau
Aku akan sanitize tangan sebelum pegang Hamza, sebelum susukan,
selepas susukan, sebelum basuh berak, selepas basuh berak,
pendek kata sebelum physical contact dengan Hamza, aku akan sanitize tangan dulu
Sebab ini adalah nasihat paed kat NICU sebelum discharge Hamza

Tapi bila dia duduk dengan babysitter....aku kena let go...
sebab aku tak boleh kawal setiap 10 minit nak call dia ingatkan mesti sanitize tangan
Apa yang aku buat ingatkan secara halus
Contohnya setiap kali nak ambil hamza, aku akan mintak izin pegi kitchen dia nak sabun tangan
and aku tanya "eh sanitizer kalau dah habis beritau ye"

Anywho,
macam aku kata every mommy ada cara penjagaan yang lain
But the ultimate goal tetap sama. to make sure our kids safe, healthy and happy.
Aku harap Lidya, babysitter akan kekal menjaga Hamza dengan baik
Aku bersyukur dipertemukan dengan dia.