Thursday, December 20, 2012

Sleep Through The Static

Hamza dalam cot at 12.30am





















Sleeping pattern Hamza sejak lahir tak banyak beza
Biasa akan start tidur dari pukul 8-11pm
Minum susu
pastu tidur balik dengan senang
akan bangun balik untuk susu around 1.30 or 2.00am
and 4.30 or 5.00am
Tapi ada jugak pukul 10 malam still taknak tidur
tapi dah bad mood la sebab melawan mata
susu pun salah, dodoi pun salah, letak pun nangis
last resort nak bagi dia tidur peluk kuat-kuat sambil dodoi hayun-hayun tepuk sikit
sambil nyanyi lagu are you sleeping dengan nada yang tone deaf

dah melasak at 2.30am





















Sekarang gaya tidur dia pun freestyle
One minute dia tidur elok je sopan
tiba-tiba kepala dah kemana
ada sekali tu siap kepala dah pegi ke kaki..kaki ke bantal
aku pun pelik macam mana dia boleh pusing dalam tidur ni
kalau siang-siang memang tak penah pun nak pusing
Sekali Surfacing tengok dia memang dok kayuh kaki dia time tidur
siap guna kayu cot tu nak pusing badan
kuat betul kaki anak umi ni


Then  2-3 hari ni mood dia lain macam sikit
Bila bangun pukul 2 pagi gelak-gelak ajak main
kemudian beri-beri
pastu dah pukul 5 tu bila dah menyusu taknak tidur kat cot dah
nak tidur berpeluk dengan aku

yeee aku salahkan diri aku
sebab aku sendiri yang ajar dia tidur berpeluk tu time weekend
best woo tidur peluk anak ni...rasa nak buat selalu tapi tak bolehhh..hehehe
sekarang Hamza dah mintak nak tidur atas katil sekali
padan muka aku
Masalah bila dia tidur sekali ni buat aku rasa taknak bangun pegi keje...tu je...
ngeee
Sedapp sangat peluk badan bambam dia tu pastu cium bau dia wangi jee
Hamza pun kalau tidur ngan aku alahai tak bergerak langsung
kalau dalam cot tu kejap ek , bernafas kuat lah, batuklah,  berpusing lah
Macam-macam la akal dia nak suruh angkat
Tapi bila sebelah ummi ni baik je dia siap senyum-senyum lagi
gomol cemana pun dia buat tak tau je
Aduhai anakku

Hamza tidur Ummi tak tidur dok amik gamba



















Alamak rindu Hamza terus
Nasib baik dah pukul 4.00 petang nak balik dah
weeeeehooooo


MY INTERMONOLOGUE:
Jack Johnson - Hope



3 comments:

cha said...

haha dh start byk akal dh tu u. nak ajak main pagi2 buta huwaa kalau i cmnela nk bgn tu huhu.

untungla tido peluk baby i skrg tido peluk hubby je eh? huhu :p

LisaLisut said...

comel je dia. Hannah masa 2 3 bulan cenggitu la dia. tapi msk 4bulan lain pulak. dia patah balik mcm masa br lahir. nk tdo kene bedung! hahaha

pet said...

cha: itula kadang2 dia saja batuk sebab dia tau kalau batuk kitorang semua menggelupur angkat takut dia tersedak. tapi aku tetap menggelupur angkat mana tau tiba2 dia betul2 batuk kan.hehe. cha, enjoy la life berdua ni puas2 esok dah bertiga tumpuan memang 100% pada anak for the first year ni..

lisa: nampaknya semua baby memang melasak time tidur ye..haha. tapi bestla hannah tidur sendiri je sekarang. Hamza still kena dodoi and peluk2..hehe. but yesterday pakai sleeping bag memang it work wonders! takde terbangun sejam sekali dah