Wednesday, December 19, 2012

I'm Looking Through You

oh no Hamza, biar abah sorang je layan comic ok





















Hamza bila balik dari rumah babysitter amatlah ceria
siap bersembang dengan aku macam bercerita apa yang dia buat sepanjang siang tu
Bs aku kata hamza suka bersembang dengan anak-anak dia..patutlaa
so bila malam pukul 10 tu dia dah pengsan kepenatan

Anyway sambung tentang notes atau garis panduan yang aku bagi pada babysitter
aku bukanla nak tunjuk pandai sama BS tu sebab aku ni baru sorang anak
dia dah ada 3 orang anak yang nampak sihat dan cerdik belaka
Tapi anak orang dengan anak kita manakan sama
Apatah lagi anak aku ni late premmie
Penjagaan dia maybe lain sikit

aku tak tau adakah dia mommy yg macam zaman sekarang ni yang apa2 terus google
atau masih dengan ajaran turun temurun dari mak, nenek, nyang
yang pasti dia awal-awal bagitau dia tak tahu handle EBM
sebab dia tak pernah susukan anak lebih dari sebulan sebab takda susu badan

masa aku bagi notes ni aku go through satu-satu
bukan setakat bagi je
sebab aku nak terangkan and rasionalkan kenapa dan mengapa aku buat macam tu.
Notes to my BS as below...
kenala disertakan dengana ayat-ayat up sikit untuk menjaga hati sesama insan
ewahh



Tahniah, puan telah dipilih sebagai pengasuh baby Hamza.
Nota dibawah adalah sebagai panduan buat puan sepanjang mengasuh anak saya. 
Saya hormati pengalaman puan membesarkan anak-anak dan 
saya harap dengan pengalaman puan ini, baby Hamza akan dapat dijaga dengan baik.

Berikut saya sertakan notes cara saya menjaga baby hamza sepanjang 2 bulan ini 
sebab baby Hamza dilahirkan premature. 
Oleh itu penjagaan yang sebaiknya diperlukan terutamanya dari segi kebersihan.


FEEDING/ SUSUAN

1. Feeding setiap 2 jam. Timing feeding ikut last minum susu.
     Contoh: last minum susu pukul 7.00am
     Feeding time: 9.00am – 11.00am – 1.00pm – 3.00pm – 5.00pm

2. Hamza minum 3oz  setengah/ 100ml susu formula atau 3oz susu ibu.
    Sukatan 3oz setengah = 1 scoop + 3/4 scoop.

3. Sebanyak 6 botol yang telah disteril akan dibekalkan setiap hari. Tidak perlu guna botol 2x. melainkan feeding time berubah dan banyak botol digunakan, botol tersebut perlu direbus dengan air mendidih sekurang-kurangnya 5 minit.

4. Botol susu akan dibasuh oleh parents.

5. Susu formula tidak boleh diberikan terlalu kerap/ tidak mengikut waktu feeding yang betul sebab baby akan berak hijau.

6. Susu formula cuma bertahan 1 jam sahaja setelah dibancuh. Susu selepas 1 jam dan tidak habis diminum tidak boleh diberikan pada baby.

7. Susu yang hendak diberi pada baby perlu sentiasa ditutup dengan cap. Jangan biar puting susu terbiar tidak bertutup sebelum/ selepas digunakan.

8. Sekiranya susu ibu dibekalkan. Cara handle susu ibu:
  • Susu yang dibekalkan perlu disimpan dalam peti ais bahagian dalam sekali. Bukan pada pintu peti ais.
  • Ketika keluarkan dari peti ais pusing2kan botol supaya lemak kat dinding botol bersatu dengan susu. Jangan goncang sampai berbuih sebab nutrient akan hilang.
  • Panaskan jumlah susu yang nak di feed sahaja. Contohnya 3oz setengah setiap kali penyusuan.
  • Susu ibu tidak boleh dipanaskan pada suhu terlalu panas/ air mendidih sebab nutrient akan hilang. Rendam dalam air suam.
  • Susu yang dipanaskan tidak boleh disejukkan semula. Kena habiskan dalam masa 2 jam. (susu tahan suhu bilik selama 2 jam)
  • Susu yang telah diminum tapi tidak habis boleh tahan 1 jam sahaja. Lebih dari 1 jam jangan diberi pada baby.
9. Jangan buat:
  • Jangan bagi susu lain selain susu formula dibekalkan atau susu ibu
  • Jangan bagi minum air masak
  • Jangan campurkan nestum dalam susu
  • Jangan beri apa2 selain susu pada baby
  • Jangan paksa baby habiskan susu 
10. Perlu buat:

Pastikan baby burp setiap kali lepas feeding


MANDI/ PENJAGAAN

1. Hamza mandi 2x sehari. Selalunya antara pukul 8.30 – 11.00 dan 5.30- 6.00pm.

2. Sabun Johnson top to toe wash dibekalkan. Shampoo rambut baby sekali sehari sahaja.

3. Selepas mandi sapukan minyak telon pada perut, dada, betis, tapak kaki 
dan belakang badan.

4. Bedak hanya disapukan pada ketiak dan bawah leher. 
    Jangan sapu bedak pada muka sebab kulit cepat naik ruam.

5. Pakaikan Diaper Ointment setiap kali lepas mandi/ tukar pampers untuk elak ruam.

6. Pakaikan minyak baby oil pada rambut.

7. Pakaikan mitten dan booties/ socks. Sekali sekala boleh tanggalkan mitten supaya tangan dia stretch dibawah pengawasan. (Takut dia garu muka)

8. Tukar baju jika terkena muntah/ berak

9. Tukar diapers setiap kali dah berat. Jangan biar diapers dipakai terlalu lama.

10. Baju/ bip/ kain akan dibekalkan setiap hari dan dibasuh oleh parents.

11. Baby tidak perlu dibedung kecuali hujan lebat just bedung sampai dada dengan tangan dikeluarkan.


WAKTU TIDUR

1. Biasanya baby akan banyak tidur waktu pagi dan kurang tidur selepas pukul 1pm

2. Jangan buaikan baby.

3. Playpen akan diletakkan untuk baby tidur/ bermain.

4. Baby tidak pernah tidur meniarap.Jangan tidurkan cara meniarap takut SIDS 
(Sudden Infant Death Syndrome)

5. Pacifier/ puting dibekalkan sekiranya baby susah tidur. Pacifier yang telah digunakan perlu direndam dalam air panas sebelum digunakan semula. Pacifier tidak boleh diberikan ketika baby tengah lapar.


DO’S AND DON’TS/ KESELAMATAN

1. Sanitizer akan dibekalkan. Sila sanitize tangan setiap kali nak pegang baby/ feeding baby/ handle susu baby/ selepas tukar diapers

2. Jangan letakkan selimut pada baby/ bantal besar diatas baby.

3. Jangan tinggalkan baby bersendirian dengan anak kecil. Pastikan baby dalam pengawasan sekiranya anak kecil berhampiran.

4. Saya tidak benarkan anak pengasuh feeding baby/ dukung baby untuk elakkan kemalangan yang tidak dijangka seperti terjatuh atau tersedak.

5. Jangan biarkan kucing berhampiran baby Hamza.

6. Jangan handle baby ketika tengah marah, Redakan dan tenangkan diri dahulu.

7. sekiranya pengasuh tidak sihat, sila inform parents supaya parents boleh ambil cuti untuk jaga baby. 


Terima kasih atas jasabaik puan menjaga baby Hamza.
Selama 11 jam, baby hamza akan ditinggalkan dibawah pengawasan puan.
Saya amat berharap puan dapat menjaga Hamza
sebagaimana puan menjaga anak sendiri. 
Sayangilah Hamza sebagaimana puan sayangi anak puan.

Hanya ALLAH SWT yang dapat membalas jasa puan menjaga dan mendidik anak saya. 
Semoga segalanya dipermudahkan dan kita dilindungi Allah SWT.

TERIMA KASIH.


So far macam aku cakap takda masalah lagi, Alhamdulillah
Tapi tahap obses aku pada hygiene kadang-kadang melampau
Aku akan sanitize tangan sebelum pegang Hamza, sebelum susukan,
selepas susukan, sebelum basuh berak, selepas basuh berak,
pendek kata sebelum physical contact dengan Hamza, aku akan sanitize tangan dulu
Sebab ini adalah nasihat paed kat NICU sebelum discharge Hamza

Tapi bila dia duduk dengan babysitter....aku kena let go...
sebab aku tak boleh kawal setiap 10 minit nak call dia ingatkan mesti sanitize tangan
Apa yang aku buat ingatkan secara halus
Contohnya setiap kali nak ambil hamza, aku akan mintak izin pegi kitchen dia nak sabun tangan
and aku tanya "eh sanitizer kalau dah habis beritau ye"

Anywho,
macam aku kata every mommy ada cara penjagaan yang lain
But the ultimate goal tetap sama. to make sure our kids safe, healthy and happy.
Aku harap Lidya, babysitter akan kekal menjaga Hamza dengan baik
Aku bersyukur dipertemukan dengan dia.

2 comments:

LisaLisut said...

wow.very details.which is good. i hari tu tulis tangan on paper je.huhu. dan pesan verbally. i rasa i kene type on paper dan bg lagi skali. just a reminder. thanks for this post :)

pet said...

ala lisa tak kisah tulis tangan asalkan ada pesanan berharga dari ibu. lagipun nursery memang ada system kan. I hantar kt BS so macam takut sikit sebab tak tau cara penjagaan dia. Takut jadi macam kakak i, ada ke BS dia pandai-pandai bagi anak buah i tu minum air nasik dengan alasan dia asyik nangis and tak kenyang minum susu. masa tu anak dia baru umur 2months! Nasib baik tak jadi apa-apa ok...apa-apa pun yang penting kita dah bagi notes, so antara dia amanah atau tak amanah nak ikut ke tak kan..