Tuesday, December 18, 2012

Some Trust


























Talking about babysitter aku rasa agreement/ kontrak sangat penting
Nursery lain lah sebab memang kena ada documentation
tapi kalau babysitter je mostly agreement tu dari segi verbal
based on trust je
aku tak boleh macam tu
Sebab aku nak letak anak aku dalam jagaan dia selama at least 10 hours
Kalau ada agreement ni baru la babysitter pun rasa dia ada tanggungjawab yang serius
bagi aku la

So ni contoh agreement aku dengan BS
simple je but cukup untuk aku rasa lega sikit masa first time hantar tu
Nak lagi best minta salinan IC sekali
Tapi aku tak sampai tahap tu la



PERJANJIAN PENGASUH


Nama ibu/ bapa         :_________________________
No Mykad                   :_________________________
Alamat                        :_________________________

Nama Pengasuh        : ________________________
No Mykad                   :_________________________
Alamat                        :_________________________

Nama bayi                  :_________________________
No Mykid                    :_________________________


TERMA DAN SYARAT

  1. Pembayaran pengasuh adalah berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ringgit Sahaja (RM300).

  1. Bayaran akan diberikan secara tunai pada setiap *minggu pertama setiap bulan/ Minggu terakhir setiap bulan.

  1. Bayi akan dihantar oleh ibubapa seawal-awalnya pukul 7.00am dan diambil semula selewatnya-lewatnya pukul 7.00pm. Ibubapa akan memaklumkan pengasuh dengan kadar yang segera sekiranya terdapat kelewatan atas kekangan kerja atau kecemasan.

  1. Bayi akan dijaga oleh pengasuh pada hari bekerja (5 hari seminggu).

  1. Bayi hanya akan diambil oleh ibubapa sahaja. Pengasuh akan dimaklumkan oleh ibubapa sekiranya bayi diambil oleh saudara terdekat.

  1. Pengasuh wajib menghubungi ibubapa sekiranya berlaku sebarang kecemasan/ kemalangan atau pengasuh tidak sihat. Nombor untuk dihubungi:
         Nor Lela Abdul Ghani (Ibu)            _________________
         Mohd Zulkarnain Mohd Azhar      _________________  
         Zarina Mohd Azhar  (Ibu saudara) _________________
         Mariah Binti Talib (Nenek)            _________________
       
  1. Pengasuh diminta mematuhi nota/ garis panduan yang disediakan oleh ibubapa.

* Potong mana yang tidak berkenaan


Tandatangan Pengasuh                                         Tandatangan Ibu/bapa


____________________                                     ____________________
Nama:                                                                  Nama:
No Mykad:                                                           No. Mykad:
Tarikh:                                                                 Tarikh

3 comments:

cha said...

Wah bagus ni u. Boleh tiru buat camni. In case jadi pape kan

LisaLisut said...

bagus la cara u ni babe. nursery i myb la legal etc.tapiiii i rasa mcm dorg pn kene ade benda2 ni. nursery i xde. hmmmmmmmmmm (pondering).
tetiba rasa cuak. huhu

pet said...

cha: template basic je sebab i pernah terkena masa sewa rumah. tuan rumah suruh keluar masa i pregnant 5 months. masa sewa tu i dah mintak agreement tapi ada je alasan dia drag tak bagi. lagipun dia macam makcik-makcik so kita percaya la. sekali terkena. pastu memang jadi particular benda-benda macam ni.

lisa: Kalau nursery legal should be no problem la lisa plus dia ada charts ye bagi minum pukul berapa and such. so no worries la. yang risau pengasuh la kan takkan nak bagi anak macam tu je..ihihihih. tapi tak kira la nursery ke pengasuh ke mode supermommy yang overprotective ni tetap on :)