Friday, February 15, 2013

Were Forgiven

Hamza buat rampasan kuasa dari ummi




















Pattern Hamza minum at 5 months
Currently Hamza minum 4 oz sekali feeding every 3-4 hours daytime
and can last up to 5 hours at night
Siang biasanya aku bagi 5oz je breastmilk pada babysitter
babysitter akan feed dalam 3-4 time je
balik terus DF and kadang-kadang kalau dia lapar
and takde stok EBM aku bagi juga FM dalam pukul 10 tu
Sekarang Hamza minum pukul 9 atau 10
then straight tak bangun sampai pukul 4-5 pagi
aku pulak terjaga-jaga risau kenapa dia tak bangun pukul 2 pagi
kadang2 sampai mulut dah kering pun taknak bangun minum
aku pulak yang dok sua BR kat dia


Feeding Bottle
















From day 10 aku dah bagi pakai Phillip avent advanced (PES)
Aku tak beli starter kit just beli 2 botol je...
tapi sucking very slow maybe sebab dia preemy
aku try bagi botol MAM yang menyerupai breast tu tapi dia tak layan
so aku continue pakai avent
Now aku ada 6 botol avent sebab senang tak payah basuh selalu
babysitter pun tak payah nak basuh
lagipun aku sterile botol everytime basuh
Now aku baru tau yang botol kena tukar every 6 months
So next month sedikit pokailah nak mengganti semua botol tu

Teats pulak aku pakai ikut umur
Masa hamza 1 month pakai teat newborn dia mengamuk minum  flow lambat sangat
So now dia pakai teats 3months+ (slow flow) yang ada 3 lubang
aku tak pakai high flow yang cross sebab takut laju sangat dia tersedak pulak
ada jugak kawan aku pakai teats newborn untuk anak 7 bulan
sebab taknak anak dia nipple confuse
at the end of the day, baby refuse to drink from bottle sebab flow too slow
flow breast pulak lagi laju kan
whatever it is, pilihan masing-masing lah sebab anak sendiri-sendiri


Sterilizer and Warmer















sterilization pakai autumnz yang aku beli sekali dengan warmer
dekat Onebabyworld dalam RM160+ masa tu ada sale
Bagi aku memang sangat berguna
kerja jadi cepat tak payah nak merebus botol
Selamat dan cepat
sangat berbaloi nak pakai long term and boleh letak dalam tempat steril up to 6 hours
Warmer autumnz aku mula-mula rosak
berjam-jam tak panas
so aku beli Little bean home and car warmer













and again sangat berbaloi
Bila mandikan hamza, aku letak ebm dalam tu...
10 minit dah warm
Very very convenient
Tiba-tiba warmer autumnz tu aku try boleh pakai pulak hampeh betul
Jadi aku bagi kat babysitter tapi dia tak start pakai lagi sebab aku asyik lupe nak bagi multiplug
(warmer ni pakai plug US yang 2 pin bulat tu)


Drying Rack














Mula-mula aku terpengaruh lalu beli Munchkin Deluxe Drying Rack
Harga not bad dalam RM 34+
Tapi aku pakai 3-4 kali je
Nothing wrong with the drying rack
cuma aku macam confuse
Bila aku dah sterile pastu aku biar dia terbuka macam tu tak bertutup
Means dah tak sterile la kan?
So untuk solve problem paranoid tak tentu pasal aku ni
aku pakai pureen BPA free feeding bottle box yang aku dapat hadiah

















and untuk keringkan aku pakai simple dimple drying rack yang ada penutup
Tak silap harga dia RM 18+ beli kat Jusco
Sesuai untuk kegunaan aku la sebab storage bottle untuk susu tak pakai banyak
Untuk orang yang banyak stok susu aku tak tau macam mana
Cuma satu je soalan aku yang tak terjawab walaupun aku google
Lepas dah sterile mesti ada air wap dalam botol
Boleh lap pakai tisu atau kain?
Atau just pakai je berair macam tu?
Confuse lah makcik
Usually aku lap botol yang nak pakai untuk breastmilk sahaja
so far ok Hamza takde alergic or cirit birit


Bottle Cleanser
















Sampai sekarang aku setia pakai
Babylove baby organic bottle cleanser
beli botol besar terus boleh tahan dalam 6-8 weeks
cost dalam RM35+
aku suka sebab dia macam air senang basuh
pastu memang botol tak melekit and senang tanggal milk fat
No color, no fragrance 100% organic


Bottle and Teat Brush brush


First year bottle brush

















aku dah banyak try and error
and I love love this product
First year bottle and teat brush - RM 14+
seketul and powerful
aku tak suka pakai yang ada span sebab 
bacteria tend to grow in sponges
Selain tu aku suke jugak Pigeon kalau tak silap RM12+
Lepas ni maybe aku nak try Basillic brush pulak nak buat comparison

Pigeon bottle brush















Anywho,
Kenapa aku cerita semua ni?
Sebenarnya aku nak beritahu
Kalau kita beriya ada barang itu ini pun
tapi kalau kita tak inspect the smallest thing
yang boleh bagi gigantic impact pada anak kita pun tak guna juga
It's about the TEAT

It happened yesterday
aku feed hamza macam biasa pakai botol
tak sampai 10 saat susu macam berkurang banyak
pastu aku dengar hamza minum glup glup menelan laju
aku heran lah apesal gelojoh benor anak aku ni minum
padahal baru je breastfeed an hour ago
aku tak sedap hati check puting susu (visual inspection)
sebab aku taknak pegang puting tu tangan kita bukannya bersih sangat
tak nampak apa2 unusual
so aku bagi lagi...

sama gak hamza macam tak cukup nafas minum
aku ingat sebab tekak dia berkahak
so what I did, bila aku bagi after 5 second aku keluarkan botol bagi dia telan dulu
tak sampai 10 minit susu habis
aku burp Hamza
letak dia...Then aku pergi dapur nak basuh and check teat again
aku isi air - tekan puting ke bawah
keluar air menjejer laju
YA ALLAH - TEAT KOYAK

Koyak ok..macam smiley face bawah lubang titik tu
hanya bila picit saja baru nampak koyak
Kalau sekadar tengok memang tak perasan langsung sebab bila basuh kan ada water particles
So bayangkan my baby minum dalam keadaan terpaksa
tak cukup nafas nak minum sebab too fast!
Allah...
I am so sorry my baby...Ummi sangat careless.
Alhamdulillah nothing happened to Hamza
Alhamdulillah Hamza tak tersedak.
Nasib baik aku ikut instinct nak restkan dia every 5 second minum
kalau aku bantai bagi je sambil tengok TV apa akan jadi?
Tak nak fikir.

So my point is...tak guna segala mala gadget kalau diri sendiri careless
So from now on, aku akan start inspect teats everytime basuh.
It's freaking important sebab kecuaian ini boleh sebabkan kematian.
Astagfirullahalazim.




















If anything happened to you yesterday, I will not forgive myself sayang.
Thank you Allah masih pinjamkan Hamza padaku.


6 comments:

LisaLisut said...

kacaknye la hai dia dlm baby cot.

ooo u know what?thats why cuci mencuci botol i bg husband i buat.dia lebih particular drpd i. i mcm cuci2 sterile n toss n dah.huhu.kalau dia siap inspect satu2.pttla lama kt sink. gagaga

i pkai autumnz warmer n sterilizer.err xtkr2 botol lg.heeeeee

Fara Atiqah said...

Frankly aku tak pernah tukat teat utk echa. still guna no 1 even sampai sekarang. haha. tp so far dia ok..taklah marah2 sebab susu lambat keluar.

cha said...

semua barang di atas nampaknya i kene ingat serius i ingat mcm takde pape sgt kalau nk ada baby. lebih mahal dr barang dapur pun ye haha

nasib baik takde pape kt hamza. yela buatnya tersedak kan. careful tau lepas ni

pet09 said...

lisa:
ehheh mekasih mummy lisa berkenan ke nak buat hamza menantu...hahaha
baguslah husband u very detail..now i pulak lama kat sink nak check satu2 teat.heheh

Fara:
wah ayu dan sabar betul echa minum yeh masih teat number 1..hamza masa 1 month tu dah mengamuk susu lambat flow..aku rasa typical baby boy yang minum laju and banyak. masa breastfeed je dia bersabar walaupun susu slow..hahah

cha:
barang baby memang costly cha tapi kita tak rasa costly..ha cana tu..haha..sebab cemanapun kena sediakan jugak untuk dia kan..susu and pampers je dah sama cost dengan shopping barang dapur sebulan.hehhe

BAIZURA NATASHA said...

Hai.i bru follow blog u. Tgh kumpul parenting knowledge ne.
Nice blog.

Btw.. Thanks remind utk cek teats. I just dont bother psl teats pun.

pet09 said...

hai baizura, thanks sudi baca blog tak seberapa ni :)