Wednesday, February 27, 2013

Just Got Wicked


Bumbo Seat
Weekend sebelum pegi usual fortress of solitude di amcorp mall
pegi Onebabyworld saja nak beli romper untuk Hamza pakai harian
Selain tu nak check bumbo seat
ada 2 brand..satu bumbo yang harga dalam 249
another one Bebe yang harga murah sikit RM160++ (Murah kejadah)
ada tester so letak la Hamza dalam tu


























Tapi nampaknya niat murni aku nak membazirkan duit tidak berjaya
Hamza macam ngam-ngam je dalam tu...
Peha debab dia kalau membesar lagi macam mana
Tak berbaloi


























ngee muka tensen sebab dia baru nak tidur masa aku letak dalam bumbo ni
Tray tu harga lain ye..dalam RM70 tak silap aku
Nampaknya ummi beli awak highchair atau fabric yang boleh letak kat kerusi biasa tu jela
Tak tau apa namanya
dalam diam rasa lega sebab better duit tu simpan untuk beli carseat dia...
hehehe

aku pelik napa bumbo size macam ni 
bukan anak orang putih badan gadang2 ke?
macam mana dorang nak muat dalam menatang ni
ataupun aku ni try kat hamza dah terlambat
patut waktu umur dia 4 months ke apa kan..


Evamatic Mat
Tenggelam si bambam ni dalam color splash




















masa chinese new year aku survey evamatic mat
sebab nak bagi Hamza tummy time dekat flat surface
Last2 nasib baik dapat beli dekat husnalilshop time stok tikar yang aku nak tu ada
aku beli evamatic ABC puzzle
so sabtu tu semangat ummi nya ni vacuum carpet and bentang tikar

Boleh tahan besar gak tikar ni
besar sikit dari katil single
Masa mula-mula bukak aku tak suka bau plastik
Tapi lama-lama hilang

muka excited kena baring




















Hamza memang nampak macam suka atas mat ni
Bila meniarap dia ralit sangat ngan texture mat tu 
dokla menggaru mat bunyi krapp krapp...
Tapi bila ada mat ni mainan dia yang lain dah tak nampak
pasal semua colorful sangat

Ralit dok garu tikar




















Tapi Hamza standard la paling lama dia boleh main atas ni adalah dalam 15 minit
Pastu ek ek minta dilayan

Berbaloi ke beli evamatic mat?
Bagi aku amat berbaloi sebab anak boleh buat aktiviti meniarap ke merangkak ke
Kalau muntah ke kotor boleh lap dengan air..senang
Harga pun taklah mahal..yang aku beli ni RM48 sekali postage
Cuma dia tak tebal sangat so kene letak atas carpet
Kalau atas lantai takut tak cukup tebal untuk support kepala baby
macam hamza dia suka terlentang secara tiba2 so base kena tebal dan lembut
untuk elak gegaran di kepala
evamatic mat ni aku letak kat rumah babysitter time weekdays



























Hamza seems to enjoy it for maximum about 20-30 minutes or so
Pastu merengek suruh orang angkat
Kalau orang tak layan dia, 10 minit dah merengek
so manja la baby boy ummi ni

anywho,
this is a video of my baby showing off to his abah his new skill
abahnya tak dapat tengok lagi anaknya roll
so petang tu dengan tak sabarnya tebarkan comforter and letak hamza
elok pulak dia nak roll tu depan abah
so excuse suara umminya yang over excited bebenor tu ye
biasalah new mommy ni kalau anak buat menda sekecik-kecik pun excited lebih


Hamza rolling 101


Thursday, February 21, 2013

Roll With It




















Dari sabtu lepas dapat je tikar evematic aku dah biar hamza main on the floor
Tapi kejap-kejap la
tau jela hamza ni manja lain macam suka dipeluk sambil tengok TV
Then monday aku bagi mat tu kat BS
suruh Hamza buat tummy time since dia spend banyak masa siang kat sana
Lidya cakap Hamza tak meniarap lagi tapi buat pusingan jam


Semalam aku ambik Hamza macam biasa
sampai je rumah macam biasala aku simpan susu kemas barang dia
letak dia dalam playpen
bila aku nak bawak dia naik atas nak mandi
aku tengok dia dok gigih mengereng



























aku angkat bawak naik atas letak kat cot sambil aku mandi
lepas mandi memang rutin aku kalau sebelum maghrib tu
aku tummy time dengan dia atas katil dalam 10-15 minit
before breastfeed dia
Selalunya aku akan tarik tangan dia guna jari aku untuk mengiring
then dia akan roll sendiri
but still aku tolong dia untuk mengiring dulu

bila aku letak dia atas katil
dia start mengamuk maybe sebab mengantuk sangat
and timing nak BF dah dekat sebab aku ambik dia lambat semalam
and automatically Hamza telah meniarap sambil mengamuk!
oh my oh my cepat cepat aku ambik video dia meniarap
tak kira la Hamza nak nangis ke apa video kena amik dulu
hahaha first time roll la katakan
ahh I'm so happy sebab dapat witness his first time
dah confirm sama babysitter masa balik tu dia belum roll..ngeee

Tapi pastu tak sampai hati nengok dia mengamuk
so peluk kuat2 manja ummi ni and bagi hadiah susu fresh dari badan
heeee

So, Hamza officially roll over pukul 6.50pm pada 20 Februari 2013
at 5 months 3 weeks (adjusted age 4 months 2 weeks)
Alhamdulillah.


Hamza meniarap


Today when I called his babysitter katanya Hamza tengah syok dok roll
wah wah kemain anak ummi bila dapat bakat baru
Alhamdulillah walaupun lambat sikit dari kawan sebayanya,
aku sentiasa yakin setiap baby itu genius
and they will do it when they are ready
so mommies yang risau anak belum roll ke apa don't worry too much
Believe in your baby

Ummi is so very proud of you my dear Hamza :)

Hamza sayang



Tuesday, February 19, 2013

The Time To Kill Is Now












Source: youtube

Aku yakin 2-3 hari ni semua ibu dalam Malaysia tengah stress
Sakit hati, bengang, sedih, hiba bercampur baur
Bila tengok maid indon lambung baby umur 4 bulan
macam roti canai je dia buat

Aku masa tengok dalam berita terus telinga rasa panas
sambil air mata mengalir laju
Killer Instinct aku serta merta datang
Astaghfirullahalazim
Serius, aku yakin bukan aku sorang je
kalau kita berada di tempat ibu bayi malang tu
Kita pun akan rasa nak bunuh, pukul, dera, lambung sepak terajang maid bodoh tu

Pada masa yang sama
Semua ibu-ibu yang bekerja kat Malaysia
yang hantar anak ke babysitter, ke nursery atau yang maid jaga
mesti hati jadi gentar
Terus ada rasa ragu-ragu
takut, cemas rasa macam loser
sebab takda pilihan lain
Walaupun Alhamdulillah tiada kejadian buruk yang menimpa
sebab yang menjaga anak kita ni baik-baik belaka, InsyaAllah
Tapi rasa uneasy tetap ada sebab bukan kita sendiri yang jaga















source: Utusan


Aku tak mampu nak proses kejadian tu sebenarnya
kenapa wujud nya syaitan ni?
amah setan ni dah pun dijatuhkan hukuman kena penjara 20 tahun
Al-kisah aku baca dari komen2 kat FB amah ni meroyan-rindu anak kat kampung
mampos la ko merempat dalam penjara
aku yakin orang2 yang mendera baby atau pedophile ni...
kalau duduk kat penjara memang dia la yang paling teruk kena buli kena pukul
kira low life punya criminal la

Baby Harez stabil ada kecederaan dalaman dan lebam di kaki tangan
Tapi dia tak sebut pasal pendarahan otak atau shaken baby syndrome
Tapi semalam dia admit semula sebab tak bergerak macam biasa
Allah...
Aku berdoa sangat baby harez sihat seperti sediakala
dan membesar dengan normal
Allah maha adil dan baby harez telah dijaga oleh malaikat, aku yakin

Bila aku baca dalam FB dalam banyak2 komen ...
ada komen yang agak menyinggung perasaan
katanya kenapa mak tu bodoh sangat bagi maid jaga, kalau tau beranak taula jaga anak...
aku sentap
Takpe..takpe...

kau mungkin belum ada anak
atau kau ada anak tapi ko kaya gila jadi kau tak payah kerja
atau kau ada anak tapi mak kau yang jaga jadi kau bernasib baik
aku jawab la bagi pihak mak harez ye...
TIADA IBU DALAM DUNIA YANG NAK ORANG LAIN JAGA ANAK DIA.
Tanya la sorang-sorang dalam Malaysia ni
ada ke yang sukarela nak bagi orang jaga.
aku yakin 100% kata tak.
semua terpaksa sebab nak cari rezeki, nak bantu keluarga dan mak bapak
nak naikkan taraf hidup keluarga
nak sama-sama contribute pada suami supaya kehidupan lebih selesa
dapat contribute beli rumah
dapat bayar hutang kereta, hutang belajar dan bagai-bagai
sekarang milo kosong pun RM 1.50
bayangkanlah betapa tingginya kos sara hidup especially yang tinggal di bandar.

so daripada kau kutuk mak dia yang dahla tengah sedih dengan anak kena dera
baik kau doakan kesejahteraan keluarga tu dan kesihatan baby harez.
Kalau taknak doa pun takpe, duduk diam-diam jangan cakap apa2.
haih.

















Baby Harez sayang,
comel sangat awak ni
Semoga sihat dan membesar jadi anak yang bijak dan soleh ye nak.
Kepada ibu Harez- Nina,
bertabah dan bersabarlah.
“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153)

Friday, February 15, 2013

Were Forgiven

Hamza buat rampasan kuasa dari ummi




















Pattern Hamza minum at 5 months
Currently Hamza minum 4 oz sekali feeding every 3-4 hours daytime
and can last up to 5 hours at night
Siang biasanya aku bagi 5oz je breastmilk pada babysitter
babysitter akan feed dalam 3-4 time je
balik terus DF and kadang-kadang kalau dia lapar
and takde stok EBM aku bagi juga FM dalam pukul 10 tu
Sekarang Hamza minum pukul 9 atau 10
then straight tak bangun sampai pukul 4-5 pagi
aku pulak terjaga-jaga risau kenapa dia tak bangun pukul 2 pagi
kadang2 sampai mulut dah kering pun taknak bangun minum
aku pulak yang dok sua BR kat dia


Feeding Bottle
















From day 10 aku dah bagi pakai Phillip avent advanced (PES)
Aku tak beli starter kit just beli 2 botol je...
tapi sucking very slow maybe sebab dia preemy
aku try bagi botol MAM yang menyerupai breast tu tapi dia tak layan
so aku continue pakai avent
Now aku ada 6 botol avent sebab senang tak payah basuh selalu
babysitter pun tak payah nak basuh
lagipun aku sterile botol everytime basuh
Now aku baru tau yang botol kena tukar every 6 months
So next month sedikit pokailah nak mengganti semua botol tu

Teats pulak aku pakai ikut umur
Masa hamza 1 month pakai teat newborn dia mengamuk minum  flow lambat sangat
So now dia pakai teats 3months+ (slow flow) yang ada 3 lubang
aku tak pakai high flow yang cross sebab takut laju sangat dia tersedak pulak
ada jugak kawan aku pakai teats newborn untuk anak 7 bulan
sebab taknak anak dia nipple confuse
at the end of the day, baby refuse to drink from bottle sebab flow too slow
flow breast pulak lagi laju kan
whatever it is, pilihan masing-masing lah sebab anak sendiri-sendiri


Sterilizer and Warmer















sterilization pakai autumnz yang aku beli sekali dengan warmer
dekat Onebabyworld dalam RM160+ masa tu ada sale
Bagi aku memang sangat berguna
kerja jadi cepat tak payah nak merebus botol
Selamat dan cepat
sangat berbaloi nak pakai long term and boleh letak dalam tempat steril up to 6 hours
Warmer autumnz aku mula-mula rosak
berjam-jam tak panas
so aku beli Little bean home and car warmer













and again sangat berbaloi
Bila mandikan hamza, aku letak ebm dalam tu...
10 minit dah warm
Very very convenient
Tiba-tiba warmer autumnz tu aku try boleh pakai pulak hampeh betul
Jadi aku bagi kat babysitter tapi dia tak start pakai lagi sebab aku asyik lupe nak bagi multiplug
(warmer ni pakai plug US yang 2 pin bulat tu)


Drying Rack














Mula-mula aku terpengaruh lalu beli Munchkin Deluxe Drying Rack
Harga not bad dalam RM 34+
Tapi aku pakai 3-4 kali je
Nothing wrong with the drying rack
cuma aku macam confuse
Bila aku dah sterile pastu aku biar dia terbuka macam tu tak bertutup
Means dah tak sterile la kan?
So untuk solve problem paranoid tak tentu pasal aku ni
aku pakai pureen BPA free feeding bottle box yang aku dapat hadiah

















and untuk keringkan aku pakai simple dimple drying rack yang ada penutup
Tak silap harga dia RM 18+ beli kat Jusco
Sesuai untuk kegunaan aku la sebab storage bottle untuk susu tak pakai banyak
Untuk orang yang banyak stok susu aku tak tau macam mana
Cuma satu je soalan aku yang tak terjawab walaupun aku google
Lepas dah sterile mesti ada air wap dalam botol
Boleh lap pakai tisu atau kain?
Atau just pakai je berair macam tu?
Confuse lah makcik
Usually aku lap botol yang nak pakai untuk breastmilk sahaja
so far ok Hamza takde alergic or cirit birit


Bottle Cleanser
















Sampai sekarang aku setia pakai
Babylove baby organic bottle cleanser
beli botol besar terus boleh tahan dalam 6-8 weeks
cost dalam RM35+
aku suka sebab dia macam air senang basuh
pastu memang botol tak melekit and senang tanggal milk fat
No color, no fragrance 100% organic


Bottle and Teat Brush brush


First year bottle brush

















aku dah banyak try and error
and I love love this product
First year bottle and teat brush - RM 14+
seketul and powerful
aku tak suka pakai yang ada span sebab 
bacteria tend to grow in sponges
Selain tu aku suke jugak Pigeon kalau tak silap RM12+
Lepas ni maybe aku nak try Basillic brush pulak nak buat comparison

Pigeon bottle brush















Anywho,
Kenapa aku cerita semua ni?
Sebenarnya aku nak beritahu
Kalau kita beriya ada barang itu ini pun
tapi kalau kita tak inspect the smallest thing
yang boleh bagi gigantic impact pada anak kita pun tak guna juga
It's about the TEAT

It happened yesterday
aku feed hamza macam biasa pakai botol
tak sampai 10 saat susu macam berkurang banyak
pastu aku dengar hamza minum glup glup menelan laju
aku heran lah apesal gelojoh benor anak aku ni minum
padahal baru je breastfeed an hour ago
aku tak sedap hati check puting susu (visual inspection)
sebab aku taknak pegang puting tu tangan kita bukannya bersih sangat
tak nampak apa2 unusual
so aku bagi lagi...

sama gak hamza macam tak cukup nafas minum
aku ingat sebab tekak dia berkahak
so what I did, bila aku bagi after 5 second aku keluarkan botol bagi dia telan dulu
tak sampai 10 minit susu habis
aku burp Hamza
letak dia...Then aku pergi dapur nak basuh and check teat again
aku isi air - tekan puting ke bawah
keluar air menjejer laju
YA ALLAH - TEAT KOYAK

Koyak ok..macam smiley face bawah lubang titik tu
hanya bila picit saja baru nampak koyak
Kalau sekadar tengok memang tak perasan langsung sebab bila basuh kan ada water particles
So bayangkan my baby minum dalam keadaan terpaksa
tak cukup nafas nak minum sebab too fast!
Allah...
I am so sorry my baby...Ummi sangat careless.
Alhamdulillah nothing happened to Hamza
Alhamdulillah Hamza tak tersedak.
Nasib baik aku ikut instinct nak restkan dia every 5 second minum
kalau aku bantai bagi je sambil tengok TV apa akan jadi?
Tak nak fikir.

So my point is...tak guna segala mala gadget kalau diri sendiri careless
So from now on, aku akan start inspect teats everytime basuh.
It's freaking important sebab kecuaian ini boleh sebabkan kematian.
Astagfirullahalazim.




















If anything happened to you yesterday, I will not forgive myself sayang.
Thank you Allah masih pinjamkan Hamza padaku.


Friday, February 08, 2013

Picture Perfect














my youtube account: sicnessurfacing09


I have a youtube account since year 2009
But I never uploaded anything
Until now.

I decided to upload some videos of Hamza from his birth at NICU
Those moments of Hamza learning new things really meant a lot to me
I have more than 70 videos captured from blackberry
so the quality is not that great but hey at least I can watch it over and over again

Now that I have it on Youtube my husband and family can watch it too
Kalau tak sebelum ni aku simpan sorang-sorang je dalam handphone
ngeee
I will keep updating if I have new video

Anywho longggg holiday weehooo
Happy chinese new year bestnya mengulit anak 4 hari ni
Rindu si bobopp


My Hamza so excited telling me about his day at mummy lidya's house


Kepadamu Kekasih






















source: FB PDRM


Buat Adik Muhammad Irfan Raiyan, Penghuni Syurga

Berhentilah menangis sayang
Jangan dikesal kelahiranmu
Jangan diratap nasib malangmu
Siksa ini hanya sementara
Bahagia selamanya menantimu

Kesatlah air matamu sayang
Dipukul dicela  tidak mengapa
Kerana Allah lebih menyayangimu
Dia yang maha Besar maha mengetahui
Dialah pelindungmu
Maha pengasih lagi mengasihani

Wahai anak
Anak yang tidak dimanja
anak yang bagai tiada harga
anak yang tidak berdosa
tiada pelukan dari bapamu
tiada ciuman dari ibumu
Hanya deraan dan kesakitan

Jangan digusarkan nak
Senyumlah wahai sayangku
Kerana syurga itu tempatmu
Ketahuilah janji Allah itu pasti

Damailah engkau di sana sayang
Al-Fatihah.



Adik Mohd Irfan Raiyan, 3 tahun telah meninggal dunia ketika dalam tidur
sewaktu nak dikejutkan oleh ibunya
Ibubapa mendakwa anaknya terjatuh dan terhentak di bahagian kepala
Laporan bedah siasat mengatakan anak ini dipukul dengan objek keras di kepala
mengalami pendarahan
kesan lebam, calar di badan dan rotan di kaki
Ibubapa kini direman untuk siasatan lanjut.

Sebagai seorang ibu,
hati aku sebak dan hiba
Tak mampu aku nak proses dan bertalu-talu soalan yang tidak terjawab dalam kepala aku
KENAPA KAU DERA ANAK KANDUNG SENDIRI?
TIADA PERASAAN SAYANG SEKELUMIT KAH PADA ANAK KAU?
IBU OH IBU YANG MENGANDUNG 9 BULAN
TIADA PERASAAN KASIHAN KE PADA ANAK SENDIRI?
KENAPA KEJAM SANGAT?

Anak adalah amanah Allah SWT
Tergamak kau mengingkari janji
Percayalah, takda satu hari pun yang kau takkan rasa menyesal
sekiranya benar kau dera anak sendiri
seumur hidup sepanjang hayat sampai mati.

Setiap kali aku tengok Hamza
aku peluk dan cium dia
bila teringat anak yang bernasib kurang baik
didera, dibuang ketika bernyawa
hati aku hiba sangat
Hamza kalau kena gigit nyamuk atau semut pun aku dah  susah hati

Tapi aku yakin Allah maha adil
Ya Allah ya tuhanku,
Kau pinjamkanlah anakku ini sehingga nafasku yang terakhir
Kau panjangkanlah umur kami sekeluarga
Sekiranya aku pergi dulu, aku harapkan ia berlaku ketika anakku boleh berdikari
Kau lindungilah anakku dari segala kesakitan dan kesedihan
Dan aku amat mohon padaMu,
Janganlah kau ambil nyawa anakku sebelum nyawaku.
Amin.






Pada Syurga di Wajahmu



















source: FB MHI



Al-Fatihah buat adik Adam Shukri
Setelah 10 bulan berjuang bernafas
untuk bersama ibubapa tercinta
akhirnya Allah SWT lebih menyayangimu nak
Jumaat dengan hujan lebat seawal pagi
seakan mengiringi jenazahmu
syurga itu terbuka luas untukmu

untuk ibu Adam Shukri,
Kekuatanmu amat dikagumi
Anak yang dipinjam untuk seketika akhirnya menemui Ilahi
Tidak akan Allah jadikan sesuatu dugaan itu sekiranya tidak dapat ditanggung oleh hambanya
senyumlah
kerana anakmu menanti di pintu syurga

Al-Fatihah.















source: FB MHI


* Besarnya kasih Allah, Jika dilihat pada gambar, Adam Shukri yang kulitnya
menjadi merah kehitaman kerana kurang oksigen kembali putih bersih
semasa dimandikan jenazahnya.
AllahuAkbar.


Thursday, February 07, 2013

5 months




















January 31, 2013 (5 months)
Weight: 7.5kg
Height: 64cm

Hamza dah masuk 5 months
adjusted age dia around 3 months 3 weeks
Last time aku ada update apa yang Hamza dah boleh buat masa 4months plus
Basically dia dah tau dia ada tangan
so dia akan explore tangan dia buat macam2 yang menghiburkan hati aku
kadang2 time duduk atas riba, siap tepuk2 peha aku dengan tangan dia
adui kelakar betul

So sepanjang 4 months ni milestone Hamza

1. Hamza nak duduk macam kat atas
Dia taknak baring macam baby dah..kalau baringkan sibuk angkat badan
kalau dapat duduk kat sofa macam tu sambil tengok babytv kemain la suka la hai
Tapi dia tak boleh duduk sendiri unsupported

2. Hamza belum meniarap
Yes belum meniarap tapi sibuk nak duduk cemana tu?
aku suka letak mainan belah kiri kanan dia tengok dia nak mengereng tak ambik and meniarap
Yang dia buat dia cuba capai dengan usaha yang tak putus pastu angkat2 punggung
bila dia boring dia masuk jari dalam mulut...
aduhai Hamzaku
Sekarang aku rajin suruh dia tummy time
and kepala memang dah kuat
siap angkat2 badan lagi tangan tegak macam nak merangkak
Tapi nak meniarap sendiri tak tahu..ngeee
It's ok my son, ummi akan bantu awak and take your time sayang
this months ummi beli evamatic mat supaya awak banyak main on the floor
tips dari mummy lisa ni :)
Aku memang tak risau and confident Hamza boleh buat when the time comes

3. Hamza suka lonjak badan
Favourite dia sekarang berdiri sambil aku pegang
then lonjak badan...
lagi aku sebut "jump" lagi laju dia buat
Sampai tahap lenguh tangan
kadang2 dalam kereta pun dia nak jump
awak tu 7.5kg nakkk oi

4. Sembur air liur
Ha yang ni memang sangatla serius
Kadang-kadang aku pakaikan bip sebab baju dia cepat basah dek air liur
Dulu aku selalu rasa macam eh kenapala orang suka letak bip kat baby tak comel la
sekarang aku sendiri yang buat..hahahah
kesian la pulak dia baju asyik basah and aku asyik nak tukar
sambil sembur sambil sebut "abuuuuu abuuuu"
sapa pulak abuuu nye sayang...sebut ummi dulu ok

















5. Semakin banyak sembang(cuma dengan abah saja)
 Punya la ummi bersembang dengan awak bukan main lagi
sambil mandi sembang, nak tidur sembang, dukung pun sembang
Tapi awak gelak je...
jarang2 awak balas sembang dengan ummi
Tapi kalau dengan abah dia...
baru abah dia buat muka dia dah menjerit kemain
sedih aii tauuu...
Tapi sekarang memang banyak bunyi dia buat siap menjerit bagai
Semalam aku cakap sama surfacing:

"eh awak tau tak semalam hamza menjerit kuat gila macam cakap haihhhh"
surfacing dengan muka takde perasaan cakap
"oh yee..dah tau dah..dah lama dia buat sama  abang"

yelaaaaa anak awak nak sembang sama awak je....
haih.

6. Jadual minum masih sama
Hamza masih minum susu badan + formula s26 gold
still minum 4oz every 3 hours
maximum dia boleh minum 5oz setengah je
tu pun terkeluar2 muntah
sekarang pattern dia Babysitter kata petang pas mandi petang pukul 5 taknak minum
walaupun last feeding pukul 2 atau 3pm
Kadang dia taknak buat susu sebab nanti memang membazir hamza tak minum
aku tau sebab apa dia taknak minum
sebab dia tau pukul 6 aku ambik dia dapat susu gantung
bila aku ambik dia balik je rumah duduk je sofa
dia dah start tonyoh2 muka kat badan aku
bila aku baringkan muka dah pusing ke BR and tangan dok nak selak baju aku
atau tangan dia terketar-ketar dengan kaki cycling
Hamza, awak ni memang fani
Serius, ummi terhibur dengan telatah awak.




















7. Tangan terketar-ketar
yang ni kelakar sebenarnya...
everytime he wants something
letsay nak susu ke..atau dah boring baring dia nak dukung ke
atau nak nangis ke..
dia akan bagi sign berbentuk tangan terketar-ketar dengan badan mengeras
Mula-mula BS aku takut tengok macam tu
Tapi sebenarnya memang normal itu perangai dia to get something from ummi
Kalau tak dapat...siap la menangis hiba dengan air mata berjejeran

8. Jadual tidur tetap sama
Still tidur siang kurang
malam tidur seawal pukul 8 atau selewat pukul 11
bangun dalam pukul 2 and 5 for feeding
sekarang dia dah pandai soothe himself to sleep kalau terjaga
by sucking his thumb
aku dah risau oh jangan la hisap jari
nanti jadi macam ummi hisap jari sampai besar sampai gigi jongang
(true story- aku hisap jari sampai darjah 5- malunyaaa..hehe)
Tapi nasib baik pas tertidur dia lepaskan jari tu..
pheww


























itu je yang aku dapat ingat
My mom said he is a very happy baby
senang nak gelak walaupun muka serius mula-mula
Some said manjanya anak ko ni tak boleh tinggal kejap
Well, it's my choice.
He's my son and I choose to hold him, hug him, comfort him whenever he needs it.
Takde istilah "jangan manjakan sangat"
he is still a baby for God sake of course kena tunjuk kasih sayang
Showing your love through what?
hold, hug, kiss, comfort :)


MY INTERMONOLOGUE:
Eric Clapton - Sunshine of your love

Monday, February 04, 2013

Big Me

Overweight selepas bersalin bukan isu zaman sekarang ni
aku serius jarang tengok orang overweight lepas bersalin
dekat office aku ni ada 5 orang deliver sama dengan aku
semua dah kurus kecuali aku
aku pun heran la...
dah macam celebrity hollywood pulak
habis pantang 40 hari turun berat berbelas kg
jeles aku

Year 2010 - 56kg


























aku memang kategori "ada isi" la
berat selalunya range 56kg-58kg
ada perut sebab suka minum nescafe
muka jenis bulat
selalu aku rasa aku patut kurus lagi

Tapi bila aku overweight macam sekarang ni
terus aku rasa macam menghargai sangat bentuk badan aku yang dulu tu
serius
Bila badan membesar ni
Ramai pulak yang bagi remarks kan

"ehh naikknya badan ko pet"
"awak memang gemuk betul ye lepas dapat hamza ni" - ayat best kawan  aku
"baru anak sorang ni..kalau ramai cemana tu "- ayat mak aku
"jaga sikit makan tu.,,jangan makan banyak sangat" - ayat nurse KK
"Tak berpantang ke aritu?" - ayat makcik mana ntah kat ofis ni jumpa kat surau
"eh dah bersalin kann??" - INI PALING KEJI
(aku cuba fikir positif yang minah ni tak perasan aku cuti 2 bulan aritu..huwaaaa)


Mula-mula orang cakap macam tu aku defensive la kan
aku akan jawab
"saya bersalin caesarean
atau
saya pantang sendiri je aritu takde bertungku berbengkung"
Tapi lama-lama aku menyampah
Like, why do I have to explain myself to these people?
It's my body, my life.
So kalau orang bagi remarks aku akan kata
"ha'ahh kuat makan sekarang ni"
dah settle.

Year 2011 (February- before jogging) -60kg























Year 2011 - 60kg




























Tapi serius like i said before,
bersalin c-section bukan lagi alasan untuk ko jadi gemuk bagi mereka-mereka ini
Malah aku sendiri tengok kawan aku ni c-section lepas 40 hari terus cantik badan
Jeles lagi sekali.

Berat before pregnant - 56kg
Berat sebelum bersalin - 68.5kg
Berat lepas pantang - 65kg (turun 3 kg jee haru kan)
Berat lepas 2 bulan ambil injection - 72kg
Berat sekarang - 73.5kg

Makin Hamza besar, makin badan aku membesar
Boleh tak aku salahkan injection perancang sekali
hahaha
ntah aku rasa dia contribute kepada pengumpulan lemak kat lengan dan bonbon aku
serius aku dulu gemuk lengan susah nak naik lemak

orang kata breastfeed boleh kurus
tapi aku mengembang ada la...maybe sebab tak fully breastfeed
Makan memang banyakla tapi takdelah sampai berpinggan-pinggan
biasa pagi aku makan heavy macam nasi
tengahari aku lunch nasi separuh +protein and sayur
malam tengok keadaan
kadang-kadang makan oat je
aku kena makan
kalau aku kurang makan, susu aku pun kurang
kesian Hamza nanti

Year 2011 after jogging - 54kg
























2011 - Wedding day - 54kg


Time macam ni memang aku rasa berpantang itu amat penting!
Apakan daya aku cuma mampu buat apa yang aku boleh buat masa pantang sendiri
Takpelah now baik kita focus pada future je
Aku tak letak target bila aku boleh kuruskan badan
Aku nak start jogging
sebab masa aku jogging 4-5 kali seminggu sejam selepas office hour
berat aku turun 6kg dalam masa 3 bulan
Tapi aku akan jogging bila masa mengizinkan

Serius aku takde masa sangat
aku bangun seawal 5.30 pagi - pam susu
kadang aku skip kalau penat sangat bangun pukul 6.00am
kemudian kemas barang/ basuh botol hamza yang pakai lewat malam
mandi keluar pegi kerja pukul 7.00am
Habis kerja pukul 5.00pm terus amik hamza pukul 6.15pm selalunya
sampai rumah 6.30pm
kemas barang hamza- basuh botol
buat laundry- mandi - susukan hamza- kalau rajin masak- kalau tak makan luar je
pukul 10 tu tidur kejap...pukul 12 bangun pam susu
lipat kain kalau ada
pukul 1 atau 2 pagi tidur balik

So bila aku nak jogging?
I will do it when I'm ready

2012- 6 weeks pregnant -56kg


























Buat masa ni terpaksa hidup dalam kegemukan
The thing about being fat is to find comfortable clothes
first aku stress sebab semua baju , jeans tak muat
baju kerja lagi la
aku terpaksa buat shopping kat jusco
dengan confident aku ambik size XXL baju kerja kat jusco scarlet
Tapi rupanya tak muat juga
lastnya aku shopping dengan SCARLET PLUS
kecewa kan?
Now semua t-shirt band aku tak muat
Semua size S dan M
Bila pakai sekarang dah macam pakai baju budak sekolah pulak
yang paling keji adalah aku boleh pakai T-shirt band Surfacing
haih

So my dear surfacing, nanti saya cari baju-baju awak yang best lagi tu ye
Awak pun bukan muat dah..


















Latest - February 2013 - 73.5kg























Anywho ada kawan-kawan aku dah start pm kat facebook jual produk kurus
aku belum terpedaya lagi
maybe sebab produk kurus ni mahal-mahal belaka.
Bila aku kata suruh sponsor, terus diam semua.
ada sapa-sapa nak sponsor aku ke?
ngeee