Showing posts with label sicnessurfacing. Hamza. Motherhood. solid food.. Show all posts
Showing posts with label sicnessurfacing. Hamza. Motherhood. solid food.. Show all posts

Friday, May 03, 2013

Like a Virgin
















Setiap kali bila masak bubur Hamza aku akan letak sikit Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
aku pakai Naturel Organic Extra Virgin Olive Oil
kiranya macam renjis2 dipilis je la tak payah banyak
kacau dalam bubur and letak dalam termos

Why Extra Virgin Olive Oil?
1. Olive Oil yang pertama - natural - cold pressed
2. Olive oil yang tak diproses and no heat is used to obtain the EVOO
3. EVOO ada monounsaturated fats- help lower bad cholesterol
4. Bagi "good fat" kat baby and help bone growth-
    memang recommended untuk baby premature for good weight gain
5. Segala mala vitamin ada dalam EVOO yang ada antioxidant
6. Good for brain and help prevent asthma
7. Senang lawas kan perut baby- tapi jangan letak banyak kang ceri beri pulak

No doubt EVOO memang the best, healthiest oil untuk baby
jarang sekali ada alergic reaction to baby
soalannya sekarang bila kita start menumis2...adakah sesuai pakai EVOO?
I heard that EVOO tak sesuai pasal bila panas dia jadi toksik
Lisa pun share info yang sama dalam komen entry lepas
also read about this from some of the mommies blog yang aku stalk

So I made some research dekat google.
memang banyak sangat artikel ada yang kata toksik ada yang kata elok je
dia deep fry pakai EVOO sampai dah beranak pinak sihat je tubuh badan
even western and Mediterranean pun berbalah-balah pasal ni
because Mediterranean memang guna olive oil their whole life 
kaya bebenor dorang ni kan

My conclusion lepas dah baca semua point dalam article:
1. No specific research atau evidence mengatakan EVOO bila fry akan jadi toksik
2. ANY oil yang kita fry dengan temperature yang tinggi akan keluarkan toksik
 tu sebabnya deef fry food tak elok untuk kesihatan.  
and the more reason why you SHOULD NOT fry your oil more than twice. 
lagi banyak kali pakai, lagi toksik minyak tu. bila kita makan kat kedai tu redha jela kan
ntah berapa puluh kali dia pakai minyak goreng tu..heheheh

3. Its always good to use EVOO as dressing - renjis dipilis je...baru la kita optimum
benefit kesihatan tu. Pure Olive oil ni dah process so kalau pakai untuk dressing khasiat
dia kurang sikit but still better laa dari Palm oil minyak cap buruh kita tu

4.Kalau nak tumis bawang pakai EVOO takde masalah.
EVOO ni dia punya smoke point very low hence it burns easily so flavour dia agak kuat
and sometimes effect rasa masakan.
So kalau nak tumis bawang untuk baby food pakai EVOO should be ok
as long api tak kuat and tumis kejap sahaja- not overheated
ada yang kata don't use EVOO yang dah burn beyond smoke point 
sebab masa tu lah dia release toxin.
(smoke point: masa minyak tengah berasap2 kepanasan)
Palm oil minyak cap buruh yang kita pakai tu smoke point dia tinggi
so nak belasah goreng ikan, ayam ke apa takde masalah

5. remember the rules: any frying oil will release toxic eventually
some people even said it's too expensive to fry using olive oil
and benefit dia pun dah kurang ..kira dah sama macam pakai minyak lain je
but EVOO is still the best oil of all.

whatever it is terpulang kepada masing-masing
now aku dah clear tentang nak guna Extra virgin ke pure olive oil
for me, untuk kita yang dah berpuluh2 tahun makan fried food ni 
takdelah nak kisah mana pun sebab aku memang tak pakai olive oil for deep fry
Minyak cap helang/ buruh/ saji jugak aku belasah
kalau konon2 rasa nak sihat sikit aku pakai sunflower oil
but for our precious baby, 
I think the best is just to drizzle EVOO dalam food yang dah panas
kalau nak tumis, make sure the oil is not overheated 

Kisahnya sama jugaklah to boil or to steam?
pilihan di tangan kita.
































btw aku dah try rosemary chicken marinade yang cik hazz kita suggest tu
memang sebijik rasa macam resepi yang aku share dulu 
so lepas ni pakai McCormick rosemary chicken marinade jelah 
pasal lagi senang dan confirm jadi..hahah
pastu aku berjaya jumpa apetina dekat jusco 
oh dear memang sedap makan dengan salad sampai tak cukup2 salad aku tu
aku rasa satu box apetina boleh makan untuk 4 serving of salad
cheese cube dia banyak sangat
Yesterday aku try pulak cajun marinade chicken
ohh I fell in love instantly
cuma tak berapa spicy la untuk cajun so aku boh paprika and cayenne
plus garlic beberapa ketul dan bawang holland
of course drizzle some olive oil
makan sama creamy mashed potato (again) and butter asparagus
surfacing pun suka yang amat 
pasni boleh buat selalu

anywhooo 
2 hari lagi 5 MEI
selamat mengundi kepada semua rakyat malaysia yang mendaftar
Pilihlah dengan hati dan conscience yang waras dan yakinlah dengan pilihan anda
Pilihlah untuk generasi akan datang
untuk anak-anak kita
undi adalah rahsia:)

aku akhiri entry ini dengan quote
HASTALAVISTA BEBEH
(ost Terminator berkumandang)

I'll be back!




Thursday, May 02, 2013

Solid Food for Love

2 sudu besar beras dapat banyak ni and habis

















So far hari-hari aku sediakan makanan untuk hamza
tak kira la simple ke apa
Cuma selalu time keluar la fail sikit aku tak sempat prepare
maka bila keluar kadang2 makan heinz botol tu

Sebelum ni aku google and stalk banyak blog cara penyediaan food untuk ibu bekerja
aku apply tengok mana yang sesuai

cara pertama:
1. blend beras untuk seminggu lepas cuci bersih and sangai atas api
2. masak bubur pakai slow cooker and masukkan frozen puree

bila masak aku tengok bubur tak cukup halus
satu hal aku nak blend pulak again
maybe masa 1st blend tak cukup halus macam tepung
so aku tak suka cara ni

Cara Kedua:
1. Basuh beras dan sangai sampai kering simpan dalam peti ais (buat stok seminggu)

aku suka gak cara ni tapi macam leceh la pulak nak sangai2 ni
lamaaa sangat nak tunggu betul2 kering atas api

Cara sekarang:
1. Rendam beras Basmathi dalam 2 jam (aku rendam pukul 9 malam)
2. Masak pakai slow cooker ( selalu aku letak ikan bilis or raisin)
3. Bangun pukul 5.30 pagi kalau nak masukkan sayur fresh mcm bayam ke apa (biar dalam 15 min)
4. Blender bubur dah masak
5. Panaskan atas api dalam periuk dan masukkan puree yang dah cairkan dari frozen siap2
 and masuk olive oil renjis je
    (kalau nak buat 2 jenis bubur aku panaskan balik asing2)
    contoh :
    - bubur dah blend pertama + puree labu+ puree carrot
    - bubur dah blend kedua+ puree cauliflower + puree sweet potato




bubur dah blend halus

panaskan atas api kecil
masukkan segala mala puree

















Untuk babysitter
Masukkan dalam Thermos untuk makan tengahari so dia warm sedap makan
untuk makan petang aku letak dalam bekas avent supaya bs boleh panaskan je dalam warmer
2 pinggan bertutup sekali dengan sudu
sipping cup (bs tak pakai dia senang pakai sudu je)
2 bip kain and bip plastik

Rutin preparation
aku suka cara sekarang sebab kurang step memasak
so far rutin aku bangun pagi pukul 5.30 kalau pakai sayur fresh
atau bangun pukul 5.50am kalau pakai puree frozen
penyediaan lebih kurang 30 minit siap steril botol basuh periuk bagai
6.30 cargas mandi, solat main sama hamza kejap
and off to work around 7.00-7.05am

setakat ni sekali je aku buat breakfast utk husband pasal tak sempat
ini namanya melebihkan anak ni..not good not good
ngeee kesian suamiku tapi dia tak kisah pun
he's not an early morning breakfast person
and dia bukan jenis minum air panas
dia makan around 9ish above or brunch heavy terus

contoh food hamza yang aku selalu dok ulang:
1. bubur+labu+ikan bilis+raisin
2. bubur+ sweet potato+ carrot
3. bubur+ ikan bilis+carrot+ potato
4. bubur+ pear+sweet potato
5. bubur+ broccoli+cauliflower+pear
6. bubur+bayam+ikan bilis
7. bubur+labu+pear+apple (favourite hamza)
8. Bubur+ betik+ raisin (aku tak suka la betik bau x sedap and bubur jadi cair)

buat masa ni aku stop bagi sweet potato premium warna purple
pasal bila bagi 4 hari terus beri2 dia keras berketul
so probably kena bagi sekali seminggu je
sweet potato lain dia ok
aku ni nak sangat letak kurma tapi tak jumpa pulak kat giant ke apa
yang jumpa kecik je dah dekat 50 ringgit kat cold storage...walaweh
Ikan aku nak introduce time 9-10 months
ayam aku hold dulu
seriau ni nak intro telur hopefully dia takdela alergic pasal telur ni protein yang baik
banyak omega

Ikan Bilis
ikan bilis ni standardla kena belah buang bahan hitam tu
and kena rendam dalam 2-3 jam untuk kurang salt dia
aku tak kuasa nak sangai and blend
aku buat dalam 3-4 ekor, belah, basuh,  rendam 2 jam and masuk terus masak dalam bubur
ada yang tak setuju pakai ikan bilis ni pasal dia dikeringkan
tapi aku letak juga penambah perisa

Tips
1. Frozen tahan 3 bulan - selalu aku buat weekly stock je
2. dalam Freezer tahan 48 jam
3. Raisin pakai warna hitam. yang kuning telah ada proses kimia untuk bagi warna tu
4. Brown Rice kena rendam 24 jam - refer sini
5. Rolled oat kena rendam dengan a few bahan - refer sini
Thanks vee for sharing kalau tak aku memang tak tau pasal rendaman-rendaman ini
6. Potato (white/ holland) tak digalakkan sebab kurang khasiat and another carbs to combine with rice
sweet potato is better
7. Pisang/ avocado/ betik tak payah steam
8. Refer la food chart kalau teragak-agak atau blur - 4 days rules applied
9. Kalau nak pakai butter cari yang unsalted
10. Kalau olive oil pakai extra virgin atau pure olive oil - terpulang pada masing2




















Hygiene
1. steril semua bekas makanan dia and beli yang bpa free
2. basuh air panas segala bekas yang nak guna buat puree/ bubur (sudu/ mangkuk)
3. lepas blend bubur aku panaskan balik dalam periuk khas hamza
4. lepas basuh mini blender aku bilas dengan air RO
5. basuh icebox tray with lid dengan warm soapy water dan air RO
6. Biar makanan sejuk sikit dalam masa 10 minit je sebelum masuk dalam fridge

Ntahlah masa aku start bagi makan aku risau sangat pasal hygiene bekas nak buat makanan dia
pasal ada certain things yang tak boleh steril
sampai aku tanya kat group HSFFYB
Last2 aku dapat jawapan dari mommies kat situ yang buat aku lega iaitu
TAWAKAL KEPADANYA
sentap kan tapi sangat betul.
kita dah buat yang terbaik untuk anak, akhir sekali tawakal dan percaya kepada Allah SWT.


Soalan

1. Raisin boleh masuk selalu ke dalam bubur? aku pakai kismis doa dan organic raisin
should be ok ke atau ada specific raisin yang lebih elok?

2. Baby sampai bila makan bubur blend? aku baca pasal baby led weaning...
try ajar anak makan finger food untuk asah gusi dia bagi kuat and untuk terima texture makanan...
so last week aku bagi la biskut heinz..
mula2 dia ok dok kemam..pastu biskut tu patah and dia main telan so macam nak tersedak..
adoi seriau betul aku...
probably lepas ni aku try bagi buah je kot

3. Bayam boleh buat puree ke? so far aku letak fresh 5, 6 helai tapi seminggu tak abis2 bayam tu



beriya pilih menu bubur labu jugak ko makan





















tiap2 hari aku semangat nak masak untuk hamza
sebab dia memang makan sampai abis
bila suap tu dia nganga je sampai merungut2 kalau lambat suap
aku harap hamza suka makan sampai lah dia dah besar
tapi dia tak suka air masak...dok sembur2 bila bagi but I never give up
and dia akan minum 2-3 oz susu lepas makan

aku happy akhirnya aku jumpa prune organic kat Jusco
before this puas aku carik prune mana yang elok pasal sunsweet tu process and ada gula
haih kalau untuk anak kemain la organic bagai
diri sendiri ni belasah je makan sukahati...ngeee
this week aku nak try bagi yogurt kat dia...aku beli farm fresh ramai mommy2 pakai
macam gila aku memilih barang kat jusco au keramat
semua fresh dan banyak sangat pilihan
tak sabar nak bagi hamza makan plum,honey cherry tomato, avocado, tofu, asparagus
badam and cheese
ahhh hope u like cheese my baby just like ummi and abah cheesy maniac
letak unsalted butter and tumis bawang
wahhh mesti sedapp
come on weekend sehari je lagi nak kerja ni.
and hopefully isnin kerajaan yang menang kasi cuti lahhh
aminnn.

favourite dia dapat duduk atas meja





















MY INTERMONOLOGUE:
Coldplay - Trouble

Friday, March 22, 2013

Try a Little Tenderness

Hamza first semisolid pada umur 6 bulan 9 hari
Ada orang yang tak berkenan aku bagi Hamza makan lambat
but I have my own reason
first:
Hamza baby preemy
macammana  sihat pun dia kat secara fizikal
but inside aku tak tau walaupun aku selalu berdoa yang baik-baik
I will always keep in mind yang hamza baby premature

2nd:
Semua signs dah ok kecuali dia takde langsung tunjuk minat nak makan
kalau aku makan depan dia bagi sudu pun dia buat taktau je
sampaila masa umur dia 6 bulan 7 hari tiba-tiba dia dapat pencerahan agaknya
maka harusla esoknya ummi dia kelam kabut beli barang itu ini supaya dia dapat makan
so Hamza officially makan pada 9 Mac 2013 (saturday) jam 2.30pm


Preparation





















Jumaat tu aku beli a few stuff to prepare his food
Mostly barang2 ni aku list lepas aku stalk blog mommies2 ni
Thank you so much lah pada mommy2 yang share gadget2
memang berguna untuk aku tak payah pening kepala kat kedai dah
aku beli avent mini blender sebab aku kalau pakai blender biasa susah nak jadi puree betul
yang ni memang confirm jadi puree baik punya..berbaloi baloi
beli pinggan pureen sebab ada cover and bpa free
sudu US baby konon2 heat sensor tapi hampeh tak jadi apa
sipping cup for beginner tommie tippee tapi seminggu pakai dah jahanam
so now aku pakai avent punya...best sebab rubber teat dia lembut and air senang keluar
baby cubes tu sebab takde pilihan...aku sebenarnya nak beli style icebox tu
tapi tak jumpa yang ada cover

aku sebenarnya confuse nak bagi puree ke plain rice
aku baca ramai kata better bagi plain rice sebab gluten free and takde alergic
pastu konon nak bagi kurma yelah sunnah kan atau pun labu
Tapi di hari kejadian aku telah bagi puree carrot



Day 1 (9 Mac 2013)





















Masa Hamza afternoon nap cepat2 aku steam 1 small carrot
just pakai steam yang dah ada
blend halus
letak susu ibu marmet situ jugak and taraaa
Hamza first semisolid food




















Aku memang saja buat cair sikit sebab takut sangat dia tersedak
Kami laki bini excited bebenor
laki amik gambar
aku pulak Bismillahirrahmanirrahim baca doa makan
suapan pertama

aumm apa ni ummi?

sedap jugak makan sama jari

kunyah dengan jari pun best




air apa ni tak sedap langsung





































Alhamdulillah hamza berjaya makan habis
sikit je dalam 1 setengah sudu besar actually
aku  bagi carrot 3 hari je sebab dia takda alergik apa
tapi Hamza benci gila air masak
adui bila aku bagi kemain dia tonggang cawan tu
tapi lepas tu berjejeran keluar mulut
sabar jela wahai anak


Day 2 - 10 Mac 2013

day 2 aku buat amount banyak sikit
memang banyak sangat kot
confirm tak habis


carrot lagiiii? blearghhh












































































pastu aku try bagi apple
dia reject buat muka masam nyaaa
padahal apple tu manis tapi taktau kenapa bila steam hilang manis
pastu sweet potato pun dia tak suka
plus masa tu dia tengah batuk kahak so appetite dia memang down
maybe later aku try lagi

Monday 18 mac 2013 aku start bagi plain rice
he took it well
so far sampai today dia masih on plain rice
first aku bagi brown rice dahla aku taktau yang rupanya brown rice kena rendam 24 jam
Thanks for this entry lara
nasib dia poopoo ok je tak sembelit
kemudian aku bagi beras faizah Basmati
kat kedai COOP ni jual RM9 je sekilo
esok aku nak try buat bubur letak bayam

anyway semalam selera hamza naik sebab dah sihat agaknya
makan sampai tak cukup
siap nangis sebab lapar lagi
kesiannya anak aku
lidya pulak inform aku through FB
sister in law aku kesian nengok hamza suggest bagi instant cereal
aku call lidya kata tak perlu bagi instant cereal, just bagi susu
lagipun untuk umur 1 year below ni susu masih makanan utama
1 year above baru susu adalah makanan pelengkap
memang habis ebm 4oz dia minum
gembiranya aku appetite dia dah ada




















aku bukannya obses gila taknak bagi instant food/ cerelac kat hamza
Kalau busy gila ke apa mungkin aku akan bagi jugak
in fact aku ada beli sepeket Bellamy organic instant rice just in case
cerelac beras pun ada tapi yang itu untuk ummi and abah dia makan..heheee
(ohh we loveeeee cerelac sedappnya la hai)

cuma at the moment biar dia makan homemade dulu
dia masih try and error makan
aku nak make sure dia tak alergik apa-apa dulu
am just following my instinct as his mother :)
Thank you to my surfacing sebab sebagai abah hamza
dia pun amat firm apa yang anak dia patut makan

anyway abah hamza juga berjaya ambik video first makan
makan siap angkat kening tak tahan
sebijik macam abah!