Hari ni ramai share kat FB kata-kata dari Ustaz Khairul Azhar Ghazali
Bila baca aku rasa sedih
sedih in a good way lah
because we as human mesti nak komplen
sakit sikit mengeluh
susah sikit terus give up
sedangkan lebih ramai yang diuji lebih dari kita
kehilangan orang tersayang
dipisahkan dengan anak
bersyukur lah dengan apa yang kita ada sekarang
Sometimes bila tengok orang yang kaya, pergi melancong sana sini
boleh beli apa sahaja dia nak mungkin terdetik di hati "bestnyaa"
tapi setakat tu sahaja lah
jangan bersedih
belajar bersyukur
belajar berusaha supaya kita juga mampu mencapai tahap itu suatu hari nanti
Bila tengok sekeliling terlalu banyak nikmat yang Allah berikan
diberikan suami yang baik, yang tak berkira tenaga dalam hal rumah dan anak
diberikan anak yang sihat tubuh badan dan sempurna
mak ayah, adik beradik masih ada
Keluarga mertua yang sangat sporting dan understanding
ada pekerjaan... disenangi oleh superior
ada kawan-kawan baik yang sentiasa bersedia mendengar dan membantu
ada kereta, ada rumah tempat berteduh
walaupun rumah sewa tapi ada bumbung, ada dinding
bukan homeless
pendek kata kehidupan adalah selesa
Kita mungkin tak kaya tapi kita ada kesihatan yang baik
kita mungkin susah tapi kita ada keluarga, suami, isteri, anak , ibubapa dan sahabat
kita mungkin tak cantik tapi kita bahagia
Terima seadanya dan sentiasa berusaha untuk yang terbaik
USAH BERSEDIH by Khairul Azhar Ghazali
1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...
2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...
3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.
4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.
5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.
6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...
7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.
8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...
9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...
Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...