Thursday, October 10, 2013

Throwback - Hamza admitted Ampang Puteri


Nak cerita pasal kes hamza admitted hospital for the second time
masa umur dia baru masuk 10 months
masa tu dia baru lepas ambik vaksin pneumococcal dose 2
masa tu hamza sihat macam biasa takde langsung tanda-tanda nak demam

sabtu - 6 Julai 2013 
balik tu badan hamza dedar macam demam sikit
tapi suhu cuma 38.0c je
nothing serious

Ahad- 7 julai 2013
aku kerja pagi tu kat rumah titian kaseh
balik tu hamza masih demam on off tapi suhu terkawal 37.5- 38.0c
isnin sepatutnya aku kena pergi kuala pilah outstation
tapi hati aku tak sedap je rasa sebab dia macam tak sihat

isnin  - 8 julai 2013 (pukul 5.00 pagi)
aku bangun sebab nak bersiap nak pegi kuala pilah
tapi tak jadi bila rasa badan hamza panas gila!
check suhu..Allah..
39.8c
terus jerlom dia and bawa pegi hospital selayang
kat situ doc bagi ubat bontot and ambik darah
suhu masa tu 40c
doc cakap darah ada infection sikit
dia bagi ubat demam je and suruh monitor suhu kat rumah

balik je rumah hamza mula taknak minum susu
muka dia lemah je
ubat tu patutnya boleh tahan 6 jam
tapi pukul 12 badan dia dah panas balik
again - 39.8c
terus call surfacing suruh dia balik
kitorang bawak terus pergi ampang puteri
confident hamza akan warded sebab suhu tinggi
and confident sebab insurans company surfacing masih boleh pakai


sampai je ER check suhu dah 40.1c
attendant terus bagi ubat bontot and pasang IV
honestly
I never been so scared my whole life
hamza tak pernah demam sampai suhu macam ni
muka dia pucat, takde senyum
akhirnya warded



Muka hamza lebam kan?
aku ingatkan cuma maksimum pun 3 hari jelah sebab demam
rupanya 5 hari kami kat situ
dahla kalini hamza pakai IV drip
memang kesian sangat nak bergerak susah
dia tak nak minum susu sangat
apatah lagi makan
aku terus sms bos dengan ayat

"anak saya masuk hospital demam panas di ampang puteri.
saya mohon  cuti ihsan untuk jaga anak sehingga dia keluar hospital. maaf dan terima kasih"

some people memang takkan faham bila kita sebagai mak ni kena ambik cuti everytime anak sakit
aku memang kalau bab anak sakit terus ambik cuti
don't really care what u think
family first

The first 3 days suhu hamza memang tinggi
sentiasa between 38.6 to 39.9
doctor bagi antibiotic
sampailah hari ketiga doctor wong cakap dia akan bagi different antibiotic
lagi kuat dia kata
aku seriously tak kisah
 just go with it
asalkan anak aku sembuh





Rabu - 10 Julai 2013

Hari Ketiga di hospital juga kita menyambut Ramadan untuk tahun 2013
sedih gak wey berbuka first kat hospital
My surfacing memang sangat tabah ulang alik hospital
beli makanan untuk berbuka
aku lepak kat wad je

time ni jugak first time jumpa Baizura Natasha
cewah
Time tu kenal kat blog, whatsapp je
thank u bai datang lawat and bagi kurma buat bekal sahur
walaupun nak masak rendang ayam untuk berbuka
tapi sempat datang haha

Khamis -  11 Julai 2013

Suhu hamza turun mendadak
no more demam
tapi ada masalah baru pulak- CIRIT
setiap kali aku tukar pampers dia mesti ada cirit
sudahnya setiap sejam aku tukar pampers
mungkin kesan antibitiotic
IV dah tak pakai
mula aktif yang amat dok memanjat sana sini




Time tu jugak timbul masalah lain
tiba-tiba naik ruam satu badan dia
panik dah aku ingat campak
tapi nurse kata ni mungkin "ROSEOLA" atau dorang pakai 3 days fever
Bila aku google memang sama sangat simptom dia
First 3 days demam suhu tinggi-
pastu suhu turun badan naik ruam
tapi ruam tu kejap je 
macam hamza lepas 6 hours ruam tu surut

Jumaat - 12 Julai 2013
Doctor Wong kata dah boleh balik tapi petanglah
sebab nak habiskan last dose antibiotic dia
aku dah planning nak masak macam2 untuk berbuka
rindu weyyy makan masak sendiri tapi
sebab pakai insurans..
makanya 2 jam pun tak siap lagi tunggu clearance
akhirnya buka hospital jugak
dekat pukul 9 malam baru dapat discharge
Redha jelah sebab bukan bayar sendiri kan
bila tengok bil memang tak mampu nak bayar sendiri pun 
lucky us sebab surfacing hujung bulan tu resign dah..haha


bilik single ampang puteri

So cemana Ampang Puteri?
Sebab aku pernah duduk pantai before this aku rasa servis Pantai lagi better
nurses dia more friendly
makanan pun tak boleh pilih macam Pantai
nak steril botol kena kasi nurse pulak
macam pantai dulu dia bagi bekas steril letak dalam bilik aku sorang je pakai

tapi dapat duduk bilik single
masa first masuk tu dapat bilik double sebab tak cukup bilik
trauma aku dengar budak2 menangis dengan bapak budak tu batuk macam kena tibi je
pukul 2 pagi aku mintak tukar bilik and nasib baik ada
pheww

Pasal bil duduk 5 hari untuk bilik single biasa + ambik darah+ test denggi and H1N1+ antibiotic
lebih kurang 4k++
marilah kita sama-sama ambil insurans untuk orang yang tersayang ye
iklan pulak tak pasal

anyway masa hamza demam ni dia ada 2 development
1) tumbuh gigi atas bawah
2) dia jadi BEAR macam gambar kat bawah ni dan hempas badan atas katil

ngeeee





Selepas keluar hospital Alhamdulillah Hamza ok dah
takde demam or selsema until recently lepas inject MMR je dia selsema sikit
 like I said, lepas demam dia tiba2 tak boleh makan telur
sampai delay inject MMR 2 minggu
now dah boleh makan
tapi selera makan dia dah tak macam dulu
kejap ada selera kejap food strike
macam sebelum demam ni dia boleh makan semangkuk penuh dengan lajunya
I guess it's part and parcel of growing up

Ummi berdoa sangat semoga hamza sihat tak masuk wad dah
ada jugak yang macam buat ayat kat aku
macam aku ni tak pandai jaga hamza lah masuk hospital sampai 2 kali dalam setahun
ada jugak buat ayat macam riak anak dia tak pernah pun masuk hospital
takpelah rezeki masing-masing kan
cuma jangan cakap takbur sangat ok
aku terima ni sebagai ujian dari Allah SWT
Ini bahagian kami
bahagian kamu tak tahu lagi
semoga semuanya baik-baik saja.

4 comments:

LisaLisut said...

yeaaa still remember those hard times. kite sume pn br kenal ms tu hehe.. hamza dh sihat dh pn ha. yay!

adlyn833 said...

pet,mulut org memang tak boleh nak tutup.hadap jela.belum kena batang hidung sendiri boleh nak cakap mcm2 kt org.pasal mkn tu,anak i hadif hrtu pun cmtu.lps cucuk MMR selera kejap ada,kejap takde.but,skrg dah ok.budak2 nak membesar mmg camtu.tgh lasak and asyik fikir nak main je...
hope hamza sihat2 aje lepas ni ye..

BAIZURA NATASHA said...

Sedih pulak I baca kisah hamza masuk hosp ne.

Tapi u memang gigih pet, hamza dah admitted pun u blk rumah sempat prepare foods utk Hamza.

Hana Soffelia said...

I faham perasaan u pet. Bila anak sakit memang tak boleh fikir ape. Kalau kena bos yg jenis tak faham, i pun lantak pi jelah. janji sms siap2.. Naurah pernah demam paling lama 3 hari, itu pun i cuak semacam. Tapi tetap boleh dikawal suhunya. Kalau naik macam hamza, confirm i pergi hospital gak.

Btw, lawak u cakap "lucky us sebab surfacing hujung bulan tu resign dah..haha"
haha memang lucky. ;-)