Wednesday, September 04, 2013

12 Months Check Up





















so pagi tadi aku pergi check up hamza 12 months dekat KK
means ada injection MMR lah
but aku berjaya dapat delay MMR lagi 2 minggu

selalunya aku tak share cerita checkup kk sebab nurse semua baik-baik
servis pun ok tak lambat since aku suka pergi waktu petang
but today I'm a bit annoyed with one of the nurse

aku sampai 7.45am
check berat around 8.30am
8.40am terus jumpa nurse
macam biasalah tanya perkembangan baby semua ok
then aku bukak cerita mintak nak delay injection MMR
sebabnya sejak hamza admitted  viral fever dia ada macam alergic reaction
bila makan telur
padahal sebelum ni ok je makan telur sebiji
so aku terpaksa buat ujian telur all over again
setakat ni dia dah pass makan kuning telur
putih telur aku belum try since ujian tu kan makan telur 2 kali seminggu
so next week baru aku nak bagi makan putih telur pulak

nurse yang check hamza tu ok
tiba-tiba ada nurse depan tu menyampuk dengan suara high pitch

Nurse: "eh kenapa nak delay inject pulak, dah bagi makan kek???"\

aku pun terpaksa la cerita balik pasal kes hamza muntah teruk makan telur
pastu dia soalan yang sama lagi

Nurse: "DAH BAGI MAKAN KEK?"

aku: "oh saya tak bagi anak makan kek, saya tak bagi makanan manis...
saya buat ujian telur kat dia...telur tu saya letak dalam bubur"


Nurse: bagi jelah makan kek, dalam kek tu kan ada telur. kalau dia alergik
5 saat lepas tu terus merah-merah muka dia..skang dia dah setahun bagi sajalah makanan

keluarga tak payah nak itu tak boleh ini tak boleh"

wah wah wah aku rasa macam apehal kau nurse annoying gila ni kenapa?
suka hati aku lah aku nak ikut rules bagi telur macam KKM sarankan tu
bukan kau nurse KK patut kau bagi aku maklumat tentang ujian telur ni
yang ko sibuk2 nak bagi anak aku makan kek kenapa??
Kenapa kau nak kecoh pasal pemakanan anak aku pulak?

tapi aku jawab lah elok-elok:
"ha takpa, saya buat ujian telur dulu nanti dah lulus saya inject MMR tu 2 minggu je pon"

pastu dia dok bebel bebel lagi
"Awak bagi jelah kek harini tengok tak alergik esok dah boleh inject
tak payah nak tunggu 2 minggu. lagipun awak kata anak awak makan petang malam muntah
tu bukan alergik..kalau alergik 5 saat terus merah muka..maknanya bukan telur lah"

woi nurse, kau ada ke hari-hari jaga anak aku?
kau ada ke masa anak aku muntah macam air paip dalam tido lebih dari 10 kali
kau ada ke masa anak aku warded 5 hari sebab viral fever?
masa belajar tu kau tido ke nurse?
alergic reaction tak semestinya muka merah-merah..different baby different reaction
macam-macam boleh jadi lah

Tapi aku yang sabar ni menjawablah
"Its ok sis dia ni pun alergik tiba2 lepas viral fever tu..mungkun perut dia tak tahan
lepas kena demam teruk tu. selagi dia tak pass ujian telur saya tak confident nak inject dia"

 Dia yang tak puas hati lagi provoke aku
"awak bagi lah kek , roti..kalau dia alergik dia merah muka sesak nafas jeeee"

OHMYGOD
nurse ko tak faham bahasa ke aku ni MAK SKEMA
 MAK BY THE BOOK YANG IKUT 4 DAYS RULES DAN UJIAN TELUR
YANG TAK BAGI ANAK MAKAN GARAM DAN GULA
YANG MASAK BUBUR UNTUK ANAK HARI HARI
 and what do you mean by SESAK NAFAS JE???
kau baca tak garispanduan farmakovigilans tu nurse?
AEFI terjadi dalam masa 24 jam sehinggalah no time limit
yang kau kata 5 saat je  tu apa?
FYI, AKU BUKAN ANTI VAKSIN YE NURSE.
I AM FULLY AWARE ABOUT VACCINATION
So tak payah treat aku macam aku ni taknak inject MMR pulak

pastu nurse yang check hamza potong
"takpelah kita bagi 2 minggu awak buat ujian telur ye"
then dia tanya
"hamza dah pandai tepuk tangan lambai-lambai ke?"
aku jawab lah oh tu belum lagi tepuk-tepuk meja dia pandai lah
(sambil hamza dok tepuk meja dia)

TIBA TIBA AGAIN NURSE ANNOYING TU MENYAMPUK
"Ehhh tak pandai lagi?? Budak umur 9 bulan pun dah pandai tepuk tangan tau"

WHAT THE FUDGE KAU NI NURSE
MEMANG MEMINTA NAK KENA PIJAK MUKA KE

Tapi sebab aku ni emak yang penyayang aku pun jawab
"TAKPE TAK PANDAI TEPUK TANGAN JE, TAPI YANG LAIN HAMZA DAH PANDAI
KAN HAMZA KAN"
(Sambil macam cakap sama anak aku)

Dia diam...nurse depan aku pun cakap
"Takpa nanti mommy ajar dia sampai pandai ye"

aku pun jawab
"Ye saya ajar nurse, saya takkan putus asa, hari-hari saya ajar dia"
dan terus aku tak pandang muka nurse annoying yang PMS tu

tiba-tiba dia tanya
"Anak awak premature ke?"

dengan kuatnya aku jawab
"YE ANAK SAYA PREMATURE LAHIR AWAL SEBULAN"

Terus dia diam dan sepanjang consultation takde sebut apa-apa dah.
Lain kali sebelum menyampuk selidik dulu latarbelakang patient
jangan nak jadi nasi tambah yang dah basi

Seriously sepanjang aku berurusan dengan hospital kerajaan klinik kerajaan
ni lah first time aku jumpa nurse yang annoying
cuba respect lah decision orang
bukannya aku ni anti vaksin ke apa
aku ni nak delay with condition ada sebab kenapa
bukan saja-saja je
and kenapa kau nak banding2 kan anak aku dengan anak orang
kau tak belajar ke development budak tu lain-lain?
I mean come on woman, stop judging my child just because he can't clap his hands???
He's only 12 months 3 days for God Sake!!!
 
Anyway, aku takdelah marah sangat
cuma annoyed je dengan orang macam ni
apa-apa pun aku tau Hamza boleh buat semua tu, InsyaAllah
cuma lambat atau cepat je
Its ok hamza, ummi never judge you
just do it when you are ready ok
setakat tepuk tangan apa barang, kita main drum angin kannn
lagu Metallica lagik

Anyway
check up hamza today
Tinggi 74cm (tiada perubahan)
Berat 9.2kg
semua normal (kecuali tak boleh tepuk tangan menurut nurse bengong)

Love you son.

12 comments:

Asz Miza said...

Hahaha..bongok nye nurse..apsal tah annoying sangat kan.."sesak nafas je" palotak dia "je"..nak paksa sangat bagi makan kek apsal..agaknya dia meroyan tak dapat makan kek kot? Hahaha

LisaLisut said...

Hehe gelak aku dgn nurse sengal ni. Ignore her. Hamza ok je

Fara Atiqah said...

hahaha..apa punya nurse la.
btw, aku pun bukan anti vaksin, tapi aku x bagi pun MMR kat Echa..

aku rasa nurse tu bengang tak dapat makan kek birthday hamza kot. haha.

Umie Aisya said...

Ya Allah super annoying ok nurse tu.beriye2 paksa mkn kek.wat theeeeee!xpe pet kte je tau keadaan anak kte mcm mane.ignore her

BAIZURA NATASHA said...

Bengong punya nurse.. Ko apehal sebok benchmark setahun dh pandai tepok tgn. Haish la. sedih bila dia nurse patut lagik tau psl allergic, pasal development baby tak sama, tapi cakap pasal orang takda ilmu.

Teefa Rosly said...

Ya Tuhan ada jugak nurse gitu. Our child, our choice. Kalo dia tau anak i dah almost 11 bulan takleh merangkak, mesti i kene maki kat situ.

good job on standing up for your right, pet!

cha said...

nurse tu pms kot. cakap macam tak belajar habis je dia haha. takpe hamza lama-lama hamza pandaila umi ajar kan.

bylindakitchen said...

hahhha....mmg mintak pijak nurse camtue kan...
kita tau lah anak kita..banyak soal plak..pastue tanya memacam cam tak puas hatie..huh!

Hana Soffelia said...

OMG! i yg baca story u pun naik hangin ni. Kalo dengan i ni memang nak kena maki ni. Nasib baik nurse kat sini baik2 walaupun memang ada yg muka annoying jugak tapi pedulik ape kan? cuma tak suka tu dia orang ni kaki sembang, slow gila kot buat keje.

pet09 said...

miza:
nurse tu cukup tak puas hati aku x bagi anak makan kek tu...mesti dia kata "ahh one of those modern mom kononnn"

lisa:
yeah mmg ignore tapi annoyed je rasa..haha

fara:
oh yeke ko x bg mmr eh? tapi takpe echa makan shaklee hahah

umie:
itulah yg aku annoyed tu dok ulang banyak kali suh makan kek.

bai:
tu sebab kadang2 orang marah dengan nurse kk ni..tapi most of the time dorang ok je..tu i ckp ni first time jumpa nurse pelik

teefa:
itulah babe nurse ni boleh pulak nak judgemental pastu mcm nak blame kita x cukup encourage budak tu. sometimes we just gotta stand for what we believe:)

cha:
itula like lisa kata..tak dapat malam tadi.haha

pinkie:
mesti u emo sekali baca ni kan hahaha

hana:
betulllllll...sebenarnya boleh je laju tapi dok menyembang je nak cop buku pun lembap..saba jela..tapi now sejak ada sistem nombor giliran dah cepat sikit


Syima Syaz said...

part sesak nafas JE tu memang annoying sangat

i 2x je bawak aisya pergi KK, pastu malas. tapi nasib dah tak bawak check up kat KK sebab aisya alergik telur, kang nurse KK urgue napa tanak MMR anak. dah lah jenis tak pandai melawan...

Hazz said...

Kahkahkahkah.. Miza, (thumbs up) ;))

Bengong arr nurse mcm ni. Awat ntah dia pulak yg meroyan sgt..