Monday, June 03, 2013

A Matter of Time

happy 9 months sayang





















hamza dah 9 months
Ya Allah how time flies
ummi masih ingat masa bawak awak balik
masih dalam mode tak percaya ummi dah ada awak

hamza day 5














hectic weekend
bestfriend bromance surfacingku datang dari sabah
ahad pulak stay at home tapi banyakkkk sangat kerja
today datang office lambat sebabnya aku tak mampu angkat badan nak mandi
pukul 7 baru bangun and pukul 9.15 baru sampai office
dahla editor EL and producer pun lambat dari kampung
makanya bos menyinga dengan sarcasm

jadi aku nak port mortem sikit kenapa aku penat sangat ni
usually memang kerja2 mengemas aku yang buat
surfacing memang boleh diharap kalau disuruh
tapi kalau surfacing ku kemas nanti ada je yang tak kena kat mata OCD ku ini
lagipun aku suka sorang buat kerja, sorang mesti layan anak supaya anak tak rasa boring
dahla kesian hari-hari biasa duduk rumah babysitter
biasanya surfacing akan buat tugas2 manly saja macam buang sampah and kemas laman rumah
yang aku tulis in general  tugas la tak termasuk mandi, solat, beri2 dan curi2 time surfing..
hehe

8.30am- bangun lambat ingat nak vacuum & mop tapi hamza beri2 pulak so kena mandikan dia
8.30am-9.30am- mandikan hamza, susukan,  steril botol, buat laundry
9.30am- beli breakfast beratur panjang kt nasi lemak sedap and beli groceries
10.30am- breakfast
11.00am- prepare bubur hamza
12.00pm- sidai kain, laundry lagi
12.30pm- bagi hamza makan
1.30pm-basuh pinggan, steril botol
2.00pm- potong bawang stok seminggu and bahan nak masak
2.30pm- masak lunch
3.30pm - baru lunch
4.00pm- basuh pinggan kemas dapur, angkat kain
4.30pm- pegi umah MIL sebab lama tak jumpa hamza
6.00pm- mandikan hamza and bagi makan - surfacing kemas laman rumah
7.00pm- lap almari yang berhabuk- I like KAO microfibre dry sheet effective lap habuk..
eh iklan pulak
8.00pm-start vacuum, mop living hall, lap kipas, vacuum playpen dan
vacuum setiap bilik dalam rumah (ada 3 bilik)
9.00pm- lipat kain sikit (tak habis sebab rindu nak peluk hamza)
9.30pm- rendam beras untuk hamza, steril botol, laundry baju hamza
10.00pm- baru dapat peluk sama hamza and surfacing..eh
10.30pm- tidurkan and susukan hamza..before ni surfacing yang bagi susu the whole day
11.00pm- penat sangat ni sakit kaki nap kejap lah
1.30am - woihhh terkejut badak aku dah 1.30am!!! demmmm
1.40am- terpisat2 bangun potong bahan bubur hamza and masuk slow cooker,
sidai baju hamza,
2.00am- steril botol, susukan dan tukar baju pampers hamza
2.30am- terkebil-kebil tak boleh tidur layan timeline twitter paksa diri tidur

whoaa itu pasal kadang2 aku rasa weekend memang tak cukup
and masa untuk anak tu sangat limited
explaining why hamza sangat sangat suka gelak bila abah dia buat lawak
sebab banyak masa spend dengan abah
kalau ummi cuba buat lawak memang tak layan..sobss
tu pasal kadang2 weekend pun aku tak masak sebab nak main2 sama hamza..
haha

so dari post mortem ni verdict kenapa aku penat dan bangun lewat pagi ni -

1. bangun lewat sangat on sunday dah rugi masa 2 jam.
selalu aku bangun 6.00-6.30am and terus kemas rumah

2. nap terbabas sampai 1.30am..patut aku siap semua baru lah tidur tak payah nap
tapi makcik dah penat sangat sampai kaki dah kebas

3. usually laundry aku siap hari sabtu tapi sebab sabtu keluar semua longgok hari ahad

pasni kena manage time baik-baik sebabnya umpama pepatah arab:
"Masa itu umpama pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu"

itu pun ada a few things aku tak buat macam tukar cadar bilik and basuh bilik air
but benda macam ni aku boleh buat during weekdays
aku pernah terbaca blog mana ntah cakap aku x ingat siapa
 "setkan satu hari untuk settlekan satu task"
supaya weekend takdelah terkejar
contoh isnin malam - basuh bilik air
selasa malam - lipat kain
kadang-kadang aku fikir macam mana mommies lain manage time
sebab aku selalu rasa tak cukup masa
adakah aku yang buat kerja lembap?
anywho, aku seronok pasal rumah dah bersih
aku memang pantang tengok habuk sawang ni
tapi time weekdays tu kalau ada terpaksa pejam mata la sementara cari time nak bersihkan
especially bila ada anak, lagi kita jadi extra hygenic

nak kongsi semalam masa emas aku dengan hamza
dia gelak besar betul bila abah buat aksi tiger claw
kesian abah makan keropok lekor kena layan hamza pasal dia dok pandang
menanti bila abah nak jadi tiger ni



ni pulak sambungan bila video aku rekod hilang
tapi bila check balik rupanya ada. ngeee
sampai terkejut hamza tengok tiger claw abah tapi maintain gelak besar



hai lahhhh rindu anak!

6 comments:

BAIZURA NATASHA said...

I pn slalu tetanya mcm mn org manage time during weekends. Sbb i kalau keluar mmg tebabas lari masa. Weekdays mmg i x lrt nk buat ape. Nk iron baju pn tak termampu. Sobs.

I pn slalu rs cm u. Weekend sbok buat sgala bnd. Hubs yg bnyk spend time ngn anak cmtu

Hazz said...

Hamza mcm ada lesung pipit jer. comel gila bila dia gelak. ;) anyway, i yg SAHM ni pun rasa tak ckup masa nak buat semua keje rumah. weekend nak have quality time pun rasa, alahai cptnya masa berlalu. huhuu..

Asz Miza said...

aishh..i tengok pun da terasa penat..apetah lg u yg buat..mcm i kadang2 tak boleh nk nap bila anak nap sebab rasa mcm nak kena buat keje bagi abis baru boleh tdo dgn aman..tp bila kje da siap baru nk tdo anak da bangun..sadis..i weekdays ada buat laundry baju anak, ada hari i lipat kain petang bila balik keje, tapi tang sterilize ngan basuh botol haruslah hari2 kita buat kan..stok2 makanan seminggu slalunya i rajin buat stok makanan anak je..hahaha..i jarang masak kat umah..LOL.

I pernah nampak KAO microfibre tu kat giant ke tesco tah..kalo u kata effective lap habuk, haruslah i beli sbb umah i cepat berhabuk since umah elok je tepi jalan besar,,yes, ada anak ni kena extra hygienic..

cha said...

i ni lg la selalu fikir i yg takde anak lg pn rasa tak cukup masa nak kemas rumah buat itu ini inikan pulak yang ada anak. tu psl kat setiap entry mommies yg update psl isu takde masa penat sume i cakap respect sebab bukan semua org boleh jd sekuat ibu kan.

harapnya i segigih korangla jugak nanti huhu

cha said...

haha hamza gelak ke nangis tu kemain suka lg dia ye haha comel bakal menantu mommy ni haha :p

pet09 said...

bai:
tell me about it bai...kadang2 i jeles sama husband sbb he gets to spend so much time with hamza...haha...

cik hazz:
dia memang ada 2 belah lesung pipit tapi yg belah ni je ketara...i igt kalau i sahm pun weekend pikir nak keluar ke pasal 5 days dah dok dalam umah..hahah...

miza:
betul tu..masa dalam pantang bila hamza tidur mmg i x tido sbb time tu je dapat kencing, makan bagai..ahahah...i pun jarang masak miza..memang paling banyak pun 2x seminggu je..haha...baju hamza basuh every other day pasal baju dia boleh sidai dalam umah je cepat kering. i mmg recommend kao microfibre tu puas hati habuk semua dia sapu..tapi i tak beli handle dia..i beli dry sheet je pastu lap pakai tangan ..haha

cha:
nanti bila u ada anak memang rasa penat tapi berbaloi..hahah..kira penat tu bukan sebab anak la..and u will be surprised what u will do for your kid nanti...dia gelaklah tu ntah hapa yg kelako sangat abah dia buat