Tuesday, January 29, 2013

Majlis Aqiqah Muhammad Hamza 291212


























Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Muhammad Hamza
Date: 29.12.12 (Saturday)
Venue: My Mom's house
Time: 11.00am - 3.00pm
Photographer: Twenty9Photography
Khemah: A&F Catering (Catering own by my uncle)

Majlis Aqiqah Muhammad Hamza kami buat di rumah mak ayah aku kat Langat
Memang awal-awal mak aku dah volunteer nak buat
Kami just bagi duit kenduri dan duit kambing je
Semua mak aku settlekan
makanan dia masak sendiri..
mak aku ni memang setiap kenduri dia nak masak sendiri
even kenduri kawin aku and adik aku yang selang 2 bulan tu

Lauk : Nasi Putih +Kari kambing+ayam masak merah+Gulai nenas dan udang
+sayur campur+ ikan bilis berlada+ubi rebus+aneka kuih muih
favors aku just bagi telur rebus dan gula-gula for kids
Jemputan lebih kurang 200 orang
Kambing 2 ekor mak aku juga yang cari kat Langat
Dia dok survey last2 dia puas hati dengan satu tempat ni sebab ladang ni bersih sangat















Buaian decoration from Azian Buaian Berendoi
aku memang minta tema putih
they said ni first time ada orang nak warna putih semua
selalu mesti nak elemen biru atau pink
Deco by them:
cradle+ bunga depan dan sisi+toys bucu cradle+ karpet shaggy
+spotlight+ bekas cukur jambul
baik sangat kak azian tu bagi bunga sisi sekali plus spotlight
backdrop tu memang backdrop langsir time aku kawin dulu
lantern pun recycle barang masa kawin
























Kumpulan marhaban dalam 10 orang datang pukul 10.45am
bagi dorang makan dulu
dalam pukul 11.15 marhaban pun bermula
memang best dengar






Mula-mula hamza elok je dalam tu
lepas tu dia rimas and start nangis
aku angkat kejap letak balik
terus dia tidur
dalam 1 hour macam tu makcik sambil marhaban sambil pstt pstt kat aku
rupanya dia suruh aku bangun nak start cukur jambul dah
aku pun terpinga-pinga berdiri je
rupanya kena round 3 kali pulak and start dekat ustazah cukurkan dulu
macam tu rupanya majlisnya
























Sepanjang cukur tu Hamza tidur kemain
dia terjaga-jaga
tapi lepas tu tidur balik
aku ingatkan dah settle la
rupanya ada sambung marhaban lagi
nasib baik hamza elok letak je dalam buaian terus tidur balik
walah ini macam ummi sangat suka






Ummi tengah nangis

Lepas doa dia ada baca macam syair
sebelum ni aku penah baca kat blog yang ramai ibu-ibu menangis bila dengar
aku mula-mula macam takkan dengar syair boleh nangis
tapi bila aku dengar bait-bait indah gurindam kasihnya ibu tu
haih mengalir air mata
taknak henti-henti pulak
lagi sedih bila aku tengok mak aku sendiri nangis
sampai aku terpaksa memikirkan benda-benda lain supaya stop menangis
saba jela kan

Bersama kumpulan marhabat sungai serai

With my in law family

with my ayah and ummi



Orang kuat aku - my sister norbaizura






 Lepas habis gurindam ada baca-baca lagi
aku macam eh lama betul rupanya ye
pastu ada sorang makcik pandang aku sambil cakap
"satu je lagi ye"
 aikkkk makcik ni psychic ke?
Finally baca doa and marhaban pun habis selepas almost 1 half hours
Lepas tu semua pegi makan
dan kami pun berjimba bergambar

My former employer - The best boss ever - Eriko Motoyama

Geng sekolah yang sentiasa setia datang majlis2 aku


Echa dah besar kan Fara
She's so cute memang nampak ladylike habis
Rindu betul kat korang time majlis2 macam ni la baru jumpa sekarang

When Hamza met Adam Noah

Kami bertukar baby
Anak kami sama birthday ok lahir time merdeka aritu
Nama anak azwah ni Adam Noah
sangat handsome kan nama dia macam nama Adam Levine gitu
Sesuai dengan Adam Noah yang comel sangat mata bolat
Dia c-section pagi, aku pulak petang
tapi dia kurus turun berbelas kg aku macam tong siap naik 8 kg
kenapa donia tidak adil?
ngeee

Babysitter Hamza yang hot - Mummy Lidya

Aha ni la babysitter hamza yang hot dan sebaya aku tu
Tapi dah ada 2 anak dara, sorang anak bujang
Bestkan anak dah besar nanti bila jalan orang ingat adik-beradik je
Jujur aku kata,
orang kedua yang aku percaya untuk jaga Hamza selepas aku dan Surfacing adalah Lidya
She is so far the best babysitter...
 hopefully berkekalan lah relationship baik ini

Favors
Dah nama masak sendiri kenala basuh pinggan sendiri




Lepas tu kami sekeluarga kecil ni je bergambar sebab Hamza pun dah bangun 
Tapi muka dia mamai-mamai lagi
Ni first time la ada gambar kami bertiga
Kalau tak kena gilir-gilir ambik gambar































Whatever it is syukur Alhamdulillah semuanya selamat
Hari panas hingga ke petang
ramai jugak kawan-kawan aku yang lama tak jumpa datang
Even though they came after the event
But it's really good to hang out and share stories
Lagi-lagi bila masing-masing pun ada anak kecil

Thank you shananeh, raja izwan dan roy sudi datang ke majlis ni
juga to Megat and azura yang time tu lagi 3 hari EDD dia!
Kagum aku memboyot dia datang
Really nice jumpa korang


 Whole Lotta Love!

2 comments:

LisaLisut said...

pet! lawaaaaa cradle. i pun amik dgn kak azian tu hehehe. i wanted cradle kayu ni memula sbb cm unik cewahhh hehe. tp last2 cancel adik i suh amik yg buai je.ceh.bakcdrop pn backdrop i ms nikah haha..simple je.

best la ade OP ms akikah.cunnn.semua dpt capture hehe.awesome!!! :)

pet09 said...

Thanks lisa. Akikah Hannah pun cantik. I contact azian ni pun sebab baca dari blog you lah..haha.

I amik kayu ni sebab masuk la dengan tema warna putih tu.
Betul la kan kita kalau dah ada backdrop ke apa just gunapakai jelah takyah membazir :)

OP ni pun last minit ambik sebab memang takde sapa nak ambik gambar time majlis tu. Harga pun very reasonable. Macam biasa la ambik shoot and burn je save budget gitu.