Thursday, January 31, 2013

Don't Look Away


Baby ni kalau tengok muka dorang macam tenang sangat kan
kalau nak marah terus tak jadi
Rasa nak cium selalu
bau sedap
bau syurga kata surfacing

Aku suka gambar close up muka Hamza masa akikah
dengan baju melayu putihnya
So calm
Looking so pure






















Dulu Masa Hamza baru lahir banyak muka Surfacing
Bila dah 3 months badan dah bambam
mengembang je bulat muka dia terus more nampak ke arah aku pulak
Tapi dia ni muka berubah-ubah ikut mood
kejap nampak macam aku
kejap nampak sangat muka abah dia

Mata petai kata mak aku
Kening memang macam surfacing siap boleh naik kening lagi
hidung dulu tinggi sekarang dah bulat pulak
bibir confirm ikut surfacing
Lesung pipi dulu dua belah
sekarang tinggal belah kanan je sebab pipi gembing sangat
Kulit sawo matang sama macam kami
dulu bulu mata lentik macam surfacing
sekarang panjang-panjang straight macam awning ikut aku pulak
badan penuh dengan lebam-lebam warna hijau tanda lahir macam aku
kat kepala pun ada
siap ada urat panjang kalau nangis meneran siap boleh rasa
rambut tak tahu lagi sekarang tumbuh macam halus-halus straight
kalau lurus ikut surfacing lah



So, anak abah ke...anak ummi?





































mestilah anak ummi walaupun muka abah, ok hamza.
ingat selalu tu.
ngeee

Wednesday, January 30, 2013

Mother





Gurindam Kasih Ibu (Credit)

BismillahBismillah itu permulaan nama,
Keadaan ZatNya bersama-sama.

Dilahirkan engkau melihat dunia,
Limpah Allah maha kuasa.
Dikandung ibumu sembilan bulan,
Lebih dan kurang tidak ditentukan.

Diperanakkan dikau beberapa kesakitan,
Beberapa pantang minum dan makan.
Tatkala dikau lagi kanak-kanak,
Engkau tidur mata ibumu jinak.


Nasihat ibumu janganlah kau bantah,
Dijaga dipelihara sangatlah susah.

Dialih ke kanan ke kiri pun basah,
Jika kau menangis hatinya susah.
Setelah engkau sudahlah ada,
Siang dan malam ibumu berjaga.

Tidurpun hanya barang seketika,
Makan dan minum tidak kuasa.
Dilapikkan dengan kain sarung,
Diangkat ditimang serta dibedung.

Apabila terjaga terus didukung,
Kasih dan sayang tinggi menggunung.
Tiadalah tentu siang dan malam,
Tidurpun tidak dapat ditilam.

Terkejut terjaga di tengah malam,
Bangun memangku di dalam kelam.
Jika ibumu orang berada,
Diambilnya pembantu menolong dia,

Apabila engkau dapat mengaji,
Ibu ayahmu sukalah hati.

Membaca Al Quran sudah kau reti,
Untuk bekalan di akhirat nanti.
Awaluddin Makrifatullah,
Awal agama mengenal Allah.

Berkat syafaat rasulullah,
Umurnya panjang rezekinya murah.

Apabila ibumu sudah tiada,
Jasa ibumu jangan kau lupa.

Janganlah jadi anak durhaka,
kelak tak cium baunya syurga.
Doakan rohnya setiap hari,
Agar rohnya berbau kasturi,

Itu semua takdir Ilahi,
Semoga ditempatkan di syurga nanti.


















A Mother's love is forever


Mama






















credit poster



I'm looking forward to watch "Mama",
horror film with Guillermo Del Toro as Executive Producer
Based on Del Toro record, cerita horror dia mesti ending sedih
contohnya filem The Orphanage
aku menangis ok tengok cerita tu and time tu belum ada anak pun

Anyway this film is based on 2008 spanish language short film by Andres Muschietti
kalau tengok short film dia malam-malam
memang meremang bulu roma
Aku berani tengok siang je time lunch
itu pun malam bila teringat terus rasa seram
ntahpapa kan
You can watch the short film here
You've been warned...ngeee

So premis filem ni pun sangat brilliant
2 girls toddler and baby left in a cabin for years
and uncle dorang jumpa balik and jaga kat rumah
and yes, they are not alone
selama dorang duduk dalam hutan tu ada "mama" yang jagakan
seram kan?

But why I predict the ending will be sad?
sebab tagline dia yang amat powerful ni:
"A Mother's Love is Forever"

So tak kisahla mak dia hantu ke apa
tapi aku yakin aku boleh menangis tengok cerita ni
haha ntahpapa kan
mana taknya sejak ada anak ni
tengok Kungfu Panda 2 yang Po terpisah dengan mak dia masa kecik pun aku boleh nangis
jangan bagi aku cerita UP ke apa confirm menjejeh air mata

So My Dear Surfacing,
are we going to watch it together or not?



MY INTERMONOLOGUE:
Mama Trailer

Tuesday, January 29, 2013

Majlis Aqiqah Muhammad Hamza 291212


























Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Muhammad Hamza
Date: 29.12.12 (Saturday)
Venue: My Mom's house
Time: 11.00am - 3.00pm
Photographer: Twenty9Photography
Khemah: A&F Catering (Catering own by my uncle)

Majlis Aqiqah Muhammad Hamza kami buat di rumah mak ayah aku kat Langat
Memang awal-awal mak aku dah volunteer nak buat
Kami just bagi duit kenduri dan duit kambing je
Semua mak aku settlekan
makanan dia masak sendiri..
mak aku ni memang setiap kenduri dia nak masak sendiri
even kenduri kawin aku and adik aku yang selang 2 bulan tu

Lauk : Nasi Putih +Kari kambing+ayam masak merah+Gulai nenas dan udang
+sayur campur+ ikan bilis berlada+ubi rebus+aneka kuih muih
favors aku just bagi telur rebus dan gula-gula for kids
Jemputan lebih kurang 200 orang
Kambing 2 ekor mak aku juga yang cari kat Langat
Dia dok survey last2 dia puas hati dengan satu tempat ni sebab ladang ni bersih sangat















Buaian decoration from Azian Buaian Berendoi
aku memang minta tema putih
they said ni first time ada orang nak warna putih semua
selalu mesti nak elemen biru atau pink
Deco by them:
cradle+ bunga depan dan sisi+toys bucu cradle+ karpet shaggy
+spotlight+ bekas cukur jambul
baik sangat kak azian tu bagi bunga sisi sekali plus spotlight
backdrop tu memang backdrop langsir time aku kawin dulu
lantern pun recycle barang masa kawin
























Kumpulan marhaban dalam 10 orang datang pukul 10.45am
bagi dorang makan dulu
dalam pukul 11.15 marhaban pun bermula
memang best dengar






Mula-mula hamza elok je dalam tu
lepas tu dia rimas and start nangis
aku angkat kejap letak balik
terus dia tidur
dalam 1 hour macam tu makcik sambil marhaban sambil pstt pstt kat aku
rupanya dia suruh aku bangun nak start cukur jambul dah
aku pun terpinga-pinga berdiri je
rupanya kena round 3 kali pulak and start dekat ustazah cukurkan dulu
macam tu rupanya majlisnya
























Sepanjang cukur tu Hamza tidur kemain
dia terjaga-jaga
tapi lepas tu tidur balik
aku ingatkan dah settle la
rupanya ada sambung marhaban lagi
nasib baik hamza elok letak je dalam buaian terus tidur balik
walah ini macam ummi sangat suka






Ummi tengah nangis

Lepas doa dia ada baca macam syair
sebelum ni aku penah baca kat blog yang ramai ibu-ibu menangis bila dengar
aku mula-mula macam takkan dengar syair boleh nangis
tapi bila aku dengar bait-bait indah gurindam kasihnya ibu tu
haih mengalir air mata
taknak henti-henti pulak
lagi sedih bila aku tengok mak aku sendiri nangis
sampai aku terpaksa memikirkan benda-benda lain supaya stop menangis
saba jela kan

Bersama kumpulan marhabat sungai serai

With my in law family

with my ayah and ummi



Orang kuat aku - my sister norbaizura






 Lepas habis gurindam ada baca-baca lagi
aku macam eh lama betul rupanya ye
pastu ada sorang makcik pandang aku sambil cakap
"satu je lagi ye"
 aikkkk makcik ni psychic ke?
Finally baca doa and marhaban pun habis selepas almost 1 half hours
Lepas tu semua pegi makan
dan kami pun berjimba bergambar

My former employer - The best boss ever - Eriko Motoyama

Geng sekolah yang sentiasa setia datang majlis2 aku


Echa dah besar kan Fara
She's so cute memang nampak ladylike habis
Rindu betul kat korang time majlis2 macam ni la baru jumpa sekarang

When Hamza met Adam Noah

Kami bertukar baby
Anak kami sama birthday ok lahir time merdeka aritu
Nama anak azwah ni Adam Noah
sangat handsome kan nama dia macam nama Adam Levine gitu
Sesuai dengan Adam Noah yang comel sangat mata bolat
Dia c-section pagi, aku pulak petang
tapi dia kurus turun berbelas kg aku macam tong siap naik 8 kg
kenapa donia tidak adil?
ngeee

Babysitter Hamza yang hot - Mummy Lidya

Aha ni la babysitter hamza yang hot dan sebaya aku tu
Tapi dah ada 2 anak dara, sorang anak bujang
Bestkan anak dah besar nanti bila jalan orang ingat adik-beradik je
Jujur aku kata,
orang kedua yang aku percaya untuk jaga Hamza selepas aku dan Surfacing adalah Lidya
She is so far the best babysitter...
 hopefully berkekalan lah relationship baik ini

Favors
Dah nama masak sendiri kenala basuh pinggan sendiri




Lepas tu kami sekeluarga kecil ni je bergambar sebab Hamza pun dah bangun 
Tapi muka dia mamai-mamai lagi
Ni first time la ada gambar kami bertiga
Kalau tak kena gilir-gilir ambik gambar































Whatever it is syukur Alhamdulillah semuanya selamat
Hari panas hingga ke petang
ramai jugak kawan-kawan aku yang lama tak jumpa datang
Even though they came after the event
But it's really good to hang out and share stories
Lagi-lagi bila masing-masing pun ada anak kecil

Thank you shananeh, raja izwan dan roy sudi datang ke majlis ni
juga to Megat and azura yang time tu lagi 3 hari EDD dia!
Kagum aku memboyot dia datang
Really nice jumpa korang


 Whole Lotta Love!