Monday, August 10, 2015

HAMZA EARLY INTERVENTION PROGRAM - TIM ATHFAAL





























Hamza dah start sekolah effective July, 2015
Sekolah yang dipilih - TIM ATHFAAL
Kelas ANIS (Anak Istimewa) - Early Intervention Program (EIP)
ada lebih kurang 40 student Autism, ADD, ADHD

First day sekolah memang menangis
tapi lepas tu ok je
hantar je nangis
but dekat sekolah teacher kata dia boleh ikut arahan and tak banyak karenah
terus pandai makan sendiri sampai teacher tolong suap pun dia tak bagi

Why TIM-ATHFAAL?
Aku ada terbaca review dari blog mommy yang pernah hantar
perkembangan positif pada anak
dari non-verbal dah boleh bercakap
sebelum ni dikenali sebagai Tadika Indah Murni and ada a few student Autism
Pastu banyak demand so dorang bukak cawangan baru
kelas ada kategori: ANIS, PRESCHOOL, PLAYSCHOOL and NURSERY










































TIM-ATHFAAL takda specific treatment macam ABA (Applied Behavior Analysis)
But they focus pada self help, social skills, fine motor skills
The best part ada include speech therapy and occupational therapy
Selain tu ada music therapy, autism movement therapy, Brain Gym
Added Value: Islamic based therapy
Dekat sekolah ada Ustaz yang akan ajar doa bila morning assembly
ada group session and one to one
ada jugak water therapy tapi tu additional fee so tengah fikir-fikir lagi





















aku enrolled Hamza untuk Full day Program from 8.30am - 3.30pm
Tapi 7.30 dah hantar dia pergi sekolah sebab sadly we're both working slaves
Pergi abah dia hantar pasal abah dia masuk kerja pukul 9am
Balik ummi ambik pasal ummi keluar office 5.00pm
Sebab nusery dah penuh , school akan hantar hamza ke transit nursery yang selang 1 blok
transit nursery pun Alhamdullillah so far so good
owner sangat baik dan jagaan yang baik so far (Bondamama branch)
will talk about transit nursery in separate post

Hamza ada dapat communication book
basically teacher akan tulis daily activity
mostly apa task yang hamza buat what he can and can't do yet
Teacher Hamza nama dia teacher Suhaila
MasyaAllah baik dan friendly
Teacher Su pun ada anak special needs so she knows exactly what she's doing























Apa-apa pun aku nak say whole lotta THANKS WITH HUGSSS AND LOVEE
to TEEFA yang share pasal TIM-ATHFAAL ni
she's the one yang inform pasal TIM-ATHFAAL dah buka kat wangsa maju
Dia siap pergi Open Day
So aku terus macam what the heck just go check it out
sebab aku sebenarnya macam dah putus asa bila check harga EIP kat Malaysia
ni semua RIBU-RIBAN untuk 3 jam sehari kalau untuk daily program
Sesuailah sebab memang 1-1 program and you have your own therapist
Aku mula-mula pun fikir nak register NASOM je but hesitated
sebab jauh dari perjalanan kitorang lakibini nak pegi keja

So bila pergi borak dengan Teacher Su...pastu jumpa Manager dia Ms Rushd
terus jatuh cinta and the rest is history.
I can see Hamza is happier than ever!

Pasal fee don't worry...definitely will not leave you broke
aku sangat BERTUAH sebab company fully covered bulan-bulan yuran
untuk any rehabilitation program for Hamza sebab dia ada OKU card
Aku bersyukur sangat ada employer yang prihatin kepada anak-anak OKU
By right aku boleh pergi mana-mana EIP Mahal gila tu sebab fully covered - no limit
tapi aku sendiri tak mampu nak dahulukan duit dulu...hahaha
so yeah takpa, so far I am confident with TIM -ATHFAAL
InsyaAllah, kita tengok dalam 6 months macam mana






















Seronok naik kereta tapi bila sampai simpang wangsa maju menangissss
and yeah hamza telah dibotakkan atas sebab-sebab tak dapat dielakkan
will story later if I have time
ummi SEDIH!

Next aku akan cerita improvement Hamza sejak sekolah
mungkin sikit tapi besar maknanya pada aku

Hamza first day of school recorded
walaupun kena bangun 6.30 pagi tapi excited dia tuuuuu




8 comments:

Dils said...

Alhamdulillah. As long as he is happy kan. It looks like it is a good school dan semoga die improve.

Didnt know they have an affordable one in Wangsa Maju , so this is good to know!

LisaLisut said...

Bestnye tgk hamza g school! Best skolah diaa. I miss bondamama puchong. Huhu. Bondamama puncak xbest je aku tgk dr luar haha. Untung ko pet fully covered tu. alhamdulillah

pet9 said...

Dills: Thanks you. yang penting masa dia terisi dengan banyak activity. check out instagram and facebook dia

lisa: Bondamama ni bagus kan so far. mungkin tengok cawangan jugak. tuhla nasib baik cover semua takdala sakit sangat

Teefa Rosly said...

yayyy! way to go hamza! alhamdulillah, good to know the info i passed to you helps. suka dengar cerita hamza happy gi skolah. ni yang buat aku semangat gak nak anta afif gi playschool ni. haha

szawanah said...

salam ibu hamza,

anak sy pun hamza juga (ameerhamza) :D. sy nk tanya pasal tim athfaal, kalau tidak keberatan.

anak sy 3yo. mild autisme but without oku card (diagnosed by klinik psikology ukm) sbb ukm kata still early. mcm mana dgn yuran ya?

if possible, please email me at szawanah@iium.edu.my.

thanks

Hana Soffelia said...

Good job Hamza. Nampak happy je dia kat school.
pet, untungnya u full cover payment.

Bariyah said...

Salam pn. Dimana sek ni pn? Anak sy pun speech delay n ade simptom adhd. Sy mencari sek mcm ni. Tgk posting pn ni mcm bg harapan kat sy. :(

Sicness Surfacing said...

Salam bariyah. Sekolah di wangsa maju. Boleh check FB : TIM Athfaal