Tuesday, June 18, 2013

Man of Steel












source




So aku dah tengok Man Of Steel last week
gigih tau book tiket seminggu awal siap maki hamun TGV online
pasal dekat 30 minit tak dapat book tiket...
dah pilih seat pastu tak boleh proceed nak bayar
tapi akhirnya kami dapat juga
aku terpaksa menjadi selfish mommy dengan meninggalkan hamza
untuk tengok "MUST SEE" film dalam list 2013 ni

sepatutnya kami tengok sama anas, BFF surfacing nak datang nun jauh dari sabah
pasal sabah kan takde imax theatre tapi dia cancel last minit
so ada tiket extra puas dok call member semua
tapi semua dah ada plan
so kami nekad nak jual tiket dekat tgv nanti
pada hari kejadian kami pun dengan muka tak malunya
bertanya orang yang tengah beratur tu
siapa2 yang sorang dan nak tengok man of steel 3d
kami aim pada orang yang nampak macam keseorangan, takde on the phone with anyone,
muka macam nerd atau yang pakai baju superman
pasal geeks and nerds je boleh bangun pagi nak tengok wayang sorang2 ni
lepas approach 2,3 orang akhirnya dapat jumpa buyer, yey!
thank you nerd guy!

Don't worry no spoiler here
so, what so good about MAN OF STEEL?
sebagai orang yang tak suka cerita kosong I admire storyline dia
our expectation is very high pasal this film ada touch christopher nolan
yang buat batman trilogy tu lah
pastu writer dia pun david s. goyer yang buat cerita2 nolan mostly
I feel so relieved film ni tak menghampakan
thank God zack snyder boleh direct
I can relate especially scene clark with his foster parents, martha and jonathan kent
cuma this is not the traditional superman story ye
dia dah ubah sikit sebagaimana dia ubah superman dah tak pakai spenda merah
so comic book fans yang obses pasti tak suka dan benci filem ni, confirm
but I love it
I think it's entertaining and explain a lot of things to the audience

Pasal casting pulak ye..
mula2 masa cast henry cavill ni aku and surfacing skeptikal lah
surfacing la benci bebenor dengan rambut kembang dia
dia kata mana ada superman rambut kembang
tapi bila dah tengok cerita ni
I believe Henry Cavill is the man of steel.
you deserve it cavill.
pastu watak2 lain pun hebat jugak micheal shahnon as general zod memang method la kan
tapi shahnon ni macam pelakon melayu tu lah
dia selalu berlakon cerekarama aku lupa namanya
kevin costner as jonathan and diane lane as martha tak payah sebut lah kan
memang menjadi lah
russel crowe as Jor-El pun aku suka
memang susah la pasal kena shadow dengan Marlon Brando
but he makes Jor-El his own
Amy Adams as Lois Lane oklah sebab muka dia cute and she's a great actress
tapi aku masih stuck zaman teri hatcher as lois
walaupun dia cuma lois kat TV bukan filem but she is the perfect Lois for me

whatever it is Man of Steel is gazillion better than Superman Returns
So siapa yang tak tengok lagi, sila lah book tiket
kalau beli kat kaunter confirm tengok mendongak ye
I give 4 out of 5 stars to Man of Steel
sebenarnya nak bagi 5 out of 5 pasal henry cavill shirtless scene
tapi macam bimbo sangat kan
walaupun di sudut hati "awww hotttttt" giggle giggless
panggg sekali

damn, now I am torn between Man of Steel of Thor...
ngeeeee













source



surfacing kata kenapa la dia ambik gambar ni as promotional picture
muka macam tengah tahan kentut je

Dexter Season 8






















I'm getting all jiggyyyy
Come june, 30
Come to Mama
Dexter season 8 and the final season
The end Begins!


Thursday, June 13, 2013

Big Day Out - Pavillion

2 minggu lepas bff surfacing atau bromance dia datang dari sabah satu family.  
Anas ni mmg boleh kata the other version of surfacing...  
Minat yang sama music, film, comic, action figure.                                                                                                                                                                                        

Once they said anas adalah surfacing versi sabah
and aku adalah surfacing versi perempuan.              
Tapi aku tak sehebat dorang yang memang into benda2 ni ...                                                              
So sabtu kami jumpa di pavillion...
aku sejak beranak tak pernah ke sini so macam excited sikit...            
Sampai je terus makan kt carls junior..

finally hamza jumpa eshan, anak kedua anas.                              
Eshan ni 10months tapi rangka besar tinggi. Berat dia je dah 10 kilo ok.                                              
Bila dok sebelah hamza nampak kecik je hamza...
eshan baru bangun tido so agak cranky.                
Yang hamza pulak excited nak berkawan...
akhirnya berjaya kami dudukkan sesama.                            
Yang funny tu tiba2 dorang berborak sebijik macam rugrats!
Siap pegang2 tangan.                            
Ah sudah bromance melekat kat anak..            



Anyway lepas tu kami jalan kat fahrenheit and uniqlo
Serius aku tak tahan ramai sangat orang kat pavillion
Aku tak suka panas and ramai hipster
H&M and uniqlo bosanlah tempat kids dia
Kat Paradigm mall lagi besar seksyen dia
Isetan tengah sale pulak banyak baju baby 50% off
Berjaya jugak beli jeans untuk hamza yang aku berkenan plus 50% off
berbaloi

Kt uniqlo ada jual romper lobang2 aku rasa best sebab hamza kuat berpeluh
Tapi aku x suka pakaikan hamza baju 2 piece lobang tu
Also bought acdc tshirt
Asyik anak je shopping kan
Ummi dia pasrah je baju tak muat sebab gemuk. 
Ngeeee

Nampak dah abang-abang sangat kan bila dia pakai jeans ni
awak dah besar Muhammad Hamza
dah pandai buat hal sendiri
dah taknak orang peluk-peluk selalu
aktif yang amat tak boleh dok diam setempat
dah merangkak laju
sayu pulak rasa

anyway nak shout out congratulations to LISA
for your 2nd pregnancy
Take good care babe 
patutla dok nak makan asam pedas lah apa..hahah
Enjoy being pregnant again babe :)

Wednesday, June 12, 2013

To Vaccine or Not To Vaccine

2-3 hari ni aku baca banyak post pasal vaksin
samada kat blog atau facebook
dekat blog aku baca blogger mommy ni yang juga seorang doctor
dekat facebook pula pasal dilema kawan-kawan aku yang nak vaksin atau tidak
I guess ada yang dah join anti-vaccine group and terus rasa 50-50
especially yang MMR tu
tiba-tiba takut kalau anak kita develop allergy pulak lepas inject
pastu belum lagi pasal link MMR dengan Autism
walaupun report wakefield tu dah tak relevan and takde proven scientific research
mengatakan MMR cause AUTISM

Buat masa ni aku masih Pro-vaksin
macam Dr. Dythia kata
"As a doctor, everyday I weight on risk vs benefit decisions like this.
I would only advocate a course of action if the risk is outweighted by its benefit."
 

lagipun aku suka dengan artikel Dr. Zubaidi pasal vaksin
dia kata vaksin ini salah satu tawakal kita kepada Allah
I believe that

On top of mandatory vaccine
aku jugak ambik Pnuemococcal untuk hamza
now dah dose 2
dose 3 masa setahun nanti
I came across radio advertisement about Pnuemococcal
so aku terus visit ABCPnuemococcal
loads of information about this disease and vaccine available for our baby
kat sini they urge people to sign the pledge
supaya PnD vaccine ni available untuk semua baby
melalui NIP (National Immunisation programme) in Malaysia
buat masa ni vaksin PnD cuma available di klinik swasta dengan harga range RM 200-260
Quite pricey kan
but money is nothing compare to protection of our child

Selain tu aku baca jugak facebook Dr. Harlina Halizah Siraj
dia pun risau dengan trend parents Gen Y ni
InsyaAllah ada public forum pasal vaksin nanti kat PPUKM
Looking forward to join the forum

Also discover facebook Vaccine Good and Ugly Bits
I really like this one sebab banyak infographics
tapi ada dia share pasal pear lagi banyak formaldehyde dari vaccine tu
buat aku macam oh my God I feed hamza pear like every other day ok!
kena kurangkan makan pear nampaknya.
ni aku share a few infographic taken from facebook tu source from all over the world







































Bestkan?
terus rasa macam clear semua prasangka buruk yang ada 20-30% dalam diri aku
I guess vaccine or not it's a matter of choice
But It's OUR CHOICE, anak kita tak tahu apa-apa pun
mereka menerima je apa yang kita decide untuk mereka
ada yang cakap kenapa kita nak agungkan sangat vaksin
macam bila vaksin tu confirm anak kita takkan sakit...
macam kita menidakkan kuasa tuhan pulak
yang menentukan sakit ke sihat anak kita tu
Subhanallah
memang bukan macam tu niat kita
tapi penyakit yang macam POLIO tu memang takde rawatan dah kalau kena
samada cripple or die
yang ada cuma PENCEGAHAN sahaja melalui vaksin
and how do you feel bila anak kena tetanus just because of small cut
read this link
sedangkan kita tahu tetanus is preventable by vaccine
note ye, vaksin bukanlah bermaksud anak kita akan kebal dari semua penyakit tu
tapi kita akan mencegah and minimize risiko terkena penyakit tersebut

Government pun ada program and kempen jugak
boleh bukak web Immunise4life
and boleh jugak baca pasal Garis Panduan Keselamatan Vaksin
Also pasal Cairo Declaration for Polio Eradication
so Federation of Islamic Medical Associations (FIMA)
menyeru semua negara islam ambil action untuk implement polio eradication
sebab ada some negara islam yang tak implement pasal perang contohnya
so depa menyeru semua overcome political, religious, cultural and security obstacles
supaya program ni dapat dibuat secara meluas
supaya every baby dapat vaksin polio
kita kat sini yang dapat vaksin tanpa obstacles pulak decide taknak ambik kan...
Ini pulak keterangan dari Majlis Fatwa ye
Vaksin hukumnya HARUS
iaitu berdasarkan kaedah menolak kerosakan adalah didahulukan
daripada mencari kemasalahan





















Whatever it is.
Pilihan di tangan masing-masing
mommy daddy knows best.
I choose to vaccinate my child
I choose to breastfeed my child sampai takde susu dah walaupun tak sampai 1 tahun
tapi itulah rezeki dia, aku redha.
I choose to cook home made food for my child
I choose to sanitize my hand before I handle my child
I choose to be as hygienic as possible
I have done my part.
Now aku berserah segalanya kepada Allah SWT.
Semoga anak-anak kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur
dan dilindungiNya.

My Life

Tuesday, June 11, 2013

Heart Shaped Box

aku rasa nak pindah lah kat Finland
pastu boleh beranak selalu
sebabnya sesiapa new mommy akan dapat 1 big cardboard boxes
dalam tu ada macam-macam baju, starter kit
cardboard box tu boleh jadi newborn crib
kat sana dah macam tradition since 1938
mula-mula untuk low income family je
pastu kerajaan kata takpa bagi kat semua new mommy ni

so every mother ni semua excited sebab design dia berubah-ubah
so kalau ada 5 orang anak maka ada 5 different boxes wahhh gitu
dahla baju dia bagi lawa2 belaka
boleh refer article ini

best kan dapat macam ni?












source













source


maternity package ni distributed by KELA
kalau tengok list barang dorang bagi ni macam wahhh comelnyaa baju2 dia
kira design cantik macam ikea
dahla banyak gila barang
Kerajaan Barisan Nasional apa lagi? silalah implement idea yang sangat best ni
baru lah semangat mak-mak di malaysia ni nak melahirkan anak

Masa hamza lahir kan merdeka
so dapat 2 hadiah dari hospital selayang
satu aku dapat ni dari persatuan apa aku tak ingat
kecik tapi best ada towel, 2 romper comel and johnson baby

















satu lagi hospital selayang bagi macam set baju lah
rupanya aku tak ambik gambar
sebab tak berapa comel sebenarnya...
haha keji kan perangai aku

tapiii
almost semua hadiah orang bagi aku memang pakaikan kat hamza
pakai kejap pun takpa asalkan dia pakai la kita appreciate orang bagi kan
and now that i am a mother, aku dah tau nak beli apa yang berguna untuk new mommy
kalau dulu balik2 aku bagi set baju newborn je sebab tak reti.

MY INTERMONOLOGUE:
Matchbox 20 -Disease

Monday, June 03, 2013

A Matter of Time

happy 9 months sayang





















hamza dah 9 months
Ya Allah how time flies
ummi masih ingat masa bawak awak balik
masih dalam mode tak percaya ummi dah ada awak

hamza day 5














hectic weekend
bestfriend bromance surfacingku datang dari sabah
ahad pulak stay at home tapi banyakkkk sangat kerja
today datang office lambat sebabnya aku tak mampu angkat badan nak mandi
pukul 7 baru bangun and pukul 9.15 baru sampai office
dahla editor EL and producer pun lambat dari kampung
makanya bos menyinga dengan sarcasm

jadi aku nak port mortem sikit kenapa aku penat sangat ni
usually memang kerja2 mengemas aku yang buat
surfacing memang boleh diharap kalau disuruh
tapi kalau surfacing ku kemas nanti ada je yang tak kena kat mata OCD ku ini
lagipun aku suka sorang buat kerja, sorang mesti layan anak supaya anak tak rasa boring
dahla kesian hari-hari biasa duduk rumah babysitter
biasanya surfacing akan buat tugas2 manly saja macam buang sampah and kemas laman rumah
yang aku tulis in general  tugas la tak termasuk mandi, solat, beri2 dan curi2 time surfing..
hehe

8.30am- bangun lambat ingat nak vacuum & mop tapi hamza beri2 pulak so kena mandikan dia
8.30am-9.30am- mandikan hamza, susukan,  steril botol, buat laundry
9.30am- beli breakfast beratur panjang kt nasi lemak sedap and beli groceries
10.30am- breakfast
11.00am- prepare bubur hamza
12.00pm- sidai kain, laundry lagi
12.30pm- bagi hamza makan
1.30pm-basuh pinggan, steril botol
2.00pm- potong bawang stok seminggu and bahan nak masak
2.30pm- masak lunch
3.30pm - baru lunch
4.00pm- basuh pinggan kemas dapur, angkat kain
4.30pm- pegi umah MIL sebab lama tak jumpa hamza
6.00pm- mandikan hamza and bagi makan - surfacing kemas laman rumah
7.00pm- lap almari yang berhabuk- I like KAO microfibre dry sheet effective lap habuk..
eh iklan pulak
8.00pm-start vacuum, mop living hall, lap kipas, vacuum playpen dan
vacuum setiap bilik dalam rumah (ada 3 bilik)
9.00pm- lipat kain sikit (tak habis sebab rindu nak peluk hamza)
9.30pm- rendam beras untuk hamza, steril botol, laundry baju hamza
10.00pm- baru dapat peluk sama hamza and surfacing..eh
10.30pm- tidurkan and susukan hamza..before ni surfacing yang bagi susu the whole day
11.00pm- penat sangat ni sakit kaki nap kejap lah
1.30am - woihhh terkejut badak aku dah 1.30am!!! demmmm
1.40am- terpisat2 bangun potong bahan bubur hamza and masuk slow cooker,
sidai baju hamza,
2.00am- steril botol, susukan dan tukar baju pampers hamza
2.30am- terkebil-kebil tak boleh tidur layan timeline twitter paksa diri tidur

whoaa itu pasal kadang2 aku rasa weekend memang tak cukup
and masa untuk anak tu sangat limited
explaining why hamza sangat sangat suka gelak bila abah dia buat lawak
sebab banyak masa spend dengan abah
kalau ummi cuba buat lawak memang tak layan..sobss
tu pasal kadang2 weekend pun aku tak masak sebab nak main2 sama hamza..
haha

so dari post mortem ni verdict kenapa aku penat dan bangun lewat pagi ni -

1. bangun lewat sangat on sunday dah rugi masa 2 jam.
selalu aku bangun 6.00-6.30am and terus kemas rumah

2. nap terbabas sampai 1.30am..patut aku siap semua baru lah tidur tak payah nap
tapi makcik dah penat sangat sampai kaki dah kebas

3. usually laundry aku siap hari sabtu tapi sebab sabtu keluar semua longgok hari ahad

pasni kena manage time baik-baik sebabnya umpama pepatah arab:
"Masa itu umpama pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu"

itu pun ada a few things aku tak buat macam tukar cadar bilik and basuh bilik air
but benda macam ni aku boleh buat during weekdays
aku pernah terbaca blog mana ntah cakap aku x ingat siapa
 "setkan satu hari untuk settlekan satu task"
supaya weekend takdelah terkejar
contoh isnin malam - basuh bilik air
selasa malam - lipat kain
kadang-kadang aku fikir macam mana mommies lain manage time
sebab aku selalu rasa tak cukup masa
adakah aku yang buat kerja lembap?
anywho, aku seronok pasal rumah dah bersih
aku memang pantang tengok habuk sawang ni
tapi time weekdays tu kalau ada terpaksa pejam mata la sementara cari time nak bersihkan
especially bila ada anak, lagi kita jadi extra hygenic

nak kongsi semalam masa emas aku dengan hamza
dia gelak besar betul bila abah buat aksi tiger claw
kesian abah makan keropok lekor kena layan hamza pasal dia dok pandang
menanti bila abah nak jadi tiger ni



ni pulak sambungan bila video aku rekod hilang
tapi bila check balik rupanya ada. ngeee
sampai terkejut hamza tengok tiger claw abah tapi maintain gelak besar



hai lahhhh rindu anak!