Monday, January 12, 2015
My Nama is Hamza
Nama:
Muhammad Hamza Mohd Zulkarnain
Nama Panggilan:
Hamza, Muhammad
Nama mengada:
Amja, Cheeky bombom, Gizmo, Kuchimama, Pipi, Nobita
Nama Panggilan oleh nenek:
Ulat Nangko
Ulat mentibang
Umur:
2 Tahun 4 bulan
Tarikh lahir:
31 Ogos 2012
Berat:
11.5kg
Tinggi:
Lebih 85cm tak sure berapa, ummi saya tak macam mak omputih kira tinggi anak kat pintu rumah
Makanan Kegemaran:
Nasi putih, Tosai gula garing, tofu, nasi ayam atau apa2 nasi berperisa,
spaghetti, mee suah, roti peanut butter
dan apa sahaja jenis biskut khususnya biskut tiger
Sekarang ummi dah tak berapa strict macam dulu dia akan bagi saya rasa makanan
biasa orang makan.
Tapi dia masih tak bagi saya makan gula2, keropok jajan, air gas dan air kordial
Oh saya juga dah tak boleh makan coklat atau apa sahaja benda berunsur coklat
seperti milo untuk mengelakkan saya hyper
Minuman kegemaran:
Susu S26 Progress x 6oz z x 7 kali sehari. Tapi ummi kata next month nak tukar dutch lady 1,2,3
Yakult
air teh herba abah nampak sedap tapi ummi tak bagi minum
Saya suka:
Berlari, berlari dan berlari
melompat, memanjat,
main stacking benda kayu tu
main ball
tengok game kat ipad atau ABC, 123 Qaziinc
baca buku atau sebenarnya kepak buku hardcover sampai patah
tengok TV - semestinya Baby TV dan Disney Junior
keluar berjalan ke mana-mana sahaja asalkan naik kereta
Korek hidung sebab nak tengok ummi jerit "hamzaa noooooooo",
pastu saya gelak dan cuba buat lagi sebab reaction ummi memang priceless
cubit muka, perut abah sebab nak tengok reaction abah sakit
Terbangun tengah malam terus turun menyelit tidur dengan abah and ummi.
pastu ummi letak saya balik dalam cot sebab ingat saya dah tidur tapi oh no no
saya turun balik menyelit last-last ummi fed up terus biar sampai pagi
Saya tak suka:
kena duduk carseat
kena masuk stroller
kena pegang tangan time jalan
kena pakai kasut
gosok gigi (tapi ummi diam-diam gosok gigi saya masa tidur pakai kain)
kena bawak keluar dari playland---ummi kita baya untuk sehari bukan 45 minit!
Bangun pagi tengok ummi takda, sebab saya tau saya kena hantar rumah babysitter
(maka saya nangis kuat-kuat setiap kali abah bangun atau kata jom)
TV Program saya minat:
Mickey Mouse Clubhouse, Let's go Pocoyo, Elmo's World,
Babytv (Draco, The Jammers, Hippa Hippa Hey),
Upin-Ipin, Boboiboy,
Karoot Komedia (cuma part dikir barat saja)
Iklan UTC atau apa-apa sahaja iklan kerajaan
countdown sebelum berita utama TV9 start
Lagu kegemaran:
Pink Floyd - Another Brick in The Wall
(ok ni ummi dah start mereka-reka cerita)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
tetiba terkeluar ketawa besar tengok ulat mentibang dgn ulat nangka tu!
Kreatif mak kamu ye hamza. Dh lamaaa xupdate progress hannah.. Huhu.. Rindu
Hello hamza comel. Awak sama dngan umar la suka tgok iklan kerajaan kat tv9 tu. Haha. Best la pet buat entry cmni. Nk tiru plz. Hehe
aliqa: My mom says the darndest thing! hahahahahh
lisa: nah aku bagi roh kerajinan update blog...sila sila buat nanti second baby jangan tak update langsung lak ahahaha
Rai:
hello aunty comel. kerajaan memang ada buat subliminal message untuk budak 3 tahun ke bawah tau aku rasa hahahahaha.
entry ni pun aku tiru sapa ntah buat aritu veelara kalau tak silap haha
sila tiru plis.
Oi aku air kordial da bagi kat Ammar..bahahaha..
miza: ala bukan hari-hari..ummi hamza mmg x bagi...abah hamza senyap2 bagi hahaha
Post a Comment