Wednesday, July 23, 2014

Break fast


Lauk pauk masa berbuka kat umah umi
Kari ikan tongkol, sambal tempoyak goreng, ikan goreng berlada,
Sambal tumis ikan bilis petai, spaghetti meatballs
Fuhh terbayang bayang sedapnya

Kalau time puasa ni berbuka umah mak lah paling bestkan
Berkumpul ramai2
Sorang sikit bawak makanan tak kira la beli ke buat
Biasanya aku mesti nak makan apa yg umi masak

Last sunday kali ke-2 buka umah umi
Aku masak spaghetti meatballs since umi dah lama kata teringin nak makan
Buat satu tin je mmg selamat la habis licinn
Aku pulak mengerjakan sambal tempoyak goreng umi
Agak2 kalau aku jual sambal tempoyak goreng dalam botol boleh laku tak?
Yelah tengok banyak pulak org dok jual sambal
Pastu yg membeli nya pun ramai tuuu

Macam tak sangka dah nak abis ramadan kan?
Dah nak masuk ogos
Bayangkanlah betapa cepatnya masa berlalu
Raya kalini semua sederhana je
Baju raya pun aku tak beli lagi
Ni nak cari jubah hamza je
Untuk aku, kalau ada tu adalah
Kalau takde pun takpa
Tahun bajet namanya 
Ngeee

And cakap pasal ogos
31 ogos ni hamza 2 tahun!!!
Cepatnya anak ummi ni membesar
Makin banyak akal, hyper, tak dok diam
Tapi berat mulut
Tahun ni rasanya mmg tak buat birthday celebration dia
Kita sambut bertiga jelah ye hamza
Bagus juga buat last year
Ada lah memori hamza kat iconic a&w PJ tu
Tahun ni nak demolish dah

Cuti raya aku start jumaat ni sampai 5hb ogos
12 hari cuti panjang
Tak sabarnya lahai
Moga masa dapat diluangkan dgn baik untuk train hamza makan sendiri
Aku kena bertabahlah nk mengemas kemudian


Cheeky bombom ummi dah makin mengurus
Makan punya lah susah
Kalau kita makan, baru dia nak makan
Abis tu time bulan posa macam mana pulak? 
Dah pandai menangis cembeng atau pura pura tidur bila nak hantar rumah bs
Bila kat rumah bs pulak melekap je ngan orang tu macam org tu takda anak pulak
Manja sangat awak ni tau
Kang ummi bagi adik baru tau

3 comments:

Asz Miza said...

Hahhahaha..ayat last tak menahan..bagi hint kat Hamza nampaknya...

Hazz said...

Meriahnya tengok menu berbuka tuuuu!!

Teefa Rosly said...

ummii.. hamza nak adik!